alhamdulillah,
sudah 4 paper final berjaya diharungi. kini ada dua lagi, animal physiology dan ecology. kertas terakhir 18 nov ni. hajat nak balik kampung, tapi apakan daya, UiTM nak komander untuk sukan asia. permohonan untuk buat SKP konvokesyen, tidak berjaya. aku yakin, boleh dapat , tetapi perlu usaha tambahan jumpa orang dalam. tapi , tak apalah. beri peluang orang lain untuk merasai nikmat bertugas dengan unit rekod dan konvokesyen untuk konvokesyen ke 57 kali ni.
rancangan masa cuti? takde rancangan memandangkan tenaga diperlukan untuk menjayakan sukan asean . UiTM bertanggungjawab untuk majlis perasmian. dengarnya perlukan 5000 sukarelawan. pusat sukan minta 100 komander untuk bertugas. tapi memandagkan komander kesatria sendiri ada banyak tugas dan aktiviti,eg: jambori dan LIBK, maka tak ramailah yang dapat menyumbang tenaga kepada SUA kali ini. kalau diberi peluang, aku tentu nak sertai jambori komander kesatria. tapi tak apalah, insyaAllah azam tahun depan aku nak ikut jambori.
aku ada satu lagi hutang. ada staff nak aku ajar anak dia IQRA'. tapi malangnya tak berkesempatan. insyaAllah masa cuti ni aku nak datang dan buat kelas dengan anak dia. kesian dia merayu-rayu suruh aku carikan guru iqra' untuk anak dia. dulu aku ada rekemenkan kawan untuk amik anak dia dan ajar iqra', tapi tarik diri pulak. so terkontang-kantinglah aku nak mencari pengganti....
semalam, aku dapat amanah baru. setiausaha untuk kem lepasan SPM 2008 pada 26-27-28 disember2008 ni. sasaran pelajar lepasan SPM seluruh selangor. target 200 orang peserta. anjuran bersama PEMBINA (persatuan Belia Islam Nasional) dan ISMA (ikatan Muslimin Malaysia)
terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM. objektif adalah untuk memberi pendedahan cara hidup, suasana, dan laluan ke IPT di Malaysia.
sesiapa yang berminat boleh hubungi saya.0196915584-anwar. tarikh 26-27-28 disember2008. yuran rm 50 sahaja. fasilitaor terdiri daripada pelajar-pelajar IPT.
minggu lepas, kakak aku telefon. rakan sebaya dari kampung kahwin. bulan lepas kawan sebaya juga, dah kahwin. minggu depan sorang lagi kahwin. tapi takpelah, mereka dah kerja. aku ni, calon pun tak ada lagi....jangankan kata kerja, degree pun belum dapat lagi....andaikata aku dihantar ke sabah sarawak, adakah mungkin aku akan mencari pasangan di sana/ dari sana? wallahuA'lam.
aku masih terngiang-ngiang azam En Rosdi(pensyarah matematik KMJH)= azam beliau naik haji sebelum umur 40. semoga tercapai..azam aku pulak, naik haji sebelum 40 atau kahwin sebelum 40 atau kedua-duanya sekali!..amin..
isk...apa melalaut nie... dah-dah 15 hb ada paper physiology. 18 hb ada paper ecology....dah-dah tutup komputerrrrr.......
Welcome to Hairul Anuar's (anwarjauhari) official weblog. feel free to give your comment!. Selamat datang ke anjung utama. Anjung ini merupakan anjung utama Hairul Anuar Bin Sobikin. Layari juga laman blog anwarjauhari yang lain. (PERINGATAN-entri blog ini tidak boleh dianggap kenyataan rasmi mewakili mana-mana organisasi yang dianggotai oleh penulis kecuali jika dinyatakan sedemikian) anwaruitm@hotmail.com
Pages
ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!
Berpindah-MOVING-
assalamualaikum.
Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.
Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.
Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.
Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.
Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Monday, November 10, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
good luck abang ittewww..
Post a Comment