Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Wednesday, June 24, 2009

SMKSI/08-persembahan PPSMI



assembly in the morning take about two hour. the time extended due to several agenda. prize giving ceremony for pidato mandarin competition, and anugerah pasukan terbaik kadet bomba SMKSI. four classes doing their PPSMI presentation at the assembly. form four classes present
-volcano experiment,
-mathematic scholar
-angle in mathematics
-and DNA presentation.

proud to be SMKSIan. They were positive towards the PPSMI. from my observation, our student cannot learn well in english. but we as the teacher cannot let them to be the victim of the uncertainty. we STILL teach them no matter the language used. we are the teacher. not the politician.

Sunday, June 21, 2009

charity


Friday, June 19, 2009

SMKSI 005 penantian telah berakhir...



akhirnya, jumpa dengan Mentor. semalam dapat jadual.
5 waktu sains tingkatan 4 (tajuk energy bab 5 dan dijangka sehingga bab 6 )
4 waktu pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan.( walaupun bukan kaki bola , tapi kena ajar jugak....jangan ingat PJPK sekarang sama macam dulu tau...sangat berbeza...)

kesimpulannya 9 jam mengajar sahaja.

berbincang mengenai makmal, PEKA, buku teks, huraian sukatan pelajaran, CD rom sains, dll...

harini sebelum balik , semua cikgu praktikal kecoh perihal buku persediaan nak kena hantar tak. oleh kerana mereka tanya saya, jadi jawapannya: takpe minggu ni kita pakat-pakat tak hantar...minggu depan kita hantarla... jadi semua pun setuju...)

==bukan memberontak ye! kami tak mula ngajar lagi, so tak ada apa-apa nak tulis dalam buku tu...==

dan lagi satu yang penting...semua warga SMKSI WAJIB JUAL KUPON Hari kantin/hari usahawan/hari koperasi sekolah....

semua dijemput hadir
27 jun 09
di smk sri istana.

SMKSI/004-meeting pertama...(telah ditapis elemen kerahsiaannya)

During the meeting:-

The principal introduced the new PK Ko-ko; En Ibrahim Piot and a new Mandarin teacher; Miss Ngai Fan.
Things mentioned by her:
1. Respect the senior teachers
2. Jaga kebersihan sekolah
3. Teach students to jaga kebersihan
4. Reminder of HEM Meeting: 29/6/2009
5. Cikgu kene sentiasa kawal diri!
6. Upgrading the school
7. School programmes: Hari Prestasi Akademik, Sahsiah-cikgu2 mesti pantau!, Perkhemahan Ko-Korikulum, Kursus Pengawas, Kursus Ketrampilan Pelajar etc...
8. 2P meeting: Kedudukan majalah sekolah (kelulusan untuk menerbit, mencetak...etc)
9. Hari Usahawan-marketing strategy n bla bla bla...

Things mentioned by PK1; Pn Asiah:

1. A new reminder for Hari Prestasi 2009: 3 July 2009 (Friday)
2. The latest Jadual Waktu for teachers (updated)

Things mentioned by PK Ko-ko; En Ibrahim Piot:

1. Perkhemahan Unit Beruniform: 31/7 - 2/8 2009
2. Peralihan tugas2 AJK...from Form 5 to Form 4 students. (Focusing on SPM)

Things mentioned by Cikgu Donald:

1. Key-in penilaian kurikulum ASAP.

Wednesday, June 17, 2009

SMKSI/003: hanya 2 kelas relief hari ini.

waktu pertama relief kelas BM kelas 2Beringin. pernah masuk untuk relief kelas ini sebelum ini. jadi aktiviti diteruskan dengan beberapa soalan IQ yang agak mencabar. pelajar yang sebelum ni main UNO dalam kelas mula berinteraksi dengan cikgu. mungkin dia tahu hari ini cikgu ada sesuatu untuk mereka.

perjalanan kelas lancar, dan semua memberi kerjasama. cikgu puas hati kerana berjaya mengawal kelas. mungkin kali pertama masuk, pelajar belum bersedia menerima cikgu baru. tetapi lama kelamaan, mereka akan beri kerjasama juga. (walaupun kelas tu cikgu dah black list kan semalam)

kelas relef kedua adalah kelas 3B.kelas ni pun cikgu dah masuk semalam. jadi harini, teruskan dengan ujian IQ lagi yang lebih mencabar.

tetpi harini cikgu menipu beberapa perkara...
1- cikgu tak mengaku menjalani praktikal. bila ditanya dari sekolah man( jawab sekolah shah alam) ditanya sekolah apa( jawab seksyen 17). oleh kerana rasa bersalah menipu cikgu pun tambah, (tapi cuma 3 bulan aje kat sini)...
= tapi tak tahulah keberkesanannya.

2-cikgu pandai baca tulisan tamil....cikgu suruh mereka tulis nama mereka dalam tulisan tamil...kemudian mereka uji cikgu(cikgu boleh baca ke?.(jawab: boleh)
cuba baca( dah sah-sah cikgu suruh mereka tulis nama, jadi cikgu pun sebut la nama mereka sambil kononnya mengeja tulisan tamil tu...)

WAH CIKGU NI SANGAT PANDAI LAAA ( tapi syaratnyaa, hanya baca nama satu tulisan sahaja....pelajar kedua mintak cikgu baca nama dia...tapi...maafla...sekali aje...)

pelajar tu sebenarnya kagum kerana cikgu bagi soalan IQ test kepada mereka. (mereka tak tahu, sebenarnya soalan tu ada dalam buku...)

3- cuba la sekali dua sebut bahasa mandarin...tapi malangnya tersalah...tula( dulu cikgu belajar main-main bahasa mandarin. kena ulangkaji la balik ni...)
dapat sebut beberapa perkataan pun oklah...bukan dengan murid je, dengan cikgu pun perlu.

yela mana taknya, kita makan dengan dia( cikgu bahasa mandarin), tetiba kawan beliau pun datang. jadi tahu tahulah apa yang terjadi...(saya cuma paham yang mereka ada sebut beberapa nombor aje...huh.)


Teringat pesan dr Beh ( Buat supaya pelajar KAGUM dengan cikgu!)

tapi saya rasa bersalah pulak menipu.kalau cikgu menipu, anak murid berbohong!
mintak maaf la...lambat laun awak akan tahu juga kebenarannya. saya hanya praktikal...baru nak kenal tulisan tamil...baru nak ulangkaji Huayu...

Tuesday, June 16, 2009

SMKSI/002-hari kedua cikgu hairul

harini dapat 3 kelas relief. maknanya 6masa. kelas 3E/F, kelas 3G dan kelas 3B.


3ENAU/FIR
-kelas campuran, dan seperti biasa, ada beberapa kelompok terbentuk apabila cikgu relief masuk. 1.pelajar melayu dan kumpulannya.2, pelajar cina dan kumpulannya.3, pelajar india dan kumpulannya.4. beberapa pelajar senyap yang buat jkerja sendiri.
- aktiviti: soalan IQ, dan seperti biasa beberapa kelompok memberi kerjasama, kelompok lain acuh tak acuh...
-akhirnya kelas dibiarkan untuk membuat kerja mereka sendiri....(sebenarnya dalam hati dah tepu nak cari idea nak tarik attention mereka) mintk-mintaklah perkara begini tak berlaku dalam kelas sains esok...

3 GAHARU
- ni kelas hujung. 17 pelajar aje...x tahulah mereka lari keluar atau memang banyak tu aje....tapi sah, tak ada perempuan.
-yang seronoknya, kelas ni sangat memberi kerjasama dengan aktiviti yang saya sediakan. walaupun dalam kategori kelas hujungm, namun jangan lupa MULTIPLE INTELLIGEN yang mereka ada...
-walaupun kelas hujung, tapi saya sebagai cikgu sejuk hati melihat mereka bersmangat menyelesaikan tugasan...rasa nak masuk kelas mereka lagi...(dulu hanya dengar2 sahaja tentang menjaga hati guru, kali ni barulah faham perkara tu=saya sebagai guru nampak potensi mereka, walaupun bukan dalam akademik))

3 BERINGIN
-ni kategori kelas pandai, tapi saya x dapat buat banyak aktiviti. beri peluang untuk mereka siapkan folio geografi.cuma buat aktiviti secara individu untuk selami latar belakang mereka.
-

hari ini saya berasa puas kerana merasa semua kelas(B,C,D,E,F,G). walaupun relief, tetapi secara tak langsung dapat memahami karakter mereka secara umum. (ops lupa..kelas A belum lagi)

tetepi saya masih terfikir, bagaimana untuk mnguasai pelajar bukan Melayu ni...ada sesiapa nak kongsi idea?

SEMINAR ISU SELATAN THAILAND

HUBUNGI ANWAR UNTUK INFO LANJUT 013-6607046


TARIKH : 20 JUN 2009 / 26 JAMADIL AKHIR 1430
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN MASJID AL-MUHSININ, TAMAN DANAU DESA,
OFF JALAN KLANG LAMA, KUALA LUMPUR

Penceramah :

Dato’ Hj. Md Saleh Hj. Ahmad
Timbalan Yang Dipertua, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)

Farid bin Mat Zin
Penganalisis isu Thailand / Pensyarah UKM

Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden, Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

Hj. Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi, Sekretariat himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

Seminar terbuka kepada umum dan tiada bayaran dikenakan.

Anjuran :
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dan
Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

Keterangan lanjut hubungi : Sdra. Azmi (019-384 2920)

What is Islam and How to present it in the most Beautiful Way

AssalamuAlaikum Wahmatullahi Wabaraktuh,


HUBUNGI ANWAR UNTUK KKETERANGAN LANJUT! 013-6607046

Dear Fellow Mosque Guides,


I hope this email finds you in the Best of Health and Iman .
Now that the school holidays are over, as promised I like to invite all to attend



Topic : What is Islam and How to present it in the most Beautiful Way
Date : 20th June 2009
Venue : Khalifah Institute
298 Jalan 3 Taman Ampang Utama
(Opp. Ampang Point )
If you drive coming from KLCC at the junction of Ampang Point and De Palma Hotel
turn right , drive straight till end turn right again into Jalan 3 )

Time : 2pm
Speaker : Latifah Tamerlane

For those who still have the energy there is another related public talk that you may like
to attend by a foreign speaker from UK :


Topic : Islamophobia
Date :20th June 2009
Time : 5pm
Venue : UIA Foundation Studies , lecture hall B
Speaker : Shaik Mohd. Omar (UK )

Hope to see all the brothers and sisters who attended the Mosque Guiding Workshop in ILIM Bangi again

Wasalam
Latifah Tamerlane

Friendly Comparative Religion Training, organized by Saba Islamic Media

JIKA ADA PERTANYAAN HUBUNGI ANWAR 013-6607046

Venue: IIS, Setiawangsa
Date : 20-21 June 2009
Fees : RM100 ( Including meals and books)

Everyone is invited
Please call Bro Mas ( 0136159030) for registration

--- On Wed, 5/20/09, znf lhev wrote:


From: znf lhev
Subject: Tentatif & Sinopsis FCR
To: goldenseeker_2020@yahoo.com
Date: Wednesday, May 20, 2009, 3:46 AM


Tentatif & Sinopsis Program



Sabtu 20/6/09

08.30am - 09.00am Pendaftaran
09.00am - 09.15am Pengenalan
09.15am - 10.30am Kewajipan Berdakwah
10.30am - 10.50am Rehat
10.50am - 11.50am Sejarah Kristian
11.50am - 01.00pm Asas Kepercayaan Kristian
01.00pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Kepercayaan Orang Cina
03.30pm - 04.30pm Hinduism
04.30pm - 05.30pm Bengkel Bible



Ahad 21/6/09
08.30am - 09.00am Imbasan Semula
09.00am - 10.40am Salah Faham Terhadap Islam
10.40am - 11.00am Rehat
11.00am - 12.10pm Memahami Mualaf
12.10pm - 01.10pm Pengalaman Bersama Paderi & Gereja
01.10pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Quran & Sains
03.30pm - 05.00pm Soal Jawab
05.00pm - 05.30pm Penutup



Sesi 1 – Kewajipan Berdakwah



Peserta akan diterangkan perbezaan di antara Dakwah dan Islah. Ia diikuti dengan persoalan sama ada berdakwah kepada non-Muslim itu adakah wajib ataupun sebaliknya. Di antara alasan yang paling kerap diberi untuk menafikan tanggungjawab berdakwah kepada non-Muslim adalah seperti berikut:-



Masih belum cukup ilmu untuk lakukan dakwah.
Diri sendiri masih teruk, belum lengkap, belum faham seluruh kandungan Quran.
Kita perlu perbetulkan umat Islam dahulu, kemudian barulah berdakwah kepada non-Muslim.
Dakwah saya tidak akan berkesan.
Bukankah Quran menyebut “Tiada paksaan di dalam agama”
Bukankah Quran menyebut “Untukmu agamamu, untukku agamaku”
Ada non-Muslim yang akan mengatakan “jaga urusan kamu sendiri”
Hubungan persahabatan dengan kawan non-Muslim akan terputus disebabkan rasa sakit hati apabila didakwah.
Ayat 104 surah Ali Imran mengatakan bahawa hanya sebahagian sahaja yang perlu berdakwah.


Secara keseluruhannya peserta akan diterangkan tentang Teknik Perbandingan Agama di dalam melakukan dakwah.



Sesi 2 – Sejarah Kristian



Peserta akan didedahkan mengenai sejarah kemunculan agama Kristian yang terbahagi kepada tiga zaman, iaitu:-



Era sebelum Jesus as dilahirkan - Di dalam era ini, peserta akan diterangkan bermula dari zaman Abraham, diikuti Isaac, Jacob, Moses hinggalah ke zaman kelahiran Jesus. Penyelewengan Bani Israel akan ditumpukan.


Era selepas Jesus as dilahirkan dan sebelum diangkat ke langit - Peserta akan didedahkan mengenai kedegilan dan tentangan Bani Israel di dalam menerima dakwah Jesus.


Era selepas Jesus as diangkat ke langit - Peserta akan diperkenalkan dengan seseorang yang bernama “Paul” yang memulakan penyelewengan ajaran Jesus. Ia akan diikuti dengan zaman sesudah Hawariyun, termasuklah zaman pembukuan Bible pada abad ke 4 dan zaman-zaman selepasnya.


Sesi 3 – Asas Kepercayaan Kristian



Bagi memantapkan lagi teknik dalam melakukan dakwah kepada orang Kristian, doktrin-doktrin agama mereka perlu difahami. Kita perlu memahami asas-asas kepercayaan mereka dari sudut pemahaman mereka sendiri. Dan untuk membezakan antara hak dan batil pula, maka Quran dan Hadis menjadi rujukan. Terdapat lima asas kepercayaan orang-orang Kristian iaitu:-



Dosa Warisan
Jesus itu anak tuhan
Jesus itu tuhan
Pensaliban Jesus
Triniti


Peserta juga akan didedahkan tentang ayat-ayat Tauhid yang terdapat di dalam Bible serta persamaan antara amalan nabi-nabi di dalam Bible dengan amalan Muslim hari ini.



Sesi 4 – Kepercayaan Orang Cina



Peserta akan didedahkan mengenai asas kepercayaan dan juga perayaan kaum Cina di Malaysia. Ini akan membantu kita memahami perbezaan antara budaya, adat dan kepercayaan di dalam agama mereka dan seterusnya dapat memberi idea kepada kita akan pendekatan terbaik di dalam melakukan dakwah kepada golongan ini. Selain daripada itu, peserta juga akan didedahkan mengenai perkara Do and Don’t semasa berinteraksi dengan orang-orang Cina.



Sesi 5 – Hinduism



Dalam sesi ini, peserta akan melihat dan menilai corak serta cara pemikiran orang-orang Hindu mengenai konsep ketuhanan mereka. Di dalam pembentangan ini nanti, peserta akan didedahkan mengenai perkara yang tidak masuk akal mengenai konsep ketuhanan mereka; apakah pula panduan yang diberi Allah di dalam Quran dalam menangani perkara tidak masuk akal tersebut; bagaimanakah kita boleh membawa mereka supaya dapat melihat dan membandingkan konsep ketuhanan yang ada di dalam Islam melalui pendedahan kalimah-kalimah Tauhid yang masih terpelihara di dalam kitab suci Hindu; dan diikuti penerangan mengenai perkara Do and Don’t semasa berinteraksi dengan orang-orang Hindu.



Sesi 6 – Bengkel Bible



Muslim kerap kali menyangkakan bahawa Bible itu adalah Injil yang sudah diseleweng, tetapi benarkah begitu? Jika kita andaikan Injil tersebut tidak pernah diseleweng, maka adakah ini bermakna INJIL = BIBLE? Kebanyakan Muslim juga terlalu mudah untuk menyatakan bahawa Bible itu sudah diubah (Quran 2:79, 4:46), tetapi terlalu sedikit yang mampu membuktikan kenyataan tersebut. Oleh itu, di dalam sesi ini, para peserta akan diajar cara-cara membaca Bible dan seterusnya akan didedahkan tentang penyelewengan, contradiction dan cerita yang tidak sesuai untuk berada di dalam Kitab Suci yang terdapat di dalamnya seperti kisah lucah.



Begitu juga seperti yang telah diterangkan di dalam sesi Asas Kepercayaan Kristian, maka di dalam sesi kali ini, peserta akan melihat dan membaca sendiri ayat-ayat Tauhid dan persamaan antara amalan yang dicatatkan di dalam Bible dengan amalan Muslim hari ini. Ini juga boleh membantu Muslim melakukan dakwah kepada orang-orang Kristian.



Akhir sekali, kebolehan membaca Bible serta sedikit pengetahuan mengenai kandungannya adalah penting apabila keadaan memerlukan, sebagai contoh, apabila kita berdepan dengan missionary atau individu-individu Kristian yang tidak mahu menggunakan Quran di dalam perbincangan antara kita dan mereka.



Sesi 7 – Imbasan Semula



Para peserta akan diminta mengulang semula SATU perkara (point) yang telah dipelajari semasa hari pertama dari sesi 1 hingga sesi 6.



Sesi 8 – Salah Faham Terhadap Islam



Semasa menyampaikan kebenaran Islam kepada non-Muslim (malah sesama Muslim), kita tidak akan terlepas daripada mendengar 1001 persoalan serta salah tanggapan terhadap Islam. Antara soalan-soalannya ialah:-



Isu umum

Masuk Islam = Masuk Melayu
Islam agama susah (perlu solat 5 kali sehari, puasa, banyak pantang larang, tidak boleh makan babi, minum arak dll)
Islam agama mundur
Tuhan Islam tidak adil – kenapa cipta kafir, kenapa takdir ke syurga/neraka
Semua agama sama
Doa tidak terjawab
Kafir yang baik ke neraka tapi Muslim yang jahat ke syurga
Sains dan agama tidak selari


Isu keganasan

Islam agama ganas (9/11, suicide bombing)
Islam disebar melalui mata pedang
Negara Muslim suka berperang


Isu wanita

Wanita tidak boleh jadi imam
Saf solat wanita di belakang (ini kerap ditanya oleh pelancong asing yang datang ke masjid semasa Mosque Tour)
Lelaki dapat 2 kali ganda harta warisan daripada wanita (4:11)
Kesaksian seorang lelaki menyamai kesaksian dua orang wanita (2:282)
Wanita tidak boleh jadi pemimpin
Lelaki mempunyai satu darjat lebih tinggi daripada wanita (2:228)
Suami boleh pukul isteri (4:34)
Poligami
Kenapa wanita tidak boleh kahwin 4 (poliandri)?
Isu tudung


Isu bermusim

Hudud
Negara Islam
Islam Hadhari
Rogol isteri
Tsunami
Moral
Artikel 11 (1A)
Karikatur


Isu Nabi Muhammad saw

Ramai isteri – 12 orang
Nabi kahwin dengan budak 6 tahun - Pedophile
Kahwin menantu sendiri
Nabi boleh membaca


Soalan dari missionary Kristian

Jesus lebih hebat dari Muhammad sebab nama Jesus disebut 25 kali dalam Quran tapi nama Muhammad disebut 5 kali sahaja (3:144, 33:40, 47:2, 48:29, 61:6)
Muhammad sudah meninggal tapi Jesus masih hidup
Jesus tidak berbapakan manusia, maka Father lah bapanya
Nabi akhir ialah Jesus sebab Jesus akan turun sebelum kiamat
Quran tiru Bible
Quran hasil kerja syaitan
Allah guna perkataan “Kami” dan ini bermakna trinity itu adalah benar


Soalan dari orang-orang Hindu

Muslim sembah Kaabah
Tuhan Linggam di dalam Kaabah
Semua manusia sepatutnya Vegetarian
Sembelihan haiwan cara Islam adalah kejam
Berhala (Idol) bukan disembah tetapi ia hanya untuk tujuan penumpuan (concentration) kepada tuhan


Quran ada contradictions

Satu hari di sisi Allah adakah bersamaan seribu tahun manusia (22:47, 32:5) atau limapuluh ribu tahun manusia (70:4)?
Allah cipta langit dan bumi dalam enam hari (7:54, 10:3, 11:7, 25:59, 32:4, 50:38, 57:4) atau lapan hari (41:9-12)?
Manusia dicipta daripada air (25:54), sperma (76:2) atau tanah (6:2)?


Sesi 9 – Memahami Mualaf



Pada peringkat awal, peserta akan diterangkan maksud mualaf dan mukalaf. Kemudian peserta akan didedahkan mengenai cabaran-cabaran yang dialami mualaf sebelum, semasa dan selepas mereka memeluk Islam. Pengetahuan ini amat penting supaya kita mampu membezakan antara perkara yang perlu didahulukan serta perkara yang boleh dikemudiankan di dalam membantu mualaf menguatkan aqidah Islam. Di antara cabaran tadi ialah:-



Sebelum memeluk Islam

Contoh buruk oleh Muslim
Tiada bantuan/galakan daripada Muslim, malah ditakut-takutkan
Tidak ada yang mahu menyampaikan Islam
Tidak tahu siapa yang hendak dirujuk, dll


Semasa memeluk Islam

Masalah semasa hendak bershahadah
Dituduh masuk Islam kerana hendak berkahwin
Terlalu terikat dengan prosedur, dll


Selepas memeluk Islam

Mualaf diMelayukan
Perlu dirahsiakan atau perlu dihebahkan?
Tentangan keluarga – apakah peranan kita?
Sahabat sekeliling tidak tahu keutamaan (priority) perkara yang perlu diajar, dll


Sesi 10 – Pengalaman Bersama Paderi & Gereja



Penceramah akan berkongsi pengalaman selama belasan tahun berdepan dengan missionary, paderi dan pihak gereja. Peserta akan didedahkan bahawa hujah-hujah mereka sebenarnya adalah amat rapuh. Oleh itu, ini akan memotivasikan peserta supaya berani memulakan langkah awal berdakwah kepada orang-orang awam dahulu sebelum berdepan dengan kelompok yang lebih mencabar.



Sesi 11 – Quran & Sains



Apabila kita berdepan dengan golongan yang tidak percaya kepada kewujudan tuhan dan agama (Free Thinker), maka kita perlu menggunakan kitab golongan ini, iaitu sains dan logik. Oleh itu, di dalam sesi ini, peserta akan didedahkan dengan banyak ayat Quran yang selari dan menepati sains moden. Banyak fakta sains yang hanya ditemui pada zaman moden ini sebenarnya telahpun diceritakan di dalam Quran. Malah terdapat penemuan sains yang dengan jelas membuktikan bahawa Allah itu wujud.



Sesi 12 – Soal Jawab



Semua peserta diberikan peluang untuk bertanya apa sahaja soalan tanpa tapisan. Walau bagaimanapun, peserta adalah tidak digalakkan bertanya soalan yang lebih kepada bentuk masalah fekah semata-mata.






Yours sincerely,
Faridah Sulong (USIM)
goldenseeker_2020@yahoo.com
013-2358685

Monday, June 15, 2009

SMKSI/001 hari pertama cikgu hairul

UNTUK MAKLUMAN, MULAI HARI INI SAYA ADALAH CIKGU HAIRUL.(bukan cikgu anwar ye)

hari pertama
PERHIMPUNAN
1-terkejut melihat betapa ringkas dan informatifnya perhimpunan rasmi 15jun09 SMKSI.
2. syukur kerana nama cikgu praktikal tak diumumkan dalam perhimpunan.

PRAKTIKAL UKM
1.seorang cikgu praktikum bernama khairunnisa....dan segan tahap pandemik apabila GPK 1 panggil cikgu Khairun, dengan spontan cikgu hairul yang menyahut...hehe tula suka sangat tukar nama...
2.cikgu praktikal ni datang lebih awal daripada aku! 0709,0709 dan aku 0710...( x puas hati)...pulak tu pergi sign attendance orang lain plak tu...isk...ngantuk!

RELIEF 2B
1. kelas Pn Mas, sains 2 masa. aktiviti yang dilaksanakan adalah soalan IQ dan games yang diciplak daripada modul LPPKP UiTM...
2. kecewa sangat apabila aku terasa macam papan putih yang bercakap seorang diri...masa ni la MENEBALKAN MUKA bercakapn seorang diri...
3. tapi kekecewaan tu terubat apabila aku berjaya menarik perhatian mereka dengan games secara berkumpulan.
4. dan aku berjaya MERAMPAS kad UNO ( yang ko pegi main masa aku cakap apahal?) daripada seorang student...( time tu aku buat lagak berani, yela...budak tu mcm nak ajak gaduh je...tapi dalam hati, aku yang cuak...)

RELIEF 3C
1.masuk kelas, aku jadi kelu... x tahu nak cakap apa?...x tahu nak buat apa?..kaum A buat hal sendiri, kaum B buat hal sendiri, kaum C buat hal sendiri...satu golongan lagi bukak buku dan baca...aku pulak....ligat otak fikir nak isi apa relief ni...
2. malu tahap pekan apabila GPK 1 masuk kelas. ambil alih kawalan kelas...malunya akau tak dapat handle kelas tu...
3. tapi mujurlah aku dapat cover dengan beberapa tindakan yang ...
lepas ni kena prepare nak buat apa dengan kelas RELIEF...sebab aku bukan PAPAN PUTIH yang berkulit gelap, macam tunggul melihat anak murid bertempiaran dalam kelas...

PERPUSTAKAAN..
1. sejak dulu lagi, perpustakaan adalah tempat lepak...dan tidak dapat dinafikan...tempat TIDUR kedua selepas surau....(malunya cikgu tido kat library)...

oklah...library nak tutup...sambung lain kali....








jumpa blog Cikgu iffa

kali ni sang pencuri berjaya mencuri daripada cikgu Iffa...

SMK Sri Istana. Yup. That's where i'll be torturing myself for three months. After the final list was out, i figured that it must be one of those schools where all the lords' heirs went to. I mean Sri Istana, go figure. On Mon however, it was like a sick version of a fairy tale. It was like Sleeping Beauty waking up to find her Prince only it wasn't the Prince but the donkey from Shrek...ok i know. Bad anology. But still. It was like an American version of a school in Utah.

The good thing is that the principal Pn. Mawarni is waaay nice. I was told that the students are mostly orphans. They had family crisis all their lives. The rest came from broken families and some never even knew who their parents are. Here's what i think: these kids they dun even trust adults. They've been hurt by adults and they hide the pain by inflicting it onto others. The principal said that "If only one student came to see you to share his/her problem, then you are successful enough." I gotta admit; i was kinda spaced out for the rest of the conversation as i was mostly occupied with my own super crazee thoughts (explains why the other trainees did most of the talking, hehe...) What if they dun trust me enough to let me teach them? Considering all the stories i've heard about car-scratching and tyres-puncturing, it'll be a hell of an experience. Fortunately i'm riding with the other trainee to school and if there'll be scratch we won't know who is it for rite?? (unless the students wrote my name instead of Niza on the car, which i hope they dont coz then he might start a quarrel with me and it'll tarnish the fac's image - us not being united and all, heee...)

Talking about the other trainees, there were four of us. All giddy + excited + nervous bout the school. Here's my first impression on them:

Niza: very composed, very SR-like (he's already called the school b4 pre-prac is over), an expert liar (he bluffed his way sayin' its only 5 mins walk to school when it was like 20)

Nuar: extremely passionate in teaching (quote from anonymous: "klo aku ade anak nti, konpem aku nk anta dia ke sek anuar ngajar"), most friendly (the male teachers kept callin' him Cikgu Hairul, Cikgu Hairul...like they've known him for life)

Ika: very2 motherly (siyes la...klo my mom tgk sah2 nk wat menantu), professional (the way she kept nodding her head and bringin' the google map), hardworking betol (time ROS ye leh wat report kat sek time2 tu gak!)


I dun think i can yet say "I love my school" for now. It just didn't feel right. If i say it but i didn't really mean it, then where's the sense in that, rite? Time will tell, i guess...Hopefully at the end of these three months i'll be able to stand in a crowd and say firm and proud; "I'm glad i was here..."

Thursday, June 11, 2009

kosong




sepanjang minggu lepas, takde satu orang pun masuk blog nie...kenapa... yela sebab tuan punya pun tak singgah blog sendiri, maka tak adalah orang nak singgah blog nie...


itula orang kata, kalau nak orang hormat kita, kita kena hormat orang lain dulu.
kalau nak orang bantu kita, kita kena bantu orang dulu,
kalau nak anak murid dengar cakap kita, kita kena dengar/fahami anak murid dulu,
kalau nak anak murid faham pelajaran kita, kita kena faham dan mahir pelajaran tu dulu...
kalau kita nak orang datang rumah kita, kita kena ziarah rumah orang dulu.


...tapi kena buat semua tu dengan niat yang betul kerana Allah...

keputusan semester 6

SMKSI/000 latihan praktikal di SMK Sri Istana, Klang

PENDAHULUAN

DICURI DARIPADA
CIKGU RAHIKA
ni CIKGU RAHIKA tulis

Fakukti hantar 4 orang pelajarnya ke sekolah Seri istana nie..anuar (classmate ak), dan 2 org lgi pelajar tesl yg ak baru tahu namanya tdi..niza( die lelaki) dan ifa.. Anuar antara pelajar dalam kelas aku yg amat berpotensi besar mendapat JUSA C ( cikgu cemerlang)..die ada ciri2 menjadi menjadi cikgu yg baik..die pandai mengajar..budak2 akan suka, dan mereka akan faham ap yg dia ajar...serius..dlu ak dgr kawan2 selalu cakap begini:

kalu ak ada anak nnti, kompem aku nk hantar die kat sek anuar ngajar..

2orang pelajar tesl tu pulak aku lihat personality mereka hebat..niza siap sudah call lagi pengetua Seri Istana nie, bertanya itu ini, dan pengetua tu siap kasi tunjuk arah lagi nak ke sana, penjanjian nk kesekolah tu pun dah dibuat dgn pengetua tu..maka, aku simpulkn pengetua seolah seri istana itu baik ...staf2nya pun baik..dan aku gembira atas berita yg baik2 nie..



BAB 1
DICURI DARIPADA
CIKGU RAHIKA

masuk..
perkenalankan diri kitaorng..kemudian pilih subject mengajar..ha3..disebabkan fakulti dah tetapkan setiap org daripada kami kena amik dalm 10-12 kredit masa mengajar, mak

Niza ( die mengajar english)..hanya 10 masa mengajar..so lgi 2 masa..

Pengetua: Yea cikgu, cikgu nk ajar subject apa lgi selain english
NIza: ape ada yea cikgu?? (wah dah macam nk order makanan kat kedai jew)..
Pengetua: macam2 ada, sivik, pJ, geografi...
Niza: hmm..sivik la cikgu..


Ifa( die pun mengajar english juga)
pengetua: cikgu pula nak mengajar apa?
ifa: samalah cikgu, sivik

pengetua pun menulis sesuatu kat kertas..

giliran ak:

pengetua: cikgu, class biologi hnya 4 jam kredit saja( sekolah x akan beri kelas yg amik periksa pada ak, so hnya form 4 jew lah ak mengajar)...jadi, cikgu nak mengajar apa yew?
ak: hmm...apa2lah cikgu, saya x kisah..sejarah ada cikgu...?
Pengetua:ada,..( lalu die pun menulis semula pada kertas)..cikgu kena mengajar tambahan 9 masa lgi lah..lebih lah jadi 13 jam..
ak: x pew cikgu..hmm cikgu , sains boleh tak..( boleh plak tawar menawar)...
pengetua: boleh..lagi pun lagi berkaitan dgn biologi kan..jadi cikgu 9 jam yew utk sains..

pengetua: cikgu pulak, nk mengajar apa?
Anuar: Pj lah cikgu...( anuar nk mengajar PJ???, ak terperanajat sikitla tadi...tapi RAhik, dont judge book by its cover..ha3..sori nuar)...


kokurikukulum plak..x banyak bezanya dgn situasi diatas..kami tawar menawar lgi...hi3x..best plak boleh pilih...tapi ak suka Pengetua tu pangil kitaorg cikgu..kui3x.

kemudian, mulalah sesi bual bicara, kami tanya., cikgu tu jawab..ceritalah pasal sejarah sekolah, masalah sekolah, pelajar sekolah, aktiviti sekolah, takwim sekolah, panatia2 terlibat, jalan nk ke sekolah.....bnyaklah kitaorg tanya..kira penuhlah 4 kajang kertas ak bawa tu..

tapi, bila pengetua tu bercerita pasal pelajar2 kat c2...hati aku dah berbaur2 kesedihan dah..Tapi ak tahan...TAHAN RAHIK...yew ak tahan..
pelajar2 Seri Istana kebanyakknnya adalh low and middle economi status..ibu bapa pun tak berapa kisah sangt pasal pelajaran anak2 mereka, sekolah nie juga menerima pelajar2 yg dibuang dari sekolah ln, kebanyakakn pelajar juga adalh pelajar dari rumah kebajikan( home)..ada jugak badan2 NGO yang menguruskan pelajar2 Islam yg tiada ibubapa tapi kebnaykkn pelajar islam nie memilih utk tinggal dgn keluarga angkat atau saudara mara, bnyak juga dari broken family...

pengetua nie juga pesan: cikgu, jika adalh pelajar yg perli cikgu dalam kelas, jangan cikgu marah mereka balik, diam sahaja, jangan lah cikgu marah mereka dalam kelas, kemudian, lepas kelas, cikgu panggillah pelajar tersebut dan bercakap dgn lembut, dgn pelajar2 begini cikgu, kita kena lembut.., kena kauatkan emosi.....

pengetua tu jugak pesan: cikgu dalam kelas nanti, kena tegas, jangan berlembut dan main..tapi apabila cikgu dekati mereka secara individu, cikgu rapatilah mereka dgn lembut...

gitulah pesanan pengetua tu, ak 2lis apa yg ak paham dan ingat shj...bukan sebiji2 taw..

ok..pas tu kitaorg jumpa Cikgu Donald, amik data sikit utk SOP report...

esok hingga jumaat kena datang balik, tapi ak xtaw nk wat apa lgi esok, nagt leh siapkan satu hari jew..rabu nie ada meeting antara guru, khamis datang amik timetable dri penolong kanan..jumaat: x taw xtvt apa nk buat...

tapi kami blik awal lah...tapi x aci, Fida n Yus x payah gi sekolah mereka hari2..cis..Unfair..

masa nak balik, anuar nak tgk2 sekolah..ak kata:

esok2 jewlah nuar, kalu tgk hari ini, esok kang x taw nak buat apa lgi..jom la balik...( jAm baru kul 12 pm)..

kemudian kami berjalan balik, ak jalan paling depan sekali, kemudian smpai satu simpang,ak kata:
wei korang, jom kita explore tempat nie..

setelah dieorg kata ok, maka ak pon mengepalailah rombong cik kiah,...huh, jauh jugaklah..pastu adalah sesat2 sikit, kehausan niza dan ifa dibuatnya..tetiba, anuar bukak plak citer masa mula2 sem 1 dlu, masa nk gi fac edu dari main campus..siyes~~ nastolgia tul....rindu plak zaman tu, ramai2, naif, poyo jew,,redah jew asal sampai..yg belakang ikut jew saper yg jalan kt depan tu..kalu yg depan sesat, mak sesat lah kami...

ha3..pastu ak kata: ok jalan nie jauh, lne kali x yah lah lalu jalan nie..

hm...sori yew kawan2 practicum ku sekalian...kalu x sesat, kita x taw jalan tu jauh kan...kan..kan..

_________________________________________________________________



BAB 2
DICURI DARIPADA
CIKGU NIZA

The day has finally come! It's my first day visiting SMK Sri Istana, Klang. It was unofficial though.

A million thanx to my buddy Ekhwan for accompanying me. Hehe...I never thought it's that easy..ahax...

Istana Klang is huuuuge.....almost like a Taj Mahal..ok, that's a lie.... It's effing pretty!

That's not the point. I spent...errm..let's say..quite some times at SMK Sri Istana. I must say..WOW! I love it...Thank you Mdm Lim Wai Fun!

Here's the thing...I have made myself a new friend! Her name is...Ms Aliza a/p A. Rayar...it's pronounced as e-lai-za. She's a guard there... and....tadaaaaaa.... SHE SPEAKS ENGLISH FLUENTLY! She is super friendly..when I said SUPER, I really meant it!..Seriously, you can ask Ekhwan if you don't believe me...or see it for yourself...moral of the story: Never judge a book by its first page!

She's actually very nice to me..n Ekhwan of course...she was willing to spend her time showing me around the school...and she told me some stories about the school... Some interesting facts:

1. Most of the royal kids study here! The school is actually located behind the Istana.
2. The kerabat2 di-Raja's family, the Mangku2 whatever send their kids here!
3. The Quarters for the Istana workers are just next to the school...they also send their kids here!
4. The Sultan has just approved a school project...he is fully funding the school for the new buildings...
5. The school is friggin' old and ugly, yet..it's concrete..duh..
6. Mrs Principal is very very very nice and good in what she is doing..it's already her 5th years here..
7. The ratio: Almost balanced between 3 major races...
8. They are lacking in English teachers and most of the teachers are females. The TESL trainee teachers (ifa n i) r like replacing their english teachers who r on maternity leave...;p
9. Police is often available...for ronda-ronda purpose....
10. It's a two-sessions school.
11. It's near to a very cute playground on the hill...Ekhwan and I went there too...ahahahha...clean n cute...

I think I like the school already.. I hope Pn. Marwani likes me too...(first impression)..Lalalala....

Some facts about students:
1. They are mostly weak in English...according to Ms Liza, they love the textbook but they don't understand it... It is suggested that they best learn English by watching cartoons...
2. They have problem in mixing around with different races. It is quite obvious that they will remain in their respective groups no matter what the situation is..ayyo, I'm so dead..
3. They really respect the guards...sometimes the guard will become their teacher (English)
4. They are currently working on a gardening project in the school compound.

Hmmm....my feelings? It's mixed! Seriously..I am nervous...and at the same time, I am excited to teach...First, I need to get to know them, personally...Like what Ekhwan has suggested....walk with them when leaving the school...huhu... Perhaps...

I'll update my 'survival series' there...I hope I'll survive....ameeen...Lastly, I am kinda anxious upon whom will be my mentor...huuuuuuu....

TAHNIAH CIKGU NIZA
The teachers are nice...incredibly nice... They were all eye-ing on us and gazing for their chance in us... All of them were like.."Eh, awak ambik kelas saye la", "Cikgu amik je my class", "You just take my classes la cikgu" n bla bla bla, hoping for each and every one of us to choose them... I swear I could see the "pick me, pick me teacher!" in their eyes... I am just a trainee teacher. I said.."I'll try my best maam". I can't do all things, not by myself...I also need help and guidance...

REALITINYA....
What surprises me the most is their examination result. 11%??? Now I have to throw away my lesson plans which are meant for 'intermediate' and 'advanced' levels. I am not even sure if they can go through with my 'beginner' lessons. They are below that level actually...even for the A and B classes...bloodcurdling isn't it??? Not to mention how tormenting it would be for the teacher; ME! Haha...

.....SEDANG MENCARI peluang untuk mencuri daripada cikgu IFFA....

Tuesday, June 02, 2009

kenangan di jogja

sedikit ole-ole

keterangan gambar, insyaAllah akan menyusul

sekarang sedang sibuk mnghadiri seminar prapraktikal Fakulti Pendidikan 2009





























Sunday, May 31, 2009

Sunday, May 24, 2009

sehari sebelum ke jogjakarta.

alhamdulillah, setelah 2 minggu terputus hubungan dengan dunia luar, dapat juga akhirnya saya menjengok blog ini.

pengalaman dan ilmu yang diperolehi sepanjang OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT UiTM MASUK KAMPUNG Desa Bakti temerloh pahang amat mamberi makna dan berharga. saya tidak akan lupakannya.

balik dari OPKIM, terus berkursus di INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA, bangi, kursus pemandu pelancong masjid. ini kali kedua saya menyertai kursus sebegini. ternyata, kursus kali ini amat bermakna. bayangkan, majoriti peserta adalah golongan elit berbahasa inggeris. dan saya pula sebilik dengan seorang bekas paderi yang tentu sekali berbahasa inggeris. terima kasih UiTM kerana mengajar dalam bahasa Inggeris.

saya mohon maaf kerana belum sempat memuat naik gambar, info dan maklumat lanjut aktiviti tersebut. ini kerana esok, saya terpaksa bertolak ke yogjakarta. seminggu lamanya. DOAKAN PERJALANAN KAMI SELAMAT. dan memberi manfaat.

Thursday, May 14, 2009

”1 MALAYSIA : BELIA BERWAWASAN PENGGERAK KEJAYAAN”

Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) sedang mengadakan Pertandingan Mengarang Esei bersempena dengan bulan Sambutan Hari dan Minggu Belia Negara 2009. Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk Memperoleh karya akademik di kalangan golongan belia melalui penulisan dengan mengaplikasikan pengetahuan dan ilmu hasil dari pembacaan yang boleh dimanfaatkan, menjadikan kempen membaca sebagai wadah mencambah idea-idea kreatif melalui pertandingan yang diadakan serta memberi pendedahan kepada belia mengenai Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei setiap tahun

Pertandingan tahunan ini yang menawarkan hadiah yang lumayan kepada pemenangnya dibahagikan kepada beberapa kategori. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai pertandingan ini.



KATEGORI



Kategori Pelajar Sekolah Menengah

Berumur 15 hingga 18 tahun. Panjang esei tidak melebihi 1200 perkataan dalam Bahasa Melayu. Semua penyertaan perlulah mendapat pengesahan pihak sekolah





● Johan : RM1,000.00 serta sijil

● Naib Johan : RM750.00 serta sijil

● Ketiga : RM500.00 serta sijil

● 3 hadiah saguhati : RM200.00 serta sijil



Kategori Pelajar IPT

Panjang esei tidak melebihi 1200 perkataan dalam Bahasa Melayu.



● Johan : RM1,500.00 serta sijil

● Naib Johan : RM1,000.00 serta sijil

● Ketiga : RM750.00 serta sijil

● 3 hadiah saguhati : RM250.00 serta sijil



Kategori Terbuka

Berumur 19 hingga 40 tahun. Panjang esei tidak melebihi 1200 perkataan dalam Bahasa Melayu



● Johan : RM2,000.00 serta sijil

● Naib Johan : RM1,500.00 serta sijil

● Ketiga : RM1000.00 serta sijil

● 3 hadiah saguhati : RM250.00 serta sijil







TAJUK



”1 MALAYSIA : BELIA BERWAWASAN PENGGERAK KEJAYAAN”





SYARAT PENYERTAAN



Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan karya asli penulis dengan disertakan borang penyertaan. Sila tulis kategori pertandingan pada sebelah kanan sampul surat. Pemarkahan dibuat berdasarkan isu dan hujahan (50 peratus), bahasa (30 peratus), gaya dan persembahan (20 peratus). Keputusan panel hakim adalah muktamad. Esei yang dihantar adalah hak milik penganjur.



Tarikh tutup penyertaan : 30 Mei 2009

Semua penyertaan hendaklah dialamatkan kepada :



Urusetia

Pertandingan Mengarang Esei

Hari dan Minggu Belia Negara 2009

Majlis Belia Malaysia (MBM)

Wisma MBM, No 1, Jalan Tasik Permaisuri 2

Bandar Tun Razak, 56000 KUALA LUMPUR

Tel : (03) 9173 2761/63





Borang Pertandingan boleh dimuatturun di sini

July - November 2009 Academic Calendar

Lecture : 6/7 - 16/9

Mid-term/Special Raya Break : 17 - 27/9 (Eid - 20/9)

Lecture : 28/9 - 20/10

Revision : 21 - 25/10

Final Examination : 26/10 - 15/11

Semester Break : 16/11- 27/12
Posted by Izaham Shah Ismail at 3:35 PM
Labels: Academic Calendar, Important

http://ed220uitm.blogspot.com/2009/05/july-november-2009-academic-calendar.html

Tuesday, May 12, 2009

kursus pemandu pelancong masjid

perkara:kursus pemandu pelancong masjid

anjuran: KESUMA, JAKIM, Ialamic Outreach ABIM

tempat: Institut latihan islam malaysia (ILIM)

tarikh: 22-24 mei 09

BERMINAT??? hubungi anwar 019-6915584



selasa,12 mei-alhamdulillah pada hari ini saya berpeluang berjumpa dengan beberapa tokoh dan individu yang 'sejuk mata memandang'.
pertama: abg Din global. beliau amat komited dengan dakwah pelancong yang melawat masjid sultan abdul aziz shah.'blue mosque'

kedua: kak normah. beliau merupakan tulang belakang Islamic Outreach ABIM yang menjadi penggerak utama program dakwah kepada pelancong masjid.

ketiga: dato' bakar. orang yang berprinsip dan prihatin.

keempat: imam besar MSSAAS. professional menangani konflik dan permasalahan.berjiwa mulia.

kelima: abg pusat pengembangan perniagaan. memberi khidmat yang menyejukkan hati.

keenam: akak air teratai. barulah aku tahu, gaji pekerja dewan makan dahulu 6++ manakala sebagai kontraktor pembersihan 7++. dan katering tu menguasai kolej *****a dan *******k. dan tak rugi langsung kalau kita bermanis muka dan ikram muslimin.

ketujuh: abang jual bawang . pasar malam s17 agak lengang kerana student balik cuti. tetapi itu adalah putaran dan kesabaran akan menggerakkan roda dari bawah ke belakang, atas dan maju ke hadapan. tidakkah engkau mahu mengambil pengajaran?

kelapan: abang bong. tetap komited dengan kemaslahatan warga pangsapurinya.

kesembilan: kanak-kanak riang F17F1. raikan mereka.

kesepuluh: Munir bangladesh. kagum kesungguhannya bergaul dengan masyarakat.survival , contoh di depan mata . suatu hari nanati aku mungkin berada di tempat dia.

kesebelas: makcik n Pakcik surau. raikan mereka selagi termampu. " adakalanya masyarakat memerlukan kita"-pesan Sir Faiz alwee.

keduabelas: abang air 2, 3 ringgit. pantas, cekap dan menghargai pelanggan. kagum anak muda begitu. berbeza dengan aku semasa praktikal berniaga tempohari.

dalam sehari je aku jumpa 12 inspiring person. walaupun mereka tak sedar, aku mendapat sesuatu daripada mereka.

aku juga ingin jadi seperti mereka. menginspirasikan orang lain, tetapi pada masa yang sama tidak sesekali meninggi diri.



tetapi, aku juga perlu melangsaikan deretan 'hutang piutang kering' yang x disedari.

pertama:khidmat ikhlas di F1S17.
kedua:penyelenggaraan perpustakaan mini surau kolej teratai UiTM.
ketiga: penyelenggaraan perpustakaan surau fak education UiTM.
keempat: hutang wakaf jawatankuasa publisiti EDU FEST yang sekarang entah kemana. rm65.
kelima:hutang baju Hj Raphar.
keenam: hutang tugas menterjemah laporan HJ Raphar.
ketujuh: hutang Unit Fasiliti (tong bomba)
kelapan: promosi bomba semester hadapan.
kesembilan:hutang RD pensyarah.
ke 10: P1WiMax pembinaniaga. senyap je .
ke 11: set meja solahuddin.
ke12: set meja abg irwan.
ke 13: set kedai e-cosway.
ke 14: hutang .....
.......
......

masya Allah. hutang kering aku lagi banyak daripada yang disangkakan. Ya Allah , janganlah kau matikan aku sebelum aku langsaikan segala amanah dan hutang piutang aku ya Allah. Permudahlah.

Tuesday, May 05, 2009

JAMBORI REMAJA MUSLIM NASIONAL 2009





KHAS UNTUK ANAK-ANAK, SAUDARA MARA, ADIK BERADIK DIBAWAH 15 TAHUN....
.....jangan ketinggalan!

Monday, May 04, 2009

The Preservation of Language Diversity

Language is a mirror and marker of image and self identity. With the implementation of official language policies, researchers, politicians and various linguistic communities have expressed major concern over the preservation of language diversity, particularly amidst forecasts that almost half of the six thousand languages currently spoken could disappear during the twenty-first centry.

New data confirms the theory that although cultural identities remain even when language shift has taken place, the implementation of official language policies has a significant bearing on the language diversity within a country.

Norizah Ardi, Ph.D, from the Malay Studies department of the Academy of Language Studies, tested the theory by examining the attitudes and use of Bahasa Melayu amongst Thai university students in the University of Walailak and Prince of Songkla University in Southern Thailand.

Bahasa Melayu is a language of the minority groups living in Southern Thailand and for most of the Muslim Thais, it is their mother tongue. Universities in Southern Thailand, in particular University of Walailak and Prince of Songkla University, offer Bahasa Melayu as a foreign language course to their students.

Norizah analysed these students’ attitudes towards Bahasa Melayu by examining their motivation to study the language based on domain analysis such as the family, the neighbourhood, friendship, administration and management, business and religion.

The study reveals that the Thai Muslims use Bahasa Melayu in all six domains of which the most frequent usage is within the family domain. It is profoundly found that the speakers mostly code-switch between Bahasa Melayu and the Thai Language and vice versa. There are two varieties of Bahasa Melayu used by the respondents, namely Standard Malay (as used in Malaysia) and another variety which is known as the Patani Dialect. The use of Bahasa Melayu, whether of the standard or the dialectal variety, depends on the domain and event, and whether these are formal or informal.

The study indicates that although the students’ attitudes towards Bahasa Melayu are positive in nature, the use of the language is limited. The bilingual characteristic of the respondents and the country’s language policy which stipulates that only the Thai Language (the National Language) is to be used in official functions bears strong implications on the use of Bahasa Melayu. As such the role and use of Bahasa Melayu is only limited to those functions within the family circle and religious related matters.

Nevertheless, what this research further implicates is that through the daily use in interaction amongst its speakers, a language develops and renews itself. There is no evidence to suppose that the young generation would lose interest in Bahasa Melayu and would eventually not speak their mother tongue, although Thai is the national language.

Languages are a vulnerable part of our cultural heritage. Understanding how language policies have affected language use will help understand whether current changes in language policies will have a huge impact on the preservation or disappearance of linguistic diversity in the country.

Dr Norizah Ardi can be contacted via norizah@salam.uitm.edu.my

-budaya masih diperjuangkan, dan mustahil ia akan pupus dengan mudah. tetapi bahasa jika tidak diperjuangkan, tidak diamalkan, dan tidak dipelihara dengan sewajarnya akan terkubur dan terus dilupakan.

Monday, April 13, 2009

Saturday, April 04, 2009

SKIL: siri kemahiran intelektual dan latihan kefasilitatoran




jangan lepaskan peluang!
sertai KAMI SEKARANG!!!

10 Muwasofat Tarbiah

1) Aqidah Sejahtera



Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur..Tidak berhubung dengan Jin...Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin...Tidak menenung nasib...Tidak mendekati tukang tilik....Tidak mengusap kubur........Tidak meminta bantuan dari simati.....Tidak bersumpah dgn selain Allah....Tidak mempercayai adanya sial.....Mengikhlaskan amal kerana Allah....Mengimani rukun-rukun Iman.......Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat...Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh......Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt


2)Ibadah Yang Sahih




Tidak menolak utk azan....Bersuci dgn sempurna....Sangat menghargai solat berjemaah.....Sangat suka berjemaah di masjid......Memperbaiki mutu solatQiamullail seminggu sekali.......Menunaikan zakat...Berpuasa wajib.........Berpuasa sunat sehari setiap bulan.....Ada niat utk menunaikan haji......Beriltizam dgn adab-adab tilawah......Khusyuk ketka membaca al-Quran.......Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran.......Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan.........Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar........Menjadikan setiap amalan mempunyai niat........Menjauhi dosa-dosa besar........Sentiasa membaca zikir pagi.....Sentiasa membaca zikir petang...........Mengingati Allah swt pada setiap situasi..........Menunaikan Nazar.....Menyebarkan Salam.......Menahan anggota dari perkara haram........Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang........Menggunakan sugi/siwak........Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin


3) Akhlak Yang Mantap



Tidak takabbur..Mempunyai pendirian......Tidak menipu....Tidak mencaci.....Tidak mengadu domba.......Tidak mengumpat.....Tidak berdusta.....Tidak mengejek Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan......Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk......Mengasihi orang yg lebih muda.....Menghormati orang yg lebih tua........Menunaikan janji..............Menundukkan pandangan........Menjaga rahsia.........Menutup dosa orang lain........Cemburu terhadap isteri.........Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya



4)Mampu Bekerja



Mejauhi pekerjaaan yang haram.....Menjauhi riba....Menjauhi judi....Menjauhi penipuan...Menunaikan zakat...Membuat simpanan walaupun sedikit...Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan....Memelihara harta awam....Memelihara harta peribadi.



5) Berpengetahuan luas



Mampu membaca dan menulis dgn baik...Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran.....Memelihara hukum-hukum tilawah.....Menghafaz setengah dari hadith 40.....Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin.....Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting.......Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga....Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci..........Mengetahui hukum-hukum solat....Mengetahui hukum-hukum puasa.........Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu.......Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden........Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam.....Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng........Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga .......Mendengar dengan baik......Mampu memberikan pandangan.....Bersedia menerima tugas-tugas kolektif......Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita




6) Tubuh Yang Cergas



Bersih tubuh badan.......Bersih pakaian.......Tempat tinggal yg bersih.....Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum............Tidak berjaga malam berlebihanI.......ltizam dgn senaman 2 jam seminggu........Bangun sebelum terbit fajar/subuh.....Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan ........Meninggalkan tabiat merokok..........Menjauhi tempat-tempat kotor.......Menjauhi tempat-tempat berpenyakit



7)Mujahadah (Menguasai Diri)



Menjauhi perkara-perkara haram.........Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan........Meninggalkan tempat-tempat maksiat



8)Teratur urusannya



Penampilan yg elok....Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam



9)Sangat Menghargai Masa



Bangun awal....Menggunakan masa tertentu utk belajar



10)Bermanfaat Kpd Orang Lain



Menunaikan hak ibu bapa.....Menyertai majlis-majlis kegembiraan.....Membantu orang-orang yg memerlukan.........Membimbing orang yang sesat......Berkahwin dgn pasangan yg sesuai

bomba bersama kaunselor




hari ini ko akhir kokurikulum bomba UiTM sesi ini.
kali ini Pn Dayang Suzana Bte Awang dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk "7 habbit of effective people"

terima kasih puan Dayang!
e-kaunseling UiTM

aktiviti komander masa cuti


alhamdulillah,
malam tadi 3 apr 09 , telah berlangsung AGM kelab fasilitator.
kehadiran fasi Puncak Perdana amat memberansangkan. Turut hadir adalah Fasi Dungun, (hisham-law, Ida-BM, anwar EDU, Sukri-MOD fster) dan abg khairul (kelantan).

Kami dari Fasi Dungun dan Kelantan (wakil) melihat AGM malaqm tadi adalah satu perkembangan positif. langkah pertama telah dimulakan sejak faasi batch pertama lagi. kita berusaha, dan hasilnya, kita nak lihat batch Puncak ,enerajui kelab Fasi ini. tidak lain dan tidak bukan untuk menjaga dan menmperkasakan Fasilitaor Modul.

topik ini menarik untuk dibincangkan, dan semoga ia menjadi wadah diskusi proaktif para fasi.

makin berisi makin tunduk,
umpama padi di tengah sawah,
fasi berkualiati aedang dibentuk,
kelab ini menjadi wadah.


anwarjauhari

Tuesday, March 31, 2009

Hairul Anuar Bin Sobikin
2006825903
ED227

Personal Development Journal 2

The Guidance and Counseling Unit in school.

Malaysia is driven to be a developed nation by 2020. The ‘vision 2020’ which inspired by former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad is responsible to bring Malaysia as we can see today. In order to be developed, and to change into a developed country, many problems and challenges need to be overcome. One of the effects of the rapid changing to Malaysia is the psychological problems, and one of them is stress. Malaysian has to overcome stress in their daily routine.

Stress not only a problem among Malaysian adult, but it is also a problem to school student. Stress among student is a result of the conflict between student, teacher and parents. Parent expects their children to be an excellent student, same as the teacher. But the student itself cannot full fill the parent and teacher expectation. The reaction of the student towards stress is different and cannot be thread as same for each individual, especially with the adult. The various reactions including not interested in learning, run from home, become a drug addict, and involve in juvenile crime. Everyone realize that someone is needed to overcome the stress problem in school level, and everyone knows that the people who able to take hold of this problem are counselor.

Counseling services was introduced in Malaysia in early 1963; begin with a formal certificate-level course at Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) Cheras, Kuala Lumpur and subsequently at first degree level by Agricultural University of Malaysia in 1981 while Universiti Kebangsaan Malaysia began to offer a course in psychology (counseling) at diploma level in 1980. The counseling services are developing rapidly until now. Counseling services incorporated into school system in 1966. In the beginning the Education Ministry organized training and seminars for career guidance teachers in the form of vocational training. Guidance Services in School published by DBP in 1966 became the guidebook for career guidance teachers in schools.

The role of counseling unit in school is really important. The roles of counselor in each school are based on academic, career and psychosocial. The three major aspects are the quality of guidance unit in school was improved from time to time until now.

Introduction to Guidance and Counseling.

After fourteen week studying Introduction to counseling as a compulsory subject for education student, the entire classes full fill the course outcome. Now, I am able to identify the fundamental concepts relating to helping and counseling skills through knowledge and counseling activities. This course also clearly explains the basic counseling technique that being used. Now I can apply basic counseling technique in daily relationship with my peers. Through the presentation by groups, I can analyze the professional issues such as gender confusion, homosexual, hysteria, incest, obsessive behavior and sexual harassment.

After completing this courses, I realize that each counselor have their code of ethics. The ethics is compulsory and one of the characteristic of professional counselor. Now I realize that there are six basic features to enable counselor to classified as professional. Counselor need to undergo training, certificate, have their own role, has their own procedures and discipline, and counselor is generally considered as terminal occupation.

Learning about counseling in only one semester (14 weeks) is not enough to me. Since this course is merely introduction to counseling, I realize that the individual effort is needed in order to get more knowledge about counseling. The knowledge about counseling is important and compulsory to equip me as a future educator.










References

Ramlan Hamzah,2006. Panduan Ulamgkaji Bimbingan dan Kaunseling untuk prasarjana muda dan KPLI
Professionalism in counseling retrieved from http://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?option=com_content&view=article&id=222%3Aprofessionalism-in-counseling-generate-human-well-being&catid=49%3Ajurnal&Itemid=86&lang=ms on march 30,2009.
Hj Thanthawi Jauhari Hj Ahmad Lecture note, Introduction to Guidance and counseling, Faculty of Education, UiTM Malaysia.


sekali tengok macam kelam kabut je personal development journal ni....
kena tengok banyak kali lagi....
p/s: assignment kaunseling 2009

Saturday, March 28, 2009

kursus pra perkahwinan UiTM

Pre-Marriage Course 2009 Session PDF Print E-mail

Pre-Marriage Course 1/2009 Session
Date
:
4 - 5 April 2009 (Saturday And Sunday)
Time
:
8.00 am-6.00 pm
Venue
:
Dewan Muktamar 1, Pusat Islam







Pre-Marriage Course 2/2009 Session
Date
:
9 - 10 May 2009 (Saturday And Sunday)
Time
:
8.00 am-6.00 pm
Venue
:
Dewan Muktamar 1, Pusat Islam







* Specially for final year students only
* Registration Fees - RM40 per person
* Please submit all payment and registration form to CITU'S OFFICE

Tuesday, March 24, 2009

Seminar Lepasan SPM 09



Seminar ini yang juga merupakan lanjutan daripada Kem Lepasan SPM 2008 yang terdahulu telah dianjurkan dengan jayanya oleh PEMBINA Shah Alam & Klang di Masjid Al-Ubudiyyah Seksyen 19 Shah Alam pada Ahad, 22 Mac 2009 yang lepas.

Seminar ini yang julung-julung kalinya dianjurkan di Shah Alam oleh PEMBINA berjaya mengumpulkan seramai hampir 50 orang peserta yang majoritinya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dari sekitar Selangor, walaupun promosi dijalankan dalam masa yang agak singkat.
Berkat usaha dan titik keringat jawatankuasa program nyata membuahkan hasil.

Program ini dimulakan dengan slot 'Jati diri mahasiswa', diikuti oleh slot 'What's Next?' sebelum berhenti rehat pada waktu Zohor. Program diteruskan kemudiannya dengan sesi penerangan tentang 'interview' dan tips-tips menghadapinya, disusuli oleh 'mock interview' oleh fasilitator, sebelum ditutup dengan slot latihan menghadapi 'interview' oleh kesemua peserta lelaki dan perempuan. Kesemua slot tersebut dikendali oleh Saudara Zulalwi Adam, Ketua Unit Kepimpinan & Latihan PEMBINA Shah Alam Klang.


" Alhamdulillah, moga-moga semua peserta dapat bawa pulang banyak perkara, lebih bersedia untuk masa hadapan, dan lebih rapat serta kenal PEMBINA." ulas Pengarah Program, Saudara Nur Hakim Bahaman.


Rata-rata peserta amat berpuas hati dengan perjalanan program secara keseluruhannya dan mengakui bahawa objektif program ini iaitu untuk membantu para lepasan SPM merancang perjalanan kembara ilmunya selepas SPM dan persediaan menghadapi temuduga meminta tajaan pelajaran, telah tercapai dengan baik.


Semoga usaha-usaha begini dapat lagi diteruskan pada masa yang akan datang dengan penambahbaikan agar semakin ramai belia dapat dibantu dan seterusnya membantu pula masyarakat dan negara.


gambar di sini

learn something today....

assalmaualaikum.
bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah, segala puji bagi Allah. selawat dan salam keatas junjungan kita Muhammad S.A.W.

petang ini ,
sekadar meluahkan perasaan di blog.


isnin, pagi:HEP call, mintak hantar 3 peserta ke kem jati diri rakan muda SPRM selangor. jumaat, sabtu dan ahad.

-dalam berpuluh-puluh orang yang saya mesej, untuk cari peserta, hanya seorang sahaja yang sanggup ikut. yang lain tak dapat ikut. (biasalah, kan student banyak assignment. jumaat tu pulak kan waktu kelas).
-dalam hati memang tak sanggup nak pergi, sebab ada kelas jumaat. rekod sem ini ponteng kelas sifar! itu prinsip saya!
tapi memandangkan mereka mintak cari orang, konsep saya, peluang itu dibuka kepada saya, dan saya diamanahkan untuk menyebarluaskan dan buka peluang tu kepada orang lain. so saya lebih puas hati jika ada berjaya membawa orang lain pergi berbanding saya yang pergi sendiri.

lagipun jumaat ni ada test genetik! doakan berjaya. amin.

moral: kita selalu fikir untuk merebut peluang yang kita temui. tapi pernahkah kita terfikir untuk berkongsi peluang itu kepada orang lain yang tidak berpeluang?

tengah hari: terjumpa puan dayang, dalam perjalanan nak jumpa pn mawaddah. terlanjur terjumpa, saya sempat rakamkan ribuan terima kasih atas tunjuk ajar dan TOT yang beliau laksanakan untuk tajuk MIND MAPPING untuk dipresentasikan dalam kelas SCE 551. ( alangkah seronoknya beliau apabila kumpulan kami berjaya membuat presentasi dengan jayanya) terpancar keikhlasan beliau dalam mencurahkan ilmu kepada kami.
saya tak akan sia-siakan ilmu MIND MAPPINg yang puan ajarkan itu.

moral: kadang kala dengan hanya menceritakan kebaikan orang kepada kita merupakan hadiah yang paling bernilai berbanding hadiah wang ringgit. teringat kepada pihak pihak yang pernah mambantu dan mengajar kita sewaktu kecil dahulu...hanya ALlah sahaja layak mambalasnya

selepas jumpa pn dayang, jumpa dengan pn mawaddah. berbinvcang tentang program 3B yang akan dilaksanakan 4 april ini. bertempat di sekolah Zaa'ba. kemudian, 10 mei pula program kem di hulu selangor. semoga program ni berjaya . amin.

moral: jangan suka ciplak hak cipta orang lain. letak bibliografi dalam setiap assignment

petang lepas zohor: hibernasi di PTAR 24 jam. sungguh menyelerakan. walaupun beribu-ribu orang lalu lalang, namun kita tetap dengan dunia kita....di alam zzz.



moral: jangan cepat mengeluh. walaupun hibernasi petang tu di lokasi yang tidak sesuai, tetapi Allah telah gantikannya dengan mutu kerja yang terbaik pada malam tu....kita merancang, dan perancangan Allah lebih heabt lagi!

malam, panggilan mesyuarat gerak kerja malam penghargaan dan anugerah dekan fakulti pendidikan 2009. akan diadakan 1 april ini. secara keseluruhannya, seperti biasalah, kelewatan surat kelulusan menjadi alasan ampuh untuk menjadikan segalanya kucar-kacir. program seminggu lagi. cenderahati , tempat, makan, kenderaan, teknikal, dekorasi, jemputan semua tak boleh di confirmkan lagi. yang betul-betul confirm cuma tugasan biro dan ajak. peserta malam tu pun dah confirm, tapi mereka tak dapat surat jemputan lagi pun.....biasalah, seminggu terakhir merupakan saat manis setiap ajk program....

last minute, menyeksakan! last minute, mutu menjunam! last minute, jangan jadi amalan! wlaupun itu realiti yang terpaksa direlakan.

selasa ,sekali lagi khidmat diperlukan. kali ini CiTU perlukan peserta untuk pertandingan puisi soutul jumaat dan maulidurrasul. berpuluh-puluh kenalan juga saya mesej, macam biasalah, 10% je yang respond. Alhamdulillah, ada yang sanggup masuk pertandingan itu.

sekali lagi, walaupun puisi saya mustahil menang tempat pertama ( yelah orang yang saya jemput untuk bertanding merupakan karyawan muda yang lebih hebat!, namun saya akan tetap puas hati kerana berjaya bawa dan buka peluang kepada mereka!)

dapat lagi mesej untuk sebarkan forum palestin di masjid negeri. berpuluh-puluh mesej yang dihantar, hanya sorang je yang reply. ok la tu..sekurang-kurangnya ada jugak yang mendapat manfaat.

ni malam ni nak jumpa sukarelawan pemandu pelancong masjid SAAS. katanya ada urusan pemasangan internet. mungkin mereka perlu bantuan. tapi tak apa , cuba membantu mana yang mampu.

namun apa yang utama adalah tugasan akademik yang perlu dilaksanakan.

UTAMAKAN YANG UTAMA ADALAH SATU KEUTAMAAN!
Akademik first!



sekadar melepaskan tension,
di kekunci PTAR 1.
UiTM dihatiku.

www.anwaruitm.com

Thursday, March 19, 2009

pembetulan: seminar lepasan spm

SEMINAR LEPASAN SPM 2009



22 MAC 2009




Aktiviti:


PERSEDIAAN MEMINTA TAJAAN
Keputusan memberangsangkan? Pastikan anda hadir ke KLS ini kerana anda bakal dibantu mempersiapkan diri dengan segala skil-skill penting untuk memastikan diri anda bersedia memohon dan di-interview untuk tajaan pelajaran!


Sesi ' What's Next? '
bakal merungkai segala persoalan bagi meneruskan kembara ilmiah anda melalui diskusi dan penerangan praktikal bagi segala saluran yang ada, dalam dan luar negara.


Sesi 'Pembentukan Diri & Survival di IPT'
(Future Student Grooming)
terus memahami dan berfikir tentang survival, jati diri, dan identiti sebagai seorang mahasiswa Muslim. Bagaimana dan solusi praktis untuk memastikan diri terus unggul sebagai Muslim yang bermanfaat kepada ummah

MOCK INTERVIEW
Belajar berhadapan dengan situasi genting ini dengan cara paling unggul dan efektif. Penting untuk jaminan laluan pembelajaran dan masa depan yang lebih cerah!


Kepada Semua Peserta KLS terdahulu,
jangan biarkan pembinaan masa depan kita sekerat jalan
ikuti program lanjutan ini
sambil mengajak ramai lagi rakan-rakan untuk bersama
merasai nikmat membina masa depan diri bersama ISLAM !


Hubungi :
Nik : 019-3735567
Shihab : 013-3537576
Aimi : 013-3705390
Nasarah : 013-4443639

Tuesday, March 17, 2009

SEMINAR LEPASAN SPM




PERSEDIAAN MEMINTA TAJAAN
Keputusan memberangsangkan? Pastikan anda hadir ke SEMINAR ini kerana anda bakal dibantu mempersiapkan diri dengan segala skil-skill penting untuk memastikan diri anda bersedia memohon dan di-interview untuk tajaan pelajaran!

Sesi ' What's Next? '
bakal merungkai segala persoalan bagi meneruskan kembara ilmiah anda melalui diskusi dan penerangan praktikal bagi segala saluran yang ada, dalam dan luar negara.

Kembara Jelajah IPT
berjalan, melihat, dan mentafsir kehidupan dan suasana realiti kehidupan akademik dan non-akademik di Institusi Pengajian Tinggi.

Sesi 'Pembentukan Diri & Survival di IPT'

terus memahami dan berfikir tentang survival, jati diri, dan identiti sebagai seorang mahasiswa Muslim. Bagaimana dan solusi praktis untuk memastikan diri terus unggul sebagai Muslim yang bermanfaat kepada ummah

Kepada Semua Peserta KLS terdahulu,
jangan biarkan pembinaan masa depan kita sekerat jalan
ikuti program lanjutan ini
sambil mengajak ramai lagi rakan-rakan untuk bersama
merasai nikmat membina masa depan diri bersama ISLAM !

http://kemlepasanspm.blogspot.com/

http://anwaruitm.blogspot.com/


SEGERA! TEMPAT TERHAD!
HUBUNGI ANWAR 019-6915584

Wednesday, March 11, 2009