Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Wednesday, September 17, 2008

sahsiah rupa diri UiTM terbaru

terkini...1 november 2008...
sahsiah rupa diri yang diperkatakan di bawah telah dibatalkan oleh UiTM. sahsiah rupadiri yang asal adalah digunakan sehingga sahsiah rupadiri terbaru dikeluarkan.(pekeliling telah keluar, dan semua poster telah ditanggalkan.)
saya tak delete post ini kerana inilah bukti pelajar prihatin dan sayangkan UiTM. bukan hanya tunduk angguk semata-mata kepada perkara yang tak sepatutnya.
hairul anuar sobikin
timbalan presiden
sekreteriat mahasiswa fakulti pendidikan 08


AMARAN :ENTRY INI DIPETIK DARIPADA http://www.mahasiswamerdeka.blogspot.com/

HEP UiTM sudah tidak relevan?


Shah Alam, 12 September 2008 – Pelajar-pelajar UiTM Shah Alam dikejutkan dengan poster Sahsiah Rupa Diri Pelajar Perempuan yang baru. Ia adalah sebagai langkah awal mahasiswi UiTM ke arah profesionalisme. Apa yang menggemparkan hampir seluruh warga UiTM adalah pakaian yang dipaparkan di dalam poster tersebut adalah pemakaian yang mendedahkan aurat wanita. Jika dahulu Pegawai Keselamatan bertanggungjawab untuk menyaman atau memberi amaran keras kepada mana-mana pelajar yang memakai pakaian singkat (di atas paras punggung), tetapi hari ini pegawai keselamatan tidak lagi berkuasa untuk mengambil sebarang tindakan tatatertib terhadap pelajar kerana HEP sendiri telah pun memberi lampu hijau kepada pelajar. Apa yang lebih menjengkelkan lagi, pelajar siswi digalakan memakai tudung atas kemahuan individu sendiri tanpa paksaan. Kenyataan seperti ini tidaklah perlu diletakkan di atas poster kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dan menyebabkan kemarahan sesetangah pihak. Wakil GMM sempat mendapatkan respon seorang siswi dari Fakulti Pengajian Undang-undang, menurutnya “sahsiah rupa diri pelajar yang baru ini amat teruk dan ia akan menggambarkan Pentadbiran UiTM khususnya HEP tidak lagi relevan dalam menjalankan dasar pembangunan pelajar, tambahan pula 95% pelajar-pelajar UiTM adalah terdiri daripada Melayu Muslim dan pastinya mereka tahu apa itu aurat. HEP tidak seharusnya membuat Pekeliling seperti ini jika mahu ke arah profesionalisme sekalipun masih terdapat pakaian yang lebih sopan yang harus dipaparkan kepada pelajar sebagai contoh yang baik.”

Usaha HEP untuk membawa pelajar siswi ke arah profesionalisme haruslah dipuji namun, dengan membawa contoh pemakaian begini adalah sama sekali bercanggah dengan motto UiTM, iaitu Usaha, Taqwa, Mulia. Taqwa dan Mulia seolah-olah keciciran dan menggambarkan HEP menolak Taqwa dan Mulia ini dalam konteks profesionalisme. Seharusnya pihak HEP mengkaji semula Pekeliling Sahsiah Rupa Diri yang baru ini serta merujuk kepada pegawai Pusat pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU).


Unit Kebajikan dan Kerohanian GMM

Tahniah Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan!



Prof. Madya Dr. Noormala Dato' Amir Ishak
Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan

Tahniah! Inilah pujian yang harus diberikan kepada Prof. Madya Dr. Noormala Dato' Amir Ishak iaitu Dekan Fakulti Pengurusan Perniagaan. Beliau telah berjaya mengeluarkan notis peringatan kepada pelajar-pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan mengenai etika berpakaian di fakulti. Namun, pemantauan penuh hanya akan bermula pada Januari 2009. Mengapa perlu mengambil masa yang agak lama untuk mula membuat pemantauan?

Menurut sumber, notis sebegini tidak pernah dinaikkan oleh Dekan-dekan sebelum ini dan mereka lebih menekankan soal pemakaian kad matrik pelajar sahaja dengan mengabaikan kod etika berpakaian. Tambahnya lagi, Dr. Noormala begitu tegas dalam soal sahsiah rupa diri dan disiplin pelajarnya.

Semoga apa yang dilakukan oleh Dr. Normala ini menjadi ikutan Dekan fakulti lain, dan kod berpakaian seperti yang dinyatakan di atas bukanlah diaplikasikan mengikut jenis fakulti malah ia seharusnya dilaksanakan kepada semua fakulti. Terutama Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dan juga Fakulti di Puncak Perdana. Jika ia berjaya dilaksanakan, pastinya 'pemandangan' di Fakulti Pengurusan Perniagaan menjadi tenang dan damai, barulah dikatakan Melayu itu Hidup Di Bumi UiTM ini. GMM mengharapkan perkara ini bukan sekadar retorik semata-mata, dan haruslah dilaksanakan secara praktikal.



Unit Kebajikan dan Kerohanian GMM

KOMEN: poster ni baru dinaikkan, tetapi perkara ni saya dah tahu sejak awal semester lagi. ternyata ramai yang terkejut, dan saya sendiri rasa pilu, sebak (terkenangkan masalah umat akhir zaman ni ...) apabila membaca kenyataan dalam poster ( saya dipertanggungjawabkan untuk tampal poster ni di fakulti bagi pihak MPP,--- hehe belum tampal lagi pun, ada kat bilik ni ha......esok la sy tampal....). ...

saya hanya ingin menunggu reaksi persatuan pelajar......MPP.....dan mahasiswa..........tapi saya tak ada komen yang sesuai untuk dinyatakan disini.......

4 comments:

SJK said...

salam..

respon pertama: apa nak jadi ngan HEP ni...penat jer masuk meeting...

aku tak setuju...

tapi etika tu da ditarik balik...itu jer la setakat ni

membazir jer print banyak2....

anwarjauhari said...

eh zam, kalau dah diatarik balik...kenapa x keluar surat lagi???

baru minggu lepas fakulti tampal pekeliling yang mengatakan SAHSIAH RUPA DIRI YANG DIGUNAPAKAI ADALAH YANG TERBARU INI, DAN PANDUAN SAHSIAH RUPA DIRI YANG LAMA TU TERBATAL BERKUAT KUASA SERTA MERTA"

aku ada amik gambar surat tu...tapi x smpat upload...
kalu ada info bgtau aku....tak nak la nanti aku ketinggalan isu ni...plz

(hehe..byk lagi kat bilik aku , tak tampal lagi....maafla uiTM, x sampai hati den nak menampalnya)

anwarjauhari said...

assalamualaiokum
untuk makluman, sahsiah rupa diri yang diperkatakan diatas telah dibatalkan. seminggu selepas poster diedarkan, pekeliling terbaru telah keluar... sahsiah rupadiri pel;ajar yang lama adalah dikekalkan...hairul anuar sobikin
timbalan pengerusi sekreteriat mahasiswa fakulti pendidikan 2008.

Anonymous said...

salam

benarker sahsiah rupa diri yg baru tue dah ditarik balik? tapi kenaper kat uitm pahang still tampal kat merata2 lagi? malah dah diframe dan diletak kat pondok pengawal. minta informasi lengkap.. terima kasih..