Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Wednesday, January 09, 2008

ALHAMDULILLAH...DAH SELESAI PUNNN

registration online sebenarnya memudahkan semua pihak. tetapi biasalah tak ada apa di dunia ciptaan manusia yang benar2 sempurna. klas kami ada masalah pelan pengajian, dan beberapa masakl;ah lain....jadi ia sedikit menyusahkan kepada orang yang ada masalah....bagi yang tak ada masalah takde ape2 hal.

cuma bagi saya kalau dah ada reg online yang mudah ini pun ada masalah.....apatah lagi kalau kita tetapdi takuk lama dengan pendaftaran manual........

tak semua perkara yang lama/sediakala itu perlu dikekalkan,
dan kena ingat juga,
tak semua perkara baru yang di bawa/ dibuat itu lebih baik dari yang sebelumnya....
untuk menilai semua itu perlu kepada ilmu, pengalaman,dan panduan berlandaskan iman dan akhlak islam...............
(rumusan hikmah yang saya dapat petik daripada perhimpunan aman komander malam tadi)


berucap hadapan 1000 orang telah terlaksana(perjumpaan ko pertama jan2008)
menjadi imam utama jemaah di pusat islam UiTM telah tercapai (subuh 1 muharram1428)
masuk UiTM naik motor dengan hanya pakai kain pelekat melalui pintu 2 dah terjadi dah (tapi pakai baju laa)
naik motor tak pakai topi keledar depan pegawai keselamatan( daah lalu jugak..)
minum pagi dengan ketua pegawai keselamatan dah jugak....
tumpang kereta pegawai keselamatan balik pun dah rasa....
SMPP beri kepercayaan sebagai MT,
BOMBA suruh pegang penolong MT,
amanah bertimbun-timbun...............komitmen, masa kena push maksimum,

cuma apa yang perlu di ingat adalah

jika kamu bersyukur, Aku akan tambah nikmatKu kepadamu,
akan tetapi jika kamu kufur AZABKU AMATLAH PEDIH....................

.....setiap pemimpin akan disoal mengenai apa yang dipimpinnya...

doa dan bantuan sahabat menjadi pelincir kehidupan bnerkualiti

info kerohanian dan pembangunan insan edisi awal muharram.


Saturday, January 05, 2008

INFO KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN INSAN MINGGU 1

SILA KLIK untuk download risalah INFO tersebut................

http://www.4shared.com/file/34009527/fcabdbc5/solat_jamaah_anwar.html

mari sama-sama kita sebarkan

DOWNLOAD SUKATAN MATAPELAJARAN SEKOLAH MENENGAH

TUGASAN edu555-curricullum instruction. boleh dapatkan dari sini.....

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/sains.htm

Sunday, December 16, 2007

rewang-rewang






bermula hari sabtu petang, rewang dimulakan. tapi bagi saudara yang dekat, hari jumaat dah datang dah. nostalgia rewang suadah lama tak di rasa kerana maklumlah belajar di negeri orang, cuti pun sekalisekala.

banyak pengajaran dan info tambahan yang boleh diambil.
1.datang walaupun sekejap"tunjuk muka" adalah penting. kenapa? sebab mengenangkan kalau bukan kita yang rewang, siapa lagi. kalau kita tak rewang , jangan marah kalau time kita walimah, takde siapa nak tolong.lagipun itu hak jiran kita...

2. time rewang macam ni lah kenal sedara. mana taknya sedara jauh datang sekai setahun (raya) itupun kalau sempat jumpa.jadi kalau ada kenduri kahwin , ada peluang la kita jumpa sedara sekampung yang dah merantau....

3. kali pertama rewang sampai 2 pagi. kupas bawang ramai-ramai pastu borak sakan.walaupun kita borak sampai pagi, sekurangnya kita buat tuan rumah ayem (suka sebab ada orang yang datang tolong).lagipun kalau kita datang , meriah la sikit majlis kahwin anak tuan rumah tu.

4. time rewang la ada masa banyak utk borak. beza dgn borak kat warong, borak sambil rewang ada hasilnya. boraklah dari nostalgia sek rendah sampailah isu sensitif, sedar-sedar dah habis kupas awang, kentang , halia, dan lain2 lagi sampai 2 -3 guni. ok lah tu....ilmu bertambah, penat tak terasa sangat.

5. time mcm ni nak beajar masak. hehe saya duduk kat bangsal masak, bukannya tolong berat-berat. tengok orang masak je.....senyum-senyum , ketawa sikit, bila balik, barulah dapat ilmu masak sikit. tapi ilmu masak asas la.




ok lah dah maghrib...sambung lain kali....edisi korban...



http://mppuitm.forumup.com/?mforum=mppuitm


Friday, December 14, 2007

alhamdulillah




result dah keluar. dan apapun hasilnya saya redha dan itu adalah natijah usaha saya....kenapa boloeh fail biochem???? (walaupun saya jumpa lect. dan dapat fresh hint utk soalan yang keluar?)takpe sem depan ada lagi... dan bagi saya kefailan ini memberi peluang saya lebih memahami dan mendalami ilmu bukti kekuasaan Allah yang sangat kompleks untuk saya fahami ini....



doakan sem depan saya dapat A+ biochem. dan subjek lain.sebab kalau cikgu tak dapat faham dan kuasai ilmu yang dia perlu sebarkan, mak huru-haralah ilmu tersebut.betul tak?

bila berlaku macam ni barulah kita sedar apa yang kurang dan apa yang perlu dibaiki...


kawan-kawan bantulah saya kerana saya sdg membantu diri sendiri...

anwar berusahalah


anwar berusahalah

anwar berusahalah

Tuesday, December 04, 2007

Hari AIDS sedunia = 1 dec

tambahkan ilmu mengenai AIDS. mungkin kita rasa kempen kesedaran AIDS tidak perlu dan tidak penting. Saya juga berpendapat begitu , namun sedar atau tidak virus ini menular tanpa mengira mangsa.
jangan anggap semua yang menghidap HIV ini adalah insan yang keji, kerana HIV adalah virus, dan AIDS adalah natijah virus tersebut.

Kempen sebegini bagi saya lebih berkesan apabila pendekatan agama digunakan, menelusuri aspek akhlak islam. Namun, tiada sebab untuk kita menghalang diri kita untuk mendapat ilmu berkenaan makhluk ciptaan Allah yang berbentuk virus ini.


minggu ini saya telah tambah beberapa link yang menarik dan berguna (bagi sayala he he)....
walaupun asalnya ingin memberi ulasan tentang isu terkini, tetapi rasanya isu itu terlalu berat dan bahaya untuk di ulas.



Thursday, November 15, 2007

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA


alhamdulillah....selesai dan selamat .
lawatn ke akademi bomba dan penyelamat wakaf tapai memberi banyak pengajaran, pengalaman dan input berguna kepada seluruh warga komander yang menyertainya.
sedikit gambar sebagai buah tangan....hasrat di hati nak tulis artikel, tapi mood tak ada, lagipun nak kemas barang, packing barang

18 nov07
...hah... harini saya dah balik johor....alhamdulillah selamat sampai.


boleh la cerita sikit mengenai trip ke wakaf tapai tu....

10nov07

meeting akhir sebelum bertolak ke terengganu...


11nov07

jam 11pagi, berkumpul di bus stop teratai dan bertolak jam 12 tengah hari.

sampai di UiTM dungun jam 9.00 malam....


12nov07

jam 7 pagi bertolak dari dungun ke wakaf tapai. 1 jam 30 minit perjalanan. jauh , kerana kami terpaksa menginap di dungun, jimat kos dan tiada pilihan lain.


jam 9 pagi, taklimat di menara tinjau FRAM wakaf tapai.

antara isu menarik adalah 3 skim dlm jabatan bomba, pegawai(lepasan SPM) , penolong penguasa(lepasan diploma) dan Penguasa (lepasan ijazah).


starting gaji utk penguasa mencecah 1900 dan belum termasuk elaun.training 6 bulan sebagai rekrut sebelum dihantar ke balai seluruh negara.


minum pagi kemudian masuk ke BA gallery. kontena khas ini digunakan untuk melatih rekrut merasai simulasi menyelamat di dalam kawasan yang gelap, sempit,dan perlu menggunakan BA (breathing apparatus). saiznya sebesar 7 kontena yang disambung dan saiz laluan seperti di gambar yang disertakan .


kemudian sesi petang, simulasi SEWER. menyelamat dalam terowong bawah tanah yang sempit dan berair( dalam keadaan sebenar air tu aalah air ******** tapi dalam latihan ni air paip yang berlumpur digunakan. tapi memcecah paras dahi... bayangkan...dan ada juga peserta yang menikmati minum petang di dalam sewer tersebut....

kami pulang jam 5petang, dan sampai ke dungun kira-kira jam 9malam. maam tu tak ada apa-apa aktiviti, ada yang kata bosan. tapi bagus jugak sebab malam tulah kami baru nak kilatkan kasut, gosok uniform dan bersiap untuk esok.

13nov07
jam 7 dah bertolak dengan uniform lengkap. berhenti sarapan di warung nasi dagang. tak ramai yang makn kerana sebentar lagi nak berkawad, takkan la nak makan nasi dagang. yamg betul2 menikmati nasi dagang tu ialah cikgu pengiring dan pak cik driver.... yelah mereka tak berkawad pun....
lantaran makan sarapan, maka kami sampai lewat. janji jam 9, kami sampai 9.10min. dapat la pemanis kaki HENTAK KAKI 50 satu dua. mujur cikgu mintak supaya hukuman sebenar PUMPING 50 kali diringankan....

selepas kawad kami dia ajar menggunakan BA. secara praktikal, kena naik ke tingkat empat dan turun semula.
BA ni dinamakan SCABA-self containing air breathing apparatus- adik beradik SCUBA jugak la.satu tong boleh muat max 300atm.berat seringan 2kg hingga 9kg. purata 30minit utk setiap BA boleh bertahan. ia di isi dengan compressed air( udara biasa yang diberi tekanan)...sejuk juga...tapi taklah selesa berbanding menyedut udara percuma yang segar .





petang tu pulak, abseiling. walaupun dah sellu buat, ada jugak yang gayat. almaklumlah dah lama tak beraksi....alhamdulillah semuanya berjalan lancar.... takde yang jatuh bak kelapa muda...kalau yang istimewa pun komander saiful buat "spider" yang lain tak berani lagi.

lepas tu majlis penutup. VIP yang ada adalah timbalan komandan. habis awal dan kami balik awal.malam ni nak makan kat luar. sesekali nak jugak makan makanan panas ala carte kat tganu ni. pada masa nilah anak jati tganu menghadapi masalah besar apabila pakcik driver tanya"mana tempat makan yang best?" ..nak tau apa jawapan mereka...."saya tak biasa tempat ni......"


14nov

jam 8 pagi check out dari UiTM dungun. menuju ke Kuala Terengganu..destinasinya pasar la..
shopping sakan semua...ada jugak yang amik kesempatan naik feri dan minum pagi di seberang. saja merasa naik bot..tambang baru 80sen.

jam 12 semua berkumpul.bertolak balik ke salam . dalam perjalanan bas tu dah jadi macam panggung bergerak. masa pergi kemarin kami tonton 3 filem, on the way balik pulak 2 filem. fun dahla free, ada yang beli tikar dan baring kat lantai bas semata-mata nak tengok di saf depan.kami sampai di salam jam 11malam.alhamdulillah semuanya selamat...
pengalaman dan banyak lagi ilmu baru yang diperolehi, takkan semua nak tulis dalam ni..mutu tulisan saya pun tak elok lagi...kesimpulannya kami berazam untuk membuat susulan pada tahun hadapan. .....JADI KOMANDER MEMANG BANYAK KELEBIHANNYA....

gambar kik link ni...nak masukkan dalam blog lambat sikit...

http://anwaruitm.fotopages.com/?entry=1346172

Sunday, November 11, 2007

terkini sebelum ke wakaf tapai

AKADEMI BOMBA PENYELAMAT MALAYSIA......apa tu?...di mana?...klik icon di bawah ni..


TAK SABAR...BERDEBAR.....TAKUT??....GEMBIRA.....doakan perjalanan latihan saya di sana 13-15nov ini berjalan lancar....amin.

entry hari ini saya masukkan gambar untuk blog BOMBA






banyak nak cerita sebab ada kaitan sikit dengan gelombang KUNING hari itu.


MANGSA ROAD BLOCK SELAMA DUA JAM.....


SABAR JRLAH YEEE



kejap lagi ada perjumpaan dengan bakal komander bomba....lepas tu malam ni ada meeting BOMBA....esok saya kena bertolak ke TERENGGANU, pergi akademi BOMBA Wakaf Tapai....


nanti dah balik nanti baru boleh cerita panjang-panjang.......tunggu saya balik 16hb nanti ye...doakan latihan di wakaf tapai tu dapat dilalui dengan jayanya...InsyaAllah....AMIN

Friday, November 09, 2007

apabila abis exam...

apabila abis exam, apa yang nak di buat ye? setakat ni saya buat apa yang sebelum ni tak selalu buat, antaranya tengok ASTRO kat Teratai, pergi makmal IT kat Library, buat kalendar untuk perancangan tahun depan, kartun di atas tu saya amik dari TYPEJELA

cuti ni ada daurah ,20 hb. tapi saya takleh ikut la..Daurah Musim Cuti( DMC 4)

pastu jumpa artikel best


Hari Ini, Aku Yang Pilih!

“Keluarga aku semuanya kurang ajar belaka, jadi tentulah aku pun kurang ajar.”
“Dah aku dibesarkan di dalam persekitaran samseng, macam mana aku nak jadi baik.”
Segala dialog mirip seperti dialog di atas mungkin boleh didengari terucap keluar daripada mulut atau menjadi bisikan ketika bermonolog dengan diri. Adakalanya bukan sebagai satu pemahaman salah kepada konsep ‘berserah kepada takdir’ tetapi sebagai alasan untuk memujuk diri menerima perbuatan salah yang dilakukan diri sendiri. Menjustifikasikan kesalahan yang dipilih sendiri dengan menuding kepada pengalaman lepas.


MANUSIA, PENGALAMAN DAN MENCIPTA PENGALAMAN


Sekumpulan orang kampung menyatakan pada seorang pengembala muda, “Sekiranya datang serigala, jerit ‘serigala’ dan kami akan datang bersama senapang dan serampang.”
Keesokkan harinya sedang beliau mengembala kambing biri-birinya, tiba-tiba pengembala muda ternampak seekor singa mendekati kambing biri-birinya. Dia pun menjerit, “Singa, singa!” Tetapi tiada seorang yang datang membantu. Beberapa ekor kambing biri-birinya mati dibaham singa. Dengan sedihnya dia pergi berjumpa dengan orang-orang kampung.
“ Mengapa tiada orang datang membantu apabila saya jerit tadi??” Tanya pengembala muda tadi kepada orang-orang kampung.
“Di negeri kita ni mana ada singa,” balas seorang pak cik tua, “Yang kau kena jaga-jaga pada ancaman serigala nak oi.”


Sememangnya manusia hanya memberi respon kepada perkara yang ia bersedia untuk percaya. Apa yang membuatkan mereka bersedia untuk percaya, adalah pengalaman mereka. Seorang yang mempunyai pengalaman mudah memperoleh sahabat berkemungkinan besar akan seronok dikelilingi manusia. Seorang yang mempunyai pengalaman dihargai karya-karya puisinya berkemungkinan besar lebih selesa menukilkan bahawa jiwanya untuk tatapan umum. Begitu juga seorang yang mempunyai pengalaman dizalimi atau didera, kemungkinan besar juga ia memberikan kesan tidak baik kepada kehidupannya.


Kita tidak memilih setiap pengalaman yang dilalui dan sememangnya itulah yang terjadi ketika kita masih kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kebanyakkan pengalaman sesudah kita dewasa dipilih oleh kita. Kita memilih untuk belajar di mana. Kita memilih untuk bekerja di mana. Kita memilih untuk melakukan sukan apa, melakukan di mana. Kita memilih untuk berkawan dan bergaul bersama siapa. Sesiapa yang mempunyai latar belakang yang susah atau tidak molek, memilih sendiri untuk terus hidup dalam suasana negatif atau memilih untuk mencipta pengalaman yang akan memperbaiki kehidupan dan cara berfikir.


Seorang yang ingin memperbaiki diri menjadi lebih baik, mempunyai kuasa membuat pilihan samada untuk bergaul lebih banyak dengan mereka yang akan membantunya memperbaiki diri atau bergaul dengan mereka yang tidak membantu menjadi lebih baik. Seorang yang ingin dirinya menjadi lebih baik mempunyai kuasa memilih untuk melakukan aktiviti yang akan menyumbang kepada pembaikan dirinya ataupun aktiviti yang sebaliknya.
Masa lepas yang membentuk pengalaman-pengalaman adalah sesuatu yang tidak dapat diubah tetapi kita mampu mengawal tindakan kita hari ini yang akan menjadi pengalaman di masa akan datang. Tidak semestinya kerana pengalaman lepas yang negatif, maka sepatutnya kita menjadi seorang yang berkarakter negatif. Teringat saya kepada sebuah rangkap di dalam puisi Zhou Dun Yi:

Namun yang ku kasihi adalah bunga teratai, tumbuh keluar dari selut tetapi tidak dikotori.
Beliau mengkagumi karekter bunga teratai yang sekalipun tumbuh daripada selut yang kotor namun tetap cantik, harum, boleh dihayati dari jauh namun tidak boleh sebarangan disentuh. Sewaktu membaca puisi ini, terharu saya menghayati betapa sesuatu yang indah boleh tumbuh keluar sekalipun daripada persekitaran yang tidak bersih. Kita semua boleh menjadi seperti teratai, berhak memilih untuk menjadi seperti teratai.


SIKAP MELIHAT PENGALAMAN LALU


Saya sendiri bukanlah seorang yang mempunyai masa lampau yang sempurna. Sememangnya sedikit sebanyak masa lepas yang kurang molek meninggalkan sedikit sebanyak kesan pada hari ini. Saya pernah dicurigai hanya bersandarkan pada sikap saya dahulu. Saya menerimanya dengan redha dan terus cuba memperbaiki diri. Pada saya, tiada gunanya saya berkeluh kesah mengenangkan masa lalu yang tidak dapat diubah. Selain memilih untuk berusaha mencipta pengalaman yang lebih baik untuk masa akan datang, saya juga memilih untuk berusaha mengamalkan sikap yang betul dalam melihat pengalaman-pengalaman masa lepas samada yang baik atau yang sebaliknya. Saya tidak boleh mengubah masa lalu, malah mungkin tidak cukup hebat untuk mengubah keseluruhan dunia sekeliling saya. Tetapi saya mampu untuk mengubah bagaimana saya melihat masa lalu dan dunia sekeliling.


Mempunyai sikap yang betul dalam melihat pengalaman lalu lebih penting berbanding mencipta pengalaman baru yang lebih baik. Kita mempunyai kawalan terhad terhadap apa yang kita lalui. Tetapi kita mempunyai kawalan penuh terhadap sikap kita. Segalanya bergantung kepada sikap kita untuk melihat pengalaman lalu sebagai tauladan atau perlu diabaikan, sebagai sesuatu yang perlu ditangisi atau sesuatu yang perlu diperbaiki, sebagai sesuatu yang menghantui atau sesuatu yang membimbing. Kita yang memilih, belum terlambat untuk buat pilihan tepat!

dicuri daripada:
alFaisalKeramat29 Oktober 2007 / 17 Syawal 142812.00 am

sambil sambil tu jumpalah satu blog penamuallim
pastu jumpa pulak blog orang jawa banting ni...dapatla lepas gian dengar alunan kompang ...maklumlah dah lama tak balik kampung and palu kompang...

Saturday, November 03, 2007

INFO IBADAH HAJI

klik gambar di bawah untuk link info haji
"azam saya sebelum umur 40 tahun dah naik haji" itulah azam en Rosdi bin Rawi, pensyarah matematik di Koej Matrikulasi Johor ....semoga azamnya dipermudahkan Allah....
...saya pun nak ambil azam beliau tu....cuma tambah satu lagi, nak kahwin dulu...

Saturday, October 27, 2007

SALAM PEPERIKSAAN





SEMOGA ALLAH mempermudahkan urusan kita... peperiksaan kali ini memang mencabar.
doa kawan kawan amat mambantu dalam setiap tindakan kita.
keredhaan ibu bapa dan guru pun memeainkan peranan penting, buku pun kena baca jugak.

bawah ni doa hajat, download la..











Tuesday, October 16, 2007

berhari raya penuh taqwa

bagaimana agaknya untuk berhari raya penuh taqwa? awalnya musykil... tapi jawapan penuh dan tepat masih belum diperolehi lagi....
saya bayangkan raya sebagai graduation day sepanjang kita berkursus selama sebulan untuk kursus yang melibatkan jasmani dan rohani . kursus intensif yang diperlukan untuk menghadapi 11 bulan akan datang. maka, samaada kita dapat anugerah dekan atau tidak, terpulang bagaimana kita mengisi ramadhan yang lalu. jadi jika penerima dean list merasa sangat dihargai semasa malam anugerah dekan, maka begitulah juga repasaan muslim yang do the best dalam diari ramadhan mereka.

tetapi bagi yang menganggap dan melihat raya dari aspek hiburan, baju , bergaya, makan, duit raya, langsir baru , kuih raya dsb, maka ...itu bermakna raya mereka kosong dari aspek ruhani. maka dapat diteka bahawa ramadhan mereka juga semata2 lapar dan dahaga....

Saturday, September 29, 2007

my Activity minggu lepas

ahad22sept daurah sehari bersama ISMA bertempat di masjid Ubudiah Seksyen 19. walaupun sehari , dan peserta dalam 30 orang , tapi apa yang saya buat sepanjang ceramah adlh ....tidur............dengar sket je ceramah pertama.....ceramah kedua......ntah tak tau apa2 pun......

tapi yang best ....jawab soalan kuiz ramadhan yang sama dgn tahun lepas......jadi jawab & cepat siap pastu tidur lagi......

lepas tu buka puasa kat klang, bersama ISMA shah alam klang. macam biasa, datang bawak perut utk di isi. program best jugak, dengar bacaan quran sblum buka puasa, amik makanan, pastu buka puasa. solat maghrib, ucapan sikit, solat isyak terawikh, tazkirah....pastu moreh dan balikkkk......



alhamdulillah....dapat makan dan kenal kawan baru dan jumpa kawan lama.....
selasa24sept
jamuan buka puasa warga ed227.....meriah....kami berjaya menceroboh kawasan intec untuk berbuka.....minggu depan insyaAllah ada lagi....








lepas tu ....pegi kelas edu455 sama-sama.






rabu25sept
buka puasa di masjid negeri....bersama senior education. dia program PKPG, nak buka puasa takde kawan, so apa lagi tumpang 'semulut' la..
kat teratai pun ada terawikh....ada moreh jugak.... tapi malangnya komander makin lama makin kurang,kurang dan .....takpe esok kita akan buat moreh yang sedap supaya orang ramai yang datang.

last kokurikulum pada hari sabtu....


hj raphar sedang beri taklimat akhir kepada pelatih....lepas ni boleh la fokus utk examm.


doakan kejayaan saya ye... amin..

mengodek dodol...bersama teratai... oklah sampai sini dulu....assalamualaikum

Friday, September 21, 2007

lawatan ke pusat sains negara dan planeterium










alhamdulillah, berjaya juga misi pertama melawat PSN dan Planeterium ni.71 orang termasuk beberapa peserta jemputan yang diundang untuk meramaikan khalayak.


kesudian tetamu jemputan untuk turut serta membuktikan SEEDS mampu bergerak bukan hanya dalam kelompoknya sendiri, malah diiktiraf oleh pihak lain.





nak kata bosan, PSN taklah bosan sangat. aktiviti simple menjadikan suasana di PSN hidup. some of the interesting moment was the science demonstration, iq test activities and origamy booth at the second floor.




other material that exhibited at the PSN was the same , although you have been visit the PSN when you still in secondary school. but i am not blame the PSN because through this acadenic visit, for the first time i understant the get-logic concept used in computer(binary number), the one thet i dont understant at school.

the interesting demonstration give me new idea.....for the future....

buka puasa at masjid negara nak tengok gambar lagi? klik sini-----my album

Wednesday, September 12, 2007

Tuesday, September 11, 2007

SEARCH ENGINE COLLECTIONS

beberapa search engine untuk kegunaan kajian....
maklumlah saya sekarang sedang sibuk menjalankan kajian...

YAHOO
GOOGLES-
ALTA VISTA-
HOTBOT-
LYCOS-
EXCITE-
MAGELAN-

DOGPILE-
WEB CRAWLER-
META CRAWLER-
AllTHE WEB-
AOL SEARCH-
MAMMA-
ASK JEVES-

semoga bermanfaat
dipetik drp buku teks EDU555-computer in education , faculty of education, UiTM Malaysia.
kalau ada sesiapa nak tambah, sila letak kat ruangan comment...t kasih.

UTK KANAK2
http://www.sldirectory.com/searchf/kidsafe.html

Wednesday, September 05, 2007

download beberapa risallah

assalamualaikum maaf lama tak post kat blogni. maklumlahbanyak tugasan. padakesempatan ini saya link kan kepada site yang membolehkan anda download siri nur teratai dan semarak ramadhan yang saya usahakan bersama rakan-rakan. kami tidak mnulis artikel tersebut, just copy and paste...



nur teratai 2
nur teratai 3

beberapa info ramadhan

terima kasih bombauitm,kadetbomba http://www.110mb.com/
nak banyak lagi webhost? http://www.free-webhosts.com/webhosting-01.phpklik sahaja

Tuesday, July 10, 2007

awal semester


assalamualaikum... lama tak posting. kenal tak siapa tu.. itula saudara qabin yang bertolak 7 julai lalu utk keliling dunia naik basikal. gambar ni diambil semasa majlis perasmian penutup MMS UiTM MALAYSIA.
kepada kawan-kawan PM, saya tak naik atas stadium tetapi bermaharajalela di bawah.....
kepada rakan PM, terima kasih atas kerjasama anda semua... pengalaman jadi PM biro makanan adalah yang sangat berharga....
first impression adalah biro makanan yang paling senang. tapi rupanya,,,, faham-faham ajelah. walaubagaimanapun, insyaAllah sen depan saya nak jadi biro makanan lagi....
kepada adik PB, rerajinlah bertanya kalau tak tahu.... sebab banyak yang kita masih tak tahu.
bijaklah memilih kawan kerana kawan itulah yang akan mempengaruhi kita....
minggu ni dah mula sibuk dengan persatuan.
aktif berpersatuan mesti ada limit dasn bijak bahagi masa. belajar bikan setakat mengadap buku tapi ada banyak yang kita perlyu rebut di UiTM.
oklah itu sahaja. malam ni ada meeting BOMBA...saat yang mencabar dan menggerunkan....

Thursday, June 21, 2007

Tindakan Tegas HAMAS Berjaya Halang Perang Saudara

Penguasaan HAMAS sepenuhnya terhadap situasi politik dan keselamatan di Gaza, Palestin telah menyelamatkan Palestin dari berlakunya perang saudara yang sedang cuba dicetuskan oleh Israel dan Amerika. Demikian yang dapat kita simpulkan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh gerakan-gerakan menentang Penjajah dan pertubuhan-pertubuhan Islam di Palestin.
Jika langkah tegas seumpama itu tidak diambil secepat mungkin, perang saudara sengit dan meluas sudah pasti berlaku kerana Kumpulan Revolusi di dalam gerakan FATAH yang dipimpin oleh Mohamad Dahlan sedang menambah dan melengkapkan keupayaan ketenteraannya dengan didokong oleh Zionis Israel dan Amerika.Ketika itu keadaan keselamatan di Gaza telah mencapai keadaan di mana huru hara dan kecelaruan yang dicetuskan oleh Mohamad Dahlan dan Kumpulan Revolusi sedang memuncak sedang pihak Presiden (dari FATAH juga) tidak bersungguh untuk menyelesaikan isu keselamatan rakyat Palestin tersebut ditambah dengan serangan bertubi-tubi dari bedilan Israel dan pemboikotan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika dan Eropah.Kumpulan Revolusi di dalam FATAH berusaha menggagalkan setiap usaha bersungguh-sungguh untuk menyusun kehidupan rakyat Palestin ke arah meningkatkan keupayaan menentang penjajahan, disamping menggagalkan usaha membenteras segala bentuk penyelewengan dalam Negara di aspek politik, kewangan, pentadbiran dan sosial selari dengan perancangan jahat yang diatur dan dilaksanakan oleh Kerajaan Israel dan Pentadbiran Amerika.
Dalam dua tahun yang telah berlalu, HAMAS telah menunjukkan keterbukaan dan toleransi yang tinggi terhadap parti dan gerakan yang lain khususnya FATAH melalui pertemuan dan perbincangan sama ada di Kaherah, Damsyiq dan Mekah akan tetapi setiap kali selepas dari pertemuan diadakan, akan berlaku huru hara keselamatan yang dicetuskan oleh Kumpulan Revolusi di dalam FATAH bahkan setiap kali semakin memuncak dan membahayakan masyarakat awam Palestin.Beberapa bulan yang lalu menyaksikan Kumpulan Revolusi dan Penjajah Israel saling bergilir di dalam menggugat keselamatan rakyat Palestin. Dalam menghadapi situasi yang sukar ini, satu tindakan tegas perlu diambil demi menjamin keamanan rakyat yang telah pun merana dibawah penjajahan yang sedang berlaku sejak sekian lama. Perlu ditegaskan di sini bahawa, usaha penentangan terhadap Penjajah Israel dan Amerika tidak mungkin dapat berterusan dan mencapai matlamatnya jika tidak disempurnakan terlebih dahulu hal keadaan di dalam masyarakat Palestin itu sendiri sehingga ia bersih dari unsur atau orang yang rosak lagi merosakkan.Anwar Raji, ketua penerangan Barisan Rakyat Pembebasan Palestin menyatakan bahawa gerakan-gerakan Islam bersepakat bahawa mereka bukan penyeru ke arah menghunus senjata mengena sesama rakyat Palestin walau dengan apa alasan dan slogan sekalipun. “Senjata kami hanya mempunyai satu titik tuju iaitu didada Penjajah sahaja”, tegas beliau.
Namun begitu situasi genting yang berlaku seperti yang dijelaskan di atas memaksa HAMAS untuk mengepung Pejabat Keselamatan Presiden dan membersihkannya dari unsur-unsur jahat yang dibiayai dan dilengkapkan persenjataannya oleh Zionis Israel dan Pentadbiran Amerika dengan tujuan berhadapan dengan gerakan-gerakan penentang Penjajahan. Penguasaan HAMAS tersebut benar-benar merupakan langkah paling praktikal bagi memotong jalan usaha Amerika mencetuskan huru hara dan pembunuhan seperti yang berjaya dilakukannya di Iraq. Kita berharap strategi Amerika yang sama tidak akan berjaya di Lubnan, insyaAllah.Sejak beberapa bulan yang lalu, puluhan juta dollar telah dimasukkan ke dalam akaun Unit Keselamatan di bawah Presiden. Dalam masa yang sama Kerajaan Israel telah membenarkan unit tersebut membuat latihan di kem dekar Bandar Jerico, memasukkan anggota tentera Badr ke kawasan Gaza dan tibanya bekalan kelengkapan ketenteraan dan senjata yang banyak untuk anggota-anggota tersebut.Dari maklumat yang dipercayai, sebenarnya individu-individu di pejabat Presiden sendiri yang mendorong Negara-negara Eropah untuk meningkatkan sekatan terhadap penduduk Palestin supaya menggagalkan Kerajaan Palestin di bawah HAMAS yang dipilih oleh majoriti rakyat sehingga tiada lagi pilihan di hadapan mereka kecuali pertembungan di antara gerakan-gerakan.
Oleh itu langkah drastik HAMAS adalah tepat pada masanya. Adalah menjadi kewajipan gerakan-gerakan di Tebing Barat pula (sekarang menjadi markaz FATAH yang lari dari Gaza) mengawal keadaan di sana supaya perancangan jahat Israel dan Amerika digagalkan.Pimpinan FATAH yang lari meninggalkan Gaza (barat Palestin) dan sekarang menetap di Tebing Barat (timur Palestin) akan mendapat dokongan penuh dari Israel, Amerika dan Eropah. Demikian dinyatakan oleh pimpinan Negara-negara tersebut. Perdana Menteri Israel, Olmert menyatakan bahawa Israel akan menyalurkan berpuluh juta Dollar wang dari cukai pendapatan pekerja-pekerja Palestin yang dibeku sejak HAMAS memerintah setahun lalu, kepada kerajaan FATAH yang baru dibentuk oleh Presiden Mahmud Abbas, disamping akan mengetatkan lagi laluan masuk bekalan makanan dan bahan api ke Gaza. Pentadbiran Bush akan mengumumkan penarikan balik sekatan ekonomi ke atas Tebung Barat yang dikuasai FATAH, demikian kenyataan yang disiarkan Ahad 19 Jun lalu.Perlu disebut di sini bahawa kita tidak menyamakan di antara Kumpulan Revolusi ini dengan ramai pejuang-pejuang lain dalam gerakan FATAH. FATAH yang diasaskan pada tahun 1958 mempunyai sejarah kepahlawanannya yang panjang. Dari FATAH lahirnya Katibah Syuhada' Al-Aqsa (seganding dengan Katibah Izzuddin AL-Qassam di bawah HAMAS) yang sehingga ke hari ini berjasa dalam menentang Penjajahan Israel dan Amerika di bumi Palestin. Penglibatan Katibah Syuhada' Al-Aqsa di dalam Intifadhah Al-Aqsa sejak tahun 2000 adalah tidak dapat dinafikan. Kumpulan Revolusi yang dipimpin oleh Mohamad Dahlan yang kita maksudkan ialah mereka yang bekerja menentang hasrat gerakan-gerakan penentang Penjajahan dan berlawanan dengan kepentingan rakyat Palestin.Kita merasa sedih di tengah-tengah perlindungan Amerika dan Negara-negara Eropah untuk Israel meneruskan serangan-serangannya yang berterusan, juga sekatan ekonomi yang dipaksakan ke atas rakyat Palestin, banyak Negara-negara Arab dan Islam rela membisu seribu bahasa, tidak serius melaksanakan Resolusi-resolusi Liga Arab yang bersidang di Khartoum, Kaherah dan Riyadh dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) yang memutuskan supaya sekatan ekonomi Barat ditamatkan sama ada dengan menghulurkan sumbangan kewangan atau cara lain.Kita juga mengajak umat Islam supaya kembali kepada ajaran-ajaran Islam yang sebenar dan menyeluruh dan tidak bekerjasama dengan musuh-musuh Allah dalam menekan saudara-saudara kita sesama Islam walau di mana mereka berada.
Hanya dengan cara ini, Allah SWT akan mengembalikan kepada umat Islam kepimpinan dunia seperti yang pernah mereka kecapi di zaman Umayah, Abasiah dan Uthmaniah suatu masa sahulu.“Kami (Allah) ingin menganugerahkan kepada orang-orang yang tertindas di muka bumi (dimana) Kami menjadikan mereka pimpinan dan Kami jadikan mereka yang mewarisi (khilafah atau pimpinan di muka bumi)” (Al-Quran).
Ustaz Haji Abdul Halim Abdullah,
Naib Presiden,
18 Jun 2007