Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Thursday, June 05, 2008

sokongan kepada GPMS UiTM dari ahli GPMS UiTM.

GPMS UiTM Gesa Hak Bumiputera Dikembalikan

Mengulas mengenai isu kenaikan peratusan penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kaum bukan bumiputera daripada 10 peratus kepada 45 peratus, dengan ini kami GPMS Caw Khas UiTM Malaysia Shah Alam membantah dengan sekeras – kerasnya dasar yang akan dilaksanakan oleh JPA tersebut. Tanpa dikaitkan dengan hak istimewa orang melayu(yang sudah pastinya dasar tersebut bertentangan dengan apa yang JPA lakukan) kami mengemukakan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh JPA :

1. Bilangan Profesional Setiap Kaum

Penghantaran pelajar Malaysia ke luar Negara adalah bertujuan untuk meramaikan lagi bilangan professional di kalangan rakyat Malaysia kerana hampir semua kursus yang ditawarkan adalah bidang profesional. Mengikut pecahan kaum, kaum bumiputera didapati mempunyai bilangan professional yang paling rendah peratusnya berbanding kaum lain walaupum membentuk majority rakyat malaysia. Pengurangan peratus bumiputera dalam pemberian biasiswa JPA menyebabkan bilangan professional bumiputera pada masa akan datang akan turut rendah peratusanya.

2. Status Keluarga
Adalah mengecewakan apabila golongan yang dikategorikan sebagai berada (daripada kalangan bukan bumiputera) turut layak untuk menerima biasiswa JPA. Sepatutnya mereka ini boleh menyambung pelajaran ke luar Negara dengan pembiayaan sendiri. Meritokrasi tidak boleh dijadikan alasan kerana sudah tentu orang yang lengkap keperluan belajarnya akan mempunyai prestasi akademik yang lebih baik berbanding dengan golongan yang kekurangan serba – serbi.

3. Penguasaan Ekonomi Kaum
Sejak merdeka terutamanya selepas peristiwa 13 Mei 1969 kerajaan telah mengubal pelbagai dasar atas tujuan untuk menyamaratakan agihan ekonomi antara kaum untuk memastikan Negara kekal stabil. Sehingga kini usaha yang dilakukan belum menampakkan hasil yang dikehendaki dengan penguasaan ekonomi bumiputera belum lagi melepasi 20 peratus berbanding 30 peratus yang disasarkan.Bilangan professional bumiputera seharusnya ditambah dengan agresif kerana ia mempunyai kaitan rapat dengan penguasaan ekonomi (sekurang – kurangnya melepaskan keluarga professional tersebut daripada belenggu kemiskinan.) Antara langkah penambahan agresif adalah menambah bilangan penerima biasiswa JPA dab bukan menggurangkanya.

4. Jaringan dalaman kaum
Tidak dinafikan kaum bukan bumiputera mempunyai jaringan sokongan dalaman yang kukuh. Walupun tanpa bantuan kerajaan mereka masih mampu untuk menghantar pelajar – pelajar mereka ke luar negara melalui inisiatif persatuan, syarikat dan individu. Namun bagi kaum bumiputera jaringan seperti ini adalah amat kurang kerana faktor penguasaan ekonomi. Menyedari hakikat ini mengapa kerajaan masih mahu memberi bantuan biasiswa JPA kepada kaum bumiputera padahal pada mereka ianya adalah jalan pilihan sedangkan bagi bumiputera hampir mustahil untuk mereka mendapat peluang yang lain.Sehubungan dengan itu kami mahu JPA menarik balik dasar tersebut. Selain itu GPMS UiTM menggesa agar kerajaan memberi peluang kepada semua palajar bumiputera yang layak untuk mengikuti kursus professional tanpa mengira kuota dan had. Kenyataan ini tidaklah wajar dianggap berbau perkauman kerana ianya adalah untuk kepentingan Negara.

Mohd Abd Rauf Tumiran
YDP GPMS Caw Khas UiTM Malaysia

No comments: