Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Friday, November 09, 2007

apabila abis exam...

apabila abis exam, apa yang nak di buat ye? setakat ni saya buat apa yang sebelum ni tak selalu buat, antaranya tengok ASTRO kat Teratai, pergi makmal IT kat Library, buat kalendar untuk perancangan tahun depan, kartun di atas tu saya amik dari TYPEJELA

cuti ni ada daurah ,20 hb. tapi saya takleh ikut la..Daurah Musim Cuti( DMC 4)

pastu jumpa artikel best


Hari Ini, Aku Yang Pilih!

“Keluarga aku semuanya kurang ajar belaka, jadi tentulah aku pun kurang ajar.”
“Dah aku dibesarkan di dalam persekitaran samseng, macam mana aku nak jadi baik.”
Segala dialog mirip seperti dialog di atas mungkin boleh didengari terucap keluar daripada mulut atau menjadi bisikan ketika bermonolog dengan diri. Adakalanya bukan sebagai satu pemahaman salah kepada konsep ‘berserah kepada takdir’ tetapi sebagai alasan untuk memujuk diri menerima perbuatan salah yang dilakukan diri sendiri. Menjustifikasikan kesalahan yang dipilih sendiri dengan menuding kepada pengalaman lepas.


MANUSIA, PENGALAMAN DAN MENCIPTA PENGALAMAN


Sekumpulan orang kampung menyatakan pada seorang pengembala muda, “Sekiranya datang serigala, jerit ‘serigala’ dan kami akan datang bersama senapang dan serampang.”
Keesokkan harinya sedang beliau mengembala kambing biri-birinya, tiba-tiba pengembala muda ternampak seekor singa mendekati kambing biri-birinya. Dia pun menjerit, “Singa, singa!” Tetapi tiada seorang yang datang membantu. Beberapa ekor kambing biri-birinya mati dibaham singa. Dengan sedihnya dia pergi berjumpa dengan orang-orang kampung.
“ Mengapa tiada orang datang membantu apabila saya jerit tadi??” Tanya pengembala muda tadi kepada orang-orang kampung.
“Di negeri kita ni mana ada singa,” balas seorang pak cik tua, “Yang kau kena jaga-jaga pada ancaman serigala nak oi.”


Sememangnya manusia hanya memberi respon kepada perkara yang ia bersedia untuk percaya. Apa yang membuatkan mereka bersedia untuk percaya, adalah pengalaman mereka. Seorang yang mempunyai pengalaman mudah memperoleh sahabat berkemungkinan besar akan seronok dikelilingi manusia. Seorang yang mempunyai pengalaman dihargai karya-karya puisinya berkemungkinan besar lebih selesa menukilkan bahawa jiwanya untuk tatapan umum. Begitu juga seorang yang mempunyai pengalaman dizalimi atau didera, kemungkinan besar juga ia memberikan kesan tidak baik kepada kehidupannya.


Kita tidak memilih setiap pengalaman yang dilalui dan sememangnya itulah yang terjadi ketika kita masih kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kebanyakkan pengalaman sesudah kita dewasa dipilih oleh kita. Kita memilih untuk belajar di mana. Kita memilih untuk bekerja di mana. Kita memilih untuk melakukan sukan apa, melakukan di mana. Kita memilih untuk berkawan dan bergaul bersama siapa. Sesiapa yang mempunyai latar belakang yang susah atau tidak molek, memilih sendiri untuk terus hidup dalam suasana negatif atau memilih untuk mencipta pengalaman yang akan memperbaiki kehidupan dan cara berfikir.


Seorang yang ingin memperbaiki diri menjadi lebih baik, mempunyai kuasa membuat pilihan samada untuk bergaul lebih banyak dengan mereka yang akan membantunya memperbaiki diri atau bergaul dengan mereka yang tidak membantu menjadi lebih baik. Seorang yang ingin dirinya menjadi lebih baik mempunyai kuasa memilih untuk melakukan aktiviti yang akan menyumbang kepada pembaikan dirinya ataupun aktiviti yang sebaliknya.
Masa lepas yang membentuk pengalaman-pengalaman adalah sesuatu yang tidak dapat diubah tetapi kita mampu mengawal tindakan kita hari ini yang akan menjadi pengalaman di masa akan datang. Tidak semestinya kerana pengalaman lepas yang negatif, maka sepatutnya kita menjadi seorang yang berkarakter negatif. Teringat saya kepada sebuah rangkap di dalam puisi Zhou Dun Yi:

Namun yang ku kasihi adalah bunga teratai, tumbuh keluar dari selut tetapi tidak dikotori.
Beliau mengkagumi karekter bunga teratai yang sekalipun tumbuh daripada selut yang kotor namun tetap cantik, harum, boleh dihayati dari jauh namun tidak boleh sebarangan disentuh. Sewaktu membaca puisi ini, terharu saya menghayati betapa sesuatu yang indah boleh tumbuh keluar sekalipun daripada persekitaran yang tidak bersih. Kita semua boleh menjadi seperti teratai, berhak memilih untuk menjadi seperti teratai.


SIKAP MELIHAT PENGALAMAN LALU


Saya sendiri bukanlah seorang yang mempunyai masa lampau yang sempurna. Sememangnya sedikit sebanyak masa lepas yang kurang molek meninggalkan sedikit sebanyak kesan pada hari ini. Saya pernah dicurigai hanya bersandarkan pada sikap saya dahulu. Saya menerimanya dengan redha dan terus cuba memperbaiki diri. Pada saya, tiada gunanya saya berkeluh kesah mengenangkan masa lalu yang tidak dapat diubah. Selain memilih untuk berusaha mencipta pengalaman yang lebih baik untuk masa akan datang, saya juga memilih untuk berusaha mengamalkan sikap yang betul dalam melihat pengalaman-pengalaman masa lepas samada yang baik atau yang sebaliknya. Saya tidak boleh mengubah masa lalu, malah mungkin tidak cukup hebat untuk mengubah keseluruhan dunia sekeliling saya. Tetapi saya mampu untuk mengubah bagaimana saya melihat masa lalu dan dunia sekeliling.


Mempunyai sikap yang betul dalam melihat pengalaman lalu lebih penting berbanding mencipta pengalaman baru yang lebih baik. Kita mempunyai kawalan terhad terhadap apa yang kita lalui. Tetapi kita mempunyai kawalan penuh terhadap sikap kita. Segalanya bergantung kepada sikap kita untuk melihat pengalaman lalu sebagai tauladan atau perlu diabaikan, sebagai sesuatu yang perlu ditangisi atau sesuatu yang perlu diperbaiki, sebagai sesuatu yang menghantui atau sesuatu yang membimbing. Kita yang memilih, belum terlambat untuk buat pilihan tepat!

dicuri daripada:
alFaisalKeramat29 Oktober 2007 / 17 Syawal 142812.00 am

sambil sambil tu jumpalah satu blog penamuallim
pastu jumpa pulak blog orang jawa banting ni...dapatla lepas gian dengar alunan kompang ...maklumlah dah lama tak balik kampung and palu kompang...

1 comment:

Mashizaki Keikan said...

gambaq tu agak kurang betul... hirasah bermakna berjaga malam... jadi "jaga"... bukan hanya qiyamullail.