Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Wednesday, June 18, 2008

PTPTN siri 1 Berita baik peminjam PTPTN??

dicuri daripada http://ismirieya.blogspot.com/

Memetik kenyataan dari Harian Metro --->
PUTRAJAYA: Kadar caj perkhidmatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diturunkan dalam tempoh terdekat bagi mengurangkan beban yang ditanggung kira-kira 1.14 juta peminjamnya.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ia berikutan kajian yang dilakukan PTPTN menunjukkan tanda positif di mana kadar caj tiga peratus yang dikenakan kepada semua peminjam ketika ini akan mengalami penurunan.“Kajian PTPTN menunjukkan kadar caj perkhidmatan itu tidak akan naik, sebaliknya akan turun. Berapa? Kena tunggulah. Saya akan bentangkan ke Kabinet minggu depan. Kemudian, saya sendiri akan umumkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Setelah isu ini hangat dibicarakan setiap kali MPPK berlangsung, akhirnya respon positif yang ditunggu semua mahasiswa peminjam PTPTN mungkin bakal menjadi kenyataan.

Perwakilan pelajar universiti bangkit menyuarakan pendapat mewakili suara mahasiswa dan bertindak sebagai orang tengah berharap agar caj perkhidmatan yang dikenakan dapat dikurangkan bagi meringankan beban bayaran pulangan. Pada ana, sememangnya wajar kadar caj PTPTN dikaji semula. Bukan apa, dalam tempoh mencari pekerjaan setelah bergelar graduan mungkin mengambil masa. Terletak pada tuah dan nasib masing-masing. Bagi yang kurang bernasib baik, masalah tidak mendapat peluang pekerjaan ditambah dengan bebanan bayaran balik wang pinjaman yang makin bertambah jumlahnya. Manakan nak cari duit untuk diri sendiri, bahkan gaji yang diperoleh semata-mata dibuat bayar balik PTPTN.Namun, isu caj khidmat PTPTN ini mendapat liputan meluas apabila dikatakan ada unsur-unsur riba. .

Laporan itu menyatakan Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail akan membawa isu caj ini ke Majlis Fatwa Kebangsaan bagi ‘membersihkan’ salah faham dan kekeliruan mengenainya. Beliau dilaporkan oleh akhbar sebagai berkata:“Walaupun kami tahu caj itu caj perkhidmatan, tidak bertentangan dengan syarak, namun nama baik PTPTN mesti dipertahankan. Caj itu bukan riba tetapi adalah caj yang dikenakan selepas perkhidmatan diberikan.”

Bagaimanapun, dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Syariah AAOIFI dan hasil Keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ia adalah KOS SEBENAR. Majlis Penasihat Syariah Dunia di AAOIFI menyebut “It is not permitted to link the charge to the amount withdrawn (given).” (Tidak dibenarkan untuk mengaitkan caj kepada jumlah yang diberikan.” (Syariah Standard, no 10/3/2, hlm 338). Ini kerana peratusan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman ini menyebabkan jumlah kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama (kerana menggunakan alatan dan sistem yang sama), menjadi berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi. Resolusi mereka juga menyebut adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih daripada kos sebenar, justeru ulama di persidangan tadi mewasiatkan supaya cara untuk mengira dibuat setepat dan sebaiknya.Selain itu, keputusan mereka juga menyebut kos tidak langsung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman. , cara caj perkhidmatan yang dapat dilihat di PTPTN tidak menepati cara yang digariskan oleh majlis ulama dunia ini.

Selain itu, fakta terpenting untuk difahami juga adalah riba tidak mengira sama ada dicaj di awal perkhidmatan atau selepas perkhidmatan diberikan. Ia adalah sama saja selagi mana caj dan kiraan sedemikian diletakkan di dalam akad atau kontrak pinjaman.Isu itu timbul apabila peminjam mempersoalkan ketelusan pengiraan sebenar kos perkhidmatan PTPTN kerana ia tidak dinyatakan secara terperinci.

Bagaimanapun, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang dikeluarkan pada 11 Mac 2002 menggariskan, mengikut kaedah syariah, PTPTN boleh menggunakan kos perkhidmatan mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan. Berdasarkan keputusan itu, kos PTPTN berkenaan perlu mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan kepada pelajar,bukannya dengan anggaran peratusan seperti amalan sekarang.Ditanya status caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN, sama ada ia dikategorikan sebagai riba dan haram, Wan Mohamad berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan mengutamakan usaha untuk memperbaiki kaedah pengiraannya bagi mengatasi kekeliruan orang ramai. “Apa yang berlaku kepada PTPTN harus menjadi iktibar dan sepatutnya sebarang usaha untuk memperkenalkan skim yang membabitkan soal kewangan perlu mendapat pandangan institusi fatwa bagi mengelak kekeliruan.

Mudah-mudahan hak mahasiswa/i terus terjamin pada masa mendatang.Sumber terlibat : Harian Metro, An-Nur & Berita Harian

entry lain yg boleh dibaca
http://karyafansuri.blogspot.com/2008/05/syukur-hutang-pelajaran-mara-sudah.html

No comments: