Assalamualaikum....
Bermula 30 Nov - 6 Dec 2010, Pusat Kerjaya & Kaunseling akan mengadakan Program ConvoJobshop. Maklumat terkini menunjukkan 936 Jawatan Kosong dan Peluang Pekerjaan untuk pelajar UiTM. Sebanyak 39 Syarikat yang terlibat setakat pkl 12.00 Tgh. Mohon kerjasama untuk maklumkan dan promotekan kepada pelajar UiTM dan Alumni UiTM untuk mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan. Boleh juga forwardkan link kepada kawan2 dan unit lain kat UiTM.
Maklumat lanjut boleh cek kat link sini ----> http://www.jobshop.uitm.edu.my/portal/images/stories/scheduleconvojobshop%28nov-dis%2916.pdf
Kersama semua pihak amatlah digalakkan. Sekian terima kasih...
AnwarJauhari
www.anwaruitm.blogspot.com
"Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."
Welcome to Hairul Anuar's (anwarjauhari) official weblog. feel free to give your comment!. Selamat datang ke anjung utama. Anjung ini merupakan anjung utama Hairul Anuar Bin Sobikin. Layari juga laman blog anwarjauhari yang lain. (PERINGATAN-entri blog ini tidak boleh dianggap kenyataan rasmi mewakili mana-mana organisasi yang dianggotai oleh penulis kecuali jika dinyatakan sedemikian) anwaruitm@hotmail.com
Pages
ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!
Berpindah-MOVING-
assalamualaikum.
Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.
Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.
Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.
Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.
Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Monday, November 29, 2010
Friday, November 26, 2010
Berkahwin adalah Ibadah
Akad nikah adalah sunnah Rasulullah dan dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala. Mencarikan nafkah untuk anak isteri adalah ibadah, melakukan persetubuhan juga ibadah dan mendapat pahala. Jika berlaku sedikit pertengkaran atau perselisihan dalam keluarga, hendaklah ditempuh dengan sabar. Bersabar ketika itu juga mendapat pahala. Janganlah diikutkan perasaan hati dan marah, nescaya akan hancurlah kebahagiaan rumah tangga dan akan berlakulah perceraian.
Motivasi dan harapan Perkahwinan
Walaupun jodoh ditangan Tuhan, pelbagai factor memainkan peranan yang penting untuk mendekatkan seseorang lelaki kepada seseorang wanita dan sebaliknya. Faktor-faktor inilah yang memulakan perhubungan mesra dan seterusnya mematrikan perhubungan itu dengan perkahwinan. Disamping itu terdapat juga beberapa jenis motivasi yang mendorong seseorang itu untuk berkahwin. Kebanyakan motivasi ini disedari oleh individu yang berkenaan. Walaupun begitu masih terdapat beberapa jenis motivasi yang tidak disedari.
..............................BACA SAMBUNGAN DI: http://anwar-resensi.blogspot.com/
AnwarJauhari
www.anwaruitm.blogspot.com
"Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."
Thursday, November 25, 2010
100 hari cikgu muda hairul. siri 1
Alhamdulillah, hari ini saya telah menerima surat tawaran rasmi daripada KPM untuk penempatan. Hari ini baru saya tahu bahawa saya diletakkan di PPD Batu Pahat. Sekolah bertuah yang terpaksa menerima saya adalah SMK Convent Batu Pahat.
Alangkah bersyukurnya saya apabila mendapati sekolah tersebut terletak hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari rumah. Hajat saya untuk berada di rumah sendiri terkabul juga akhirnya. Tetapi, alangkah terkejutnya saya apabila mendapat tahu bahawa sekolah tersebut adalah sekolah siswi. Saya tidak pernah terfikir langsung saya akan dihantar ke sekolah seperti ini.
Sebenarnya, sewaktu saya bersekolah dahulu, setiap hari saya akan melalui sekolah convent ini. Pada masa tersebut, saya hanya perasan kewujudan patung yang gah mengadap jalan raya, dan hanya mampu mengutarakan soalan, ‘kenapa patung itu ada di situ’. Tiada siapa yang mampu memberi jawapan yang memuaskan hati saya pada masa itu.
Saya pernah berdiskusi dengan seorang sahabat tentang Jenis-jenis sekolah yang terdapat di Malaysia. Antara topik hangat yang manjadi perdebatan kami adalah kedudukan sekolah agama, sekolah kebangsaan dan sekolah missionary. Dalam perbahasan tersebut, saya difahamkan bahawa pihak missionary memainkan perananbesar dalam pentadbiran dan aktiviti sekolah missionary terutamanya sekolah Convent. Sejak itu, saya berazam untuk mengetahui lebih lanjut tentang keunikan sekolah missionary dan kesannya kepada pendidikan anak bangsa.
Keghairahan saya meneroka ilmu perbandingan agama memberi peluang kepada saya untuk mengunjungi sebuah gereja di Kuala Lumpur. Banyak perkara baharu yang dipelajari semasa lawatan ke gereja tersebut. Salah satu perkara yang menarik minat saya adalah mengenai penjelasan pihak gereja yang menyatakan Kristian katholik di Malaysia dipengaruhi oleh Missionari dari Sepanyol dan bukannya British. Menurut mereka, penjajah Britiah hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan missionary dari sepanyol diambil untuk menjadi guru di Tanah Melayu. Sekali lagi, minat saya untuk menyelami peranan sekolah missionary kembali bugar, dan kali ini lebih berfokus kepada aspek sejarah dan perkembangannya di Tanah Melayu.
Mendapat penjelasan secara terus mengenai ajaran Kristian daripada Paderi tentunya peluang dan pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Namun, niat di hati saya semata-mata untuk memantapkan lagi ilmu perbandingan agama yang selama ini dipelajari secara teori. Secara tidak langsung, ini mendesak saya untuk memantapkan lagi ilmu dan pemahaman saya tentang akidah tauhid dalam Islam itu sendiri.
Sekolah ini bukan sahaja menuntut saya untuk mendalami dan membuat kajian lanjutan tentang perbandingan agama, malah ia turut memberikan saya ruang untuk terus memberi tumpuan usaha panambahbaikan kemampuan komunikasi saya. Bahasa inggeris sudah pasti akan menjadi kelaziman dan saya yakin, cabaran ini akan menjadikan saya lebih berdaya saing. Tidak dinafikan, sebelum ini saya amat kurang berkominukasi dengan masyarakat silang budaya. Namun, sekolah ini ternyata memberi saya ruang dan peluang untuk berkomunikasi dengan cara yang lebih harmoni dan berkesan.
Begitu juga dengan bahasa mandarin. Berdasarkan pemerhatian saya, sekolah ini mempunyai pelajar berbilang bangsa. Maka, amat wajar bagi saya untuk membuat ulangkaji dan latihan praktikal bertutur, menulis dan berfikir dengan bahasa mandarin. Sekurang-kurangnya, tiga semester yang diperuntukan untuk BMD di UiTM dapat diamalkan dan dikembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Saya pasti ramai akan mengakui bahawa pembelajaran dan pengajaran bahasa amat menitik beratkan aspek amalan berbahasa. Alhamdulillah, nampaknya secara terpaksa, saya akan bergelumang didalam suasana yang memungkinkan saya untuk mengamalkan bahasa tersebut.
Saya dapat membayangkan cabaran dan dugaan yang tidak dapat tidak akan saya temouhi di sepanjang tempih perkhidmatan saya kelak. Namun, apa yang pasti, saya “HAIRUL” akan:
- · Hanya buat yang terbaik,
- · Arif dan peka dengan persekitaran,
- · Innovatif dan kreatif mencari penyelesaian,
- · Rasional dalam bertindak,
- · Utamakan perkara yang utama, dan
- · Lihat segala yang berlaku sebagai guru yang ikhlas memberi pengalaman.
Atas rasional-rasional yang dinukilkan diatas, maka saya dengan hati terbuka, bersedia dan menerima penempatan di SMK Convent batu Pahat.
Anwar JauhaRi
“Peneraju Kegemilangan Hakiki”AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."
Sunday, November 14, 2010
EFA003- ESQ for Anwar catatan siri 1
Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
*peringatan. catatan ini bersifat peribadi. tidak seharusnya dijadikan bahan rujukan sehingga boleh menimbulkan isu.
PENDAHULUAN
Alhamdulillah, pada 13 dan 14 November 2010, saya telah merealisasikan impian saya untuk menyertai ESQ training. Jutaan terima kasih kepada sahabat saya, Saudara Zulhusni kerana membuka jalan kepada saya meyertai latihan ini.
Saya menyedari kehadiran training ESQ Model ini sejak mula-mula ESQ Model ini memasuki Malaysia. Memandangkan yuran untuk menyertai latihan ini mencecah ratusan ringgit, jadi saya hanya sekadar mengikuti dari jauh. Saya terus mengikuti perkembangan ESQ terutamanya apabila isu pengharaman ESQ Model ini diwartakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Saya mengakui ijtihad mufti dan insyaAllah saya akan patuh kepada fatwa tersebut selagi saya berada di bawah jajahan takluk kekuasaannya.
Keinginan untuk menyertai Latihan ESQ ini semakin membara apabila tawaran Latihan ESQ For All diadakan lagi, kebetulan dua minggu sebelum saya diarahkan balik ke Johor. Saya menganggap ini sebagai satu peluang untuk mengalami sendiri Latihan ESQ dan memahami isu yang ditimbulkan oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan. Namun, saya tetap berjaga-jaga dan terus memerhatikan sepuluh hujah Sahibussamahah Mufti Wilayah. Kehadiran saya lebih kepada tujuan memerhatikan dan mengkaji. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada saya agar tidak terjeumus kepada perkara yang meragukan dan ditetapkan pendirian atas kebenaran.
MENGAPA KITA PERLUKAN ESQ?
Tajuk ini merupakan bahagian pertama dalam siri latihan ESQ ini. Sebelum pergi terus kepada jawapannya, saya suka untuk mengajak para pembaca untuk meninjau sepintas lalu mengenai tiga kebahagiaan yang sering dicari oleh manusia. Kebahagiaan Fizikal, Kebahagiaan Emosi, dan Kebahagiaan Spiritual.
Kebahagiaan Fizikal seperti wang, ganjaran, hadiah, kesihatan, jawatan, kebijaksanaan dan lain-lain merupakan kebahagiaan yang selama ini diutamakan. Sering kita lihat manusia berlumba-lumba mengejar kebahagiaan Fizikal. Namun, sedar atau tidak, mengejar material semata-mata mengundang gejala negative seperti kekecewaan, sifat iri hati, tidak ikhlas, semangat kerja menurun, rasuah, hilang kesetiaan, saling menjatuhkan, persaingan tidak sihat, mengejar jawatan, fokus kepada material, tikam-menikam dari belakang dan banyak lagi tetamu yang tidak diingini mengelilingi kehidupan seharian kita. Persoalannya mengapa ini semua berlaku? Allah telah menjelaskan bahawa manusia tidak akan berasa puas, TIDAK PERNAH BERASA CUKUP walaupun seluruh dunia ini menjadi emas. Bagi organisasi pula, memberi KEPUASAN KEPADA SEMUA orang dibawah tanggungannya adalah perkara yang sukar.
Kebahagiaan kedua merupakan kebahagiaan Emosi. Terlalu mengajar kebahagiaan emosi akan melahirkan sumber manusia yang gila pujian, ingin selalu dilihat oleh majikan, mudah kecewa apabila tidak dihargai dan selalu menunggu ucapan terima kasih. Sudah tentu perkara ini amat merugikan kerana nilai ikhlas dalam bertugas telah luntur. Kesannya, pakerja tidak bersungguh-sungguh apabila tidak diawasi, malas apabila tidak mendapat penghargaan, tidak ikhlas, berpura-pura rajin dan amat mudah berasa kecewa.
Tanpa disedari, mengejar kebahagiaan fizikal dan emosi sahaja akan menjerumuskan organisasi ke kancah kehancuran. Manusia memang tidak pernah berasa puas dangan apa yang mereka miliki. Manusia (majikan) juga tidak mampu memberi kepuasan kepada manusia lain, natijah kelemahan makhluk ciptaan Allah yang Maha Gagah. Manusia yang mengharapkan pujian dan penghargaan juga tidak akan berasa cukup dan tidak akan kekal kebahagiaannya dengan pujian dan penghargaan makhluk yang kosong nilainya jika dibandingkan dengan pujian dan penghargaan Allah. Tidak dinafikan, mengejar kebahagiaan Fizikal dan Emosi semata-mata merupakan kerugian yang amat nyata bagi orang yang berfikir.
Kebahagiaan terakhir merupakan kebahagiaan spiritual. ESQ membawa penegasan bahawa setiap manusia perlu YAKIN bahawa setiap aktiviti yang dilakukan adalah bentuk PENGABDIAN KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Setiap manusia juga perlu gembira dan berasa bahagia untuk sentiasa MENGELUARKAN NILAI-NILAI MURNI seperti jujur, bertanggungjawab, berwawasan, berdisiplin, bekerjasama, adil dan prihatin. Manusia juga perlu mencari dan MEMAHAMI ERTI KEHIDUPAN dan pekerjaan mereka demi mencapai kesempurnaan kebahagiaan Spiritual.
Justeru, untuk membangunkan ‘Belief, value dan Meaning’ yang dimaksudkan, setiap peserta perlu mengalami dan merasai “experience” melalui ESQ Training. Jawapan kepada persoalan pertama tentang kenapa ESQ amat diperlukan ialah, kerana manusia selalu mencari kebahagiaan dan ingin menjadi produktif. Namun semua itu perlu dipandu dan dilaksanakan dengan acuan yang benar berlandaskan Al-Quran dan hadis. Menyedari kekosongan nilai Islam dalam arena sumber manusia, Dr Ary Ginanjar Agustian mengambil inisiatif mengetengahkan Model ESQ165 sebagai method pembangunan sumber manusia berlandaskan Al-Quran dan Hadis.AnwarJauhari RHA
www.anwaruitm.blogspot.com
"Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."
Wednesday, November 03, 2010
KEM PEMANTAPAN SAHSIAH SMK SRI ISTANA 2010
kem pemantapan pelajar telah dilaksanakna di SMK Sri Istana pada 2-3 November 2010. kem 2 hari ini disertai oleh 90 pelajar Islam tingkatan 1,2 dan 3. Sebanyak lima orang fasilitator terlibat didalam kem ini yang diketuai oleh cikgu Hairul Anuar. 3 orang penceramah dijemput khas bagi menyampaikan tajuk SMART MUKMIN , SMART SOLAT dan Slot MUHASABAH.
Selepas kursus ini pelajar dapat:
5.1.1 Menganalisis potensi diri sebagai seorang insan yang diciptakan oleh Allah sebagai sebaik-baik kejadian
5.1.2 Memahami bahawa kemenjadian diri adalah terbit dari sahsiah, tingkahlaku dan asas agama.
5.1.3 Memahami konsep-konsep seperti jati diri, semangat berpasukan, pengurusan ibadah dan kesedaran untuk merubah tingkahlaku yang tidak betul.
5.1.4 Mendorong kesedaran dan keinginan melakukan perubahan yang baik terhadap diri sendiri.
5.1.5 Membentuk rangka tindakan untuk menerbitkan sikap yang betul dalam proses mendorong pelajar ke arah kecemerlangan sahsiah.
Berdasarkan maklum balas Peserta, fasilitator, guru dan juga pemantau program, segala aktiviti dan pengisian yang dilaksanakan menepati objektif program. Semua pihak berpuas hati dengan kelancaran dan perjalanan program. Kem 2 hari ini sememangnya tidak berupaya mengubah pelajar 100%, namun kem ini dilihat berjaya menjadi titik permulaan kepada perubahan pelajar. Proses pembelajaran dan perubahan adalah berterusan dan semua pihak mempunyai peranan masing-masing.Yang penting adalah, setiap pihak melaksanakan tanggungjawab mereka walaupun kecil.
diharapkan sumbangan kecil yang kami berikan melalui kem ini mampu menjadi asbab kemenjadian pelajar sebagai mukmin sejati.
peserta khusyuk mendengar pengisian program
barisan penceramah yang berkaliber dan ketua fasilitator yang menyibuk..
Permainan "Panas-panas dewan"
Ekplorace- check point "amali bersuci"
Peserta menunggu giliran untuk diuji.Mencari hikmah disebalik batu-batu.....check point "banyak bola"
Check point di "pos pengawal" - temuduga pengawal baru....
anda nampak bulatan putih, urusetia tidaklah zalim untuk sorokkan klu di atas tangki....tapi peserta semuanya bersemangat dan ternyata bagus-bagus belaka.
Barisan Fasilitator
Slot "kenali diri"
Slot "terapi dhuha"
Pertama kali solat dhuha berjamaah
Khusyuk....
Selva sebagai jurupandu dan runner terbaik program
taklimat ke "ladang getah"
"temuduga ketua kumpilan"
Makan Free
Mencari "ikan keli"
Penunggu "bola banyak"
Check point "solat berjamaah"
"apa yang awak dapat?"
SAGUHATI EKSPLORACE
TEMPAT KETIGA
TEMPAT KEDUA
JOHAN EKSPLORACE
AnwarJauhari
www.anwaruitm.blogspot.com
"Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."
Saturday, October 23, 2010
Pengertian Akidah dan ciri-cirinya
Bismillahirrahmanirrahim
Artikel ini ditulis sebagai catatan kuliah sijil Pengajian Usuluddin Universiti Malaya pada 23 November 2010. ( pensyarah: Prof. Madya Ustaz Dr mohd Fauzi Hamat). Artikel ini merupakan catatan kuliah .
Pengertian Akidah dan ciri-cirinya.
Tahukah anda bahawa masih ramai dalam kalangan umat Islam yng masih belum memahami apakah maksud akidah, ciri-ciri akidah dan sumber-sumbernya? Tiga perkara ini merupakan asas penting dan perlu difahami dengan jelas oleh setiap umat Islam lebih-lebih lagi kepada para pengkaji ilmu Usuluddin.
Pengertian Akidah
Menurut kamus dewan edisi keempat, penggunaan kalimah akidah membawa maksud rukun agama yang menjadi asas kepada keimanan yang diyakini, juga merujuk kepada “kepercayaan dan keyakinan”. Dari segi etimologinya, perkataan akidah merujuk kepada ‘ikatan kemas’ atau ‘simpulan mati’.
Daripada pengertian diatas, kita dapat memahami bahawa dalam membicarakan soal akidah, wujud unsur-unsur “keyakinan” yang kuat lagi kukuh terhadap sesuatu, kepercayaan yang sempurna dan pegangan yang sempurna tanpa wujud sebarang syak dan sangkaan. ‘Simpulan mati’ memberi gambaran tentang ‘yakin, percaya dan berpegang secara kukuh dan sempurna tanpa keraguan’
Manakala dari sudut bahasa, akidah bermaksud pegangan kepercayaan yang membenarkan sesuatu tanpa keraguan. Ia adalah ikatan antara akal dan hati yang meyakini Allah SWT dengan menggunakan manhaj Ilahi yang disampaikan oleh para Rasul.
Pengertian di atas pula menekankan peranan para Rasul sebagai penyampai wahyu Ilahi dan seterusnya untuk menghilangkan segala keraguan bagi memastikan akal dan hati sama-sama meyakini Allah tanpa sebarang keraguan.
Akidah turut boleh diertikan sebagai keyakinan yang mantap dan kukuh terhadap rukun-rukun Iman yang enam. Hal ini dijelaskan oleh Sayyid Sabiq seperti berikut:
1. Ma’rifat kepada Allah SWT: iaitu makrifat atau mengenal nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya yang tinggi. Oleh itu, setiap Muslim sewajarnya memahami dan mengambil perhatian untuk mempelajari nama-nama Allah yang mulia dan sifat-sifat Allah (wajib, mustahil dan harus). Ma’rifatullah juga merujuk kepada mengenal bukti-bukti kewujudan Allah dan kenyataan sifat keagungan Allah di alam semester dan di dunia ini.
Dapat difahami bahawa setiap ciptaan Allah merupakan bukti kukuh wujudnya Allah sebagai pencipta, kerana alam tidak boleh wujud dengan sendirinya tanpa pencipta. Pencipta itu tidak lain hanyalah Allah. Setiap keindahan yang diperhatikan di alam semester pula merupakan gambaran/ kenyataan kepada sifat keagungan/ keindahan Allah. Sebagai contoh, jika kita melihat alam dasar lautan yang cantik, maka sifat kecantikan Allah itu adalah melebihi kecantikan apa sahaja yang diciptanya.
2. Ma’rifat kepada alam yang ada di sebalik alam. Apa yang dimaksudkan di sini adalah alam ghaib yang tidak dapat dilihat, tentang kebaikan yang ada (malaikat), kekuatan dan kejahatan yang ada ( iblis dan tenteranya para syaitan) disamping mengenal makhluk lain ( jin dan roh-roh).
3. Ma’rifat kepada kitab-kitab Allah. Perlu difahami, salah satu tujuan kitab diturunkan adalah sebagai ‘batas’- untuk mengetahui yang hak dan batil, kebaikan dan kejahatan, halal dan haram serta baik dan buruk. Batas ini adalah penting kerana kita sebagai manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Dunia akan lebih moden, jauh dari apa dapat dijangkau oleh pemikiran kita sekarang, jadi batas yang disediakan Allah merupakan suatu keperluan.
Suka untuk saya selitkan 3 jenis isme yang melanda dunia masa kini. Seharusnya kita mengetahuinya dan menjauhkan diri daripada terpedaya dengan isme-isme ini.
a. Hedonism- mereka memahami bahawa setiap yang seronok itu adalah perkara yang baik dan menjadi keutamaan. Pertimbangan kepada setiap perkara adalah ‘keseronokan’.
b. Utilirealism- Pertimbangan kepada setiap perkara adalah “setiap yang baik itu adalah apa-apa sahaja yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat dari segi pertimbangan akal. Sebagai contoh, judi dan pelacuran adadah dibolehkan dan digalakkan kerana semua itu memberi manfaat kepada pendapatan negara.
c. Pramatism- Isme ini meletakkan bahawa “tiada nilai yang pasti. Setiap perkara itu/ kebenaran itu terletak kepada pertimbangan individu itu sendiri”. Sebagai contoh, Robin Hood merompak orang kaya untuk membantu golongan miskin.
4. Makrifat dengan para nabi Allah dan rasul-rasulnya. Tujuan diturunkan nabi dan rasul adalah sebagai pembimbing manusia kepada hidayah, dan juga sebagai pemimpin kepada manusia kea rah yang hak. Dalam soal ini, suka untuk saya selitkan konsep akhlak, moral dan etika. Secara ringkas, kita perlu memahami bahawa:
a. Akhlak- bersumber daripada Al-quran dan juga contoh teladan yang diteladani daripada nabi dan rasul.
b. Moral- bersumber daripada nilai di dalam masyarakat. Sebagai contoh, walaupun telah bernikah, namun perbuatan bercumbuan di khalayak ramai tidak diterima oleh masyarakat kita. Perbuatan tersebut dianggap tidak bermoral.
c. Etika- etika dikaitkan dengan pertimbanagan logik akal manusia. Sebagai contoh, Pak Imam baru pulang dari solat berjamaah di masjid menaiki motosikal tetapi tidak memakai topi keledar. Bukankah itu tindakan yang tidak beretika?.(akhlaknya baik, moralnya pun baik, cuma dia tidak mematuhi etika menunggang motor).
5. Ma’rifat kepada hari akhirat. Termasuk juga terhadap peristiwa-peristiwa yang terjadi padanya seperti kebangkitan kubur, dosa dan pahala serta nikmat syurga dan azab neraka. Suka untuk saya ingatkan, Balasan nikmat syurga itu semuanya adalah semata-mata atas anugerah Allah. Jika kita melakukan muhasabah diri, alangkah malunya kita berhadapan dengan Allah kelak dengan amalan kita yang amat sedikit. Jadi perlulah ditanamkan bahawa, melakukan ibadat, amalan baik dan mengejar pahala itu penting tetapi hanya ANUGERAH ALLAH lah yang sebenar-benarnya menyebabkan kita masuk ke dalam syurga. Manakala azab neraka itu pula tidak lain hanyalah bagi membenarkan sifat KEADILAN ALLAH. Allah Maha Adil sehinggakan tidak ada seorang pun yang akan terlepas daripada dipertanggungjawabkan tentang kemaksiatan yang pernah dilaksanakannya.
6. Ma’rifat kepada takdir yang berjalan atas segala peraturan di alam ini sama ada dalam penciptaan atau aturan Allah. Allah boleh menjadikan kita lelaki atau perempuan. Allah boleh jadikan semua orang berwajah sama, tiada cantik, tiada yang hodoh. Allah boleh jadikan semua orang kaya, tiada yang miskin dan sederhana. Semuanya sama sahaja bagi Allah (tiada soal susah atau senang, suka atau tidak dan sebagainya). Tetapi Allah menjadikan kepelbagaian itu hanyalah supaya setiap hamba itu bersyukur.
Bersyukur ini pula terdapat banyak jenis, yang kaya bersyukur kerana mempunyai harta, manakala yang miskin bersyukur kerana hidupnya aman tanpa banyak masalah. Yang cantik bersyukur kerana dirinya cantik, yang kurang cantik bersyukur kerana hidupnya tidak diganggu. Ada banyak jenis syukur dan setiap orang haruslah sedar akan hakikat ini. Allah jadikan setiap kepelbagaian ini dan perbezaan adalah untuk menguji kita adakah kita bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang allah beri ataupun kita kufur.
Sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa akidah islam adalah berkait rapat dengan himmpunan doktrin kepercayaan yang disimpulkan secara kemas dalam hati sanubari, tanpa diselaputi oleh keraguan dan ia bersumberkan wahyu Allah SWT. Perkara yang disimpulkan itu adalah terkandung dalam rukun iman, sebagaimana yang terdapat dalam hadis jibril :
“Jibril bertanya: khabarkan kepadaku tentang iman. Baginda menjawab, beriman kepada Allah dan para malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan beriman kepada Qadar-Nya yang baik dan buruk. Jibril berkata: Kamu benar”
Ini sejajar dengan pandangan al-Asy’ari yang menyatakan akidah Ahl Sunnah wa al-jama’ah ialah dengan mengakui Allah SWT, para malaikat, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya dan apa sahaja yang disampaikan oleh mereka dari Allah, serta segala periwayatan yang benar daripada Rasulullah.
Dalam surah al-Hujurat ayat ke 15:
Sesungguhnya orang yang beriman hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar”.
Ayat ini amat bertepatan dengan beberapa ciri penting akidah seperti penerimaan hati, pengikraran dengan lidah, dan adanya unsur ketundukan yang terserlah menerusi kesanggupan manusia melaksanakan segala perintah Allah. Ternyata Akidah bukan sekadar merujuk kepada “kepercayaan” semata-mata.
Sekadar perkongsian. (baru pengertian je ni…ada 2 lagi bahagian belum disentuh)…
alFakir
Anwar Jauhari RHA
AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."
Tuesday, September 21, 2010
SIRAH MUZIKAL "MERENTAS KEGEMILANGAN UMMAH'
BOLEH JUGA HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT DAN TIKET
0136607046/ FB anwar jauhari
lawati laman rasmi
Persatuan Belia Islam Nasional adalah sebuah persatuan belia yang bangkit di tengah-tengah kemelut masyarakat yang seolah-olah tiada penghujungnya. PEMBINA sebagai wadah untuk menjana generasi baru yang mampu melaksana tanggungjawab mereka kepada bangsa mereka. Kegawatan yang melanda bangsa ini, khususnya kelompok belia mereka, hanya mampu diatasi dengan kembali kepada Islam.
Sebenarnya cabaran yang paling besar bagi sesebuah bangsa yang ingin bangkit adalah penyediaan generasi baru. Oleh itu, generasi muda mesti disiapkan untuk menggalas beban yang besar, iaitu membawa bangsa ini ke puncak kejayaan. Mereka mesti dikejutkan daripada tidur mereka yang lama.
Mereka mesti disedarkan tentang ancaman dan cabaran yang sedang melanda bangsa mereka, sama ada dari luar mahupun dalam. Mereka mesti diingatkan bahawa survival bangsa ini terletak di atas bahu mereka dan mereka akan ditanya di hadapan Allah yang Maha Agung tentang apa yang mereka usahakan.
Justeru PEMBINA tampil dengan objektif-objektif berikut:
* Membangunkan potensi belia/beliawanis yang cinta dan bertanggungjawab kepada Tuhan, diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
* Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kemahiran belia/beliawanis agar dapat menyumbang secara positif kepada kemakmuran negara.
* Menggilap kualiti kepemimpinan, disiplin, amanah dan kendiri dikalangan belia/beliawanis.
* Memupuk jiwa yang merdeka, bermotivasi tinggi, dedikasi, progresif dan dinamik.
* Melahirkan belia/beliawanis yang cergas, sihat, kuat dan lasak dari segi fizikal, spiritual dan mental.
* Menjalin persaudaraan kukuh yang berteraskan Islam serta membentuk kefahaman dan kerjasama erat dikalangan ahli.
* Menggerakkan belia/beliawanis untuk membangun diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
* Meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kemahiran belia/beliawanis agar dapat menyumbang secara positif kepada kemakmuran negara.
* Menggilap kualiti kepemimpinan, disiplin, amanah dan kendiri dikalangan belia/beliawanis.
* Memupuk jiwa yang merdeka, bermotivasi tinggi, dedikasi, progresif dan dinamik.
* Melahirkan belia/beliawanis yang cergas, sihat, kuat dan lasak dari segi fizikal, spiritual dan mental.
* Menjalin persaudaraan kukuh yang berteraskan Islam serta membentuk kefahaman dan kerjasama erat dikalangan ahli.
* Menggerakkan belia/beliawanis untuk membangun diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.
http://sirahmuzikal.com/v1/?page_id=7
AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."
Subscribe to:
Posts (Atom)




