GEJALA sosial remaja yang semakin menular hingga ke tahap kritikal sejak akhir-akhir ini membuka peluang kepada stesen televisyen milik Media Prima Berhad, TV9 untuk mendedahkan dan berkongsi suka duka kehidupan sebenar remaja yang bermasalah ini.
Kini program Sahabat yang bertindak sebagai rakan tempat meluahkan masalah dan isi hati remaja diperkenalkan bagi membuka peluang mereka atau ibu bapa untuk berkongsi pengalaman hidup yang akan disiarkan setiap Khamis bermula malam ini.Program ini akan dikendalikan Hafizi Harun yang juga Pengurus Latihan di Pengasih iaitu sebuah organisasi bukan kerajaan yang membantu memulihkan remaja yang terjebak dengan najis dadah.Hafizi adalah pengantara terbaik yang dipilih sebagai orang tengah antara remaja yang bermasalah dengan masyarakat sekeliling selepas melalui pengalaman hitam hampir 10 tahun bebas daripada masalah itu.“Saya berniat untuk memberikan sesuatu pengalaman yang pernah saya lalui dalam mencari pengertian sebenar kehidupan ini, selebihnya diri kita sendiri yang akan menentukan masa depan kita.“Apa yang penting adalah sokong berupa kasih sayang seseorang yang terdekat dengan diri kita yang mampu mengubah segala-galanya,” katanya yang kini aktif memberi ceramah motivasi untuk seluruh negara termasuk di Asia, Pakistan dan Brunei serta penerima anugerah Duta Belia Negara, baru-baru ini.TV9 akan mengupas mengenai kehidupan isu masyarakat dengan keutamaan diberikan kepada gaya hidup dan masalah yang dihadapi remaja dalam menempuh kehidupan yang lebih mencabar kini.Ketua Pegawai Operasinya, Bukhari Che Muda berkata, remaja kini berhadapan dengan cabaran suka duka dalam mencari identiti sebenar. Ramai remaja berjaya dalam lapangan yang mereka ceburi dan ada pula yang tidak bernasib baik kerana terpaksa melalui penghidupan di dalam keadaan tertekan dan serba kekurangan.“Sahabat adalah satu program yang mendalami isi hati remaja dengan cara berinteraksi dan bergaul bersama mereka. Sahabat juga akan mengetengahkan remaja dengan inisiatif dan daya usaha sendiri serta bertindak memajukan diri dalam mencapai kejayaan,” katanya selepas merasmikan program Sahabat.Dalam episod pertama malam ini, Sahabat akan mendekati remaja yang berpakaian mengikut fesyen ala gothic atau kelam iaitu berpakaian serba hitam dan bergerak dalam kumpulan.Seterusnya Sahabat akan menyelami isi hati lelaki lembut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah menengah, selain black metal, mat rempit, HIV/Aids, lari rumah, agama sesat, buli dan sebagainya.
Welcome to Hairul Anuar's (anwarjauhari) official weblog. feel free to give your comment!. Selamat datang ke anjung utama. Anjung ini merupakan anjung utama Hairul Anuar Bin Sobikin. Layari juga laman blog anwarjauhari yang lain. (PERINGATAN-entri blog ini tidak boleh dianggap kenyataan rasmi mewakili mana-mana organisasi yang dianggotai oleh penulis kecuali jika dinyatakan sedemikian) anwaruitm@hotmail.com
Pages
ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!
Berpindah-MOVING-
assalamualaikum.
Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.
Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.
Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.
Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.
Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Saturday, August 12, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment