KUALA LUMPUR, 28 Dis (Hrkh) - Sambutan tahun baru yang dipenuhi pelbagai pesta dan konsert saban tahun digesa dibatalkan kerana tidak mendatangkan sebarang faedah di samping sebagai langkah menghormati nasib malang sebilangan rakyat Malaysia yang dilanda musibah.
Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub berkata, sambutan tahun baru yang berorientasikan hiburan seperti konsert dan acara pesta seperti menunggu detik tahun baru sepatutnya dibatalkan kerana mencetuskan permasalahan sosial, membuang masa dan wang.
"Di samping itu kita perlu menghormati sebilangan besar rakyat Malaysia yang kini berada dalam kesusahan," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.
Selain itu kekerapan musibah seperti bencana alam, pertambahan dan peningkatan masalah sosial dan jenayah adalah rentetan kejadian-kejadian sebilangan rakyat yang sering melakukan perlanggaran agama dan nilai-nilai moral, katanya.
"Adalah lebih baik pada detik tahun baru ini, difikirkan aktiviti yang lebih berfaedah, bermunajat kepada Allah dan mengadakan majlis-majlis doa selamat di setiap masjid dan surau seluruh negara dan bukannya berpesta sampai pagi," katanya ketika dihubungi oleh Harakahdaily.
"Dan bukan tahun ini sahaja malah tahun-tahun akan datang tidak perlu lagi diadakan acara sambutan tahun baru ini," katanya lagi.
Kesal pemimpin hadir konsert tahun baru
Malah kata Salahuddin, turut dikesali konsert dan acara pesta tersebut seringkali dihadiri dan disokong oleh pemimpin-pemimpin kerajaan.
"Beginikah sikap pemimpin yang nak membawa rakyat dan kempennya mencegahnya gejala sosial dan jenayah. Mana adab sopan mereka?" katanya.
Selain itu kekerapan musibah seperti bencana alam , pertambahan dan peningkatan masalah sosial dan jenayah adalah rentetan kejadian-kejadian sebilangan rakyat yang sering melakukan perlanggaran agama dan nilai-nilai moral melalui aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti konsert dan acara pesta hiburan yang melampau.
Natijah konsert katanya, mengakibatkan ramai remaja terjerumus kepada perlakuan sumbang, berpeleseran, berzina, berkhalwat malah menggalakkan kejadian lumba haram mat rempit yang membahayakan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya dan menyusahkan pihak polis.
Kajian rambang di pusat-pusat pemulihan akhlak mendapati kebanyakan penghuni dan remaja yang mengandung anak di luar nikah, pengguguran dan terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral memberi respons puncanya adalah kerana melibatkan diri dengan aktiviti konsert dan pesta tahun baru.
Laporan juga mendapati sering kali sewaktu tengah malam dan selepas konsert, ramai melakukan perbuatan terkutuk di kawasan-kawasan berhampiran konsert dan di taman-taman bunga untuk melakukankan maksiat pada malam tahun baru.
Bagi mereka, menurut kajian itu, pada malam tersebut adalah 'acara bebas' yang sukar dan tidak mampu dihidu perbuatannya oleh pihak berkuasa seperti jabatan agama Negeri, pihak berkuasa tempatan dan polis.
Kondom dan arak
Tahun lalu seperti kebiasaan pada tahun-tahun yang lain juga, pelbagai media melaporkan tinjauan selepas konsert-konsert tersebut khususnya di Dataran Merdeka dan di KLCC, ditemui kondom dan tin serta botol-botol minuman keras bersepah di merata-rata tempat yang menggambarkan perlakuan-perlakuan tidak berakhlak para peserta mahupun para remaja.
Manakala turut dilaporkan pada sebelah paginya ramai yang tidur seperti 'homeless' kerana tiada tempat tinggal sementara menunggu bas untuk menuju pulang ke destinasi masing-masing selepas penat berpesta yang menjejas dan memburuk imej negara di mata dunia terutama kepada pelancong-pelancong yang datang ke negara ini.
Salahudin berkata, masyarakat seluruh negara sewajarnya menghormati rakan-rakan dan penduduk di negeri lain yang menyambut tahun baru mereka tidak seperti orang lain.
"Sibuk berpesta, berhibur, menari dan menyanyi menyambut tahun baru sedangkan ramai orang lain menyambut tahun baru dengan suasana yang tidak ceria dan dirudung malang," katanya.
Selain itu menurut satu sumber acara bunga api pada malam tahun baru yang dibiayai kerajaan menelan belanja ratusan ribu ringgit sewaktu negara mengalami masalah kenaikan harga barangan serta ekonomi yang meruncit, sewajarnya tindakan membazitrkan wang tersebut tidak patut dilakukan, katanya.
"Malah sambutan seperti itu juga dilarang oleh agama kerana puncanya boleh mengakibatkan perlakuan sumbang dan membazirkan wang," kata Salahudin.
Gotong-royong perdana Pemuda PAS
Ketika dihubungi, Salahuddin dalam rangka lawatan menghadiri gotong royong Perdana di bandar Segamat, Johor.
"Walaupun ada sesetengah tempat banjir surut, kerja-kerja operasi pemulihan masih dijalankan," katanya yang telah mengarahkan Unit Amal PAS seluruh negara untuk terus membantu.
"Malah kerja-kerja pemulihan sebenarnya lebih besar daripada operasi pemindahan dan saya berharap semua dapat mengembleng tenaga membantu mangsa dalam situasi sulit ini," katanya.
"PAS juga akan melakukan yang terbaik untuk membantu meringan beban mangsa-mangsa yang dilanda musibah banjir ini," katanya lagi. - lanh
http://harakahdaily.net/v061/index.php?option=com_content&task=view&id=5836&Itemid=85
Welcome to Hairul Anuar's (anwarjauhari) official weblog. feel free to give your comment!. Selamat datang ke anjung utama. Anjung ini merupakan anjung utama Hairul Anuar Bin Sobikin. Layari juga laman blog anwarjauhari yang lain. (PERINGATAN-entri blog ini tidak boleh dianggap kenyataan rasmi mewakili mana-mana organisasi yang dianggotai oleh penulis kecuali jika dinyatakan sedemikian) anwaruitm@hotmail.com
Pages
ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!
Berpindah-MOVING-
assalamualaikum.
Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.
Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.
Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.
Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.
Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Wednesday, December 27, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment