Wednesday, December 20, 2006
Oleh Alexanderwathern
Ada orang Islam yang begitu gigih membaca al Quran, setiap hari melebihi satu juzuk tetapi malangnya dia tidak mengusahakan solat-solat sunat. Dia berasa puas hati dengan amalannya membaca al Quran itu tanpa mengambil tahu aspek-aspek ibadah yang lain. Ada orang yang begitu rajin berwirid, saban hari zikirnya ribuan tetapi dia tidak berdakwah kepada sesiapa.
Ada yang solat sunat melebihi dua puluh rakaat dalam sehari semalam, dia berasa puas begitu tapi mengabaikan solat fadhu berjemaah di tempat azan dilaungkan , iaitu di surau ataupun masjid. Ada yang ke sana ke mari berceramah dan mengajar agama tetapi malangnya tidak pula membuat kuliah harian atau minggan untuk anak isteri sendiri.
Ada pula yang begitu rajin berjemaah di masjid, tetapi malas mencari ilmu agama melalui jalan membaca, menonton, mendengar, mengarang, mengumpul bahan dan sebagainya.
Keadaan-keadaan di atas menghasilkan individu yang tidak seimbang. Minda mereka perlu dibuka agar mereka tidak berasa puas hati dengan apa yang mereka usahakan sahaja. Bagi sesetengah orang, mereka memahamkan diri mereka bahawa apa yang mereka usahakan itulah jalan agama yang sebenar.
Kalau dia rajin mengerjakan solat sunat melebihi dua puluh rakaat setiap hari, dia akan memandang rendah kepada orang lain yag hanya mampu melakukan enam rakaat sahaja sehari semalam. Maka keluarlah daripada mulutnya nasihat-nasihat agar orang lain mencontohinya.
Tetapi dia tidak sedar kemungkinan individu yang dinasihatinya itu mungkin ada melakukan amalan yang lain seperti berdakwah, menghafaz dua puluh minit sehari, membaca bahan agama dua jam sehari, merancang aktiviti-aktiviti agama dan seumpamanya.
Situasi ini tidak berlaku kepada orang awam sahaja, malah kadang-kala berlaku juga kepada mereka yang bergelar ulama. Untuk itu saya telah mencadangkan malah menjalankan satu kaedah muhasabah diri untuk digunakan oleh anak-anak buah dan kegunaan saya sendiri.
Untuk bakal pendakwah yang menunjukkan minat untuk terus bersama kita maka mereka hendaklah berusaha untuk mencapai perkara-perkara berikut setiap hari (selain solat fardhu lima waktu):
1.solat berjemaah 3 kali (lelaki sahaja), utamakan berjemaah di surau atau masjid
2.solat sunat 6 rakaat
3.membaca al Quran 1 muka (secara melihat)
4.menghafaz atau mengulangkaji hafazan 10 minit
5.wirid pagi atau petang, 15 minit setiap sesi (apa saja aurad, kami gunakan al-Ma'thurat)
6.qiamullail, sekurang-kurangnya 2 rakaat tahajjud
7.berdakwah, sekurang-kurangnya satu perkataan yang bererti, satu SMS dan seumpamanya
8.baca bahan agama 20 minit (juga menonton, mendengar, mengarang dsb)
9.kurangkan makanan yang boleh memudaratkan
10.ikram- membuatkan seseorang berasa seronok walaupun seketika
11.bacan-bacaan sebelum tidur
12.riadah 20 minit (lelaki)
Perkara-perkara di atas mesti diusahakan setiap hari. Selain itu ada beberapa perkara lain yang tidak setiap hari seperti:
1.puasa sunat sekali dalam sebulan
2.mengikuti apa jua majlis agama 3 jam seminggu (lelaki), 1 jam (wanita)
Sekiranya bakal pendakwah itu pelajar sekolah, pelajaran agama di sekolah tidak diambil kira.
Untuk ketua, pemimpin, naqib, naqibah, muallim dan seumpamanya, hendaklah mencapai perkara-perkara berikut:
1.solat sunat 15 rakaat
2.tilawah al Quran 1 juzuk (sama ada melalui penglihatan atau hafazan)
3.hafazan atau ulangkaji hafazan 15 minit
4.qiamullail sekurang-kurangnya 15 minit
5.riadah 20 minit sehari
6.sesi tarbiyyah keluarga 10 minit (bagi yang telah berkeluarga)
7.berdakwah, sekurang-kurangnya satu perkataan yang bererti, satu SMS dan seumpamanya
8.baca bahan agama 1 jam (juga menonton, mendengar, mengarang dsb)
9.kurangkan makanan yang boleh memudaratkan
10.ikram- membuatkan seseorang berasa seronok walaupun seketika
11.bacan-bacaan sebelum tidur
Perkara-perkara di atas mesti diusahakan setiap hari. Selain itu ada beberapa perkara lain yang tidak setiap hari seperti:
1. puasa sunat 3 kali dalam sebulan
2. mengikuti apa jua majlis agama 3 jam seminggu (lelaki), 1 jam (wanita)
Pencapaian di atas bukan kewajipan, tapi satu usaha untuk menggalakkam istiqamah dan menjadikan kita insan berjiwa agama yang seimbang. Jika kita boleh melakukan lebih daripada itu, sangat digalakkan.
Cuma jangan melampau dalam beribadah, kerana ditakuti kita tidak ada kesempatan untuk melakukan kerja-kerja lain yang turut dituntut agama terutamanya mencari nafkah, silaturrahim dan ilmu-ilmu duniawi.
Untuk individu yang baru berjinak-jinak dengan agama dan dakwah, cukuplah tiga perkara saja dititikberatkan iaitu:
1.solat sunat 6 rakaat sehari
2.membaca bahan agama 20 minit sehari
3.membuka dan membaca al Quran semuka sehari
Yang penting ialah kemampuan untuk istiqamah, bukannya kuantiti ibadah yang tinggi tetapi tidak stabil- hari ini solat sunatnya 30 rakaat, esok langsung tidak ada, lusa 10 rakaat… tiada istiqamah.
Ia bersifat fleksibel, jika kita dari Johor pergi ke Kuala Lumpur untuk berceramah umpamanya tentu saja kita tidak dapat menyelesaikan kesemua item tersebut, namun ada sistem pemarkahannya (tak dapat diterangkan secara terperinci di sini, mungkin kemudian hari apabila saya hidangkan kupasan artikel ini) yang menjadikan kita tidak kerugian apa-apa. Ini kerana perjalanan kita semasa pergi, berceramah dan pulang termasuk ke dalam "ikram" dan "dakwah".
Maka markah untuk "ikram" dan "dakwah" menjadi berganda. Ia menampung semula kerugian kita dalam item yang lain.
Berdasarkan pengalaman saya menjalankan kaedah muhasabah ini, ternyata ia amat berkesan untuk melahirkan individu pendakwah yang seimbang.
Artikel yang lebih terperinci akan menyusul insyaallah (mungkin lewat sedikit). Sebagai pengkayaan, diharap dapat juga membaca tulisan saya bertajuk CARA MENYUSUN "FOLDER" AGAMA ISLAM. Ada kaitannya secara tidak langsung dalam usaha kita melahirkan insan berjiwa global.
Selamat mengislah diri!
"PANDANG GLOBAL, BERGERAK SEBAGAI SATU UMAT"
Alexanderwathern
9 DIS 2006
http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=59
serbanputih.blogspot.com
Welcome to Hairul Anuar's (anwarjauhari) official weblog. feel free to give your comment!. Selamat datang ke anjung utama. Anjung ini merupakan anjung utama Hairul Anuar Bin Sobikin. Layari juga laman blog anwarjauhari yang lain. (PERINGATAN-entri blog ini tidak boleh dianggap kenyataan rasmi mewakili mana-mana organisasi yang dianggotai oleh penulis kecuali jika dinyatakan sedemikian) anwaruitm@hotmail.com
Pages
ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!
Berpindah-MOVING-
assalamualaikum.
Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.
Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.
Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.
Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.
Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Sunday, December 31, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
semoga kehidupan akan lebih diberkati..
Post a Comment