dapatkan buku sulung susunan Anwarjauhari.....buku panduan yang meliputi pelbahai aspek merangjumi dunia guru praktikal. sangat sesuai untuk guru praktikal yang kekeringan idea untuk melakmenguruskan aktiviti semasa kelas relief .
Prakata
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan puji-pujian dirafakkan kepada Allah Subhanahu wata’ala di atas taufiq, hidayah dan inayahNya kepada kita semua. Semoga rahmat Allah tidak putus-putus menyinari kehidupan kita selama-lamanya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam, semoga Baginda sentiasa menjadi inspirasi dan idola bagi kita dalam setiap aspek kehidupan.
Inisiatif mengumpulkan A to Z aktiviti kreatif kelas ganti ini bermula semasa penulis menjalani latihan praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Istana Klang. Penulis bersama empat orang rakan praktikum bekerjasama merangka aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan sewaktu kelas ganti. Sebagai guru praktikal, tanggungjawab sebagai guru ganti merupakan satu kewajipan yang tidak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi, beban kerja guru praktikal lebih ringan berbanding guru-guru yang lain.
Setelah menamatkan sesi latihan mengajar, seorang junior meminta penulis membantunya merancang aktiviti di dalam kelas ganti di sekolahnya. Penulis sekadar mampu memberi sokongan melalui alam maya dengan mewujudkan yahoogroup dan laman blog untuk berkongsi bahan dan aktiviti dengan mereka berkaitan aktiviti yang boleh dilaksanakan semasa kelas ganti.
Pada tahun berikutnya, penulis telah menerima jemputan daripada Jabatan Pendidikan Sains Fakulti Pendidikan untuk sama-sama berkongsi pengalaman yang dialami sewaktu menjalani latihan praktikal. Bertitik tolak daripada itu, penulis nekad untuk membukukan kompilasi A to Z aktiviti kreatif kelas ganti agar manfaatnya dapat diperluaskan kepada semua guru praktikal di seluruh Malaysia.
Penulis berharap buku kecil yang tidak seberapa ini bukan sekadar boleh membantu Guru Praktikal memanfaatkan masa kelas ganti itu dengan bijak, malah mampu menjadi inspirasi kepada guru itu sendiri untuk menjadi lebih kreatif, inovatif dan sentiasa bersikap positif dalam mengharungi cabaran profesion pendidikan.
Sekian, salam sayang dari saya,
anwarjauhari.
AnwarJauhari
www.anwaruitm.blogspot.com
"Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."
No comments:
Post a Comment