Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Friday, November 14, 2008

"Stupid Fatwa Everywhere??"

"Tomboy is not a crime!"

"Short hair who care, stupid FATWA everywhere!"

"They can't control men, so they control women.."

Memalukan sungguh betul laungan2 dan dialog sebegitu. Segolongan kecil bukan Islam berdemo cuba membantah kenyataan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan. Dan lebih memalukan lagi, contoh yang diberi merujuk kepada individu MELAYU beragama ISLAM iaitu Sharifah Amani berkenaan tindakannya membotakkan kepala dalam filem Mualaf. Semuanya gara-gara pertikaian mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini, yang mengeluarkan kenyataan mengharamkan perlakuan ‘pengkid' atau wanita yang menyamai lelaki.Kini berlaku sejarah! Tidak pernah berlaku dalam mana-mana isu yang diputuskan Majlis Fatwa Kebangsaan, ditentang oleh orang Islam. Mereka akur kerana umat Islam sendiri faham bahawa fatwa yang dikeluarkan adalah demi kemaslahatan umat Islam dan menjaga kepentingan umat agar tidak tergelincir daripada landasan.

Namun sekelompok kecil yang tidak faham ini terus menerus menyalahkan fatwa yang dibuat yang sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan umat Islam. Dikatanya ingin mengongkong kebebasan wanita dalam berpakaian dan pergaulan. Hey, tidak benar itu! Sememangnya itu yang wajar bagi kami, umat Muhammad.Ya.. Memang benar mereka tidak faham. Kerana mereka bukan beragama Islam. Yang beragama Islam sendiri kadang-kadang masih keliru. Nah, kita cuba fahamkan mereka. Agama itu bukan penyekat tetapi penyelamat manusia sejagat dan pemandu kepada umat manusia untuk terus patuh kepada nilai yang ditetapkan oleh Allah.Dipetik dari Berita Harian - Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata,

“Kita nasihatkan bukan Islam khususnya yang membantah fatwa merujuk tokoh agama masing-masing mengenai isu ‘pengkid’ atau isu lain dan tidak memperlekehkan ketetapan dibuat badan agama yang tidak dianuti mereka,” katanya.Nah..jangan bertindak terburu-buru ya.. Fikir sebelum bertindak.. Dan sewajarnya, umat Islam sendiri harus tunjuk contoh yang baik kepada mereka di luar sana.

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang yang beruntung”. (S 3:104)

Khairiah Hj. Othman
BSc Industrial Chemistry
Research University.
UTM Skudai


di copy dari
http://ismirieya.blogspot.com/

1 comment:

toksetiu said...

semoga Allah memberkati semua hasil kerja kita