Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Friday, February 26, 2010

apa erti cintaku terhadap Rasulullah?


alhamdulillah, terlebih dahulu puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah, yang selayaknya dipuji dan dipuja. selawat dan salam ke atas junjungan penghulu segala nabi, Muhammad khatimul anbiya'.

saya menerima jemputan untuk menjadi moderator forum "apa ertinya saya mencintai Rasulullah SAW" anjuran Kolej Melati dan perkara pertama yang terlintas si benak pemikiran saya adalah:" akhirnya tercapai juga hajat aku menjadi moderator forum". impian itu ditanam selepas diundang menjadi ahli panel sempena kursus pengurusan organisasi kelab dalaman di puncak alam tahun lepas.

namun, tanggapan itu cepat-cepat dipadamkan dan diubah kepada : "mampukah aku memikul amanah dan harapan kolej Melati untuk menakhoda forum tersebut". tajuk yang berisiko untuk 'memakan diri" sekiranya sikap sambil lewa diamalkan.bukan mudah untuk membawa tajuk yang berat ini, ya Amat Berat!. tajuk yang memerlukan penghayatan dari hati yang ikhlas, ilmu yang sahih, dan kebergantungan terhadap bantuan Allah semata-mata.

langkah pertama yang diambil adalah dengan menimbangkan undangan tersebut. . .berfikir, timbang tara dan koreksi diri...layakkah saya mengemudi tajuk tersebut?
kemudian, saya mengutus SMS kepada kenalan dan bertanyakan "apakah erti cinta anda terhadap Rasulullah?, dan adakah anda ada ungkapan untuk dikongsikan bersama"-dan alhamdulillah, ramai juga yang memberi maklumbalas, dan memberi sokongan.
persediaan diteruskan dengan membuat rujukan dan kajian perpustakaan berkaitan tajuk ini. dan buku yang saya fikir sesuai adalah "syamail Muhammad, dan 50 wasiat nabi tehadap Wanita."

Hati semakin yakin, dan seolah olah mencabar diri sendiri-untuk memahami terlebih dahulu sebelum menyampaikan, dan menjadi teladan sebelum menegur, dan menjadi yakin dan sangat berharap kepada pertolongan Allah. kerana "terlajak perahu boleh diundur...terlajak kata buruk padahnya"

ahli panel yang terlibat semuanya adalah Alumni UiTM.

1-ustaz muhammad syahdan shamsudin, Pegawai tadbir jabatan matematik UPM (Alumni OM UiTM)
2-Mohammad Salleh Abd Saha Al-hafiz, bertugas di Bank Pembangunan dan Perunding Motivasi (Alumni BM UiTM)
3-Mohd mursyidi Mohd Diah, Mantan YDP MPP , bertugas sebagai training executive, khalifah institute.

alhamdulillah, saya mengenali semua panel, dan mudah bagi saya untuk berinteraksi dan mengemudikan forum.

baiklah , izinkan saya mencoretkan sedikit sebanyak input dari forum tersebut.
Pusingan 1
1-Apakah sejarah dan tujuan sambutan maulidurrasul diadakan.
-hari kelahiran nabi juga merupakan hari kewafatan baginda. maka seharusnya kita mengambil iktibar daripada kedua-dua peristiwa tersebut.
-sejarah perayaan maulidurrasul bermula sejak Salahuddin Al-Ayubi memerintah dan berterusan sehingga kini.

2. bagaimana untuk membuktikan cinta terhadap rasul benar-benar di hati kita, dan bukannya sekadar di pinggir bibir?
-akhlak adalah cerminan bersih atau kotornya hati setiap individu. sewajarnya kecintaan terhadap rasul digambarkan melalui keindahan perilaku dan keindahan budi tidak perlu ditanam dipinggir bibir.

3.Adakah masyarakat kini menjadikan rasulullah sebagai role model atau hanyut dengan idola palsu dunia ?
-kini, masyarakat semakin melupakan Rasulullah sebagai role model. justeru, kita sewajarnya secara berterusan mengingatkan dan mengangkat Nabi untuk menjadi role model. 
-hidupkanlah sunnah nabi, sekurangnya-kurangnya dengan budaya "memberi salam" dan berpuasa sunat isnin, sempena kelahiran nabi.

Pusingan 2
4-Selawat keatas nabi amat dituntut. boleh ustaz huraikan.
-selawat merupakan mekanisma untuk kita sentiasa mengingati, dan seharusnya menjadi sebutan harian berbanding lirik-lirik lagu yang melalaikan.
-Allah, dan Malaikat berselawat keatas Nabi, dan tidak pelik apabila Michael H. Hart meletakkan Rasulullah
 di tempat pertama dalam bukunya "The 100: a most influential person in history". malah kaum yahudi turut mengagumi kepimpinan dan peribadi Rasulullah.

5-Pada pandangan Ustaz, kenapa cinta terhadap nabi kian luntur di kalangan umat masa kini. persoalanyya kenapa?
-kita tidak bertemu rasulullah, maka kita seolah olah jauh dengan Nabi.
namun perkara yang perlu disedari dan diyakini adalah: rasulullah lebih menyanyangi umatnya yang taat berbanding para sahabat kerana mereka beriman tanpa sempat berjumpa dengan Rasulullah. bukankah itu menjadi pendorong kepada kita untuk menjadi ummatnya yang terbaik?.

Pusingan ketiga
Untuk pusingan ini, kita memberi kesempatan kepada ahli panel untuk membuat rumusan . dipersilakan.

ustaz Salleh
Hidup berteraskan sunnah rasulullah amat manis jika dihayati.namun, kita perlu membuang persepsi bahawa mengikuti sunnah adalah kolot. islam sesuai untuk setiap masa dan setiap keadaan. namun untuk memahaminya amat memerlukan kepada penguasaan ilmu yang sahih. 

Ustaz Syahdan
-Contohilah perilaku nabi, dan umat masa kini umpama katak di dalam akuarium. kita tahu, nampak kebenaran, tetapi tidak mampu keluar kerana takut untuk melompat lebih tinggi. takut untuk berubah.

ustaz Mursyidi
-mencintai Rasulullah adalah manifestasi mencintai nabi, dan tanpa mencintai nabi, kita tidak akan dapat mencintai Allah.
-sentiasalah bermuhasabah agar kebaikan mewarnai kehidupan seharian kita.


Pusingan Soal-jawab
Saudari nur fariza
-kita mahu berubah, namun menerima tohmahan daripada masyarakat. bagaimana untuk mengatasinya?
Saudari Siti Nor Aimi
--siti khadijah melamar Rasulullah. bagaimanakan penerimaan Nabi dan adakah fenomena itu relevan pada zaman ini?
Saudari siti
--Bagaimana untuk terus beristiqomah dalam kehidupan?
--apakah keperibadian Rasulullah yang wajar dicontohi?
saudara Anis Atiqah
--bagaimana cara rasulullah dalam mendidik anak perempuan ?


Jawapan
1-setiap perubahan kepada kebaikan mesti akan disusuli dengan cabaran.itulah langkah yang perlu ditempuhi sebelum mencicipi kemanisan iman hasil perubahan yang kita azamkan tadi. teladanilah kisah ulama dahulu yang amat mudah menghafal dan memahami ilmu, namun menghadapi cabaran dalam mendapatkanyya.
berbanding pada masa kini yang mudah untuk memperolehi ilmu, namun sukar untuk menghafal dan memahaminya.

2-Rasulullah amat mencintai Saidatina Khadijah. Peristiwa isra' mikraj nabi merupakan pengubat kedukaan nabi setelah kehilangan isterinya yang amat disayangi setelah tamatnya tahun kesengsaraan. tiada siapa wajar menafikan penerimaan rasulullah terhadap Saidatina Khadijah.

3-beristiqomah merupakan cabaran kepada sesiapa yang mampunyai azam. renungilah surah almaidah ayat 30.

4- terlalu banyak peribadi rasulullah untuk dicontohi. teruskanlah mencari ilmu, dan janganlah sesekali berasa cukup dengan apa yang ada.

5- antara cara rasulullah mendidik anak wanita adalah dengan menceritakan kelebihan-kelebihan wanita yang tidak diperolehi oleh kaum lelaki. wanita amat istimewa di sisi islam.

sebagai penutup, saya menyarankan hadirin memiliki buku Syamail Muhammad terbitan telaga Biru dan mengemukakan formula ISI-Ingat Sebut dan Ikut--ya itulah formula mudah untuk memastikan kita sentiasa merasai Rasulullah sentiasa dihati.

cukuplah dulu setakat ini dahulu. 
sebarang persoalan dan komen boleh diutarakan dan dibincangkan bersama.

terima kasih kepada kolej melati kerana memberi peluang kepada saya turut sama berkongsi dan turut belajar daripada forum ini. terima ksaih kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi moderator. dan terima kasih kepada ahli panel kerana memberi kerjasama dan input yang berguna. dan terima kasih kepada para penghuni melati kerana sanggup berpanas demi majlis ilmu ini. terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

yang baik daripada Allah,
Yang buruk silalah tegur-tegurkan.

oh ya, sesiapa nak rakaman forum, boleh hubungi saya. termasuk nasyid sekali.

www.anwaruitm.blogspot.com





2 comments:

zulaikha ikhtiar said...

salam'alaik..
tahniah anwar.jam 9 hingga 12.30 jadi saksi keikhlasan anta dalam menyumbang ke arah Islam. 3 jam tersebut, alhamdulillah, cukup terisi dan bermanfaat.walaupun kalangan panel bukanlah dari kalangan yang terkenal,,cetusan mereka amatlah bererti dan berisi. seperti bukan calang-calang orang juga. teruskan berbakti kpd Islam.tak tahu la pula rupa2nya anwar ada cita-cita utk jd moderator.nampak mcm ada pengalaman lah..hehe.mungkin aura cita2 utk jadi moderator tu yg sbbkan anta dijemput kot.hehe.

apa2 pun, terima kasih kolej melati uitm shah alam ucapkan.jemputlah dtg ke FESMEL ya.syukran.

Anonymous said...

Such a usefule blog…wow !!!!