Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Wednesday, July 23, 2008

Pindaan AUKU mampu lonjak standard pelajar IPT tempatan

Artikel Pemindaan AUKU:Perjuangan Pro Mahasiswa yang mula berbuah..

Pindaan AUKU mampu lonjak standard pelajar IPT tempatan

Artikel ini dipetik dari Berita Harian-22 julai 2008

Oleh Dr Zaini Ujang

CADANGAN pindaan Rang Undang-Undang Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat pada 17 Julai lalu bertujuan melonjakkan pencapaian pengajian tinggi tempatan sebagaimana termaktub dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Ogos 2007. Ini kemudian disusuli pelancaran Pelan Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi (PTKPT) oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin, Jun lalu.

Gagasan PSPTN adalah salah satu inisiatif penting yang termuat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Antara fokus RMK-9 ialah pembangunan modal insan dalam konteks lebih holistik. Holistik dalam konteks pembangunan modal insan tidak terbatas kepada penguasaan disiplin ilmu dan pemantapan kemahiran saja, malah turut merangkumi aspek pembangunan minda, spiritual, sahsiah dan etika. Dengan kata lain, pembangunan modal insan turut memberi tumpuan kepada aspek 'keinsanan' yang terbina menerusi falsafah hidup, pegangan agama dan moral. Modal insan dengan ciri sedemikian memenuhi keperluan untuk membolehkan transformasi dan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia secara lebih struktural.

Tujuan pindaan AUKU, antara lain, untuk menjadikan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan lebih telus, berdaya maju dan berkembang dengan budaya ilmu yang mantap. Hal ini perlu kerana banyak amalan dan tatacara semasa yang dirangka sejak awal 1970-an tidak begitu relevan untuk pembangunan modal insan pasca abad ke-20, sekali gus membolehkan IPT tempatan bersaing pada peringkat antarabangsa. Selain itu, pindaan itu juga boleh membantu komuniti akademik menghayati budaya ilmu dengan lebih komited. Dari segi perincian, pada hemat saya, cadangan pindaan AUKU boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu, pertama; pemantapan dan ketelusan urus tadbir institusi, kedua; pemantapan tatacara berkaitan tatatertib dan aktiviti pelajar dan ketiga; pengembangan budaya ilmiah Ketiga-tiga kategori itu dikemukakan menerusi 28 pindaan AUKU.

Prinsipnya merangkumi kecemerlangan akademik, ketelusan dan keberkesanan urus tadbir organisasi, hak untuk belajar, kebebasan akademik, globalisasi dan persaingan antarabangsa dan meritokrasi dari segi kepimpinan akademik.

Antara pindaan dalam kategori urus tadbir termasuklah penubuhan Jawatankuasa Penasihat Menteri untuk melantik Naib Canselor, larangan menggunakan akta selain AUKU dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (1996) untuk penubuhan IPT yang menganugerahkan diploma atau ijazah, kuasa Menteri untuk menubuh kampus di dalam dan luar negeri, pelantikan penasihat undang-undang dan pengasingan kuasa lembaga pengarah universiti, senat dan naib canselor. Pindaan ini membolehkan IPT diurus dengan lebih efisien dan mengurangkan kerenah birokrasi. Selain itu, amalan tidak sihat seperti berpuak-puak dan tidak demokratik dapat dibendung sama ada dari segi pelantikan jawatan penting, pelaksanaan dasar atau tatacara dalam membuat dasar dan keputusan. Dari segi tata tertib pelajar pula, kebebasan lebih luas diberikan untuk membolehkan pelajar membangunkan kemahiran insaniah dan menghayati budaya ilmu seutuhnya. Definisi pelajar juga lebih jelas merangkumi pelajar yang mengikuti pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan. Pada hemat saya, cadangan pindaan AUKU itu akan memberi ruang untuk mengembangkan budaya ilmiah dan penjanaan inovasi di IPT tempatan. Inilah impak paling besar yang diharapkan.


Hal ini tersirat dalam pindaan AUKU itu menerusi pelbagai langkah, misalnya membenarkan mobiliti staf akademik untuk berkhidmat di sesebuah universiti atau kolej universiti lain selaras dengan inisiatif memajukan sesuatu bidang ilmu. Mobiliti ini penting kerana kecemerlangan akademik memerlukan kepakaran dan komitmen puluhan tahun. Mustahil bagi universiti yang baru menceburi sesuatu disiplin ilmu dapat diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan peringkat antarabangsa. Menerusi pindaan AUKU, staf akademik dari pelbagai universiti lain boleh dikumpulkan di sesebuah universiti untuk sama-sama membangunkan sesuatu disiplin ilmu secara lebih terancang dengan segala kepakaran dan pengalaman yang ada. Selain itu, kepentingan aspek kepimpinan akademik memang dimaklumi bagi memandu dan memacu kecemerlangan akademik. Pindaan AUKU menetapkan penubuhan jawatankuasa untuk menasihat Menteri Pengajian Tinggi tentang perlantikan jawatan Naib Canselor. Selain itu, Naib Canselor diberi kuasa melantik dekan dan pengarah fakulti, sekolah, akademi atau institut tetapi perlulah dirundingkan terlebih dulu dengan staf akademik. Aspek rundingan ini memberi peluang kepada komuniti akademik menyuarakan pandangan dan memastikan kepemimpinan akademik diserahkan kepada mereka yang paling layak dan berketerampilan. Bidang kuasa anggota Senat juga semakin jelas, termasuklah keanggotaan wakil Senat dalam lembaga pengarah universiti dan memastikan kebebasan akademik diamalkan pada peringkat institusi.

Semua pindaan ini menunjukkan bahawa kepemimpinan akademik perlu dimantapkan menerusi sistem malim sarjana (peer review) dan pemuafakatan seperti yang menjadi amalan di universiti ternama seluruh dunia. Kepemimpinan akademik juga bukan jawatan eksekutif semata-mata tetapi memerlukan penghayatan budaya ilmu yang memartabatkan keterampilan, komitmen, kebenaran, keadilan dan keharmonian. Selain itu, pindaan AUKU juga memberi kuasa kepada Menteri Pengajian Tinggi untuk membenarkan IPTA menubuhkan kampus di luar negara selaras dengan konsep globalisasi dan pengantarabangsaan. Menerusi kampus di luar negara maka jangkauan golongan sasar semakin meluas, sekali gus memartabatkan Malaysia sebagai antara pusat kecemerlangan pengajian tinggi.

Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM dan penulis buku Mengangkasa Pengajian Tinggi (2008).

Perjuangan Abang -Abang kita mempunyai asas yang kukuh dan sudah masak dibincangkan dahulu, namun dianggap remeh ..sekarang apa dah jadi?? Apapun perjuangan menjana kebangkitan Mahasiswa menjadi lebih mudah kini..kita manfaatkan ruang yang ada untuknya...

Monday, July 21, 2008

SEMINAR peperangan dan kesengsaraan rakyat iraq

Assalamu 'alaykum warahmatu LLAH...

Tahukah anda:
Sekitar 1.2 juta rakyat 'Iraq terbunuh sepanjang 5 tahun tempoh penjajahan Amerika?
Dari kalangan mereka yang terselamat sejumlah 160,000 menjadi tahanan di penjara?
Dari kalangan mereka yang ditahan pula 2,000 adalah wanita?
Lebih 2.0 juta bertebaran keluar dari kampung halaman mereka?
5.0 juta kanak-kanak menjadi yatim,
1.3 juta wanita menjadi janda
Lebih 2.8 juta orang pula terpaksa meninggalkan negara disebabkan himpitan dan keadaan yang sangat merbahaya?

Baca terus untuk mengetahui selanjutnya. ..


SEMINAR

"PEPERANGAN DAN KESENGSARAAN UMAT ISLAM IRAQ"
Oleh
Penceramah-penceram ah yg di jemput khas dari Iraq

Tarikh?
26 Julai 2008 bersamaan 23 Rejab (Sabtu)

Masa?
8:00 pagi - 5.00 ptg
Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, KL


Hadirilah beramai-ramai!


Wassalam.
--
Penganjur
IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

"It was We Who created man, and We know what dark suggestions his soul makes to him: for We are nearer to him than (his) jugular vein." [Qaaf:16]


aminuddin


www.anwaruitm.blogspot.com

Saturday, July 19, 2008

minggu kualiti komander kesatria

minggu kualiti bermula secara rasminya pada 18julai jam 8malam. aktiviti pertama adalah ceramah KETUANAN MELAYU yang disampaikan oleh prof madya Dr Rosmin Mansur bertempat di dewan kuliah C bangnan S&T.

ini diikuti dengan hari sabtu , sebanyak 5 buah bas kekuatan penuh komander dihantar menghadiri majlis penutup KONVENSYEN EKONOMI BUMIPUTRA 2008 di PWTC.

pada sebelah malamnya pula akan diadakan siri ceramah kedua berkaitan TEKNIK BELAJAR.

...bersambung...

Tuesday, July 15, 2008

kursus pra-perkahwinan UiTM






























makluman kursus perkahwinan UiTM untuk pelajar tahun akhir dan staf UiTM. maklumat lanjut boleh je tanya saya. 0197980518.

tapi pergi terus ke CITU lagi mudah.RM 40 sahaja. sebarkan kepada rakan-rakan....

p/s: teringat lagi sem lepas ada kawan-kawan yang merayu-rayu supaya mereka mendapat tempat dalam kursus ni. ye la, mana ada kursus boleh tampung beratus-ratus orang, tak efektif.
kali ni , apabila dibuka secara berfasa, barulah lebih efisyen.
saya dah bagitahu, jangan nanti kata saya tak tolong kawan.


www.anwaruitm.blogspot.com

Saturday, July 12, 2008

sabtu 12julai08 , taklimat ko pertama UiTM

Alhamdulillah, selesai sudah taklimat pertama ko sem ni.

0745-dah bergerak ke padang kawad
0800-mula kumpulkan pelatih sem 1
1030-kumpulkan pelatih sem 2 dan 3
1200-tamat semua taklimat, ko dan pentadbiran kompeni

1300- kena pergi dan jadi komander pengiring ke PERHIMPUNAN NGO MENYOKONG KEPIMPINAN PAK LAH
1730-tamat majlis
1830-bertolak pulang ke UiTM
1900-tiba di UiTM

solat maghrib, tidur solat isyak, tidur-dan tidur terus....penat sangat layan gelagat pelatih baru UiTM dan sambung dgn gelagat peserta perhimpunan tu.....

rangkaian menarik:

jika mahu dilakukan, lakukannya sekarang...

''Masa saya di Tingkatan Dua... umur 14 tahun lebih, saya terbaca satu falsafah hidup penulis sebuah buku bahawa 'aku ingin melalui dunia ini hanya sekali, oleh itu apa yang dapat dilakukan yakni apa jua belas kasihan dan simpati yang boleh diberikan kepada insan, biarlah dilakukan sekarang kerana dunia ini tidak lagi aku lalui apabila kembali kepada Allah Taala.


tiada istilah gagal

“Kita perlu tanam dalam diri bahawa tiada istilah kegagalan dalam kamus hidup dan perjuangan menjadi bangsa yang berjaya. Kita kena bencikan kegagalan dan buang jauh-jauh daripada dalam diri kita.

“Mahu seribu daya... sentiasa fikirkan kita boleh buat apa yang kita mahu dan jika gagal kena cepat-cepat bangkit dan perbetulkan keadaan,” katanya.

bahaya sangka buruk jenis dosa yang semakin membiak di dalam masyarakat kita

Namun begitu, tidak boleh dinafikan Islam membenarkan pujian secara berdepan dalam situasi-situasi tertentu dan kepada individu tertentu. Situasi tertentu seperti :-

a- Orang yang kehilangan keyakinan diri dalam buat perkara baik. Tatkala itu, kita ungkit kebaikkan tindakannya untuk beri kembali semangat dan ada orang yang menghargai kerja baiknya.

b- Orang yang melakukan tugasan kebaikan yang sukar, berisiko dan manfaatnya tersebar luas. Tatkala itu, boleh diberikan pujian atas keberaniannya dan berniat agar ia mampu dicontohi oleh orang lain.

c- Individu yang layak dicontohi dan diyakini punyai kekuatan iman yang baik dari tergoda dengan sifat ‘ujub (ta'ajub dengan kehebatan diri). Tatkala itu, harus memujinya dengan pengetahuannya. Tujuan utama agar orang boleh mengenali siapa yang wajar dijadikan role model dan contoh ikutan.

himpunan ni anjuran /naungan

Yayasan Aminul Ummah Malaysia

membenarkan para pelajar mendekati politik?

Persatuan-persatuan mahasiswa menggesa institusi pengajian tinggi (IPT) yang dimiliki kerajaan negeri Pakatan Rakyat membenarkan para pelajar mereka mendekati politik seperti kelulusan yang diberikan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Tiga parti Pakatan - sebelum menguasai empat lagi negeri dalam pilihanraya umum Mac lalu - sering menyuarakan isu kebebasan bersuara di IPT, termasuk berkempen bagi memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Parti Mahasiswa Negara (PMN), yang masih menunggu pendaftaran, menyatakan kampus patut dijadikan pentas berpolitik secara serius dan politik wajar dijadikan subjek yang dipelajari semua penuntut.

"Mahasiswa adalah pelapis kepimpinan negara. Kampus penting sebagai pentas awal (menceburi politik).

"Penglibatan mahasiswa bukan sekadar sebagai pengundi. Mereka sepatutnya diberikan peluang membincangkan masalah-masalah negara dengan kritikal. (Pendekatan) ini akan memberi kredit kepada mahasiswa sendiri," kata presiden penajanya Azlan Zainal.

Minggu lalu, naib canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, dengan mendekati politik secara positif, penuntut akan terdedah kepada kemahiran berpidato, berhujah, berfikiran terbuka dan berani berhadapan dengan masyarakat.

Walaupun diberikan kebebasan itu, beliau dilaporkan yakin penuntut universitinya tidak akan melanggar AUKU.

"Setakat ini UniMAP bersih daripada sebarang rekod buruk sepanjang saya menjadi naib canselor selama enam tahun dan mereka faham hasrat universiti untuk melahirkan jurutera berkaliber dan serba boleh," Dr Kamarudin dipetik sebagai berkata.

Penglibatan mahasiswa dalam politik, tambah Azlan, harus lebih jauh, termasuk proses pembentukan dasar-dasar negara.

"Mereka harus terlibat dalam polisi dan dasar. Kalau Orang Kurang Upaya (OKU) boleh ada wakil dalam Dewan Negara, kenapa mahasiswa tidak (dibenarkan)? Penglibatan mahasiswa akan menjadi suara ketiga antara parti-parti kerajaan dan pembangkang," katanya.

Beliau menyokong sekiranya kerajaan Pakatan - misalnya Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor (Kuis) yang dimiliki kerajaan negeri - membuat keputusan mengambil pendekatan yang sama dengan UniMAP.

Beliau bagaimanapun beliau menolak penglibatan mahasiswa secara partisan.

Diminta mengulas pendirian UniMAP, Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) juga menyokong IPT di negeri-negeri Pakatan dan BN mengikut jejak yang sama.

"Sokong, (negeri Pakatan) patut bermula. Setuju, tetapi bukan politik kepartian," kata presidennya Hilmi Ramli.

Seperti sikap PMN, beliau bagaimanapun tidak setuju jika mahasiswa terlibat langsung dengan politik kepartian.

"Mahasiswa patut jangan terlibat langsung dengan politik kepartian. Penglibatan dalam politik (harus) melampaui kepartian. Mahasiswa mempunyai idealisme sendiri tentang isu-isu nasional. Mereka ada politik sendiri," katanya.

Tindakan itu, menurutnya lagi, bukan sahaja patut dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan tetapi di seluruh negeri.

Ditanya sama ada mahasiswa harus dibenarkan melibatkan dalam aktiviti parti-parti politik, Hilmi berkata:

"Tidak boleh ada campur tangan parti politik (dalam universiti). Kalau mahasiswa mahu memihak, itu hak seseorang siswa tetapi universiti tidak boleh menjadi sarang mana-mana parti politik."

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Faisal Mustaffa, turut memberikan pendapat yang sama.

"Secara prinsipnya kita sokong tetapi belum dibincangkan lanjut di peringkat pimpinan tertinggi," katanya.

"Wajar (dilaksanakan) di negeri-negeri Pakatan. Sudah ada kuasa. Mahasiswa sebelum ini mungkin takut (terlibat dalam politik).

"Mereka masih dalam proses penyesuaian. Mereka masih berjiwa pembangkang, belum wujud jiwa kerajaan. (Pemikiran masih) di takuk lama."

Beliau melihat masalah pelaksanaan langkah ini pada AUKU yang menyebabkan mahasiswa tidak terlibat dalam politik terutamanya bergiat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Masalahnya pada AUKU. Mereka patut terlibat dalam politik dan (melalui) NGO, terutamanya. Penglibatan itu dapat memberikan mahasiswa ruang membina nama," katanya.

Kemasukan parti politik ke universiti bagaimanapun, tambahnya, patut "ada had" dan "bukan untuk berkempen".

"Buka ruang debat. Parti politik ingin masuk ke universiti boleh, tetapi bukan untuk berkempen. Sebaliknya, berbincang dan menyuarakan pandangan masing-masing. Ambil pandangan (kita), bincang, debat," katanya.

Draf pindaan AUKU, yang sering dianggap penghalang utama pembabitan mahasiswa dalam politik, kini diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berharap jabatan itu menyegerakan proses semakan untuk pindaan "agar ia tidak dipolitikkan pihak tertentu."

"Lagi cepat akta itu dipinda lebih baik kerana ia tidak akan memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk mempolitikkan pindaan itu," katanya bulan lalu.

Beliau berkata draf pindaan akta itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dirumus sebelum dikemukakan kepada kabinet.

sumber: MalaysiaKini

tentang mahasiswa dan politik serta AUKU ni aku berat sikit nak komen.. bukan soal takut.. apa aku nak cakap tentang AUKU sedangkan aku pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang tidak menggunakan AUKU sebaliknya Akta 174 yang dikuatkuasakan.. tapi dalam ucapan Menteri Pengajian Tinggi kat Dewan Seri Budiman time Perasmian Minggu Mesra Siswa last week (aku ada di dalam dewan..), menteri ada cakap yang selain AUKU yang sedang dikaji.. mungkin juga akan ada perubahan dalam Akta 174 juga..

aku setuju dengan individu2 yang meluahkan pandangan dalam artikel di atas.. kampus harus dijadikan medan permulaan bagi golongan mahasiswa menceburi bidang politik.. bagi aku sendiri yang meminati politik.. aku nampak kebaikannya.. politik membuatkan aku lebih suka berdebat, mengambil tahu isu semasa dan juga membuatkan aku lebih berfikir.. jadi tak salah sebenarnya mahasiswa membicarakan tentang politik.. dan memang benar, politik bagi mahasiswa tidak harus ada sifat partisan! belum masanya mahasiswa membuang masa berkempen untuk mana2 parti.. ingint pada tanggungjawab utama sebagai seorang pelajar! politik seharusnya berperanan hanya sebagai antara 'subjek' untuk dipelajari..

mahasiswa seharusnya dibenarkan politik.. tapi haruslah secara positif!

KLIK SINI untuk membaca artikel tentang Naib Canselor UniMAP yang tidak menghalang siswanya mendekati politik.

dicuri daripada MEOR

Tuesday, July 08, 2008

mekar08 fakulti pendidikan

MEKAR AMAL 2008 adalah salah satu program yang akan dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan UiTM Malaysia pada 7,8 dan 9 Ogos 2008. Jawatankuasa penganjur MEKAR08 terdiri daripada para pensyarah dan kakitangan Fakulti Pendidikan serta Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan, yang merupakan persatuan induk yang menaungi beberapa persatuan lain di Fakulti Pendidikan. antara aktiviti yang akan dijalankan ialah:
  • pertandingan futsal (lelaki)
  • pertandingan bola jaring (wanita)
  • english camp (sekolah jemputan)
  • public speaking
  • JUMBO lelong
  • creative unplugged
  • berbalas pantun
  • english clinic
  • voice talent
  • LELONG ladies night
  • senamrobik
  • explorace
    math quiz
  • sukaneka
    tarian
  • motivational talk
    dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang akan dijalankan
    .

untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi saudara ANWAR 0197980518

Monday, July 07, 2008

MINGGU PERTAMA JULAI 08


alhamdulillah, kuliah dah bermula. jadi tugas pun dah bermula dan bertambah. selamat datang kepada sahabat-sahabat , selamat meneruskan perjuangan.

kepada adik-adik yang baru menjejakkan kaki ke U ni, belajarlah untuk menyesuaikan diri dan carilah sahabat yang betul.


pad kesempatan ini saya ingin buat beberapa pengumuman.


1. SESIAPA YANG BERMINAT MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA WARGA FASILITATOR UiTM , KHUSUSNYA UNTUK MENGENDALIKAN MODUL LPPKP(LATIHAN PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KE[PIMPINAN PELAJAR) HEP UiTM, SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA UNTUK MENGETAHUI CARA-CARANYA. anwar 0197980518

SEBELUM 9JULAI2008{fasiUiTM}


2.PERJUMPAAN PERTAMA KOKURIKULUM (SEMUA) ADALAH PADA 12JULAI 2008 DI PADANG KAWAD UiTM. PELAJAR BARU PADA JAM 0800-1000, MANAKALA PELAJAR LAMA(SEM2 DAN3) JAM 1000-1200. KEHADIRAN ADALAH WAJIB. sebarang kemusykilan sila hubungi KRK anwar 0197980518{bombaUiTM}


3.PELAJAR BARU YANG BERMINAT MENYERTAI X-PLORACE: JALAN-JALAN CARI JALAN, SILA HUBUNGI SAYA.TARIKH 13JULAI2008. KAWASAN ADALAH SEKITAR SHAH ALAM. SUNGGUH MENCABAR, KENA NAIK BAS, NAIK KERETA,BERLARI DAN YANG PASTINYA AMAT BERMAKNA DAN MENCABAR KEPADA SESIAPA YANG BARU MENGENALI SHAH ALAM. HUBUNGI SAYA anwar 0197980518.{pembina}


4.SESIAPA YANG BERMINAT MENDAPATKAN PLANNER/POSTER/KALENDER AKADEMIK TERBITAN PERSATUAN MAHASISWA HADHARI UiTM, SILA BERHUBUNG KEPADA SAYA JUGA. HARGA RM 2.00 SHJ.{pmhUiTM}






Friday, June 20, 2008

MINYAK :kenyataan ABIM

Kenaikan Harga Minyak Membebankan Rakyat: ABIM Cadang 7 langkah segera diambil



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpendapat bahawa keputusan kerajaan untuk menaikkan harga jualan minyak petrol sebanyak RM 0.78 serta diesel RM 1.00 sehingga menjadikan harga seliter minyak meningkat. Sememangnya pahit untuk ditelan oleh semua lapisan masyarakat. Ini memandangkan kenaikan kedua-dua komoditi tersebut bakal meninggalkan kesan yang jelas serta nyata dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia . Kenaikan harga minyak ini akan mendorong kenaikan caj-caj perkhidmatan, kos sara hidup dan harga barang-barang keperluan, yang pastinya membebankan terutama sekali di kalangan rakyat yang berpendapatan rendah. Mereka yang tinggal di bandar-bandar merupakan entiti masyarakat yang akan terjejas teruk disebabkan kos sara hidup tinggi di bandar yang segalanya bergantung kepada kuasa beli bagi mendapatkan sesuatu barang berbanding di kampung setidak-tidaknya boleh memanfaatkan hasil tani.

Kita sedar bahawa kenaikan ini mungkin tidak boleh dielakkan disebabkan faktor kenaikan minyak global namun demikian ABIM beranggapan bahawa tindakan kerajaan untuk menaikkan harga minyak adalah terlalu drastik, mendadak dan terlalu tinggi jumlah kenaikannya, memandangkan kenaikan ini secara langsung menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Kenaikan ini juga bakal memberikan kesan negatif kepada perkembangan sosial dalam masyarakat jika ianya tidak ditangani dengan baik disebabkan tekanan hidup yang dihadapi oleh rakyat.


Bahkan ABIM juga berpendapat kenaikan ini tidak menepati status negara sebagai negara pengeluar minyak, yang menjadi penyumbang utama kepada hasil pendapatan negara. Dalam hal ini, perbandingan tidak boleh dilakukan terhadap harga minyak yang ditawarkan oleh beberapa negara lain seperti Singapura, yang terpaksa mengimport minyak untuk menampung kegunaan domestiknya.Menyedari implikasi yang diakibatkan oleh kenaikan harga minyak ke atas rakyat dalam pelbagai bentuk, ABIM menyarankan kerajaan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

  1. Memohon agar kerajaan mengkaji semula kenaikan tersebut yang disifatkan terlalu tinggi dan drastik. Kebajikan rakyat perlu diberikan parioriti. ABIM berpandangan pembangunan bukan nilainya pada tumbuhnya bangunan pencakar langit yang hanya bersifat "material" tetapi pembangunan sebenar ialah pembangunan "insani" yang bersifat membangunkan kebajikan rakyat. Insentif yang dikemukakan amat baik tetapi tidak dapat banyak membantu rakyat kerana kesan kenaikan tersebut mempunyai impak besar terhadap keseluruhan ekonomi negara terutama kenaikan caj perkhidmatan dan harga.
  2. Memperkasakan semula mekanisme pengagihan pendapatan atau kekayaan berdasarkan kepada prinsip keadilan sosial, agar kebajikan golongan miskin dan berpendapatan rendah mendapat pembelaan yang sewajarnya. Cara kita mengurus ekonomi juga harus dikaji semua dan hendaklah lebih mengutamakan kebajikan rakyat sepertimana yang telah digariskan dalam Islam berhubung dengan konsep kenegaraan.
  3. Seruan mengamalkan budaya belanja berhemah perlu dimulakan diperingkat kepimpinan negara bermula dengan mengurus kos operasi pentadbiran secara berhemah kerana kadang-kala wujud situasi perbelanjaan secara berlebihan seperti pembelian kereta kerajaan dengan kereta import luar negara. Selain itu majlis-majlis dan program-program besar-besaran yang bersifat "ceremonial" semata-mata menelan belanja berjuta-juta ringgit perlu dielakkan. ABIM menyeru agar pemimpin-pemimpin, jabatan-jabatan, serta agensi-agensi kerajaan mengamalkan budaya berbelanja secara berhemah, agar dapat dicontohi serta diteladani oleh rakyat. Seruan ini tidak terhad kepada kerajaan pusat tetapi meliputi semua pihak termasuk kerajaan negeri.
  4. Setiap projek ataupun program pembangunan perlu dirancang secara berhemah serta teliti untuk mengelakkan sebarang pembaziran yang tidak perlu, dan memaksimumkan wang hasil penjimatan subsidi itu untuk dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat. Unsur-unsur rasuah dan ketirisan wang peruntukan kerajaan kepada mereka yang tidak berhak wajar diperangi habis-habisan.
  5. Memperbaiki sistem pengangkutan awam seperti bas awam, teksi, komuter, serta beberapa jenis pengangkutan lain untuk membantu rakyat meringankan beban kenaikan harga minyak.
  6. Memantau harga barang-barang keperluan yang masih menerima subsidi daripada kerajaan, agar tidak ada golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda ekoran daripada kenaikan harga minyak.
  7. Memastikan penyaluran bantuan kebajikan dan subsidi kepada golongan berpendapatan rendah serta miskin dapat dijalankan secara telus dan teratur

http://www.abim.org.my/component/content/article/1-siaran-media/244-kenaikan-harga-minyak-membebankan-rakyat-abim-cadang-7-langkah-segera-diambil.html

PTPTN siri 2-kenyataan ABIM ke atas PTPTN

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengalu-ngalukan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), untuk mengubah kaedah pengiraan caj perkhidmatan tiga peratus yang dikenakan ke atas peminjam-peminjamnya.

PERTAMA: ABIM mencadangkan agar PTPTN menukar keseluruhan konsep pembayaran dan pengendalian pinjaman tersebut kepada kaedah syari’ah seperti skim pinjaman perbankan syariah sebagai alternatif kepada kaedah yang diamalkan oleh PTPTN pada ketika ini. Perubahan ini boleh mengelakkan wujud unsur-unsur riba yang jelas bertentangan dengan syariah. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada ibu bapa, pelajar dan golongan pendidik, rata-ratanya mahu agar kaedah peratusan yang digunakan sekarang ditukar kerana disifatkan amat membebankan. Sekiranya kaedah ini diterapkan, ABIM berpendapat ia dapat membantu mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh para peminjam yang terpaksa membayar jumlah pinjaman yang banyak jika dibandingkan dengan jumlah pinjaman yang dibuat oleh mereka

KEDUA: ABIM menyambut baik langkah proaktif Kementerian Pengajian Tinggi yang merujuk isu ini kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Sikap ini patut dijadikan ikutan semua pihak untuk merujuk JAKIM dalam isu-isu yang berkaitan dengan muamalat dan kepentingan masyarakat Islam khususnya. Justeru ABIM menyarankan agar mana-mana pihak, syarikat-syarikat dan sebagainya agar mengambil sikap proaktif untuk merujuk isu-isu berkaitan muamalat dan kepentingan Islam kepada pihak JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebelum sebarang isu dibuat.

SDR YUSRI MOHAMAD
PRESIDEN ABIM

http://www.abim.org.my/component/content/article/1-siaran-media/248-keputusan-majlis-fatwa-kebangsaan-berhubung-dengan-caj-ptptn-disokong.html

Wednesday, June 18, 2008

bakal mahasiswa julai 2008

Assalamualaikum wmt wbt...

dicuri daripada http://afzanurrahman.blogspot.com/

Pertama sekali ingin sekali saya mengucapkan setinggi2 tahniah buat adik2 yang bakal bergelar mahasiswa pada Julai 2008 ini. Sebelum ke menara gading, tentu sekali adik2 berasa gementar, nervous, cuak dan yang sewaktu dengannya. Tentu juga adik2 tertanya2 apakah persediaan yang perlu adik2 lakukan (terutama sekali persediaan ruhiyyah...) Jadi, untuk menyelesaikan masalah2 yang membelenggu fikiran adik2, adalah pilihan yang sangat tepat bagi adik2 untuk menyertai program seperti yang dipaparkan di bawah :

PROGRAM :LAMBAIAN MENARA GADING 2008(LAMBAIAN)
TEMA :"Membina Mahasiswa Penggerak Ummah"
TARIKH :21 JUN 2008MASA :8 AM - 3 PM
TEMPAT :PUSAT PERDAGANGAN WORLDWIDE, SHAH ALAM(Sebelah Tesco)ANJURAN :PERSATUAN ANAK2 SELANGOR
AHLI PANEL :YB. DR. HALIMAH ALI(EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR)

serta beberapa panel lain yang tidak kurang hebatnya...

SASARAN :LEPASAN SPM '07YURAN :RM5

Sebarang penyertaan atau pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi :
Ustaz Izwan - 0192101788
Al-Akh Afizi - 0195734011
Semoga program ini mampu memberi manfaat kepada adik2... Selamat menempuhi alam kampus... ;)Read more!
Posted by afzanur_rahman at 9:18 AM 0 comments

PTPTN siri 1 Berita baik peminjam PTPTN??

dicuri daripada http://ismirieya.blogspot.com/

Memetik kenyataan dari Harian Metro --->
PUTRAJAYA: Kadar caj perkhidmatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diturunkan dalam tempoh terdekat bagi mengurangkan beban yang ditanggung kira-kira 1.14 juta peminjamnya.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ia berikutan kajian yang dilakukan PTPTN menunjukkan tanda positif di mana kadar caj tiga peratus yang dikenakan kepada semua peminjam ketika ini akan mengalami penurunan.“Kajian PTPTN menunjukkan kadar caj perkhidmatan itu tidak akan naik, sebaliknya akan turun. Berapa? Kena tunggulah. Saya akan bentangkan ke Kabinet minggu depan. Kemudian, saya sendiri akan umumkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Setelah isu ini hangat dibicarakan setiap kali MPPK berlangsung, akhirnya respon positif yang ditunggu semua mahasiswa peminjam PTPTN mungkin bakal menjadi kenyataan.

Perwakilan pelajar universiti bangkit menyuarakan pendapat mewakili suara mahasiswa dan bertindak sebagai orang tengah berharap agar caj perkhidmatan yang dikenakan dapat dikurangkan bagi meringankan beban bayaran pulangan. Pada ana, sememangnya wajar kadar caj PTPTN dikaji semula. Bukan apa, dalam tempoh mencari pekerjaan setelah bergelar graduan mungkin mengambil masa. Terletak pada tuah dan nasib masing-masing. Bagi yang kurang bernasib baik, masalah tidak mendapat peluang pekerjaan ditambah dengan bebanan bayaran balik wang pinjaman yang makin bertambah jumlahnya. Manakan nak cari duit untuk diri sendiri, bahkan gaji yang diperoleh semata-mata dibuat bayar balik PTPTN.Namun, isu caj khidmat PTPTN ini mendapat liputan meluas apabila dikatakan ada unsur-unsur riba. .

Laporan itu menyatakan Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail akan membawa isu caj ini ke Majlis Fatwa Kebangsaan bagi ‘membersihkan’ salah faham dan kekeliruan mengenainya. Beliau dilaporkan oleh akhbar sebagai berkata:“Walaupun kami tahu caj itu caj perkhidmatan, tidak bertentangan dengan syarak, namun nama baik PTPTN mesti dipertahankan. Caj itu bukan riba tetapi adalah caj yang dikenakan selepas perkhidmatan diberikan.”

Bagaimanapun, dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Syariah AAOIFI dan hasil Keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ia adalah KOS SEBENAR. Majlis Penasihat Syariah Dunia di AAOIFI menyebut “It is not permitted to link the charge to the amount withdrawn (given).” (Tidak dibenarkan untuk mengaitkan caj kepada jumlah yang diberikan.” (Syariah Standard, no 10/3/2, hlm 338). Ini kerana peratusan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman ini menyebabkan jumlah kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama (kerana menggunakan alatan dan sistem yang sama), menjadi berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi. Resolusi mereka juga menyebut adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih daripada kos sebenar, justeru ulama di persidangan tadi mewasiatkan supaya cara untuk mengira dibuat setepat dan sebaiknya.Selain itu, keputusan mereka juga menyebut kos tidak langsung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman. , cara caj perkhidmatan yang dapat dilihat di PTPTN tidak menepati cara yang digariskan oleh majlis ulama dunia ini.

Selain itu, fakta terpenting untuk difahami juga adalah riba tidak mengira sama ada dicaj di awal perkhidmatan atau selepas perkhidmatan diberikan. Ia adalah sama saja selagi mana caj dan kiraan sedemikian diletakkan di dalam akad atau kontrak pinjaman.Isu itu timbul apabila peminjam mempersoalkan ketelusan pengiraan sebenar kos perkhidmatan PTPTN kerana ia tidak dinyatakan secara terperinci.

Bagaimanapun, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang dikeluarkan pada 11 Mac 2002 menggariskan, mengikut kaedah syariah, PTPTN boleh menggunakan kos perkhidmatan mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan. Berdasarkan keputusan itu, kos PTPTN berkenaan perlu mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan kepada pelajar,bukannya dengan anggaran peratusan seperti amalan sekarang.Ditanya status caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN, sama ada ia dikategorikan sebagai riba dan haram, Wan Mohamad berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan mengutamakan usaha untuk memperbaiki kaedah pengiraannya bagi mengatasi kekeliruan orang ramai. “Apa yang berlaku kepada PTPTN harus menjadi iktibar dan sepatutnya sebarang usaha untuk memperkenalkan skim yang membabitkan soal kewangan perlu mendapat pandangan institusi fatwa bagi mengelak kekeliruan.

Mudah-mudahan hak mahasiswa/i terus terjamin pada masa mendatang.Sumber terlibat : Harian Metro, An-Nur & Berita Harian

entry lain yg boleh dibaca
http://karyafansuri.blogspot.com/2008/05/syukur-hutang-pelajaran-mara-sudah.html

Wednesday, June 11, 2008

renungan ketika tertekan, stress, frust dll...

dicopy paste drp "SHARING IS CARING"

http://neija.blogspot.com/2008/05/allahu-akbar.html

Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran.

JANGAN MENGELUH ........... Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. .........

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu enyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-aqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Friday, June 06, 2008

ya Allah ampunilah hambamu ini.......

munajat:
Ya Allah,
hambamu memohon keampunan,
atas segala dosa dan kesalahan,
atas keterlanjuran dan kebiadapan,
atas kesombongan dan keegoan.
Ya Allah,
hanya engkaulah semata-mata tempat mengharap,
hanya engkaulah yang mengetahui awal dan akhir,
hanya engkaulah yang menyimpan yang rahsia serta zahir,
hanya engkaulah yang mengetahui rahsia duka hatiku ini.
aku mohon ya Allah,
agar masa mendatang memberi peluang cerah kepadaku,
berilah kekuatan agar aku dapat berjuang dengan ikhas,
berilah kesempatan agar aku dapat berbakti dengan luas,
berilah keinsafan agar aku tidak kembali terhempas,
ya Allah...hanya engkaulah yang mengetahui isi hatiku....
tabahkanlah aku,
teguhkanlah aku,
mantapkanlah aku,
bantulah aku,
kerana sesungguhnya hanya Engkaulah tempat mengadu....

rintihan:

sahabat,
aku perlukan sokongan kalian,
kerana,
aku yakin,
kalian merupakan asbab untuk aku terus bangkit,
belajar dan terus belajar untuk mengajar dan jadi terpelajar....
untuk meneraju kegemilangan mutlak
untuk generasi yang masih belum tercetak...

rentetan:
TSUNAMI peperiksaan,
perit untuk di telan,
tetapi pasti memberi peluang,
di mana ada kemahuan,
disitu terbit harapan,
yang pasti ada jalan.
anwarjauhari
6mei08-ternyata ia kenyataan-

alhamdulillah.. tamat sudah istiadat konvokesyen ke 68 UiTM

pengalaman menjadi sebahagian daripada warga kerja istiadat konvokesyen merupakan pengalaman yang sangat berharga dan bermakna buat saya.
hanya Alhamdulillah dapat saya ucapkan kerana
  1. tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
  2. pengalaman menjadi sebahagian daripada staf UiTM walaupun sekadar SKP.(----staf UiTM di PRKP semuanya mesra, prihatin, komited dan menjaga kebajikan kami...)
  3. bersahabat dengan orang hebat UiTM dari pelbagai fakulti , latar belakang (tidak lupa kepada sdr syamil...dari kampus perak.)

  4. berhadapan dengan karenah pelbagai graduan dari seluruh kampus cawangan UiTM.- (-------bukan setakat graduan , malah saya buat pertama kalinya bertengkar dan bertekak dengan ibu bapa graduan...dengan perasaan marah yang amat sangat, tanpa menyedari yang umurnya sebaya ayah saya....tetapi syukurlah semuanya berlaku dengan "marah berhemah")

  5. menyelami dan memahami hati budi dan perangai sahabat sahabat SKP yang pelbagai ragam.........(yang penting bagi saya, saya dapat memahami erti pergaulan dan kenapa Islam ada batasannya)

  6. barulah saya faham peranan dokumentasi, rekod, dan resit serta surat dan apa apa yang boleh dijadikan bahan bukti hitam putih amat diperlukan tatkala menghadapi saat kritikal....(saya kerap terpaksa merujuk buku panduan konvo yang menyatakan klausa "sewa tambahan, denda lewat pulang jubah ,dan mewakilkan pihak lain untuk menuntut skroll". saya tak dapat bayangkan kalaulah buku panduan tersebut tidak ada, kepada siapa saya nak rujuk, dan mesti ada penumbuk yang terkeluar dari poket)

  7. kemahiran mengurus pasukan amat penting. contoh yang nyata berlaku di depan mata saya apabila berlakunya konflik dalaman yang secara langsung menjejaskan mutu kerja para SKP. namun, syukurlah perkara tersebut tidak melarat dan dapat dipulihkan.baru saya faham, kenapa ketua perlu memahami anak buahnya, kenapa ketua perlu turut sama turun padang, dan kenapa seorang pemimpin perlu mengukuhkan hubungan dan pengharapan kepada Allah dalam memimpin. jawapannya kerana setiap langkah pemimpin itu mengundang pelbagai persepsi yang berbeza pada pandangan orang di bawahnya....
  8. segala yang cantik yang kita lihat sepanjang majlis adalah yang terbaik bagi semua yang melihatnya.namun hanya orang di belakang tabir sahaja yang tahu betapa seksanya untuk menghasilkan yang terbaik itu.betapa perlunya kesepakatan dari setiap jabatan dan bahagian untuk menghasilkan yang terbaik itu.setiap satu saling memerlukan yang lain. saya tak dapat bayangkan jika mana-mana pihak samaada PTAR, Bendahari, katering SegiSeri, makcik cleaner, penjual bunga, penjaja patung dan makanan, pengawal keselamatan dan banyak lagi pihak yang sama-sama menyumbang dalam kejayaan istiadat ini...barulah saya sedar...saya tak layak walaupun sedetik untuk mendabik dada mengatakan sayalah yang paling penting, sayalah yang paling hebat, sayalah yang terbaik, sayalah segala-galanya....tanpa saya majlis tak jadi......... ya Allah ampunkanlah aku atas keterlanjuranku sebelum ini...

  9. dan sewaktu mengisi borang tuntutan elaun, pelbagai ragam saya temui. ada yang marah, tak puas hati, ada yang malas nak cerita banyak, ada yang tak kesah, ada yang tertekan dan banyak lagi....namun saat itu saya sedar----betapa azabnya mencari rezeki yang halal untuk dimakan,betapa pentingnya kejujuran dan kimanan, betapa tegasnya dalam menjaga amanah dan peraturan. semua itu tidak diajar di dalam kelas, tetapi.....ilmu itu Allah yang beri kepada sesiapa yang Dia kehendaki....ya Allah aku jahil, banyak yang aku tak tahu, maka ajarkanlah aku Ya Allah....dengan ilmumu yang tak terperi banyaknya....

  10. akhir sekali, erti persahabatan, kasih sayang dan setiakawan. pertama kali dalam hidup saya , ada sahabat yang sanggup datang ke stesen bas semata-mata untuk menghantar kawannya balik,tanpa disuruh dan diminta.(bukan hantar saya seorang, malah semua yang balik naik bas...semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal kepada beliau).pertama kali saya di marah semata-mata kerana memanjat besi pagar untuk mematikan suis kipas, dimarah semasa memanjat kerusi untuk menampal kertas, semua itu tidak lain tanda keprihatinan dan sifat keibuan yang tersemai dalam diri staf PRKP (waktu itu saya terus sebak terkenagkan arwah ibu...al-Fatihah untuknya....amin).dan juga betapa pentingnya jaringan dari pelbagai tahap dan jawatan....

dan banyak lagi yang saya dapat, tetapi sungguh sedikit yang saya beri kepada sahabat SKP, staf-staf yang saya anggap seperti ibu,kakak,ayah dan abang saya sendiri. dan sungguh kecil sumbangan saya kepada UiTM....sedangkan saya mendapat manfaat yang tidak terhingga banyaknya di bawah bumbung UiTM dengan Izin Allah.

sebagai kenangan
yantie---manja, lincah dan terkawal.
nyza--bertanggungjawab, dan komited dengan amanah, saya kagum dengannya.
k jae---senyuman, nasihat, dan erti persahabatan yang akak tunjuk meruntun jiwa saya.
zulhilmie---pertama kali saya dapat msg..."kehadapan sahabatku anwar, sudlah kiranya saudara mengejut saya seawal 6 pagi esok..."lemah lembut dan yang saya kagum, semangat setiakawannya yang tinggi.
k jue---lincah, tetapi terkawal
alan---pemuda kategori baik, tidak nakal, layan cerita jepun dan korea....dan saya kagum dengan komitmen kerjanya....
farah---pendiam, akan tersenyum tetapi bertukar menjadi jelingan tajam menunjukkan dia tidak suka menjadi perhatian.
syamil---bersahaja, cepat menyesuaikan diri, dan wataknya tidak mendatangkan masalah @ konflik.
jufri---hebat, berdedikasi, komitmen tinggi, dan menunjukkan teladan yang boleh dicontohi....cuma rambut je yang lain dari yang lain...
amal---muurlah dia dah berpunya...kalau tak mungkin setiap hari saya akan mengusiknya....comel, tembam, menarik,tetapi mungkin saya perlu muhasabah diri saya.....
yuez---aka kecik--lincah macam budaksekolah menengah, tapi saya kagum dengan kemampuan dia bersikap neutral dan serba boleh
AG--kecik dgn AG ni pantang ada kamera....tapi mrk berdua memberi sumbangan besar terutama dalam hal barisan...
am--abang ni pendiam, tetapi kalau buat kerja, kemas dan bermutu....abang idola...
john----ni gila2 sikit...sama mcm sy....tak dapat bayangkan, akak staf PRKP pun dia sanggup usik....
wahid --aka ramu--ni pun gila-gila sikit...tapi boleh diterima sebab dianggap sbg adik yang manja dan ngada-ngada.
k sul---rasanya SKP sume respect kat dia....leasan sek agama, pengalaman luas, peribadi boleh dicontohi, tahun akhir,result gempak...semoga dia bahagia disamping suaminya (2 tahun lagi dia hantar kad jemputan)
sara--tak berani nak tenung mata dia lama-lama. kalau menjeling macam nak makan orang. pulak tu tambah gaya macam boneka jepun /korea yang menyeramkan. tapi dia banyak ajar say aentang realiti kehidupan, dan apa itu Quantity Surveyer
Keng---saya belajar bahasa keempat...bahasa utara dengan dia...terma kasih keng..(aka syikin)
asrul---tokoh sejarah, pembaca setia surat kabar....
syahrul---sahabat diskusi akhbar utk asrul.tapi komited buat kerja. dua orang ni pendiam sikit.
paan----berperanan besar utk back-up ketua.banyak sumbangan dia walaupun ramai tak sedar...

dah kot...cukupla tuu....
saya sekardar menulis beberapa nostalgia,jika tuan punya diri tak puas hati...beritahu saya...tapi saya sedaya upaya nak membuktikan di sini bahawa,"sahabat SKP telah mengajar saya banyak perkara dan saya takkan sesekali melupakan istiadat konvo UiTM ke 68 ini"

mohon maaf atas segala keterlanjuran, sahabat SKP,staff, graduan , ibubapa dan sesiapa sahaja yang pernah bertemu saya sepanjang istiadat....

segala yang baik datangnya dari Allah,
tiada daya dan Usaha melainkan dengan izin allah
semoga pembaca sentiasa dibawah lindungan rahmat dan hidayah Allah
amin...
sem depan InsyaAllah bertugas lagi..

anwarjauhari
http://www.anwaruitm.blogspot.com/

Thursday, June 05, 2008

sokongan kepada GPMS UiTM dari ahli GPMS UiTM.

GPMS UiTM Gesa Hak Bumiputera Dikembalikan

Mengulas mengenai isu kenaikan peratusan penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kaum bukan bumiputera daripada 10 peratus kepada 45 peratus, dengan ini kami GPMS Caw Khas UiTM Malaysia Shah Alam membantah dengan sekeras – kerasnya dasar yang akan dilaksanakan oleh JPA tersebut. Tanpa dikaitkan dengan hak istimewa orang melayu(yang sudah pastinya dasar tersebut bertentangan dengan apa yang JPA lakukan) kami mengemukakan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh JPA :

1. Bilangan Profesional Setiap Kaum

Penghantaran pelajar Malaysia ke luar Negara adalah bertujuan untuk meramaikan lagi bilangan professional di kalangan rakyat Malaysia kerana hampir semua kursus yang ditawarkan adalah bidang profesional. Mengikut pecahan kaum, kaum bumiputera didapati mempunyai bilangan professional yang paling rendah peratusnya berbanding kaum lain walaupum membentuk majority rakyat malaysia. Pengurangan peratus bumiputera dalam pemberian biasiswa JPA menyebabkan bilangan professional bumiputera pada masa akan datang akan turut rendah peratusanya.

2. Status Keluarga
Adalah mengecewakan apabila golongan yang dikategorikan sebagai berada (daripada kalangan bukan bumiputera) turut layak untuk menerima biasiswa JPA. Sepatutnya mereka ini boleh menyambung pelajaran ke luar Negara dengan pembiayaan sendiri. Meritokrasi tidak boleh dijadikan alasan kerana sudah tentu orang yang lengkap keperluan belajarnya akan mempunyai prestasi akademik yang lebih baik berbanding dengan golongan yang kekurangan serba – serbi.

3. Penguasaan Ekonomi Kaum
Sejak merdeka terutamanya selepas peristiwa 13 Mei 1969 kerajaan telah mengubal pelbagai dasar atas tujuan untuk menyamaratakan agihan ekonomi antara kaum untuk memastikan Negara kekal stabil. Sehingga kini usaha yang dilakukan belum menampakkan hasil yang dikehendaki dengan penguasaan ekonomi bumiputera belum lagi melepasi 20 peratus berbanding 30 peratus yang disasarkan.Bilangan professional bumiputera seharusnya ditambah dengan agresif kerana ia mempunyai kaitan rapat dengan penguasaan ekonomi (sekurang – kurangnya melepaskan keluarga professional tersebut daripada belenggu kemiskinan.) Antara langkah penambahan agresif adalah menambah bilangan penerima biasiswa JPA dab bukan menggurangkanya.

4. Jaringan dalaman kaum
Tidak dinafikan kaum bukan bumiputera mempunyai jaringan sokongan dalaman yang kukuh. Walupun tanpa bantuan kerajaan mereka masih mampu untuk menghantar pelajar – pelajar mereka ke luar negara melalui inisiatif persatuan, syarikat dan individu. Namun bagi kaum bumiputera jaringan seperti ini adalah amat kurang kerana faktor penguasaan ekonomi. Menyedari hakikat ini mengapa kerajaan masih mahu memberi bantuan biasiswa JPA kepada kaum bumiputera padahal pada mereka ianya adalah jalan pilihan sedangkan bagi bumiputera hampir mustahil untuk mereka mendapat peluang yang lain.Sehubungan dengan itu kami mahu JPA menarik balik dasar tersebut. Selain itu GPMS UiTM menggesa agar kerajaan memberi peluang kepada semua palajar bumiputera yang layak untuk mengikuti kursus professional tanpa mengira kuota dan had. Kenyataan ini tidaklah wajar dianggap berbau perkauman kerana ianya adalah untuk kepentingan Negara.

Mohd Abd Rauf Tumiran
YDP GPMS Caw Khas UiTM Malaysia

Monday, May 05, 2008

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: navigasi, gelintar

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) merupakan satu akta yang digubal oleh kerajaan Malaysia yang diperkenankan oleh raja pada 27 April 1971. Ia juga merupakan suatu akta sebahagiannya di bawah kuasa Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.[1] Akta ini dipinda pada tahun 1975 dan 1995 menjadi Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 1995.

[sunting] Mengongkong pelajar


Menurut Abdullah Haji Abdul Karim, Pengarah, Jabatan Pembangunan Mahasiswa Dewan Pemuda PAS Pusat dalam kenyataan rasmi dalam laman Harakah Daily berkata meskipun di dalam mukadimah AUKU 1971 jelas memperuntukkan bahawa AUKU adalah bertujuan untuk to provide for the establishment, maintenance and administration of University and University Colleges and for other matters connected therewith, tetapi kita melihat bahawa banyak peruntukan di dalamnya, terutamanya seksyen-seksyen baru yang dimasukkan selepas pindaan pada tahun 1975 yang dibentangkan oleh Menteri Pelajaran waktu itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melalui Akta Pindaan A295, seperti Seksyen 15A, 15B, 15C, 15D, 16A, 16B, 16C dan lain-lain yang jelas bercanggah dengan prinsip keadilan undang-undang. Matlamat utama[2]terhadap pindaan yang dibawa dalam tahun 1975 tersebut yang kekal sehingga kini ialah menghalang:

  • penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja, dan
  • penggabungan di antara badan-badan pelajar.

Antara beberapa peruntukan di dalam AUKU dan juga Kaedah-Kaedah Tatertib Pelajar (merupakan undang-undang kecil yang mengandungi semua peruntukan berkaitan dengan tataertib pelajar-pelajar dan dikuatkuasakan secara seragam di semua IPTA) dimana kaedah ini digubal oleh Lembaga Pengarah Universiti melalui perwakilan kuasa (delegated power) yang diberikan oleh Seksyen 16C (1) AUKU 1971, yang berlawanan dengan hak asasi manusia serta bersifat menindas dan perlu dipinda atau dimansuhkan segera ialah:
Di dalam Kaedah-Kaedah Tatatertib Pelajar yang digunapakai di kesemua IPTA di negara ini dan juga praktis yang menjadi amalan kebanyakan IPTA, bidangkuasa berkenaan dengan hal-ehwal tatatertib pelajar adalah diwakilkan oleh oleh Naib Canselor/Rektor sesebuah universiti kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang kemudiannya akan membentuk Jawatankuasa Tatatertib Universiti/Pihak Berkuasa Tatatertib Universiti. Merujuk kepada AUKU sendiri dan juga Kaedah-Kaedah Tatatertib Universiti, kuasa Jawatankuasa Tatatertib ini adalah amat luas dengan meliputi kuasa

  • menyiasat,
  • menjalankan pendakwaan,
  • mendengar kes tatatertib dan menghakimi kes tersebut dan
  • membuat keputusan serta menjatuhkan hukuman sekiranya pelajar yang dipertuduh itu didapati bersalah.

Beliau menekankan bahawa perkara ini amatlah bertentangan dengan rules against bias yang menjadi tonggak utama kepada prinsip keadilan semula jadi (natural justice) yang menjadi dasar utama kepada mana-mana badan pengadilan termasuklah mahkamah atau pun mana-mana tribunal. Tidak ada jaminan pelajar yang dipertuduh oleh Jawatankuasa Tatatertib tersebut akan mendapat perbicaraan yang adil oleh kerana komposisi Jawatankuasa Tatatertib adalah terdiri dari orang yang sama yang menjalankan segala kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang. Peruntukan ini juga bertentangan dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak sama rata di sisi undang-undang dan hak sama rata untuk mendapat perlindungan undang-undang.

Tidak terdapat pun sebarang peruntukan samada di dalam AUKU mahupun di dalam Kaedah Tatatertib Pelajar yang memberikan hak kepada pelajar yang didakwa di hadapan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar untuk mendapatkan khidmat seorang Peguambela dan Peguamcara bagi mewakilinya di dalam perbicaraan tersebut. Sedangkan bagi kakitangan universiti termasuk pensyarah yang turut di dakwa atas suatu pertuduhan tatatertib, mereka dibenarkan untuk diwakili oleh seorang peguam berdasarkan peruntukan di dalam Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act 2000. Diskriminasi ini adalah bertentangan dengan Perkara 8 (1) Perlembagaan Persekutuan manakala penafian hak untuk diwakili oleh seorang peguam (right to counsel) adalah melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan. AUKU sepatutnya dipinda bagi memasukkan peruntukkan yang membenarkan seseorang pelajar diwakili oleh peguam pilihannya sendiri jika dia dibicarakan oleh Jawatankuasa Tatatertib Universiti.

Seksyen 15D pula menjadi ancaman utama kepada pelajar, terutamanya kepada pelajar yang sedang dipertuduh di bawah sebarang kesalahan jenayah diluar, di mana pelajar terbabit hendaklah digantung pengajian hinggalah kesnya selesai. Peruntukan ini jelas berlawanan dengan prinsip ‘a man is innocent until proven guilty’ kerana pelajar terbabit telahpun ‘dihukum’ sedangkan kesalahannya belum dibuktikan lagi. Jika didapati bersalah pelajar terbabit secara automatik akan dipecat dan sekiranya didapati tidak bersalah, akan diterima kembali untuk menyambung pengajian. Tetapi kita semua maklum bahawa sesuatu kes di mahkamah akan memakan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan. JPMDPP berpendirian peruntukan Seksyen 15D ini sepatutnya dimansuhkan serta merta.

Berdasarkan kepada Kaedah Tatertib Pelajar-Pelajar, mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan boleh dikenakan mana-mana satu atau gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai yang berikut, iaitu:

  • amaran;
  • denda;
  • dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
  • digantung daripada menjadi seorang pelajar universiti bagi tempoh yang ditetapkan;
  • dipecat dari universiti.

Apa yang menjadi masalah, peruntukan ini adalah umum dan ianya tidak menentukan urutan hukuman yang mesti diikuti. Bentuk hukuman yang hendak dijatuhkan adalah berdasarkan kepada budibicara Jawatankuasa Tatatertib tanpa dipandu oleh apa-apa peraturan tertentu. Oleh sebab itu soal kesetimpalan (proportionality) juga boleh dipertikaikan di mana dalam beberapa kes, terdapat pelajar yang terus dikenakan hukuman dipecat dari universiti meskipun didapati bersalah melakukan kesalahan kali pertama dan kesalahan tersebut bukanlah kesalahan yang besar seperti jenayah rompak ataupun rogol.

[sunting] Rujukan
↑ AKTA-AKTA , Laman Kementerian Pengajian Tinggi. 28 Mac 2008.
↑ "Keny. Rasmi JPMDPP: Isu Pemansuhan Akta Universiti Dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), Harakah Daily. 13 Feb 2006.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Universiti_dan_Kolej_Universiti_1971

Saturday, April 26, 2008

jika.....


Jika ibu-bapa hanya pintar melahirkan anak
Jika pelajar hanya mahu lulus periksa dan cari kerja
Jika guru, pensyarah kehilangan arah, ilmu terpaku di dada ijazah
Jika peniaga bermain politik dan bertuhankan laba
Jika cendiakawan cuma mengikut dan membuat komen
Adam akan menyesal dan Iblis akan ketawa besar

Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud