Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Sunday, March 13, 2011

PENETAPAN SASARAN KERJA TAHUNAN

PENETAPAN SASARAN KERJA TAHUNAN

PENETAPAN SASARAN KERJA TAHUNAN
(PYD dan PPP hendaklah berbincang bersama sebelum menetapkan SKT dan petunjuk prestasinya).
BIL
KETERANGAN AKTIVITI/PROJEK
(Senaraikan Aktiviti/ Projek)
PETUNJUK PRESTASI
(Kuantiti/Masa/Kos)
SASARAN KERJA
(Berdasarkan petunjuk prestasi)
1.0
Kurikulum
1.1 Guru Siswazah Gred DC41.             Menyediakan Buku rekod Mengajar yang mengandungi HSP,RPT, Plan-J, dan Headcount bagi setiap subjek yang diajar.


Kualiti: Buku rekod Mengajar lengkap dan  mengandungi HSP,RPT, Plan-J, dan Headcount bagi setiap subjek yang diajar.
Masa: Sepanjang tahun perkhidmatan.



1.2 Menyediakan kertas soalan peperiksaan dan ujian Penilaian Kurikulum.
Kuantiti: 4 kali setahun (PK1, Pep. Pertengahan Tahun, PK2, PK3, dan Pep. Akhir Tahun)
Kualiti: Soalan berpandukan JSU mengikut tahap kognitif pelajar.
Masa: Sepanjang tahun mengikut giliran yang ditetapkan oleh panitia.



1.3 Melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) bagi mata pelajaran yang diajar (Sains).
Kuantiti: 2 kali setahun (Mac dan Julai)
Kualiti: Markah PBS disiapkan sebelum bulan Julai.
Masa: Januari hingga Ogos



1.4 Menghantar buku rampaian pelajar untuk disemak oleh GKMP yang ditetapkan.
Kuantiti: 15 buah buku setiap mata pelajaran bagi setiap kelas yang diajar.
Kualiti: Buku rampaian pelajar disemak oleh GKMP mengikut jadual yang ditetapkan.
Masa: Sepanjang tahun mengikut jadual yang ditetapkan oleh GKMP.



1.5 Membantu program motivasi kecemerlangan pelajar, program mentor-mentee.
Kuantiti: 1 kali setahun
Kualiti: Program motivasi kecemerlangan dapat memberi manfaat kepada pelajar.
Masa: Sepanjang tahun mengikut jadual yang disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.



1.6 Membantu Program Kemahiran Belajar
Kualiti: Program Kemahiran Bejalar dapat memberi manfaat kepada pelajar.
Masa: Februari hingga Oktober mengikut jadual yang disediakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling.


2.0
Kokurikulum
2.1 Guru Pembimbing Badan Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia.


Kuantiti: Perjumpaan kokurikulum sebanyak 12 kali setahun
Kualiti: Semua ahli BSMM menghadiri perjumpaan dan menyertai aktiviti yang ditetapkan.
Masa: Sepanjang tahun berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh sekolah.



2.2 Guru Pembimbing rumah sukan seri pagi (rumah biru).
Kuantiti: Latihan rumah sukan sebanyak 6 kali stahun dan sukan tahunan.
Kualiti: Semua ahli rumah biru menghadiri latihan rumah sukan dan mengambil bahagian dalam kegiatan “satu murid satu sukan”.
Masa: Sepanjang tahun berdasarkan takwim sekolah.



2.3 Guru Pembimbing Kelab Catur
Kuantiti: Perjumpaan kelab catur sebanyak 12 kali setahun
Kualiti: Semua ahli kelab catur menghadiri perjumpaan dan menyertai aktiviti yang ditetapkan.
Masa: Sepanjang tahun berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh sekolah.



2.4 Guru Pembimbing Kelab Robotik
Kuantiti: Perjumpaan kelab robotik sebanyak 12 kali setahun
Kualiti: Semua ahli kelab robotik menghadiri perjumpaan dan menyertai aktiviti yang ditetapkan.
Masa: Sepanjang tahun berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh sekolah.



2.5 Penolong Penyelaras Persatuan Akademik
Kuantiti: Memantau aktiviti semua persatuan akademik.
Kualiti: Perjalanan aktiviti semua persatuan akademik diadakan mengikut jadual dan  berjalan lancar.
Masa: Sepanjang tahun.



2.6 Guru Pembimbing Kelab Pengguna
Kuantiti: Perjumpaan kelab pengguna sebanyak 12 kali setahun
Kualiti: Semua ahli kelab pengguna menghadiri perjumpaan dan menyertai aktiviti yang ditetapkan.
Masa: Sepanjang tahun berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh sekolah.



2.7 AJK Jawatankuasa pembangunan Kokurikulum
Kualiti: Program pemajuan sukan dan kokurikulum di sekolah dapat dilaksanakan.
Masa: Sepanjang tahun


3.0
Pentadbiran
3.1 Guru Bertugas.          Memantau dan membantu kawalan pelajar serta membuat laporan guru bertugas.


Kuantiti: Tiga minggu dalam setahun (mengikut giliran guru bertugas)
Kualiti: Pelajar sentiasa dalam keadaan terkawal.
Masa: Sepanjang tahun berdasarkan jadual guru bertugas yang telah ditetapkan oleh sekolah.


4.0
Tugas-tugas lain
4.1 Kelas Bimbingan Malam Sains Tingkatan 2.


Kuantiti: Kelas diadakan 1 kali seminggu selam 2 jam (bermula 8.00 sehingga 10.00 malam)
Kualiti: Kehadiran 100%.
Masa: Mac hingga Oktober



4.2 Guru Tingkatan 2 Lili
Kualiti: Kelas 2 Lili dalam keadaan terurus dan kondusif untuk proses P&P.
Masa: Sepanjang tahun persekolahan.



4.3 Program Pembudayaan Al-Quran dan Penerapan Nilai murni

Kuantiti: Setiap minggu
Kualiti: Aktiviti yang berkaitan dengan pembudayaan Al-Quran dan penerapan nilai murni dikalangan pelajar.
Masa: Berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh Panitia Pendidikan Islam.



4.4 Ahli Lembaga Koperasi SMK Convent Berhad, bahagian belian dan jualan.

Kualiti: Pengurusan belian dan jualan Koperasi SMK Convent Berhad berjalan lancar.
Masa: Sepanjang tahun.



4.5 Guru Penyelaras Kelas Literasi ICT PIBG

Kuantiti: Semua pelajar
Kualiti: Kelas Literasi ICT bermanfaat kepada pelajar dan kehadiran pelajar 100%.
Masa: Sepanjang tahun



4.6 AJK Dokumentasi dan arkib sekolah

Kuantiti: Semua peristiwa penting sekolah.
Kualiti: Semua peristiwa penting sekolah dirakamkan dalam bentu foto dan video.
Masa: Sepanjang tahun.



4.7 AJK 3K “Sekolah Bebas denggi”

Kuantiti: Seluruh kawasan sekolah.
Kualiti: Pemantauan berkala dilaksanakan dan laporan dihantar ke PPD setiap bulan.
Masa: Pemantauan dan laporan sepanjang tahun.



4.8 AJK Promosi program 3K di sekolah.

Kuantiti: Seluruh kawasan sekolah.
Kualiti: Poster dan papan tanda ditampal bagi mempromosikan program 3K disekolah.
Masa: Sepanjang tahun.



4.9 AJK Jadual waktu sekolah
Kualiti: Proses menyediakan jadual, mencetak jadual, meminda jadual mengikut keperluan, dan mengedarkan jadual waktu kepada guru dan kelas berjalan lancar.
.Masa: Sepanjang tahun.



4.10 AJK Grafik Unit majalah dan buletin

Kualiti: Majalah sekolah dihasilkan dengan kualiti grafik yang memuaskan.
Masa: Sepanjang tahun.



4.11 AJK Data dan Maklumat sekolah (SMM).
Kuantiti: Semua pelajar
Kualiti: Data Sistem Maklumat Murid dilengkapkan sebelum Mac dan dikemaskini sepanjang tahun.
Masa: Sepanjang tahun.



4.12 Program kawalan penyakit berjangkit

Kuantiti: Seluruh warga Sekolah
Kualiti: Program kesedaran H1N1,Malaria, Batuk Kering, Taun dan Cirit-birit memberi manfaat kepada pelajar.
Masa: Julai



4.13 Program Ops bersih dan Sudut Kebersihan

Kuantiti: Kelas terlibat
Kualiti: Kelas terlibat mengambil bahagian dalam program ops bersih dan menyediakan sudut kebersihan di dalam kelas.
Masa: Sepanjang tahun.



4.14 AJK SKPM (Kreatif dan Inovatif Sekolah)

Kualiti: Menganalisis program penting dan membuat cadangan penambahbaikan.
Masa: Sepanjang tahun.



4.15 AJK Keceriaan Fizikal KEBIRU

Kualiti: Bilik guru dan kemudahan fizikal untuk kebajikan guru sentiasa dalam keadaan ceria.
Masa: Sepanjang tahun.



Disediakan oleh:

__________________
(Hairul Anuar Bin Sobikin)
Guru Siswazah Gred DC41
SMK Convent (M) Batu Pahat.


AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

PERTANDINGAN MEMBINA BLOG PENGGUNA

PERTANDINGAN BLOG PENGGUNA

KELAB PENGGUNA SMK CONVENT Batu Pahat dengan kerjasama Unit Media dan ICT SMK CONVENT amat menggalakkan pelajar yang berkemahiran dan berminat untuk menyertai pertandingan ini. khidmat nasihat, kemudahan internet dan bimbingan akan diberikan kepada pelajar yang berminat. 

hadiah bernialai RM1500 mungkin AKAN JADI MILIK ANDA!.

untuk keterangan lanjut, sila hubungi saya, melalui FB cikgu.hairul@yahoo.com.

sebarkan kepada rakan-rakan yang lain.


Hairul Anuar Bin Sobikin
Guru Pembimbing Kelab Pengguna
SMK Convent Batu Pahat.


Kategori
    • A. Sekolah Menengah
    • B. IPTA/S, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6
      Syarat
        • Blog boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Hanya satu bahasa sahaja yang dibenarkan dalam satu blog. (Bahasa untuk komen atau perbincangan daripada orang awam adalah bebas).
        • Blog mengambil kira kreativiti, “layout” blog, penggunaan bahasa, jumlah pelawat, kekerapan penyertaan atau penglibatan orang awam.
        • Peserta mesti menggunakan laman www.blogger.com untuk mereka blog. Laman blog yang lain tidak dibenarkan.
        • Peserta hendaklah menghantar alamat blog penyertaan melalui e-mel kepadaurusetia@mypengguna.comurusetia@mypengguna.com bersamasama borang penyertaan pertandingan yang boleh didapati di laman web HPM, www.mypengguna.com.
        • Semua penyertaan hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada atau sebelum 17hb Jun 2011.
          Hadiah

          KategoriHadiahWang Tunai
          Kategori A.Hadiah Pertama
          Hadiah Kedua
          Hadiah Ketiga
          Hadiah Sagu Hati (x10)
          RM1,500.00
          RM1,000.00
          RM750.00
          RM200.00
          Kategori B Hadiah Pertama
          Hadiah Kedua
          Hadiah Ketiga
          Hadiah Sagu Hati (x10)
          RM2,000.00
          RM1,500.00
          RM1,000.00
          RM200.00

          Tajuk


          Kategori A: Sekolah Menengah
          BahasaKod TajukTajuk
          MalaysiaBBM1Ke Arah Masyarakat “Celik Wang”
          BBM2AirKu; Air Malaysia.
          EnglishBBE1Towards Financially Literate Society
          BBE2My Water; Malaysian Water
          Kategori B: IPTA/S, Institut Pendidikan Guru, Matrikulasi & Tingkatan 6
          BahasaKod TajukTajuk
          MalaysiaBBM1Memperbaharui tenaga rakyat Malaysia melalui penggunaan tenaga boleh diperbaharui.
          BBM2Hapuskan halangan: Persekitaran yang boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia.
          EnglishBBE1Renew Malaysian energy through renewable energy.
          BBE2.Breaking barriers: An accessible environment for all Malaysians


          AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

          Monday, February 28, 2011

          Friday, February 11, 2011

          ALHAMDULILLAH! akhirnya lulus peperiksaan radio amatur siri 4 2010. mohon tunjuk ajar para oldman...73..



          AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

          Friday, December 10, 2010

          siri NOTA KEPADA DIRI

          NOTA KEPADA DIRI

          siri 1M: iman dan amal soleh

          Kemantapan iman seseorang tidak hanya sekadar iktikad dengan hati semata-mata. Keprihatinan dalam mengawal diri dalam menjalani kehidupan dengan menampilkan ciri-ciri keimanan adalah neraca untuk menilai sama ada seseorang itu beriman dengan iktikad yang sempurna atau hanya sekadar iman dengan lisan sahaja.Diantara ciri-ciri orang beriman adalah

          siri 2M: hakikat taqwa

          Marilah kita bertakwa kepada Allah dengan meninggalkakan rasa takut kepada Allah. Takut kepada Allah tidak cukup diucapkan dengan kata-kata, namun harus dibuktikan dengan amal perbuatan.
          Abu Laits Samarqandi rah.a. menegaskan bahawa seseorang dinyatakan mempunyai rasa takut kepada Allah apabila mempunyai tujuh tanda berikut:



          siri 3M: sukarkah mencari yang solehah?


          BAGAIMANAKAH KAEDAHNYA?
          Kunci kejayaan untuk mendapat isteri yang solehah terletak pada diri lelaki itu sendiri. Semuanya bermula dengan usaha terhadap diri kita sendiri. Walaupun kaedah ini dilihat agak lembap, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan syarat, lelaki itu cepat membuat perubahan membina sifat-sifat soleh di dalam dirinya. Itulah ikhtiar terbaik yang perlu ditekankan oleh setiap lelaki.


          sila layari:


          http://konvoikesurau.blogspot.com/




          AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

          Monday, December 06, 2010

          nota kepada diri 1 muharram

          Alhamdulillah, 1 Muharram 1432 hijrah ini telah tiba, membuktikan nikmat dan kasih sayang Allah yang sangat tidak ternilai harganya dicurahkan kepada kita. Cuma kita sebagai makhluknya yang sering lupa dan lalai dalam mengingati nikmat-nikmat-Nya, malas untk mengabdikan diri kepada-Nya dan sombong untuk sujud menghinakan diri kepada-Nya. Semoga Allah mengampunkan dosa kita yang pernah kita lakukan sama ada yang nyata mahupun yang tersembunyi.

          Selawat dan salam khusus untuk nabi Muhammad, penutup segala nabi dan contoh teladan sepanjang zaman. Kebijaksanaan dan akhlak baginda merupakan satu-satunya sumber inspirasi yang mampu memotivasikan setiap umat.

          Bersempena permulaan hari dalam tahun 1432 Hijrah ini, saya terpanggil untuk memulakan tajuk asas dalam Islam. Setiap muslim wajib menyedari bahawa kesempurnaan iman bukan semata-mata mempercayai rukun Iman semata-mata, malah ia amat berhajatkan kepada pembuktian dengan amalan bertepatan dengan hadis riwayat Muslim yang bermaksud “ iman adalah mengiktikad dengan keyakinan di dalam hati, dan mengikrarkan dengan lidah, dan mengerjakan dengan anggota (segala apa yang diykinkan)”.

          Dasar utama iman adalah mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Mempercayai malaikat-Nya, mempercayai rasul utusan-Nya, mempercayai kitab-kitab-Nya, mempercayai Qada’ dan Qadar-Nya serta mempercayai hari kiamat.
          Kemantapan iman seseorang tidak hanya sekadar iktikad dengan hati semata-mata. Keprihatinan dalam mengawal diri dalam menjalani kehidupan dengan menampilkan ciri-ciri keimanan adalah neraca untuk menilai sama ada seseorang itu beriman dengan iktikad yang sempurna atau hanya sekadar iman dengan lisan sahaja.
          Diantara ciri-ciri orang beriman adalah
          1. 1.    Sentiasa berfikir tentang sesuatu yang dijadikan oleh Allah di muka bumi ini, yang akhirnya menjurus untuk tunduk mengagungkan-Nya dengan mengamalkan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
          2. 2.    Memiliki sifat malu dalam kehidupan. Malu daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Allah, malu jika meninggalkan perintah-perintah-Nya. Ini semua didasari oleh keimanan bahawa seluruh gerk-laku kehidupan kita sentiasa diperhatikan oleh Allah. Jika rasa malu itu hilang dari diri seseorang, maka tidak hairanlah baginya melakukan perkara-perkara yang mungkar serta maksiat.
          3. 3.    Cenderung untuk melakukan kebaikan dan kebenaran.
          4. 4.    Ikhlas dalam setiap kerja atau amal yang dilakukan , tanpa mengharapkan sesuatu pembalasan, samaada pembalasan dari manusia atau daripada Allah. Keikhlasan ini terbit apabila meyakini bahawa setiap yang dikerjakan hanya semata-mata kerana tunduk dan patuh kepada penciptanya.

          Kelazatan dan kemanisan iman tidak akan tercapai seandainya sesuati perkara atau amal yang dikerjakan mempunyai pengharapan kepada yang lain selain daripada Allah.
          Bagi setiap manusia yang memperolehi kelazatan iman, mereka akan merasakan bahawa dirinya sentiasa berhadapan dengan penciptanya iaitu Allah S.W.T. Mereka akan sentiasa mengharapkan bahawa setiap perbuatan dan amalannya diredhai Allah S.W.T. Mereka juga sentiasa waspada dan curiga seandainya perlakuan hidupnya dicemari dengan ciri-ciri yang boleh mendorong kepada tegahan Allah.
          Surah al-Mukminun secara jelas mendefinasikan orang mukmin sepertimana berikut:
          1. 1.    Sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yang beriman.
          2. 2.    Mereka yang khusyuk dalam mengerjakan solat.
          3. 3.    Dan yang menjauhi perkataan yang kosong dan kotor.
          4. 4.    Dan yang mengeluarkan zakat.
          5. 5.    Dan yang menjaga kehormatannya (tidak melepaskan syahwatnya).
          6. 6.    Melainkan kepada isterinya dan hamba perempuan mereka, sesungguhnya itu tidaklah tercela.
          7. 7.    Tetapi orang-orang yang mencari selain daripada itu, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
          8. 8.    Dan orang-orang  yang memelihara amanah dan memenuhi janji.
          9. 9.    Dan yang menjaga solat mereka.
          10. 10. Dan itulah orang-orang  yang layak mempusakai.
          11. 11. Mereka mempusakai syurga firdaus, dan mereka kekal didalamnya.

          Semoga artikel pendek diatas membantu kita untuk meningkatkan tahap keimanan kita kepada Allah. Tanggapan bahawa iman hanya dalam hati
          Rujukan; Mutiara Hadis Ke Arah Membentuk Peribadi Mukmin Amir haji Marzuki, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor.

          Anwarjauhari,
          1 Muharram 1432, Selasa
          Bilik imam surau S17

          AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

          O RABB! OPEN MY HEART,EASE MY TASK,


          O RABB! OPEN MY HEART,EASE MY TASK,AND REMOVE THE IMPEDIMENT FROM MY SPEECH,SO THAT PEOPLE MAY UNDERSTAND WHAT I SAY. 20:25-28AMMIN

          30 nov- Istiadat Konvokesyen ke 73 UiTM
          1 dis-2 dis-
          3 dis-Mesyuarat Pemurnian Modul, Kem Anakku Sayang, Buah Hatiku Sayang
          4 dis- KEM ANAKKU SAYANG, BUAH HATIKU SAYANG, Masjid Ar Rahimiah Klang
          5 dis- KEM ANAKKU SAYANG, BUAH HATIKU SAYANG, Masjid Ar Rahimiah Klang
          6 dis- ceramah Sambutan Maal Hijrah Surau Seksyen 17
          7 dis-Mesyuarat Pemurnian Modul Kem Anak Soleh Masjid At Taqwa, Subang Permai
          8 dis-KEM CUTI SEKOLAH ANAK SOLEH MASJID AT-TAQWA SUBANG PERMAI
          9 dis-KEM CUTI SEKOLAH ANAK SOLEH MASJID AT-TAQWA SUBANG PERMAI
          10 dis-ULANGKAJI SUBJEK USULUDDIN
          11 dis-Kelas Usuluddin UM
          12 dis-Perhimpunan Mingguan Masjid Sri Petaling
          13 dis- International conference on Family, IAIS Malaysia
          14 dis- International conference on Family, IAIS Malaysia
          15 dis-ULANGKAJI KIMIA SPM
          16 dis-ULANGKAJI KIMIA SPM
          17 dis-Mesyuarat Pemurnian Modul Kem Anakku Bijak Belajar
          18 dis-KEM SIRI 2 ANAKKU BIJAK BELAJAR,Masjid Ar Rahimiah Klang
          19 dis- KEM SIRI 2 ANAKKU BIJAK BELAJAR,Masjid Ar Rahimiah Klang
          20 dis-SMK Convent BP
          21 dis-SMK Convent BP
          22 dis-SMK Convent BP
          23 disSMK Convent BP
          24 dis-SMK Convent BP
          25 dis- LINAU/ ULANGKAJI KIMIA SPM
          26 dis-RAE EXAMINATION, SHAH ALAM
          27 dis - Mesyuarat Guru SMK CONVENT
          28 dis-Mesyuarat Guru SMK CONVENT
          s9 dis-Mesyuarat Guru SMK CONVENT
          30 dis-Mesyuarat Guru SMK CONVENT


          AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

          Hairul Anuar Bin Sobikin

          Hairul Anuar Bin Sobikin, putera kelima dalam keluarga Encik Sobikin Bin Wahsin dan Puan Sulasteri Binti Sapuan dilahirkan pada 25 Disember 1986. Beliau menerima pendidikan formal di Sekolah Kebangsaan Parit Bilal dan Sekolah Agama Bukit Pasir, Batu Pahat Johor. dikenali dengan sifat keyakinan diri dan kebolehan yang memberansangkan pada usia muda, beliau telah terpilih sebagai ketua kelas dan pengawas pusat sumber sekolah, manakala pada masa yang sama turut diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan marhaban Kanak-kanak Kampung Linau Kecil. Beliau turut mewakili sekolah untuk pertandingan bacaan rawi berzanji peringkat daerah.

          baca sambungan di http://anwar-resume.blogspot.com/





          AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

          Monday, November 29, 2010

          maklumat kemasukan ke UiTM sesi disember 2010

          maklumat kemasukan ke UiTM sesi disember 2010

          ===anwaruitm sekadar men'copy paste' dari laman rasmi UiTM semata-mata untuk memudahkan carian anda. sila hubungi UiTM untuk maklumat rasmi==




          Selamat datang ke Portal Keputusan Kemasukan Ke UiTM


          Laman ini menawarkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan tawaran kemasukan ke UiTM. Di sini anda dapat menyemak status permohonan anda untuk mengikuti program-program yang di tawarkan oleh UiTM.

          Untuk makluman, sila semak atau klik pada pautan yang berkaitan dengan permohonan anda bagi mendapatkan maklumat yang tepat. sila klik pautan dibawah untuk meneruskan semakan:-

          Semak Status Permohonan   
          Permohonan e-Rayuan   


          PENGUMUMAN
          KEMASUKAN UiTM
          SESI DISEMBER 2010
          1. Semakan keputusan bagi permohonan berikut dijangka boleh disemak mulai 28 November 2010 jam 12:00 tengah hari:  
            • Lepasan Diploma UiTM
            • Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma IPT Lain
            • Lepasan GCE A-Level/AUSMAT/Setaraf
            • Program Pra Diploma Perdagangan/Pra Diploma Sains/Pra Diploma Perakaunan
            • Lepasan GCE O-Level/ A-Level/Setaraf
            • Program AC150(CAT)
            • Lepasan STPM/Diploma IPT Lain/Ijazah Sarjana Muda IPT Lain/Setaraf
            • Lepasan Diploma UiTM/Ijazah Sarjana Muda UiTM
          2. Semakan keputusan bagi permohonan berikut dijangka boleh disemak mulai 15 Disember 2010 : 
            • Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/Ijazah Sarjana Muda UiTM
            • Penerapan Semester 3 Diploma UiTM Semakan belum dibuka
            • Penerapan Pelajar Asasi UiTM/Trek Pantas UiTM
            • Penerapan Pelajar Pra Diploma Sains/Pra Diploma Perdagangan/Pra Diploma Perakaunan
            • Program LW222 dan LW601
          3. Bagi pemohon dari kategori-kategori berikut yang berjaya ditawarkan program Diploma/Ijazah Sarjana Muda, pendaftaran pelajar adalah secara online
            • Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/Kolej Bersekutu UiTM
            • Penerapan Semester 3 Diploma UiTM
            • Penerapan Pelajar Asasi UiTM/Trek Pantas UiTM
            • Lepasan Diploma UiTM
            • Penerapan Pelajar Pra Diploma Sains/Pra Diploma Perdagangan/Pra Diploma Perakaunan
            * Selepas tempoh 48 jam pendaftaran online, anda boleh ke student portal untuk pendaftaran kursus dan mendapatkan maklumat lanjut jadual akademik.
          4. Semakan keputusan bagi permohonan program Diploma dijangka boleh disemak mulai 15 November 2010 jam 12:00 tengah hari.
          5. Bagi calon yang berjaya program Asasi Undang-Undang UiTM (PI005), sila semak Surat Tawaran Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA dan dokumen berkaitan melaluihttps://online.mohe.gov.my/scholar/bantuanasasi/index2.php. Sila cetak dan lengkapkan dengan teliti serta dibawa semasa hari pendaftaran.
          6. Semakan keputusan permohonan ke program Asasi (Undang-Undang) dijangka boleh disemak mulai 26 Oktober 2010 (Selasa) jam 5.00 petang.
          Sebarang persoalan berkaitan dengan permohonan kemasukan ke UiTM boleh di ajukan kepada:
          Ketua
          Bahagian Pengambilan Pelajar
          ,
          Aras Bawah, Bangunan UiTM International Centre (UIC)
          Universiti Teknologi MARA
          40450 Shah Alam, Selangor
          Tel: (+603) 5544 3164, 3165, 3166, 3174, 3175
          Faks: (+603) 5544 3170
          e-mel: bpp@salam.uitm.edu.my
          Web: http://pengambilan.uitm.edu.my



          AnwarJauhari
          www.anwaruitm.blogspot.com

           "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."