Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Tuesday, June 16, 2009

Friendly Comparative Religion Training, organized by Saba Islamic Media

JIKA ADA PERTANYAAN HUBUNGI ANWAR 013-6607046

Venue: IIS, Setiawangsa
Date : 20-21 June 2009
Fees : RM100 ( Including meals and books)

Everyone is invited
Please call Bro Mas ( 0136159030) for registration

--- On Wed, 5/20/09, znf lhev wrote:


From: znf lhev
Subject: Tentatif & Sinopsis FCR
To: goldenseeker_2020@yahoo.com
Date: Wednesday, May 20, 2009, 3:46 AM


Tentatif & Sinopsis Program



Sabtu 20/6/09

08.30am - 09.00am Pendaftaran
09.00am - 09.15am Pengenalan
09.15am - 10.30am Kewajipan Berdakwah
10.30am - 10.50am Rehat
10.50am - 11.50am Sejarah Kristian
11.50am - 01.00pm Asas Kepercayaan Kristian
01.00pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Kepercayaan Orang Cina
03.30pm - 04.30pm Hinduism
04.30pm - 05.30pm Bengkel Bible



Ahad 21/6/09
08.30am - 09.00am Imbasan Semula
09.00am - 10.40am Salah Faham Terhadap Islam
10.40am - 11.00am Rehat
11.00am - 12.10pm Memahami Mualaf
12.10pm - 01.10pm Pengalaman Bersama Paderi & Gereja
01.10pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Quran & Sains
03.30pm - 05.00pm Soal Jawab
05.00pm - 05.30pm Penutup



Sesi 1 – Kewajipan Berdakwah



Peserta akan diterangkan perbezaan di antara Dakwah dan Islah. Ia diikuti dengan persoalan sama ada berdakwah kepada non-Muslim itu adakah wajib ataupun sebaliknya. Di antara alasan yang paling kerap diberi untuk menafikan tanggungjawab berdakwah kepada non-Muslim adalah seperti berikut:-



Masih belum cukup ilmu untuk lakukan dakwah.
Diri sendiri masih teruk, belum lengkap, belum faham seluruh kandungan Quran.
Kita perlu perbetulkan umat Islam dahulu, kemudian barulah berdakwah kepada non-Muslim.
Dakwah saya tidak akan berkesan.
Bukankah Quran menyebut “Tiada paksaan di dalam agama”
Bukankah Quran menyebut “Untukmu agamamu, untukku agamaku”
Ada non-Muslim yang akan mengatakan “jaga urusan kamu sendiri”
Hubungan persahabatan dengan kawan non-Muslim akan terputus disebabkan rasa sakit hati apabila didakwah.
Ayat 104 surah Ali Imran mengatakan bahawa hanya sebahagian sahaja yang perlu berdakwah.


Secara keseluruhannya peserta akan diterangkan tentang Teknik Perbandingan Agama di dalam melakukan dakwah.



Sesi 2 – Sejarah Kristian



Peserta akan didedahkan mengenai sejarah kemunculan agama Kristian yang terbahagi kepada tiga zaman, iaitu:-



Era sebelum Jesus as dilahirkan - Di dalam era ini, peserta akan diterangkan bermula dari zaman Abraham, diikuti Isaac, Jacob, Moses hinggalah ke zaman kelahiran Jesus. Penyelewengan Bani Israel akan ditumpukan.


Era selepas Jesus as dilahirkan dan sebelum diangkat ke langit - Peserta akan didedahkan mengenai kedegilan dan tentangan Bani Israel di dalam menerima dakwah Jesus.


Era selepas Jesus as diangkat ke langit - Peserta akan diperkenalkan dengan seseorang yang bernama “Paul” yang memulakan penyelewengan ajaran Jesus. Ia akan diikuti dengan zaman sesudah Hawariyun, termasuklah zaman pembukuan Bible pada abad ke 4 dan zaman-zaman selepasnya.


Sesi 3 – Asas Kepercayaan Kristian



Bagi memantapkan lagi teknik dalam melakukan dakwah kepada orang Kristian, doktrin-doktrin agama mereka perlu difahami. Kita perlu memahami asas-asas kepercayaan mereka dari sudut pemahaman mereka sendiri. Dan untuk membezakan antara hak dan batil pula, maka Quran dan Hadis menjadi rujukan. Terdapat lima asas kepercayaan orang-orang Kristian iaitu:-



Dosa Warisan
Jesus itu anak tuhan
Jesus itu tuhan
Pensaliban Jesus
Triniti


Peserta juga akan didedahkan tentang ayat-ayat Tauhid yang terdapat di dalam Bible serta persamaan antara amalan nabi-nabi di dalam Bible dengan amalan Muslim hari ini.



Sesi 4 – Kepercayaan Orang Cina



Peserta akan didedahkan mengenai asas kepercayaan dan juga perayaan kaum Cina di Malaysia. Ini akan membantu kita memahami perbezaan antara budaya, adat dan kepercayaan di dalam agama mereka dan seterusnya dapat memberi idea kepada kita akan pendekatan terbaik di dalam melakukan dakwah kepada golongan ini. Selain daripada itu, peserta juga akan didedahkan mengenai perkara Do and Don’t semasa berinteraksi dengan orang-orang Cina.



Sesi 5 – Hinduism



Dalam sesi ini, peserta akan melihat dan menilai corak serta cara pemikiran orang-orang Hindu mengenai konsep ketuhanan mereka. Di dalam pembentangan ini nanti, peserta akan didedahkan mengenai perkara yang tidak masuk akal mengenai konsep ketuhanan mereka; apakah pula panduan yang diberi Allah di dalam Quran dalam menangani perkara tidak masuk akal tersebut; bagaimanakah kita boleh membawa mereka supaya dapat melihat dan membandingkan konsep ketuhanan yang ada di dalam Islam melalui pendedahan kalimah-kalimah Tauhid yang masih terpelihara di dalam kitab suci Hindu; dan diikuti penerangan mengenai perkara Do and Don’t semasa berinteraksi dengan orang-orang Hindu.



Sesi 6 – Bengkel Bible



Muslim kerap kali menyangkakan bahawa Bible itu adalah Injil yang sudah diseleweng, tetapi benarkah begitu? Jika kita andaikan Injil tersebut tidak pernah diseleweng, maka adakah ini bermakna INJIL = BIBLE? Kebanyakan Muslim juga terlalu mudah untuk menyatakan bahawa Bible itu sudah diubah (Quran 2:79, 4:46), tetapi terlalu sedikit yang mampu membuktikan kenyataan tersebut. Oleh itu, di dalam sesi ini, para peserta akan diajar cara-cara membaca Bible dan seterusnya akan didedahkan tentang penyelewengan, contradiction dan cerita yang tidak sesuai untuk berada di dalam Kitab Suci yang terdapat di dalamnya seperti kisah lucah.



Begitu juga seperti yang telah diterangkan di dalam sesi Asas Kepercayaan Kristian, maka di dalam sesi kali ini, peserta akan melihat dan membaca sendiri ayat-ayat Tauhid dan persamaan antara amalan yang dicatatkan di dalam Bible dengan amalan Muslim hari ini. Ini juga boleh membantu Muslim melakukan dakwah kepada orang-orang Kristian.



Akhir sekali, kebolehan membaca Bible serta sedikit pengetahuan mengenai kandungannya adalah penting apabila keadaan memerlukan, sebagai contoh, apabila kita berdepan dengan missionary atau individu-individu Kristian yang tidak mahu menggunakan Quran di dalam perbincangan antara kita dan mereka.



Sesi 7 – Imbasan Semula



Para peserta akan diminta mengulang semula SATU perkara (point) yang telah dipelajari semasa hari pertama dari sesi 1 hingga sesi 6.



Sesi 8 – Salah Faham Terhadap Islam



Semasa menyampaikan kebenaran Islam kepada non-Muslim (malah sesama Muslim), kita tidak akan terlepas daripada mendengar 1001 persoalan serta salah tanggapan terhadap Islam. Antara soalan-soalannya ialah:-



Isu umum

Masuk Islam = Masuk Melayu
Islam agama susah (perlu solat 5 kali sehari, puasa, banyak pantang larang, tidak boleh makan babi, minum arak dll)
Islam agama mundur
Tuhan Islam tidak adil – kenapa cipta kafir, kenapa takdir ke syurga/neraka
Semua agama sama
Doa tidak terjawab
Kafir yang baik ke neraka tapi Muslim yang jahat ke syurga
Sains dan agama tidak selari


Isu keganasan

Islam agama ganas (9/11, suicide bombing)
Islam disebar melalui mata pedang
Negara Muslim suka berperang


Isu wanita

Wanita tidak boleh jadi imam
Saf solat wanita di belakang (ini kerap ditanya oleh pelancong asing yang datang ke masjid semasa Mosque Tour)
Lelaki dapat 2 kali ganda harta warisan daripada wanita (4:11)
Kesaksian seorang lelaki menyamai kesaksian dua orang wanita (2:282)
Wanita tidak boleh jadi pemimpin
Lelaki mempunyai satu darjat lebih tinggi daripada wanita (2:228)
Suami boleh pukul isteri (4:34)
Poligami
Kenapa wanita tidak boleh kahwin 4 (poliandri)?
Isu tudung


Isu bermusim

Hudud
Negara Islam
Islam Hadhari
Rogol isteri
Tsunami
Moral
Artikel 11 (1A)
Karikatur


Isu Nabi Muhammad saw

Ramai isteri – 12 orang
Nabi kahwin dengan budak 6 tahun - Pedophile
Kahwin menantu sendiri
Nabi boleh membaca


Soalan dari missionary Kristian

Jesus lebih hebat dari Muhammad sebab nama Jesus disebut 25 kali dalam Quran tapi nama Muhammad disebut 5 kali sahaja (3:144, 33:40, 47:2, 48:29, 61:6)
Muhammad sudah meninggal tapi Jesus masih hidup
Jesus tidak berbapakan manusia, maka Father lah bapanya
Nabi akhir ialah Jesus sebab Jesus akan turun sebelum kiamat
Quran tiru Bible
Quran hasil kerja syaitan
Allah guna perkataan “Kami” dan ini bermakna trinity itu adalah benar


Soalan dari orang-orang Hindu

Muslim sembah Kaabah
Tuhan Linggam di dalam Kaabah
Semua manusia sepatutnya Vegetarian
Sembelihan haiwan cara Islam adalah kejam
Berhala (Idol) bukan disembah tetapi ia hanya untuk tujuan penumpuan (concentration) kepada tuhan


Quran ada contradictions

Satu hari di sisi Allah adakah bersamaan seribu tahun manusia (22:47, 32:5) atau limapuluh ribu tahun manusia (70:4)?
Allah cipta langit dan bumi dalam enam hari (7:54, 10:3, 11:7, 25:59, 32:4, 50:38, 57:4) atau lapan hari (41:9-12)?
Manusia dicipta daripada air (25:54), sperma (76:2) atau tanah (6:2)?


Sesi 9 – Memahami Mualaf



Pada peringkat awal, peserta akan diterangkan maksud mualaf dan mukalaf. Kemudian peserta akan didedahkan mengenai cabaran-cabaran yang dialami mualaf sebelum, semasa dan selepas mereka memeluk Islam. Pengetahuan ini amat penting supaya kita mampu membezakan antara perkara yang perlu didahulukan serta perkara yang boleh dikemudiankan di dalam membantu mualaf menguatkan aqidah Islam. Di antara cabaran tadi ialah:-



Sebelum memeluk Islam

Contoh buruk oleh Muslim
Tiada bantuan/galakan daripada Muslim, malah ditakut-takutkan
Tidak ada yang mahu menyampaikan Islam
Tidak tahu siapa yang hendak dirujuk, dll


Semasa memeluk Islam

Masalah semasa hendak bershahadah
Dituduh masuk Islam kerana hendak berkahwin
Terlalu terikat dengan prosedur, dll


Selepas memeluk Islam

Mualaf diMelayukan
Perlu dirahsiakan atau perlu dihebahkan?
Tentangan keluarga – apakah peranan kita?
Sahabat sekeliling tidak tahu keutamaan (priority) perkara yang perlu diajar, dll


Sesi 10 – Pengalaman Bersama Paderi & Gereja



Penceramah akan berkongsi pengalaman selama belasan tahun berdepan dengan missionary, paderi dan pihak gereja. Peserta akan didedahkan bahawa hujah-hujah mereka sebenarnya adalah amat rapuh. Oleh itu, ini akan memotivasikan peserta supaya berani memulakan langkah awal berdakwah kepada orang-orang awam dahulu sebelum berdepan dengan kelompok yang lebih mencabar.



Sesi 11 – Quran & Sains



Apabila kita berdepan dengan golongan yang tidak percaya kepada kewujudan tuhan dan agama (Free Thinker), maka kita perlu menggunakan kitab golongan ini, iaitu sains dan logik. Oleh itu, di dalam sesi ini, peserta akan didedahkan dengan banyak ayat Quran yang selari dan menepati sains moden. Banyak fakta sains yang hanya ditemui pada zaman moden ini sebenarnya telahpun diceritakan di dalam Quran. Malah terdapat penemuan sains yang dengan jelas membuktikan bahawa Allah itu wujud.



Sesi 12 – Soal Jawab



Semua peserta diberikan peluang untuk bertanya apa sahaja soalan tanpa tapisan. Walau bagaimanapun, peserta adalah tidak digalakkan bertanya soalan yang lebih kepada bentuk masalah fekah semata-mata.






Yours sincerely,
Faridah Sulong (USIM)
goldenseeker_2020@yahoo.com
013-2358685

No comments: