Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Sunday, August 10, 2008

hari ini 11 ogos......laporan shj ...gambar nanti dulu...

alhamdulillah, selesai sudah pelbagai acara dan aktiviti yang membuatkan saya terlalu reaktif.

1-10 ogos- selesai PERKAD UiTM 08. walaupun pasukan BOMBA dan KESATRIA PENDIDIKAN tak berjaya mendapat tempat, tetapi apa yang penting KERJASAMA dan PENGALAMAN yang dirasai oleh semua yang terlibat...

2.-10 ogos 08- walaupun hanya terlibat secara tidak langsung dalam PERKAD untuk melatih pasukan BOMBA dan PENDIDIKAN, saya terlibat secara lebih aktif dalam mengasaskan skuad BEES ( BOMBA ENTREPRENEUR and EXHIBITION SQUAD). skuad ini merupakan perintis untuk aktiviti penjanaan dana BOMBA dan melatih para pelatih praktikal pengurusan perniagaan dan jerih perih seorang usahawan yang sememangnya perlu berUSAHA...

3- 8,9 ,10 ogos 08- karnival pertama anjuran PMH (persatuan Mahasiswa Hadhari UiTM) bertempat di dataran cendekia UiTM berlangsung dengan jayanya. karnival ini menggabungkan program galakan keusahawanan PMH, hari keluarga PMH , PMH bersama masyarakat, PMH bersama anak-anak yatim, dan yang utamanya dakwah islam kepada warga UiTM. saya sebagai biro publisiti rasa bersyukur dengan sambtan dan penerimaan warga UiTM dan kerjasama yang diberikan kepada semua pihak.

4-7,8,9 ogos 08- karnival MEKAR AMAL fakulti PENDIDIKAN UiTM berjaya dilangsungkan. sekali lagi peranan saya sebagai biro publisiti. walaupun bagi saya , tekanan menjadi biro publisisti dalam MEKAR lebih hebat berbanding karnival PMH, namun saya tetap mengambil dan mendapat pengajaran dan pengalaman yang besar dalam sejarah ektiviti berpersatuan saya.

5-9 ogos 08- lawatan ke balai BOMBA PUTRAJAYA. alhamdulillah berjaya dan berjalan lancar.terlalu banyak pengajaran dan ilmu kebombaan yang saya perolehi. selaku KOMANDER PENGIRING , saya dapat merasakan yang saya juga merupakan salah seorang peserta yang bertuah!. terima kasih kepada semua yang bekerjasama....

untuk makluman, gambar-gambar dan beberapa maklumat tambahan akan saya muatkan apabila ada masa lapang. kini saya telah masuk ke fasa ketiga semester ini, FASA FIRST THING FIRST. fasa pertama , tambah JARINGAN dan SOKONGAN MENYELURUH. selesai.fasa kedua MELATIH sambil BERLATIH.berjaya.fasa keempat-fokus OPTIMUM RAMADHAN. fasa lima-YAKIN diri dan MEYAKINKAN .


catatan daripada saya: kepada mana-mana pihak yang berminat atau ingin mendapatkan bantuan atau maklumat daripada saya mengenai aktiviti yang saya laksanakan, boleh berhubung dengan saya. kerana saya memahami bagaiman peritnya seseorang itu untuk menganjurkan aktiviti tanpa bantuan dan sokongan yang mantap dan menyeluruh.

2 comments:

Anonymous said...

Terima kasih atas tinjauan dan maklum balas terhadap laman blog saya.

Sebenarnya, saya sendiri pun sangat sibuk di skeolah, dan kadang-kala idea tak dapat disampaikan menerusi laman blog saya itu.

Bagaimanapun, saya sedang cuba membangunkan laman web alamsekolah.com untuk tujuan perkongsian maklumat dan perbincangan sesama warga pendidikan di Malaysia.

Ia satu permulaan, jadi diharap semua generasi baru guru-guru di Malaysia ni dapat menyokong dan sama-sama membangunkan laman web tersebut untuk kebaikan bersama.

Harap jumpa lagi!

Heineken L. said...

Terima kasih atas tinjauan dan maklum balas terhadap laman blog saya.

Sebenarnya, saya sendiri pun sangat sibuk di skeolah, dan kadang-kala idea tak dapat disampaikan menerusi laman blog saya itu.

Bagaimanapun, saya sedang cuba membangunkan laman web alamsekolah.com untuk tujuan perkongsian maklumat dan perbincangan sesama warga pendidikan di Malaysia.

Ia satu permulaan, jadi diharap semua generasi baru guru-guru di Malaysia ni dapat menyokong dan sama-sama membangunkan laman web tersebut untuk kebaikan bersama.

Harap jumpa lagi!