Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Thursday, June 21, 2007

Tindakan Tegas HAMAS Berjaya Halang Perang Saudara

Penguasaan HAMAS sepenuhnya terhadap situasi politik dan keselamatan di Gaza, Palestin telah menyelamatkan Palestin dari berlakunya perang saudara yang sedang cuba dicetuskan oleh Israel dan Amerika. Demikian yang dapat kita simpulkan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh gerakan-gerakan menentang Penjajah dan pertubuhan-pertubuhan Islam di Palestin.
Jika langkah tegas seumpama itu tidak diambil secepat mungkin, perang saudara sengit dan meluas sudah pasti berlaku kerana Kumpulan Revolusi di dalam gerakan FATAH yang dipimpin oleh Mohamad Dahlan sedang menambah dan melengkapkan keupayaan ketenteraannya dengan didokong oleh Zionis Israel dan Amerika.Ketika itu keadaan keselamatan di Gaza telah mencapai keadaan di mana huru hara dan kecelaruan yang dicetuskan oleh Mohamad Dahlan dan Kumpulan Revolusi sedang memuncak sedang pihak Presiden (dari FATAH juga) tidak bersungguh untuk menyelesaikan isu keselamatan rakyat Palestin tersebut ditambah dengan serangan bertubi-tubi dari bedilan Israel dan pemboikotan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika dan Eropah.Kumpulan Revolusi di dalam FATAH berusaha menggagalkan setiap usaha bersungguh-sungguh untuk menyusun kehidupan rakyat Palestin ke arah meningkatkan keupayaan menentang penjajahan, disamping menggagalkan usaha membenteras segala bentuk penyelewengan dalam Negara di aspek politik, kewangan, pentadbiran dan sosial selari dengan perancangan jahat yang diatur dan dilaksanakan oleh Kerajaan Israel dan Pentadbiran Amerika.
Dalam dua tahun yang telah berlalu, HAMAS telah menunjukkan keterbukaan dan toleransi yang tinggi terhadap parti dan gerakan yang lain khususnya FATAH melalui pertemuan dan perbincangan sama ada di Kaherah, Damsyiq dan Mekah akan tetapi setiap kali selepas dari pertemuan diadakan, akan berlaku huru hara keselamatan yang dicetuskan oleh Kumpulan Revolusi di dalam FATAH bahkan setiap kali semakin memuncak dan membahayakan masyarakat awam Palestin.Beberapa bulan yang lalu menyaksikan Kumpulan Revolusi dan Penjajah Israel saling bergilir di dalam menggugat keselamatan rakyat Palestin. Dalam menghadapi situasi yang sukar ini, satu tindakan tegas perlu diambil demi menjamin keamanan rakyat yang telah pun merana dibawah penjajahan yang sedang berlaku sejak sekian lama. Perlu ditegaskan di sini bahawa, usaha penentangan terhadap Penjajah Israel dan Amerika tidak mungkin dapat berterusan dan mencapai matlamatnya jika tidak disempurnakan terlebih dahulu hal keadaan di dalam masyarakat Palestin itu sendiri sehingga ia bersih dari unsur atau orang yang rosak lagi merosakkan.Anwar Raji, ketua penerangan Barisan Rakyat Pembebasan Palestin menyatakan bahawa gerakan-gerakan Islam bersepakat bahawa mereka bukan penyeru ke arah menghunus senjata mengena sesama rakyat Palestin walau dengan apa alasan dan slogan sekalipun. “Senjata kami hanya mempunyai satu titik tuju iaitu didada Penjajah sahaja”, tegas beliau.
Namun begitu situasi genting yang berlaku seperti yang dijelaskan di atas memaksa HAMAS untuk mengepung Pejabat Keselamatan Presiden dan membersihkannya dari unsur-unsur jahat yang dibiayai dan dilengkapkan persenjataannya oleh Zionis Israel dan Pentadbiran Amerika dengan tujuan berhadapan dengan gerakan-gerakan penentang Penjajahan. Penguasaan HAMAS tersebut benar-benar merupakan langkah paling praktikal bagi memotong jalan usaha Amerika mencetuskan huru hara dan pembunuhan seperti yang berjaya dilakukannya di Iraq. Kita berharap strategi Amerika yang sama tidak akan berjaya di Lubnan, insyaAllah.Sejak beberapa bulan yang lalu, puluhan juta dollar telah dimasukkan ke dalam akaun Unit Keselamatan di bawah Presiden. Dalam masa yang sama Kerajaan Israel telah membenarkan unit tersebut membuat latihan di kem dekar Bandar Jerico, memasukkan anggota tentera Badr ke kawasan Gaza dan tibanya bekalan kelengkapan ketenteraan dan senjata yang banyak untuk anggota-anggota tersebut.Dari maklumat yang dipercayai, sebenarnya individu-individu di pejabat Presiden sendiri yang mendorong Negara-negara Eropah untuk meningkatkan sekatan terhadap penduduk Palestin supaya menggagalkan Kerajaan Palestin di bawah HAMAS yang dipilih oleh majoriti rakyat sehingga tiada lagi pilihan di hadapan mereka kecuali pertembungan di antara gerakan-gerakan.
Oleh itu langkah drastik HAMAS adalah tepat pada masanya. Adalah menjadi kewajipan gerakan-gerakan di Tebing Barat pula (sekarang menjadi markaz FATAH yang lari dari Gaza) mengawal keadaan di sana supaya perancangan jahat Israel dan Amerika digagalkan.Pimpinan FATAH yang lari meninggalkan Gaza (barat Palestin) dan sekarang menetap di Tebing Barat (timur Palestin) akan mendapat dokongan penuh dari Israel, Amerika dan Eropah. Demikian dinyatakan oleh pimpinan Negara-negara tersebut. Perdana Menteri Israel, Olmert menyatakan bahawa Israel akan menyalurkan berpuluh juta Dollar wang dari cukai pendapatan pekerja-pekerja Palestin yang dibeku sejak HAMAS memerintah setahun lalu, kepada kerajaan FATAH yang baru dibentuk oleh Presiden Mahmud Abbas, disamping akan mengetatkan lagi laluan masuk bekalan makanan dan bahan api ke Gaza. Pentadbiran Bush akan mengumumkan penarikan balik sekatan ekonomi ke atas Tebung Barat yang dikuasai FATAH, demikian kenyataan yang disiarkan Ahad 19 Jun lalu.Perlu disebut di sini bahawa kita tidak menyamakan di antara Kumpulan Revolusi ini dengan ramai pejuang-pejuang lain dalam gerakan FATAH. FATAH yang diasaskan pada tahun 1958 mempunyai sejarah kepahlawanannya yang panjang. Dari FATAH lahirnya Katibah Syuhada' Al-Aqsa (seganding dengan Katibah Izzuddin AL-Qassam di bawah HAMAS) yang sehingga ke hari ini berjasa dalam menentang Penjajahan Israel dan Amerika di bumi Palestin. Penglibatan Katibah Syuhada' Al-Aqsa di dalam Intifadhah Al-Aqsa sejak tahun 2000 adalah tidak dapat dinafikan. Kumpulan Revolusi yang dipimpin oleh Mohamad Dahlan yang kita maksudkan ialah mereka yang bekerja menentang hasrat gerakan-gerakan penentang Penjajahan dan berlawanan dengan kepentingan rakyat Palestin.Kita merasa sedih di tengah-tengah perlindungan Amerika dan Negara-negara Eropah untuk Israel meneruskan serangan-serangannya yang berterusan, juga sekatan ekonomi yang dipaksakan ke atas rakyat Palestin, banyak Negara-negara Arab dan Islam rela membisu seribu bahasa, tidak serius melaksanakan Resolusi-resolusi Liga Arab yang bersidang di Khartoum, Kaherah dan Riyadh dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang memutuskan supaya sekatan ekonomi Barat ditamatkan sama ada dengan menghulurkan sumbangan kewangan atau cara lain.Kita juga mengajak umat Islam supaya kembali kepada ajaran-ajaran Islam yang sebenar dan menyeluruh dan tidak bekerjasama dengan musuh-musuh Allah dalam menekan saudara-saudara kita sesama Islam walau di mana mereka berada.
Hanya dengan cara ini, Allah SWT akan mengembalikan kepada umat Islam kepimpinan dunia seperti yang pernah mereka kecapi di zaman Umayah, Abasiah dan Uthmaniah suatu masa sahulu.“Kami (Allah) ingin menganugerahkan kepada orang-orang yang tertindas di muka bumi (dimana) Kami menjadikan mereka pimpinan dan Kami jadikan mereka yang mewarisi (khilafah atau pimpinan di muka bumi)” (Al-Quran).
Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah,
Naib Presiden,
18 Jun 2007

No comments: