Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Thursday, August 26, 2010

MEMOIR tarawikh 17 malam pertama di surau seksyen 17

RAMADHAN
1-tarawikh pertama, dan terkilannya saya terlupa mengingatkan jemaah tentang niat puasa esok hari dan niat puasa untuk sebulan...terkilan sangat.

2-terawikh kedua, walaupun mengikut perjanjian saya sehari dan dia sehari.....nampaknya sehingga pertengahan ramadhan terpaksalah saya berhari-hari (memandangkan tahap kesihatannya yang tak mengizinkan).....kecuali jika ada majlis rasmi yang saya tak dapat elak.

3-Alhamdulillah, semakin bersedia dan diperbaiki . berpuas hati dengan tazkirah yang sempat diberikan.

4-hujan lebat, maka terawikh hari ini di dewan kolej melati UiTM.. . hanya ada 4 orang jemaah lelaki dan 400 jemaah siswi warga melati....apa khabar jemaah di surau? entahla, saya tidak dapat khabar yang pasti.

5-alhamdulillah, inisiatif menyediakan tazkirah tarawikh secara bersilibus dan bermodul menunjukkan respond  positif. jika setiap tazkirah diatur sepanjang 30 hari, dan perkara yang disampaikan telah disusun dengan rapi, maka jemaah akan menerima kesinambungan dan matlamat menjadikan Ramadhan sebagai Madrasah yang sistematik dapat direalisasikan.

6-moreh dan diskusi yang lebih panjang berbanding solat terawikh itu sendiri. sungguh terkilan kerana untuk terawikh, mereka mengajukan supaya surah pendek dan ringkas sahaja. namu tanpa disedari, masa yang dihabiskan untuk ber'moreh' adalah lebih panjang daripada solat itu sendiri. masalahnya tidak ada tadarus dilakukan di sini....amat menyedihkan....

7 Alhamdulillah, bacaan semakin baik, jemaah semakin berpuas hati dan nikmat dan keseronokan semakin terasa...

8 terkilan, apabila jumlah jemaah berkurang secara beransur-ansur. maka perancangan (berdasarkan permohonan) untuk menambah kanvas, menambah tikar, kipas dan merepair air cond terpaksa dibekukan. atas alasan ' orang dah tak ramai dah...'

9Gotong royong membersihkan surau, menukar wiring elektrik, lampu dan sebagainya dilaksanakan dengan jayanya. maka terwikh malam ini akan lebih bersemangat dan ceria...
10-majlis Iftar di SMKSI.....walaupun ditugaskan sebagai bilal....tetapi sungguh tak sangka, ia bukanlah semudah yang dibayangkan. sekali lagi, saya tersedar bahawa ilmu dan hafalan semata-mata tidaklah boleh menjadi hujah yang kuat jika anda kurang pengalaman. . . dan pengalaman itu perlu dicari dan diperolehi melalui penglihatan, perasaan, dan pengamatan bagi orang yang berfikir....

11-Alhamdulillah, semakin bertambah baik dan berpuas hati dengan prestasi semasa.

12Alhamdulillah, semakin bertambah baik dan keseronokan memulakan pertengahan ramadhan semakin terasa. 10 malam pertama merupakan rahmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. semoga 10 malam kedua ini benar-benar menjanjikan keampunan dari Allah buat saya...amin...

13Alhamdulillah, semakin bertambah baik dan berpuas hati dengan prestasi semasa. namun, baru tersedar...keampunan daripada Allah kadangkala datang dengan ujian...dan ujian itu perlu diharungi dengan bijaksana menuruti peraturan-peraturan Allah.....

14-tiba-tiba ...suara totally LOST.......dan ia menjadi seolah-olah telah berusia 80 tahun...sangat terkilan kerana tak dapat buat yang terbaik....(lagi terkilan kerana tiada pengganti)...

15-suara masih lagi tidak memuaskan. pada hari ini, saya benar-benar insaf.....bahawa suara imam merupakan pakej untuk menarik makmum. tetapi jika imam teruja dengan kelantangan dan kemerduan suaranya sendiri......maka, nantikanlah balasan Allah yang datang tanpa di duga....

16-mengantuk sangat....sehinggakan nyaris-nyaris tersalah rakaat.....dan nyaris -nyaris terjatuh terjelepuk..............stamina...stamina...dan stamina sangat-sangat penting. teringat hadis " muslim yang kuat lebih disukai Allah berbanding muslim yang lemah" dalam konteks ni saya ambil pengertian stamina dan kesihatan tubuh....(minggu depan start jogging...insyaAllah)

17-dah mula kelam kabut. surah berterabur..ayat lost,,qunut tertinggal,,zikir tersasul, , doa stuck.....ASTAGHFIRULLAH.....tentu ada dosa tersembunyi yang Allah nak tunjuk ni.............

Ya Allah, Ampunilah dosa kami. terimalah taubat kami..............................

sekadar mencoretkan memoir, secara peribadi. dan tidak sesuai dijadikan bahan yang boleh mencetuskan isu..........


AnwarJauhari
www.anwaruitm.blogspot.com
 "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

No comments: