KL, 3 Nov 11: Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Islam akan mengadakan demonstrasi di Masjid Negeri Shah Alam esok bagi membantah program Seksualiti Merdeka dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali disenarai antara pemimpin yang akan berucap.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Pembela berkata, turut akan berucap ialah pengerusi pertubuhan bukan kerajaan itu sendiri, Dr Yusri Mohamad dan pemimpin Himpunan Sejuta Umat (Himpun).
Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, dan Yusri terlibat dalam penganjuran Himpun, yang memfokus isu murtad, akhir bulan lalu di Stadium Shah Alam. Demonstrasi esok akan diadakan selepas solat Jumaat, kata Pembela dalam satu kenyataan.
“Program demonstrasi bertujuan membantah gerakan jahat yang tidak bermoral ini serta rancangan mereka untuk mendesak pemerintah supaya memberi pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender. Demonstrasi ini adalah anjuran Pembela bersama pertubuhan-pertubuhan bukan Islam yang lain,” kata Pembela.
Pembela menambah, pihaknya membantah sekeras-kerasnya tindakan penganjur, penjaga dan penyokong program yang telah merencanakan agenda jahat gerakan homoseksual di Malaysia sekian lama.
“Penganjur program Seksualiti Merdeka 2011: Queer Without Fear juga ingin mencabar kedudukan Perlembagaan yang menyatakan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya lagi.
Katanya, Islam adalah agama persekutuan dan ia melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan penganjur program itu telah mencabar kepimpinan tertinggi negara.
“Program tanpa moral mereka yang menuntut pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender akan mengakibatkan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi manusia.
“Tuntutan mereka juga mencerca syariah, perundangan Malaysia, asas moral dan kesucian semua agama, serta mengancam ketenteraman dan kemanan negara,” katanya lagi.
Sementara itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan demonstrasi membantah program 'Seksualiti Merdeka' selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Baru esok. Sehubungan itu, ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah, Herman Samsudeen menjemput umat Islam, termasuk NGO yang membantahnya hadir menyertai demonstrasi tersebut.
Sehingga ini, program tersebut dibantah oleh Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN), yang membuat laporan polis semalam. ACCIN dianggotai 17 NGO Islam termasuk Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al-Hidayah, Darul Fitrah, MACMA, IIS, MUAFAKAT, ISMA, AL-Hunafa, IMAN, Jam'iyah, Darusshifa, WAMY, GEPIMA dan PERKIM.
Turut membantah program itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA). Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan berkata Seksualiti Merdeka 2011 yang memperjuangkan kesaksamaan gender untuk golongan homoseksual dan lesbian boleh mengancam keselamatan negara.
Mengulas lanjut, Herman berharap PERKASA juga akan hadir menyertai demonstrasi membantah program itu di Masjid Kampung Baru esok.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Salah seorang pengasas Seksualiti Merdeka, Pang Khee Teik menjelaskan, festival itu bertujuan untuk menyokong dan memperkasa (empower) golongan lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT). Walaupun Khee Teik menyatakan acara tersebut bukan untuk mempromosi homoseksualiti namun jelas penganjur mahu mengenengahkannya sebagai suatu kebebasan dan hak peribadi.
Mereka mendakwa negara ini mengamalkan diskriminasi ke atas golongan tersebut. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menolak dengan tegas alasan Majlis Peguam supaya hak LGBT diketengahkan atas nama demokrasi. Mengutip kenyataan Perdana Menteri bahawa Malaysia adalah negara yang ‘progresif dan liberal’ tidak boleh dijadi alasan untuk perlakuan yang melanggari akhlak yang ditetapkan oleh Islam dibolehkan.
Sesebuah negara berdaulat seperti Malaysia berhak untuk meletakkan nilai dan asas undang-undangnya mengikut peruntukkan Perlembagaan. Ia tidak boleh dilihat sebagai suatu penderaan atau ketidakadilan hanya kerana ia tidak selaras dengan budaya hidup Barat. (IH)
http://www.ibnuhasyim.com/2011/11/esok-jom-demontrasi-bantah-seksualiti.html
AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."
Welcome to Hairul Anuar's (anwarjauhari) official weblog. feel free to give your comment!. Selamat datang ke anjung utama. Anjung ini merupakan anjung utama Hairul Anuar Bin Sobikin. Layari juga laman blog anwarjauhari yang lain. (PERINGATAN-entri blog ini tidak boleh dianggap kenyataan rasmi mewakili mana-mana organisasi yang dianggotai oleh penulis kecuali jika dinyatakan sedemikian) anwaruitm@hotmail.com
Pages
ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!
Berpindah-MOVING-
assalamualaikum.
Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.
Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.
Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.
Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.
Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Thursday, November 03, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment