Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Monday, June 29, 2009

PEMANDU PELANCONG MASJID

pengalaman memandu pelancong dari singapura ini adalah yang paling manis bagi saya bebanding beberapa bulan lalu.








sesiapa yang berminat bersama-sama saya, silakan.

KURSUS PEMANDU PELANCONG MASJID
4-5 JULAI 2009
MASJID NEGERI

BERMINAT? SILA HUBUNGI ANWAR 013-6607046

SMKSI/015 -relief fasa ketiga


fasa pertama: buat Iq Test ( minggu pertama)


fasa Kedua : bagi games IQ (lepaskan besi yang terkait)+ kelas yang dah buat IQ test dan relief kali kedua.





fasa ketiga: main Tali modul LPPKP UiTM-BTN ( kelas yang dah lalui kedua-dua fasa...






lepas ni kalau masuk kelas relief diorang,.... tak tahu lagi nak buat aktiviti apa...any idea? plz...

kisah hari kantin



penjaga tandas Hari Kantin SMKSI

Saturday, June 27, 2009

Peluasan Sekolah Bestari : Antara P&P dan skor A

Peluasan Sekolah Bestari : Antara P&P dan skor A
29/04/2005 12:07 p.m.

SEJAK tahun 2004, banyak pihak memperkatakan mengenai peluasan Sekolah Bestari.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyuarakan hasrat beliau untuk memperluaskan Sekolah Bestari ke semua 10,000 buah sekolah. Kerajaan dijangka meletakkan bajet yang besar dalam RMK9 untuk melaksanakan peluasan ini.

Harapan saya keseluruhan peruntukan ini digunakan sebaiknya dalam proses membestarikan sekolah-sekolah.

Kembali kepada persoalan saya pada minggu yang lalu, setelah serba sedikit saya sentuh mengenai falsafah dan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sekolah Bestari, minggu ini saya ingin membincangkan persoalan adakah P&P yang sedia ada tidak memadai.

Sebagai sebuah negara yang sedang ke arah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan yang tinggi, masyarakat yang memandang jauh kehadapan, inovatif serta penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa hadapan, berfikiran kritikal dan yang bersedia untuk mengambil bahagian dalam ekonomi global di abad ke-21 ini.

Tanggungjawab ini perlu dipikul oleh semua pihak sama ada ia pembuat dasar pengetua, guru besar, pelajar, ibubapa, masyarakat dan guru.

Proses P&P atau pedagogi yang telah dilatih bagi setiap guru ketika mereka hadiri kursus mahupun diploma pendidikan adalah mencukupi.

Saya pasti pembelajaran masteri di titik beratkan. Guru-guru pasti didedahkan dengan pelbagai strategi pembelajaran iaitu `directive' seperti memberi arahan, latih tubi dan latihan.

Manakala `observation' seperti pemerhatian dan `mediative' seperti mengaplikasikan pengetahuan secara perbincangan terbuka.

Saya juga pasti strategi pembelajaran yang lebih tinggi seperti konstruktif, kolaboratif, kontekstual dan kognitif juga turut dibekalkan kepada guru-guru.

Strategi pembelajaran yang lebih tinggi ini akan membina satu situasi pembelajaran yang lebih menarik, menggalakkan serta merangsangkan minda.

Setiap pelajar berpeluang meningkatkan diri dengan mengambil kira pelbagai kebolehan pelajar serta gaya pembelajaran pelajar.

Proses pemikiran kritis dan kreatif dalam diri pelajar terbentuk di sini.

Jika kesemua iaitu ketujuh-tujuh strategi pembelajaran ini dikuasai dan dipraktikkan oleh guru-guru, tidak keberatan untuk saya katakan bahawa mereka ini adalah guru-guru yang telah mengamalkan pengajaran dan pembelajaran bestari.

Dan sekolah mereka boleh diiktirafkan sebagai Sekolah Bestari.

Namun begitu ramai di kalangan guru-guru mengamalkan strategi pembelajaran `directive', `observational' dan `mediative' sahaja iaitu secara arahan, latih tubi, pemerhatian dan perbincangan.

Ini adalah kerana guru-guru terlalu tertekan dengan kehendak peperiksaan.

Guru-guru dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan termasuklah kesemua 88 buah Sekolah Bestari yang ada.

Dengan tanggungjawab yang berat ramai guru menitikberatkan strategi menjawab soalan daripada strategi belajar.

Jika proses pembelajaran ini berterusan implikasinya pelajar-pelajar tidak dapat berfikir secara kritikal, tidak kreatif mahupun inovatif dan akhirnya harapan negara untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan tidak akan tercapai.

Setiap guru perlu membuat refleksi diri, adakah apa yang mereka praktikkan selama ini menyumbang kepada `knowledge society'.

Pihak Kementerian juga perlu melihat secara menyeluruh untuk memastikan sukses kepada perluasan Sekolah Bestari ini.

Saya percaya peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah sangat penting bagi mencapai hasrat tersebut.

Bermula dari pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke peringkat Universiti.

Sesebuah masyarakat tidak terbentuk dalam masa sehari tetapi satu proses yang lama yang mungkin mengambil masa berbelas tahun.

Ini mengingatkan saya dalam satu Education Summit yang saya hadiri pada tahun 2004, secara terbuka saya menyuarakan rasa tidak puas hati apabila keseluruhan forum selama dua hari tidak menyentuh mengenai kepentingan alam persekolahan dan hanya lebih berfokus kepada pembelajaran di universiti.

Yang menyedihkan jawapan yang saya terima daripada seorang VC dari sebuah Universiti, pada pandangan beliau guru mengajar secara latih tubi sudah mencukupi yang pentingnya pelajar mendapat skor A.

Saya berharap tidak ramai yang berfikiran sebegini terutama mereka yang akan terlibat dalam pembentukan dasar pendidikan negara.

Kerana jawapan beliau menunjukkan bahawa beliau tidak tahu betapa pentingnya sekolah terutama dalam pembentukan insan dan masyarakat berpengetahuan walaupun beliau seorang profesor di universiti.

Proses pembelajaran di sekolah seolah-olah begitu tidak penting bagi beliau.

Dan yang lebih menyedihkan lagi keseluruhan forum selama dua hari itu tidak langsung menyentuh isu-isu yang disebut dalam ucapan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein Menteri Pelajaran Malaysia seperti yang diharapkan.

- cikguwan2002@yahoo.com

SMKSI- album minggu pertama

gambar SMK Sri Istana minggu pertama

Wednesday, June 24, 2009

HARI KANTIN SMK SRI ISTANA , KLANG




TUAN-TUAN DIJEMPUT HADIR.
pertanyaan, sila hubungi cikgu hairul 013-6607046

SMKSI/010-first day PJPK teacher

my minor is pjpk. pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan.
previously , my senior teacher told me that in this school, the student love this subject. although they are not in their time table.



0845am-my class 2A and 2B combined and play footbal.unfortunately a group of malay student interrupt my student and play the football. my student said" okay kami semua lawan awak 3 orang" i just let them play because i am new here. just wait and see.
the result is: 3 student from form 3 beat my class with 3-0. 3 lawan 13 budak tingkatan 2 (bolehla..)



slot kedua
1045am-ok masuk kelas saya nak ajar awak P. Kesihatan. bawak buku tak?
'TAK BAWAK CIKGU. CIKGU DULU TAK PERNAH AJAR APA-APA PUN? cikgu nak main! nak main...nak main..."
ok lah ( ok lah kali ni aku mengalah, ) "Ok awak turun main bola, minggu depan kita belajar dalam kelas"
--zuppp- dah kosong dah kelas aku...tinggal 3 orang je yang taknak main...

again, this time the PK period is clash with recess time form 4, and form 5. 10 form 5 student (indian) come and interrupt my class. they want to play. and also , the tragist moment come again....my student LOST ...(memangla, diorang tu tingktn 2)



and the PERSOALAN yang timbul adalah:
-dari mana datangnya bebudak ting. 3 pagi tadi?
-dari mana datangnya abang-abang tingkatan 5 tadi?
nak kata ponteng, entahla...(cikgu baru ni belum berani marah budak ponteng lagi...korang tunggu la next week...siapa ponteng, SIAP korang!

SMKSI/009-program gaya hidup sihat




today , the whole school is 'huru-hara'. it is my opinion. we have Kempen Gaya Hidup Sihat and i feel very happy for this programme but we as the teacher must be informed earlier.most of us did not know the details about the programme. our lesson plan cannot be conducted.

0800-0900 : SENAMROBIK F1,2,3
0800-0900 : drama from Fallen Leaf Company f4,f5.

1030-1100 : ceramah anti rokok F4
1100-1200 : ceramah gaya hidup sihat

1400-1500 : ceramah PROSTAR F1,2
the whole day : pameran Bomba and Polis.

(actually i satisfied with this programme. the content is same with my Pendidikan Jasmani Pendidikan kesihatan lesson plan. they teach it on behalf of me..TQ.)

-why i said 'huru-hara'? - beacause so many student ponteng ( both the programme and classes)

SMKSI/08-persembahan PPSMI



assembly in the morning take about two hour. the time extended due to several agenda. prize giving ceremony for pidato mandarin competition, and anugerah pasukan terbaik kadet bomba SMKSI. four classes doing their PPSMI presentation at the assembly. form four classes present
-volcano experiment,
-mathematic scholar
-angle in mathematics
-and DNA presentation.

proud to be SMKSIan. They were positive towards the PPSMI. from my observation, our student cannot learn well in english. but we as the teacher cannot let them to be the victim of the uncertainty. we STILL teach them no matter the language used. we are the teacher. not the politician.

Sunday, June 21, 2009

charity


Friday, June 19, 2009

SMKSI 005 penantian telah berakhir...



akhirnya, jumpa dengan Mentor. semalam dapat jadual.
5 waktu sains tingkatan 4 (tajuk energy bab 5 dan dijangka sehingga bab 6 )
4 waktu pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan.( walaupun bukan kaki bola , tapi kena ajar jugak....jangan ingat PJPK sekarang sama macam dulu tau...sangat berbeza...)

kesimpulannya 9 jam mengajar sahaja.

berbincang mengenai makmal, PEKA, buku teks, huraian sukatan pelajaran, CD rom sains, dll...

harini sebelum balik , semua cikgu praktikal kecoh perihal buku persediaan nak kena hantar tak. oleh kerana mereka tanya saya, jadi jawapannya: takpe minggu ni kita pakat-pakat tak hantar...minggu depan kita hantarla... jadi semua pun setuju...)

==bukan memberontak ye! kami tak mula ngajar lagi, so tak ada apa-apa nak tulis dalam buku tu...==

dan lagi satu yang penting...semua warga SMKSI WAJIB JUAL KUPON Hari kantin/hari usahawan/hari koperasi sekolah....

semua dijemput hadir
27 jun 09
di smk sri istana.

SMKSI/004-meeting pertama...(telah ditapis elemen kerahsiaannya)

During the meeting:-

The principal introduced the new PK Ko-ko; En Ibrahim Piot and a new Mandarin teacher; Miss Ngai Fan.
Things mentioned by her:
1. Respect the senior teachers
2. Jaga kebersihan sekolah
3. Teach students to jaga kebersihan
4. Reminder of HEM Meeting: 29/6/2009
5. Cikgu kene sentiasa kawal diri!
6. Upgrading the school
7. School programmes: Hari Prestasi Akademik, Sahsiah-cikgu2 mesti pantau!, Perkhemahan Ko-Korikulum, Kursus Pengawas, Kursus Ketrampilan Pelajar etc...
8. 2P meeting: Kedudukan majalah sekolah (kelulusan untuk menerbit, mencetak...etc)
9. Hari Usahawan-marketing strategy n bla bla bla...

Things mentioned by PK1; Pn Asiah:

1. A new reminder for Hari Prestasi 2009: 3 July 2009 (Friday)
2. The latest Jadual Waktu for teachers (updated)

Things mentioned by PK Ko-ko; En Ibrahim Piot:

1. Perkhemahan Unit Beruniform: 31/7 - 2/8 2009
2. Peralihan tugas2 AJK...from Form 5 to Form 4 students. (Focusing on SPM)

Things mentioned by Cikgu Donald:

1. Key-in penilaian kurikulum ASAP.

Wednesday, June 17, 2009

SMKSI/003: hanya 2 kelas relief hari ini.

waktu pertama relief kelas BM kelas 2Beringin. pernah masuk untuk relief kelas ini sebelum ini. jadi aktiviti diteruskan dengan beberapa soalan IQ yang agak mencabar. pelajar yang sebelum ni main UNO dalam kelas mula berinteraksi dengan cikgu. mungkin dia tahu hari ini cikgu ada sesuatu untuk mereka.

perjalanan kelas lancar, dan semua memberi kerjasama. cikgu puas hati kerana berjaya mengawal kelas. mungkin kali pertama masuk, pelajar belum bersedia menerima cikgu baru. tetapi lama kelamaan, mereka akan beri kerjasama juga. (walaupun kelas tu cikgu dah black list kan semalam)

kelas relef kedua adalah kelas 3B.kelas ni pun cikgu dah masuk semalam. jadi harini, teruskan dengan ujian IQ lagi yang lebih mencabar.

tetpi harini cikgu menipu beberapa perkara...
1- cikgu tak mengaku menjalani praktikal. bila ditanya dari sekolah man( jawab sekolah shah alam) ditanya sekolah apa( jawab seksyen 17). oleh kerana rasa bersalah menipu cikgu pun tambah, (tapi cuma 3 bulan aje kat sini)...
= tapi tak tahulah keberkesanannya.

2-cikgu pandai baca tulisan tamil....cikgu suruh mereka tulis nama mereka dalam tulisan tamil...kemudian mereka uji cikgu(cikgu boleh baca ke?.(jawab: boleh)
cuba baca( dah sah-sah cikgu suruh mereka tulis nama, jadi cikgu pun sebut la nama mereka sambil kononnya mengeja tulisan tamil tu...)

WAH CIKGU NI SANGAT PANDAI LAAA ( tapi syaratnyaa, hanya baca nama satu tulisan sahaja....pelajar kedua mintak cikgu baca nama dia...tapi...maafla...sekali aje...)

pelajar tu sebenarnya kagum kerana cikgu bagi soalan IQ test kepada mereka. (mereka tak tahu, sebenarnya soalan tu ada dalam buku...)

3- cuba la sekali dua sebut bahasa mandarin...tapi malangnya tersalah...tula( dulu cikgu belajar main-main bahasa mandarin. kena ulangkaji la balik ni...)
dapat sebut beberapa perkataan pun oklah...bukan dengan murid je, dengan cikgu pun perlu.

yela mana taknya, kita makan dengan dia( cikgu bahasa mandarin), tetiba kawan beliau pun datang. jadi tahu tahulah apa yang terjadi...(saya cuma paham yang mereka ada sebut beberapa nombor aje...huh.)


Teringat pesan dr Beh ( Buat supaya pelajar KAGUM dengan cikgu!)

tapi saya rasa bersalah pulak menipu.kalau cikgu menipu, anak murid berbohong!
mintak maaf la...lambat laun awak akan tahu juga kebenarannya. saya hanya praktikal...baru nak kenal tulisan tamil...baru nak ulangkaji Huayu...

Tuesday, June 16, 2009

SMKSI/002-hari kedua cikgu hairul

harini dapat 3 kelas relief. maknanya 6masa. kelas 3E/F, kelas 3G dan kelas 3B.


3ENAU/FIR
-kelas campuran, dan seperti biasa, ada beberapa kelompok terbentuk apabila cikgu relief masuk. 1.pelajar melayu dan kumpulannya.2, pelajar cina dan kumpulannya.3, pelajar india dan kumpulannya.4. beberapa pelajar senyap yang buat jkerja sendiri.
- aktiviti: soalan IQ, dan seperti biasa beberapa kelompok memberi kerjasama, kelompok lain acuh tak acuh...
-akhirnya kelas dibiarkan untuk membuat kerja mereka sendiri....(sebenarnya dalam hati dah tepu nak cari idea nak tarik attention mereka) mintk-mintaklah perkara begini tak berlaku dalam kelas sains esok...

3 GAHARU
- ni kelas hujung. 17 pelajar aje...x tahulah mereka lari keluar atau memang banyak tu aje....tapi sah, tak ada perempuan.
-yang seronoknya, kelas ni sangat memberi kerjasama dengan aktiviti yang saya sediakan. walaupun dalam kategori kelas hujungm, namun jangan lupa MULTIPLE INTELLIGEN yang mereka ada...
-walaupun kelas hujung, tapi saya sebagai cikgu sejuk hati melihat mereka bersmangat menyelesaikan tugasan...rasa nak masuk kelas mereka lagi...(dulu hanya dengar2 sahaja tentang menjaga hati guru, kali ni barulah faham perkara tu=saya sebagai guru nampak potensi mereka, walaupun bukan dalam akademik))

3 BERINGIN
-ni kategori kelas pandai, tapi saya x dapat buat banyak aktiviti. beri peluang untuk mereka siapkan folio geografi.cuma buat aktiviti secara individu untuk selami latar belakang mereka.
-

hari ini saya berasa puas kerana merasa semua kelas(B,C,D,E,F,G). walaupun relief, tetapi secara tak langsung dapat memahami karakter mereka secara umum. (ops lupa..kelas A belum lagi)

tetepi saya masih terfikir, bagaimana untuk mnguasai pelajar bukan Melayu ni...ada sesiapa nak kongsi idea?

SEMINAR ISU SELATAN THAILAND

HUBUNGI ANWAR UNTUK INFO LANJUT 013-6607046


TARIKH : 20 JUN 2009 / 26 JAMADIL AKHIR 1430
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN MASJID AL-MUHSININ, TAMAN DANAU DESA,
OFF JALAN KLANG LAMA, KUALA LUMPUR

Penceramah :

Dato’ Hj. Md Saleh Hj. Ahmad
Timbalan Yang Dipertua, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)

Farid bin Mat Zin
Penganalisis isu Thailand / Pensyarah UKM

Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden, Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

Hj. Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi, Sekretariat himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

Seminar terbuka kepada umum dan tiada bayaran dikenakan.

Anjuran :
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dan
Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

Keterangan lanjut hubungi : Sdra. Azmi (019-384 2920)

What is Islam and How to present it in the most Beautiful Way

AssalamuAlaikum Wahmatullahi Wabaraktuh,


HUBUNGI ANWAR UNTUK KKETERANGAN LANJUT! 013-6607046

Dear Fellow Mosque Guides,


I hope this email finds you in the Best of Health and Iman .
Now that the school holidays are over, as promised I like to invite all to attend



Topic : What is Islam and How to present it in the most Beautiful Way
Date : 20th June 2009
Venue : Khalifah Institute
298 Jalan 3 Taman Ampang Utama
(Opp. Ampang Point )
If you drive coming from KLCC at the junction of Ampang Point and De Palma Hotel
turn right , drive straight till end turn right again into Jalan 3 )

Time : 2pm
Speaker : Latifah Tamerlane

For those who still have the energy there is another related public talk that you may like
to attend by a foreign speaker from UK :


Topic : Islamophobia
Date :20th June 2009
Time : 5pm
Venue : UIA Foundation Studies , lecture hall B
Speaker : Shaik Mohd. Omar (UK )

Hope to see all the brothers and sisters who attended the Mosque Guiding Workshop in ILIM Bangi again

Wasalam
Latifah Tamerlane

Friendly Comparative Religion Training, organized by Saba Islamic Media

JIKA ADA PERTANYAAN HUBUNGI ANWAR 013-6607046

Venue: IIS, Setiawangsa
Date : 20-21 June 2009
Fees : RM100 ( Including meals and books)

Everyone is invited
Please call Bro Mas ( 0136159030) for registration

--- On Wed, 5/20/09, znf lhev wrote:


From: znf lhev
Subject: Tentatif & Sinopsis FCR
To: goldenseeker_2020@yahoo.com
Date: Wednesday, May 20, 2009, 3:46 AM


Tentatif & Sinopsis Program



Sabtu 20/6/09

08.30am - 09.00am Pendaftaran
09.00am - 09.15am Pengenalan
09.15am - 10.30am Kewajipan Berdakwah
10.30am - 10.50am Rehat
10.50am - 11.50am Sejarah Kristian
11.50am - 01.00pm Asas Kepercayaan Kristian
01.00pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Kepercayaan Orang Cina
03.30pm - 04.30pm Hinduism
04.30pm - 05.30pm Bengkel Bible



Ahad 21/6/09
08.30am - 09.00am Imbasan Semula
09.00am - 10.40am Salah Faham Terhadap Islam
10.40am - 11.00am Rehat
11.00am - 12.10pm Memahami Mualaf
12.10pm - 01.10pm Pengalaman Bersama Paderi & Gereja
01.10pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Quran & Sains
03.30pm - 05.00pm Soal Jawab
05.00pm - 05.30pm Penutup



Sesi 1 – Kewajipan Berdakwah



Peserta akan diterangkan perbezaan di antara Dakwah dan Islah. Ia diikuti dengan persoalan sama ada berdakwah kepada non-Muslim itu adakah wajib ataupun sebaliknya. Di antara alasan yang paling kerap diberi untuk menafikan tanggungjawab berdakwah kepada non-Muslim adalah seperti berikut:-



Masih belum cukup ilmu untuk lakukan dakwah.
Diri sendiri masih teruk, belum lengkap, belum faham seluruh kandungan Quran.
Kita perlu perbetulkan umat Islam dahulu, kemudian barulah berdakwah kepada non-Muslim.
Dakwah saya tidak akan berkesan.
Bukankah Quran menyebut “Tiada paksaan di dalam agama”
Bukankah Quran menyebut “Untukmu agamamu, untukku agamaku”
Ada non-Muslim yang akan mengatakan “jaga urusan kamu sendiri”
Hubungan persahabatan dengan kawan non-Muslim akan terputus disebabkan rasa sakit hati apabila didakwah.
Ayat 104 surah Ali Imran mengatakan bahawa hanya sebahagian sahaja yang perlu berdakwah.


Secara keseluruhannya peserta akan diterangkan tentang Teknik Perbandingan Agama di dalam melakukan dakwah.



Sesi 2 – Sejarah Kristian



Peserta akan didedahkan mengenai sejarah kemunculan agama Kristian yang terbahagi kepada tiga zaman, iaitu:-



Era sebelum Jesus as dilahirkan - Di dalam era ini, peserta akan diterangkan bermula dari zaman Abraham, diikuti Isaac, Jacob, Moses hinggalah ke zaman kelahiran Jesus. Penyelewengan Bani Israel akan ditumpukan.


Era selepas Jesus as dilahirkan dan sebelum diangkat ke langit - Peserta akan didedahkan mengenai kedegilan dan tentangan Bani Israel di dalam menerima dakwah Jesus.


Era selepas Jesus as diangkat ke langit - Peserta akan diperkenalkan dengan seseorang yang bernama “Paul” yang memulakan penyelewengan ajaran Jesus. Ia akan diikuti dengan zaman sesudah Hawariyun, termasuklah zaman pembukuan Bible pada abad ke 4 dan zaman-zaman selepasnya.


Sesi 3 – Asas Kepercayaan Kristian



Bagi memantapkan lagi teknik dalam melakukan dakwah kepada orang Kristian, doktrin-doktrin agama mereka perlu difahami. Kita perlu memahami asas-asas kepercayaan mereka dari sudut pemahaman mereka sendiri. Dan untuk membezakan antara hak dan batil pula, maka Quran dan Hadis menjadi rujukan. Terdapat lima asas kepercayaan orang-orang Kristian iaitu:-



Dosa Warisan
Jesus itu anak tuhan
Jesus itu tuhan
Pensaliban Jesus
Triniti


Peserta juga akan didedahkan tentang ayat-ayat Tauhid yang terdapat di dalam Bible serta persamaan antara amalan nabi-nabi di dalam Bible dengan amalan Muslim hari ini.



Sesi 4 – Kepercayaan Orang Cina



Peserta akan didedahkan mengenai asas kepercayaan dan juga perayaan kaum Cina di Malaysia. Ini akan membantu kita memahami perbezaan antara budaya, adat dan kepercayaan di dalam agama mereka dan seterusnya dapat memberi idea kepada kita akan pendekatan terbaik di dalam melakukan dakwah kepada golongan ini. Selain daripada itu, peserta juga akan didedahkan mengenai perkara Do and Don’t semasa berinteraksi dengan orang-orang Cina.



Sesi 5 – Hinduism



Dalam sesi ini, peserta akan melihat dan menilai corak serta cara pemikiran orang-orang Hindu mengenai konsep ketuhanan mereka. Di dalam pembentangan ini nanti, peserta akan didedahkan mengenai perkara yang tidak masuk akal mengenai konsep ketuhanan mereka; apakah pula panduan yang diberi Allah di dalam Quran dalam menangani perkara tidak masuk akal tersebut; bagaimanakah kita boleh membawa mereka supaya dapat melihat dan membandingkan konsep ketuhanan yang ada di dalam Islam melalui pendedahan kalimah-kalimah Tauhid yang masih terpelihara di dalam kitab suci Hindu; dan diikuti penerangan mengenai perkara Do and Don’t semasa berinteraksi dengan orang-orang Hindu.



Sesi 6 – Bengkel Bible



Muslim kerap kali menyangkakan bahawa Bible itu adalah Injil yang sudah diseleweng, tetapi benarkah begitu? Jika kita andaikan Injil tersebut tidak pernah diseleweng, maka adakah ini bermakna INJIL = BIBLE? Kebanyakan Muslim juga terlalu mudah untuk menyatakan bahawa Bible itu sudah diubah (Quran 2:79, 4:46), tetapi terlalu sedikit yang mampu membuktikan kenyataan tersebut. Oleh itu, di dalam sesi ini, para peserta akan diajar cara-cara membaca Bible dan seterusnya akan didedahkan tentang penyelewengan, contradiction dan cerita yang tidak sesuai untuk berada di dalam Kitab Suci yang terdapat di dalamnya seperti kisah lucah.



Begitu juga seperti yang telah diterangkan di dalam sesi Asas Kepercayaan Kristian, maka di dalam sesi kali ini, peserta akan melihat dan membaca sendiri ayat-ayat Tauhid dan persamaan antara amalan yang dicatatkan di dalam Bible dengan amalan Muslim hari ini. Ini juga boleh membantu Muslim melakukan dakwah kepada orang-orang Kristian.



Akhir sekali, kebolehan membaca Bible serta sedikit pengetahuan mengenai kandungannya adalah penting apabila keadaan memerlukan, sebagai contoh, apabila kita berdepan dengan missionary atau individu-individu Kristian yang tidak mahu menggunakan Quran di dalam perbincangan antara kita dan mereka.



Sesi 7 – Imbasan Semula



Para peserta akan diminta mengulang semula SATU perkara (point) yang telah dipelajari semasa hari pertama dari sesi 1 hingga sesi 6.



Sesi 8 – Salah Faham Terhadap Islam



Semasa menyampaikan kebenaran Islam kepada non-Muslim (malah sesama Muslim), kita tidak akan terlepas daripada mendengar 1001 persoalan serta salah tanggapan terhadap Islam. Antara soalan-soalannya ialah:-



Isu umum

Masuk Islam = Masuk Melayu
Islam agama susah (perlu solat 5 kali sehari, puasa, banyak pantang larang, tidak boleh makan babi, minum arak dll)
Islam agama mundur
Tuhan Islam tidak adil – kenapa cipta kafir, kenapa takdir ke syurga/neraka
Semua agama sama
Doa tidak terjawab
Kafir yang baik ke neraka tapi Muslim yang jahat ke syurga
Sains dan agama tidak selari


Isu keganasan

Islam agama ganas (9/11, suicide bombing)
Islam disebar melalui mata pedang
Negara Muslim suka berperang


Isu wanita

Wanita tidak boleh jadi imam
Saf solat wanita di belakang (ini kerap ditanya oleh pelancong asing yang datang ke masjid semasa Mosque Tour)
Lelaki dapat 2 kali ganda harta warisan daripada wanita (4:11)
Kesaksian seorang lelaki menyamai kesaksian dua orang wanita (2:282)
Wanita tidak boleh jadi pemimpin
Lelaki mempunyai satu darjat lebih tinggi daripada wanita (2:228)
Suami boleh pukul isteri (4:34)
Poligami
Kenapa wanita tidak boleh kahwin 4 (poliandri)?
Isu tudung


Isu bermusim

Hudud
Negara Islam
Islam Hadhari
Rogol isteri
Tsunami
Moral
Artikel 11 (1A)
Karikatur


Isu Nabi Muhammad saw

Ramai isteri – 12 orang
Nabi kahwin dengan budak 6 tahun - Pedophile
Kahwin menantu sendiri
Nabi boleh membaca


Soalan dari missionary Kristian

Jesus lebih hebat dari Muhammad sebab nama Jesus disebut 25 kali dalam Quran tapi nama Muhammad disebut 5 kali sahaja (3:144, 33:40, 47:2, 48:29, 61:6)
Muhammad sudah meninggal tapi Jesus masih hidup
Jesus tidak berbapakan manusia, maka Father lah bapanya
Nabi akhir ialah Jesus sebab Jesus akan turun sebelum kiamat
Quran tiru Bible
Quran hasil kerja syaitan
Allah guna perkataan “Kami” dan ini bermakna trinity itu adalah benar


Soalan dari orang-orang Hindu

Muslim sembah Kaabah
Tuhan Linggam di dalam Kaabah
Semua manusia sepatutnya Vegetarian
Sembelihan haiwan cara Islam adalah kejam
Berhala (Idol) bukan disembah tetapi ia hanya untuk tujuan penumpuan (concentration) kepada tuhan


Quran ada contradictions

Satu hari di sisi Allah adakah bersamaan seribu tahun manusia (22:47, 32:5) atau limapuluh ribu tahun manusia (70:4)?
Allah cipta langit dan bumi dalam enam hari (7:54, 10:3, 11:7, 25:59, 32:4, 50:38, 57:4) atau lapan hari (41:9-12)?
Manusia dicipta daripada air (25:54), sperma (76:2) atau tanah (6:2)?


Sesi 9 – Memahami Mualaf



Pada peringkat awal, peserta akan diterangkan maksud mualaf dan mukalaf. Kemudian peserta akan didedahkan mengenai cabaran-cabaran yang dialami mualaf sebelum, semasa dan selepas mereka memeluk Islam. Pengetahuan ini amat penting supaya kita mampu membezakan antara perkara yang perlu didahulukan serta perkara yang boleh dikemudiankan di dalam membantu mualaf menguatkan aqidah Islam. Di antara cabaran tadi ialah:-



Sebelum memeluk Islam

Contoh buruk oleh Muslim
Tiada bantuan/galakan daripada Muslim, malah ditakut-takutkan
Tidak ada yang mahu menyampaikan Islam
Tidak tahu siapa yang hendak dirujuk, dll


Semasa memeluk Islam

Masalah semasa hendak bershahadah
Dituduh masuk Islam kerana hendak berkahwin
Terlalu terikat dengan prosedur, dll


Selepas memeluk Islam

Mualaf diMelayukan
Perlu dirahsiakan atau perlu dihebahkan?
Tentangan keluarga – apakah peranan kita?
Sahabat sekeliling tidak tahu keutamaan (priority) perkara yang perlu diajar, dll


Sesi 10 – Pengalaman Bersama Paderi & Gereja



Penceramah akan berkongsi pengalaman selama belasan tahun berdepan dengan missionary, paderi dan pihak gereja. Peserta akan didedahkan bahawa hujah-hujah mereka sebenarnya adalah amat rapuh. Oleh itu, ini akan memotivasikan peserta supaya berani memulakan langkah awal berdakwah kepada orang-orang awam dahulu sebelum berdepan dengan kelompok yang lebih mencabar.



Sesi 11 – Quran & Sains



Apabila kita berdepan dengan golongan yang tidak percaya kepada kewujudan tuhan dan agama (Free Thinker), maka kita perlu menggunakan kitab golongan ini, iaitu sains dan logik. Oleh itu, di dalam sesi ini, peserta akan didedahkan dengan banyak ayat Quran yang selari dan menepati sains moden. Banyak fakta sains yang hanya ditemui pada zaman moden ini sebenarnya telahpun diceritakan di dalam Quran. Malah terdapat penemuan sains yang dengan jelas membuktikan bahawa Allah itu wujud.



Sesi 12 – Soal Jawab



Semua peserta diberikan peluang untuk bertanya apa sahaja soalan tanpa tapisan. Walau bagaimanapun, peserta adalah tidak digalakkan bertanya soalan yang lebih kepada bentuk masalah fekah semata-mata.






Yours sincerely,
Faridah Sulong (USIM)
goldenseeker_2020@yahoo.com
013-2358685

Monday, June 15, 2009

SMKSI/001 hari pertama cikgu hairul

UNTUK MAKLUMAN, MULAI HARI INI SAYA ADALAH CIKGU HAIRUL.(bukan cikgu anwar ye)

hari pertama
PERHIMPUNAN
1-terkejut melihat betapa ringkas dan informatifnya perhimpunan rasmi 15jun09 SMKSI.
2. syukur kerana nama cikgu praktikal tak diumumkan dalam perhimpunan.

PRAKTIKAL UKM
1.seorang cikgu praktikum bernama khairunnisa....dan segan tahap pandemik apabila GPK 1 panggil cikgu Khairun, dengan spontan cikgu hairul yang menyahut...hehe tula suka sangat tukar nama...
2.cikgu praktikal ni datang lebih awal daripada aku! 0709,0709 dan aku 0710...( x puas hati)...pulak tu pergi sign attendance orang lain plak tu...isk...ngantuk!

RELIEF 2B
1. kelas Pn Mas, sains 2 masa. aktiviti yang dilaksanakan adalah soalan IQ dan games yang diciplak daripada modul LPPKP UiTM...
2. kecewa sangat apabila aku terasa macam papan putih yang bercakap seorang diri...masa ni la MENEBALKAN MUKA bercakapn seorang diri...
3. tapi kekecewaan tu terubat apabila aku berjaya menarik perhatian mereka dengan games secara berkumpulan.
4. dan aku berjaya MERAMPAS kad UNO ( yang ko pegi main masa aku cakap apahal?) daripada seorang student...( time tu aku buat lagak berani, yela...budak tu mcm nak ajak gaduh je...tapi dalam hati, aku yang cuak...)

RELIEF 3C
1.masuk kelas, aku jadi kelu... x tahu nak cakap apa?...x tahu nak buat apa?..kaum A buat hal sendiri, kaum B buat hal sendiri, kaum C buat hal sendiri...satu golongan lagi bukak buku dan baca...aku pulak....ligat otak fikir nak isi apa relief ni...
2. malu tahap pekan apabila GPK 1 masuk kelas. ambil alih kawalan kelas...malunya akau tak dapat handle kelas tu...
3. tapi mujurlah aku dapat cover dengan beberapa tindakan yang ...
lepas ni kena prepare nak buat apa dengan kelas RELIEF...sebab aku bukan PAPAN PUTIH yang berkulit gelap, macam tunggul melihat anak murid bertempiaran dalam kelas...

PERPUSTAKAAN..
1. sejak dulu lagi, perpustakaan adalah tempat lepak...dan tidak dapat dinafikan...tempat TIDUR kedua selepas surau....(malunya cikgu tido kat library)...

oklah...library nak tutup...sambung lain kali....








jumpa blog Cikgu iffa

kali ni sang pencuri berjaya mencuri daripada cikgu Iffa...

SMK Sri Istana. Yup. That's where i'll be torturing myself for three months. After the final list was out, i figured that it must be one of those schools where all the lords' heirs went to. I mean Sri Istana, go figure. On Mon however, it was like a sick version of a fairy tale. It was like Sleeping Beauty waking up to find her Prince only it wasn't the Prince but the donkey from Shrek...ok i know. Bad anology. But still. It was like an American version of a school in Utah.

The good thing is that the principal Pn. Mawarni is waaay nice. I was told that the students are mostly orphans. They had family crisis all their lives. The rest came from broken families and some never even knew who their parents are. Here's what i think: these kids they dun even trust adults. They've been hurt by adults and they hide the pain by inflicting it onto others. The principal said that "If only one student came to see you to share his/her problem, then you are successful enough." I gotta admit; i was kinda spaced out for the rest of the conversation as i was mostly occupied with my own super crazee thoughts (explains why the other trainees did most of the talking, hehe...) What if they dun trust me enough to let me teach them? Considering all the stories i've heard about car-scratching and tyres-puncturing, it'll be a hell of an experience. Fortunately i'm riding with the other trainee to school and if there'll be scratch we won't know who is it for rite?? (unless the students wrote my name instead of Niza on the car, which i hope they dont coz then he might start a quarrel with me and it'll tarnish the fac's image - us not being united and all, heee...)

Talking about the other trainees, there were four of us. All giddy + excited + nervous bout the school. Here's my first impression on them:

Niza: very composed, very SR-like (he's already called the school b4 pre-prac is over), an expert liar (he bluffed his way sayin' its only 5 mins walk to school when it was like 20)

Nuar: extremely passionate in teaching (quote from anonymous: "klo aku ade anak nti, konpem aku nk anta dia ke sek anuar ngajar"), most friendly (the male teachers kept callin' him Cikgu Hairul, Cikgu Hairul...like they've known him for life)

Ika: very2 motherly (siyes la...klo my mom tgk sah2 nk wat menantu), professional (the way she kept nodding her head and bringin' the google map), hardworking betol (time ROS ye leh wat report kat sek time2 tu gak!)


I dun think i can yet say "I love my school" for now. It just didn't feel right. If i say it but i didn't really mean it, then where's the sense in that, rite? Time will tell, i guess...Hopefully at the end of these three months i'll be able to stand in a crowd and say firm and proud; "I'm glad i was here..."

Thursday, June 11, 2009

kosong




sepanjang minggu lepas, takde satu orang pun masuk blog nie...kenapa... yela sebab tuan punya pun tak singgah blog sendiri, maka tak adalah orang nak singgah blog nie...


itula orang kata, kalau nak orang hormat kita, kita kena hormat orang lain dulu.
kalau nak orang bantu kita, kita kena bantu orang dulu,
kalau nak anak murid dengar cakap kita, kita kena dengar/fahami anak murid dulu,
kalau nak anak murid faham pelajaran kita, kita kena faham dan mahir pelajaran tu dulu...
kalau kita nak orang datang rumah kita, kita kena ziarah rumah orang dulu.


...tapi kena buat semua tu dengan niat yang betul kerana Allah...

keputusan semester 6