assalmaualaikum.
bismillahirrahmanirrahim.
alhamdulillah, segala puji bagi Allah. selawat dan salam keatas junjungan kita Muhammad S.A.W.
petang ini ,
sekadar meluahkan perasaan di blog.
isnin, pagi:HEP call, mintak hantar 3 peserta ke kem jati diri rakan muda SPRM selangor. jumaat, sabtu dan ahad.
-dalam berpuluh-puluh orang yang saya mesej, untuk cari peserta, hanya seorang sahaja yang sanggup ikut. yang lain tak dapat ikut. (biasalah, kan student banyak assignment. jumaat tu pulak kan waktu kelas).
-dalam hati memang tak sanggup nak pergi, sebab ada kelas jumaat. rekod sem ini ponteng kelas sifar! itu prinsip saya!
tapi memandangkan mereka mintak cari orang, konsep saya, peluang itu dibuka kepada saya, dan saya diamanahkan untuk menyebarluaskan dan buka peluang tu kepada orang lain. so saya lebih puas hati jika ada berjaya membawa orang lain pergi berbanding saya yang pergi sendiri.
lagipun jumaat ni ada test genetik! doakan berjaya. amin.
moral: kita selalu fikir untuk merebut peluang yang kita temui. tapi pernahkah kita terfikir untuk berkongsi peluang itu kepada orang lain yang tidak berpeluang?
tengah hari: terjumpa puan dayang, dalam perjalanan nak jumpa pn mawaddah. terlanjur terjumpa, saya sempat rakamkan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar dan TOT yang beliau laksanakan untuk tajuk MIND MAPPING untuk dipresentasikan dalam kelas SCE 551. ( alangkah seronoknya beliau apabila kumpulan kami berjaya membuat presentasi dengan jayanya) terpancar keikhlasan beliau dalam mencurahkan ilmu kepada kami.
saya tak akan sia-siakan ilmu MIND MAPPINg yang puan ajarkan itu.
moral: kadang kala dengan hanya menceritakan kebaikan orang kepada kita merupakan hadiah yang paling bernilai berbanding hadiah wang ringgit. teringat kepada pihak pihak yang pernah mambantu dan mengajar kita sewaktu kecil dahulu...hanya ALlah sahaja layak mambalasnya
selepas jumpa pn dayang, jumpa dengan pn mawaddah. berbinvcang tentang program 3B yang akan dilaksanakan 4 april ini. bertempat di sekolah Zaa'ba. kemudian, 10 mei pula program kem di hulu selangor. semoga program ni berjaya . amin.
moral: jangan suka ciplak hak cipta orang lain. letak bibliografi dalam setiap assignment
petang lepas zohor: hibernasi di PTAR 24 jam. sungguh menyelerakan. walaupun beribu-ribu orang lalu lalang, namun kita tetap dengan dunia kita....di alam zzz.
moral: jangan cepat mengeluh. walaupun hibernasi petang tu di lokasi yang tidak sesuai, tetapi Allah telah gantikannya dengan mutu kerja yang terbaik pada malam tu....kita merancang, dan perancangan Allah lebih heabt lagi!
malam, panggilan mesyuarat gerak kerja malam penghargaan dan anugerah dekan fakulti pendidikan 2009. akan diadakan 1 april ini. secara keseluruhannya, seperti biasalah, kelewatan surat kelulusan menjadi alasan ampuh untuk menjadikan segalanya kucar-kacir. program seminggu lagi. cenderahati , tempat, makan, kenderaan, teknikal, dekorasi, jemputan semua tak boleh di confirmkan lagi. yang betul-betul confirm cuma tugasan biro dan ajak. peserta malam tu pun dah confirm, tapi mereka tak dapat surat jemputan lagi pun.....biasalah, seminggu terakhir merupakan saat manis setiap ajk program....
last minute, menyeksakan! last minute, mutu menjunam! last minute, jangan jadi amalan! wlaupun itu realiti yang terpaksa direlakan.
selasa ,sekali lagi khidmat diperlukan. kali ini CiTU perlukan peserta untuk pertandingan puisi soutul jumaat dan maulidurrasul. berpuluh-puluh kenalan juga saya mesej, macam biasalah, 10% je yang respond. Alhamdulillah, ada yang sanggup masuk pertandingan itu.
sekali lagi, walaupun puisi saya mustahil menang tempat pertama ( yelah orang yang saya jemput untuk bertanding merupakan karyawan muda yang lebih hebat!, namun saya akan tetap puas hati kerana berjaya bawa dan buka peluang kepada mereka!)
dapat lagi mesej untuk sebarkan forum palestin di masjid negeri. berpuluh-puluh mesej yang dihantar, hanya sorang je yang reply. ok la tu..sekurang-kurangnya ada jugak yang mendapat manfaat.
ni malam ni nak jumpa sukarelawan pemandu pelancong masjid SAAS. katanya ada urusan pemasangan internet. mungkin mereka perlu bantuan. tapi tak apa , cuba membantu mana yang mampu.
namun apa yang utama adalah tugasan akademik yang perlu dilaksanakan.
UTAMAKAN YANG UTAMA ADALAH SATU KEUTAMAAN!
Akademik first!
sekadar melepaskan tension,
di kekunci PTAR 1.
UiTM dihatiku.
www.anwaruitm.com
Welcome to Hairul Anuar's (anwarjauhari) official weblog. feel free to give your comment!. Selamat datang ke anjung utama. Anjung ini merupakan anjung utama Hairul Anuar Bin Sobikin. Layari juga laman blog anwarjauhari yang lain. (PERINGATAN-entri blog ini tidak boleh dianggap kenyataan rasmi mewakili mana-mana organisasi yang dianggotai oleh penulis kecuali jika dinyatakan sedemikian) anwaruitm@hotmail.com
Pages
ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!
Berpindah-MOVING-
assalamualaikum.
Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.
Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.
Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.
Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.
Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Tuesday, March 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment