Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Monday, December 29, 2008

berjaya akhirnya kem lepasan spm 2008



alhamdulillah, akhirnya kami kem lepasan spm telah berjaya dilaksanakan . secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dengan kem kali ini. kali ini saya diamanahkan sebagai setiausaha kem. barulah tahu betapa peritnya menjadi setiausaha, dalam team pentadbiran. (selama ni saya cukup lantang mengkritik team pentadbiran prog yang saya sertai.)

buat pertama kalinya saya tidak melibatkan dir dalam sebarang pengisian, mahupun LDK. maklumlah banyak tugasan s/u yang perlu dibuat.tidak bercampur pun dengan peserta. sesi taaruf tak dapat turut serta. sesi salam akhir pin tak dapat turut serta. terpaksa meringkuk dalan pusat operasi kem. Cuma saya diberi peluang memberi ceramah/ perkongsian mengenai kursus pendidikan.

program kali ini , pesertanya terdiri daripada lepasan spm seluruh malaysia. 66 peserta akhwaat dan 24 ikhwah. diuruskan oleh 20 urusetia ikhwah dan 8 urusetia akhwat. 11 fasilitator akhwat dan 6 fasilitator ikhwah. menguruskan peserta dan urusetia seramai 113 orang ini pun saya tidak berpeluang tidur selama 2 hari. tidak merasa tidur di atas katil. terpaksa berjaga di meja tempat makan Kem Sri Raudah. tidur beralaskan kerusi berbantalkan meja dan fail......
tak dapat banyangkan jika peserta lebih ramai....

namun, saya tetap berpuas hati.dapat merasai seksanya jadi setiausaha, dapat merasai bagaimana berprogram dengan golongan yang menjaga hubungan lelaki-wanita. sengat berbeza dengan program organisasi lain. diberi kepercayaan sebagai penceramah/penya,pai. first time buat sijil untuk peserta. menjadi mentor untuk bendahari kem....berkenalan dengan ramai pejuang dan macam -macam lagi yang saya dapat.

=gambar lain kali ye====

tamat sahaja kem ni, semester baru bermula.kali ini proses pendaftaran kolej amat mudah. semua penghuni puji pengurusan kolej. dahulu memang kami tak berpuas hati. tapi sekarang 'lima bintang untuk kolej teratai UiTM'...kelas dijadualkan bemula 30disember.tapi biasanya minggu pertama kelas belum serius lagi...

Wednesday, December 24, 2008

TAMAT Sukan universiti asia 2008


asean university games 2008


alhamdulillah
tamat akhirnya sukan universiti asia ni...
ada banyak perkara yang boleh diceritakan. tapi buat masa ni belum sempat lg nak tuls panjang-panjang. tamt sahaja SUA, saya terpaksa buat persiapan untuk Kem Lepasan SPM yang akan berlangsung 26dis-28dis ni.

untuk pengetahuan, dalam SUA kali ini pasukan saya** terlibat sebagai urusetia kecil keselamatan. bertugas seperti UNIT KESELAMATAN di UiTM ( spot check kes h/p hilang,kawal bas, marshal konvoi UiTM dan crowd control), juga membantu URUSETIA ( spot check bilik, sentry pagi hingga malam, bantuan unit MEDIC) dan bekerjasama dengan pasukan RELA (crowd control di stadium Nasional dan stadium Putra semasa perasmian dan penutup ).
**38 Komander KESATRIA UiTM Shah Alam + 40 Komander KESATRIA UiTM Kampus Arau.

mcam macam perkara baru yang saya dapat...tak salah jika saya katakan tak rugi terlibat dengan SUA kali ini. walaupun kekuatan dari Komander Shah Alam tak ramai (majoriti menyertai JAMBORI KOMANDER KESATRIA di UiTM MELAKA), tapi dengan bantuan daripada komander Perlis, RELA, kerjasama baik dengan pegawai keselamatan kompleks sukan Negara dan sekarelawan dari UPNM (jawatankuasa induk keselamatan untuk SUA 2008) amanah yang dipikul berjaya kami laksanakan.

sementara tu, saya letak link yangberkaitan dengan SUA ni dahulu.

1-kenangan terindah oleh Atiqah UiTM-sukrelawan perasmian
2. entry AUG oleh syafiq UPNM-takraw dan perasmian
3. muhammadamirulhafiz dari UPNM-perasmian
4-nanako-pasukan sorak
5-kedudukan pingat-fireroll
6-afad -pelari SUA
7-ada pelancaran lagu SUA rupanya...-UMP
sebenarnya ada ramai lagi...cuma saya tak jumpa blog mereka...kalau sesiapa terjumpa, linkkan ke sini ye..

sepanjang SUA ni antara pengajaran dan pengalaman yang saya berjaya kutip adalah
1: sukarelawn UiTM berlatih selama sebulan, dan tidak berpeluang balik bercuti, termasuk balik raya haji semata-mata untuk latihan perasmian. hasilnya alahamdulillah ,seperti yang anda lihat di kaca tv(dalam you tube pun ada). memang menyeksakan. TIADA JALAN PINTAS MENUJU KEJAYAAN.
perasmian
edisi mawi
bunga api
rasanya ada banyak lagi dalam you tube atau dalam web lain, cuma belum jumpa sahaja...

2-kerjasama daripada pelbagai pihak amat mengagumkan saya. bayangkan, seluruh IPT memberi kerjasama . contohnya UiTM uruskan perasmiandan penutup. UKM uruskan volunteer, UMP uruskan maskot, lagu dll, UM uruskan medical tem, UUm uruskan sekreteriat, UIAM uruskan teknikal, UTM uruskan atlet, UNIMAS jaga hadiah, dan banyak lagi la....penat nak taip.... walaupun ada yang kata, bayak sangat kapten dan jadi kucar kacir, tapi saya lihat ini satu kerjasama yang baik....(teringat peristiwa 6 orang pelajar UPNM datang sewaktu sesi taklimat berpuluh-puluh RELA, KOMANDER dan PENGAWAL di dataran keris terbalik)

3- untuk menjadi pasukan yang hebat , jangan sesekali abaikan sesi taaruf dan semangat kerjasama. ini terbukti apabila berlaku konflik dalam pasukan kami. bagi saya pekara itu tidak seharusnya terjadi jika awal-awal lagi ditangani.

4. kepuasan dan apa yang kita dapat tidak dapat dibandingan dengan bayaran yang akan diterima. dengar kata kawan-kawan pasukan sorak mendapat elaun rm300. sukarelawan UiTM dijanjikan sekitar rm 100. tapi kepuasan, dan ilmu serta pengalaman bagi saya lebih bernilai...




dan dalam senyap-senyap, laman web BOMBA UiTM yang baru hampir siap.ia bakal menggantikan blog BOMBA UiTM yang lama.

ni saya dapat dari pensyarah
doakan perjalanan KEM LEPASAN SPM berjalan lancar...

Sunday, December 14, 2008

December 13, 2008 23:01 PM
AUG '08 Opens In StyleBy: Ramjit-->
By Farhanah Azmi and Mohd Faizal Hassan KUALA LUMPUR, Dec 13 (Bernama) -- The 14th edition of the Asean University Games (AUG '08) was officially opened by Higher Education Minister Datuk Seri Mohd Khaled Nordin in a colourful ceremony at the National Stadium in Bukit Jalil here Saturday night.In his speech Khaled said through AUG, the standard of sports among university students and athletes of the Asean region could be raised apart from being a symbol of regional goodwill and sporting spirit."We can see some of the best sportsmen and sportswomen competing. This is a platform for the Asean university community to learn, communicate and get to know each other better through sporting activities," he said.The glittering ceremony entitled "Together We Reach For The Stars" started with the parade of the Games mascot named "A1" and about 200 Games volunteers.This was followed by the parade of the 10 participating nations. The Malaysian contingent was led by Jalur Gemilang (national flag) bearer Nabil Fikri Mohd Noor (hockey)and chief-de-mission Datuk Prof Alias Mohd Noor.Immediately after the declaration was made by Mohd Khaled, the Games Torch was brought into the stadium by Mohd Farhan Harun (boxing), Cheng Chu Sian (archery)and Mohd Shukri Abdul Mutalib (hockey) before it was handed over to taekwondo exponent Elaine Teoh, who lit the cauldron, marking a symbolic lighting up ceremony.This was followed by the raising of the Games flag and oath-taking ceremony, led by pole voulter Roslinda Samsu and Kalvinder Singh of hockey, before Mohd Khaled was introduced to the participating contingents.Cultural dances and formations by some 3,000 Universiti Teknologi Mara (UiTM) students, accompanied by their own orchestra, added spice to the ceremony. Artistes like Mawi, Zahid, Shafinaz and Eja provide a musical extravaganza for the night.Besides Malaysia and Timor Leste, university athletes from Indonesia, Singapore, Brunei, Thailand, the Philippines, Vietnam, Laos and Cambodia are taking part in AUG'08. Myanmar are not taking part due to internal problems in the country.Malaysia previously hosted the AUG twice -- in 1984 at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) and 1993 at UiTM.This time, Malaysia are sending the biggest contingent comprising 400 athletes and 98 officials and have set a target of no less than 100 gold.This year's Games involve some 7,000 athletes and officials making it the biggest since it began in 1981.A total of 22 sports will be competed namely athletics, archery, badminton, basketball, beach volleyball, football, futsal, golf, hockey, karate, lawn bowls, netball, silat, rugby (sevens), sepak takraw, shooting, squash, swimming, table-tennis, taekwondo, tenpin bowling and volleyball.-- BERNAMA

Wednesday, December 03, 2008

al fatihah


Pensyarah Dan Pelajar UiTM Maut Dalam Kemalangan Di New ZealandKUALA LUMPUR, 4 Dis (Bernama) -- Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar Falkuti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan seorang penuntut perempuan institusi pengajian tinggi itu maut dalam kemalangan jalan raya di New Zealand Rabu.Shafiee Ahmad, 51, dan Mariyam Sakinah Ahmad, 21, berada di New Zealand sejak Rabu lepas untuk lawatan sambil belajar.

Kemalangan itu turut menyebabkan empat yang lain cedera.Bagaimanapun setakat ini maklumat terperinci mengenai kemalangan serta identiti dan keadaan mereka yang cedera itu tidak diperoleh.

Penolong Naib Canselor Jabatan Komunikasi Korporat UiTM Prof Madya Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman ketika dihubungi Bernama, berkata kedua-dua mangsa itu menyertai lawatan sambil belajar selama 10 hari ke universiti-universiti di New Zealand di samping menyiapkan projek fotografi di sana.Mariyam Sakinah yang berasal dari Kampung Pinang Jawa, Kuching Sarawak adalah pelajar tahun dua, jurusan penyiaran, katanya.

Beliau berkata berkata rombongan itu disertai sembilan orang terdiri daripada empat pensyarah dan lima pelajar jurusan Komunikasi Massa."Mereka bertolak ke New Zealand Rabu lepas dan dijangka kembali ke tanah air Jumaat ini."Saya difahamkan mayat mereka kini berada di hospital di Auckland," katanya.