Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Saturday, August 23, 2008

Universiti dan Mahasiswa: Mencipta alam yang diimpikan

Mahasiswa: Mencipta alam yang diimpikan
Posted by Shinobi D. Awan on January 30, 2008
Artikel ringkas ini ditulis untuk membetulkan persepsi terhadap peranan universiti dan mahasiswa. Dari pandangan sempit kepada paradigma yang lebih mendasar dan menyeluruh. Dari itu, mahasiswa akan lebih sedar bahawa kehadiran mereka di univeristi bukan semata-mata untuk menaiki pentas konvokesyen selepas bergraduasi, tapi supaya mereka bersiap untuk berpencak di pentas masyarakat yang sebenar.


Pengenalan alam universiti
Sebelum meneruskan bicara, suka untuk penulis mulakan dengan petikan kata-kata tokoh yang menggambarkan pandangan, kritikan dan harapan terhadap mahasiswa dan universiti:

“Sekalipun usaha-usaha pelajar patut diberi pujian, saya berharap persatuan pelajar patut memikirkan soal melibatkan gerakannya kepada kebajikan umum yan merangkumi bidang-bidang yang luas”- Datuk Alexander Oppenheim, bekas Naib Canselor Universiti Malaya

“Universiti yang baik adalah universiti yang menggambarkan dan mencerminkan masyarakat luar”- Prof. Diraja Ungku Aziz, bekas Naib Canselor Universiti Malaya

“Kegiatan universiti yang sebenar menjadikan universiti sebagai rujukan masyarakat dalam pembinaan ummah”- Prof Shaharir, bekas Timbalan Naib Canselor UKM

Kesemua tokoh ini memberikan gambaran tentang peri pentingnya peranan universiti terhadap masyarakat dan kepentingan mahasiswa memainkan peranan untuk menterjemahkan peranan universiti yang sebenar. Universiti berdiri atas nilai intelektualisme dan keilmuan. Maka atas nilai ini jugalah universiti sewajarmya memainkan peranan dalam mendidik masyarakat kearah membina generasi yang lebih baik.

Universiti bukanlah seperti sebuah sekolah, yang peranan pelajar di dalamnya hanya belajar untuk lulus peperiksaan dan mendapatkan sijil. Lebih dari itu, universiti berperanan mendidik mahasiswa khususnya dan masyarakat luar umumnya secara akademik dan intelek, agar tahun-tahun yang mendatang akan menampilkan satu generasi yang lebih berkualiti dari generasi sebelumnya. Besarlah harapan mereka yang berjiwa besar untuk melihat insan-insan yang mereka didik akan mejadi lebih berjaya dari diri mereka sendiri.
Universiti juga merupakan alam transisi bagi mahasiswa, dari zaman ‘budak-budak’ kepada alam realiti dunia sebenar. Dari individu yang hanya tahu memikirkan tentang diri sendiri kepada individu yang cakna kepada ummah. Dari individu yang tidak dilengkapi sebarang kemahiran kepada individu yang memiliki pakej lengkap untuk dicampakkan ke medan tempur. Dari individu yang hidup dalam dunia sendiri kepada individu yang hidup dengan dunia yang sebenar, bahkan mereka menghidupkan dunia itu bertunjangkan nilai-nilai keilmuan. Maka, universiti yang sebenar patut memiliki pakej yang sesuai untuk me’mahasiswa’kan mahasiswa.

Pengenalan alam mahasiswa
Mahasiswa adalah unit penting bagi sesebuah universiti. Tanpa mahasiswa, maka tidak akan universiti. Mahasiswa merupakan golongan yang tertanggung di pundak mereka tanggungjawab untuk merealisasikan hasrat penubuhan sesebuah universiti.
Maksudnya, mahasiswa tidak boleh hanya dibiarkan dalam dunia akademik semata-mata, sebaliknya perlu diberikan pendedahan tentang alam realiti kehidupan dan dilengkapkan dengan segala macam kemahiran. Pembinaan kemahiran ini bukanlah sekadar suka-suki atau hanya untuk mencukupkan syarat akademik, sebaliknya ia memiliki objektif yang futuristic untuk mencapai visi dan misi penubuhan universiti. Produk-produk kelahiran universiti diharap tidak hanya sekadar memenuhi ruang-ruang kosong alam kerjaya, bahkan mereka dapat membimbing dan memimpin masyarakat keluar dari kepompong sempit kepada masyarakat yang berkesedaran dan terdidik.

Untuk memastikan produk sesebuah universiti itu berkualiti, maka proses penghasilannya sangat penting. Proses yang dimaksudkan adalah bagaimana mahasiswa dibentuk dan dicanai dari sudut minda dan kemahiran mereka sepanjang tempoh mereka berada di universiti. Alam mahasiswa di universiti merupakan medan latihan (training ground) yang terbaik. Mereka perlu ditempa dan dicanai dengan segala macam kemahiran, dibekal dan ditiupkan dengan semangat juang disertai dengan pembongkaran bedah siasat social agar mereka mampu mengaplikasi kemahiran yang mereka ada sesuai pada tempatnya.

Antara impian dan realiti: pilih untuk me’realiti’kan impian.
Namun, realiti universiti dan mahasiswa sekarang ini seolah-olah sangat jauh dari apa yang diimpikan. Ini bukan masalah impian ini hanya fantasi yang tidak realistik, tetapi realiti yang berlaku ini yang tersasar jauh dari matlamat. Mahasiswa dilihat hanya perlu menamatkan pengajian 4 tahun sarjana muda dengan belajar dan menyiapkan assignment, kemudian mengisi ruang-ruang kerja kosong di pasaran. Titik. Cukupkah begitu? Tidak!
Realiti yang berlaku berpunca dari pelbagai faktor. Baik dari sudut dalaman mahupun luaran dari dunia universiti dan mahasiswa. Walau apapun punca masalah yang berlaku, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk terus membiarkan univesiti dan mahasiswa terus dibelenggu dengan sindrom kaku, lesu dan beku. Langkah perlu diambil bagi membaikpulih senario ini.

Oleh itu, mahasiswa perlu bertindak proaktif. Adalah mustahil untuk mengharapkan semua mahasiswa bertindak. Oleh itu, mahasiswa yang berkesedaran perlu memainkan peranan, menongkah arus lesu alam mahasiswa untuk mencipta arus dan gelombang baru. Arus dan gelombang baru ini diharapkan agar dapat meletakkan alam universiti dan mahasiswa kembali ke jalan yang sepatutnya. (keep on track).
Susah? Kurang tenaga? Tiada idea? Banyak cabaran? Itu semua alasan.

“Most of the important things in the world have been accomplished by people who have kept on trying when there seemed to be no hope at all.”(Dale Carnegie)

di curi daripada http://ultimatum21.wordpress.com/

Sharpen You Brain (adapted from Reader’s Digest January 2008 )

Sharpen You Brain (adapted from Reader’s Digest January 2008 )

Improve your memory
Boost your spatial awareness
Crunch more numbers
Widen your word power
Improve you memory


Learn by heart a “to do” list of 10 or more jobs for the day that incorporates a route – it could be your stroll to the cafe, say, or the walk to your first class – and try to mentally link each job with one location: buying a newspaper at the shops, dropping off a housemate to class, calling home outside the cafĂ©, etc.
Then ask yourself the following questions:
What task follows buying the newspaper?
What job precedes phoning home?
The second job on the list is?
Where on the list is sending your housemate?
The next day, come up with a new list and increase the number of items to 20 or so.

Boost your spatial awareness
Navigate your way around the house blindfold (best not done alone!). Then sit in a chair and mentally walk round your house, visualising your every move. Or put 12 objects on a tray, memorise their location, then get someone to move a few about. Guess which have moved.

Crunch more numbers
Do these exercises every day: add up in your shopping in the queue before you pay; divide up bills when they come in; estimate quantities of things you pass, such as people in a group or trees in a garden. Keeping your mind nimble and always on the move with numerical teasers will improve your mathematical sharpness.

Widen your word power
Go for as many of these as possible; learn a new word every day and use it often; make up anagrams of words. These will improve your understanding of the true meaning of words.

dicuri daripada http://subtlefortitude.wordpress.com/

Saturday, August 16, 2008

SUSULAN ISU KEMASUKAN PELAJAR UiTM


HAMPIR SELURUH BILL BOARD DI KAMPUS UiTM SHAH ALAM DITUKAR KEPADA BENTUK DI ATAS........

alhamdulillah, semalam saya terlibat dengan HOMECOMING ALUMNI UiTM , nostalgia 52. terlibat dengan explorace di seluruh kampus induk. pengalaman yang bermanfaat insyaAllah. sambil dapat berkenalan dengan beberapa alumni yang tentunya mencurahkan seribu satu kisah dan nasihat.

cukup sekadar itu untuk explorace, saya lebih berminat untuk berkonsi mengenai apa yang dikatakan oleh dato' VC dalam majlis perasmian homecoming 2008 ini.






Isu Kemasukan Pelajar UiTM : MB Tidak Pertikai Hak Istimewa Melayu, Bumiputera


SHAH ALAM, 13 Ogos – Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata ulasan beliau berhubung pembukaan 10 peratus kuota Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada pelajar asing dan bukan bumiputera dilaporkan di luar konteks asal dan lebih menjurus kepada isu perkauman.


Menurut beliau kenyataannya itu bukanlah dasar kerajaan Pakatan Rakyat mahupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, kenyataan itu dibuat beliau bagi menjawab soalan pihak media tentang kemasukan pelajar asing dan bukan bumiputera ke UiTM.

“Ulasan tersebut telah dibuat dari konteks mempertingkatkan mutu serta kualiti pendidikan tinggi di dalam era globalisasi sekaligus membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada pelajar Melayu dan bumiputera,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco petang ini......baca lagi........




BACA 2: KOMEN

So what Khalid saying is he said it but not PKR's stand?
Haiya, why so complicated.
Stand by what you saylah.
Anyway, which crazy chinese will send their kids to UiTM?
The one that sends their kids to Chinese school?
THe one that refuses to wear songkok because it looks like Malay?
The one that thinks all Malays are lazy buggers?
Haiya, be real.
They voted you in to ensure they have political, economical and religous power. NOt forcing their kids to go to a Malay "University".
FocuslahBabe..........BACA LAGI.......

BACA 3

Awas strategi anak angkat UMNO.Pelajar Uitm yang berdemo akan dibayar untuk pergi berkempen senyap2 di permatang Pauh. Pelajar USM pula dilarang berkempen. .....BACA LAGI.....

BACA 4

ISU UiTM: Pemimpin mahasiswa PALING BODOH menganjurkan perhimpunan!

uitm students protest in selangor state office 130808 01Inilah pertama kali aku tengok Pemimpin Pelajar dari UiTM yang paling bodoh! Maaf la aku cakap, tapi memang cukup bodoh kerana bertindak tanpa berbincang dahulu. Disebabkan perkara yang tidak jelas, terus menganjurkan perhimpunan menentang kenyataan Menteri Besar Selangor.

Bodoh dan terus bodoh Pemimpin Mahasiswa UiTM ni. Bukan kata nak siasat dulu, tapi terus termakan dengan dakyah dari akhbar harian tajaan UMNO itu sendiri.

Walaupun aku bangga sebab mereka yang suka duduk bawah ketiak UMNO ni, dah sedar bahawa penting untuk mengadakan demonstrasi untuk menuntut sesuatu hak, tapi bagi aku, MEREKA TETAP BODOH MACAM CIPAN!!!..........BACA LAGI...........


BACA 5
Abdul Khalid Ulas Isu Kuota Kemasukan Pelajar UiTM PDF Cetak E-mail

SUBANG JAYA, 12 Ogos - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan pendapat yang dinyatakannya berhubung pengambilan pelajar bukan bumiputera dan pelajar asing ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak bertujuan menghina masyarakat pengajian tinggi.

Dato' Menteri Besar berkata ia hanyalah satu cadangan dan beliau memang tiada hak untuk menentukan yang UiTM perlu membuka 10 peratus kuota kemasukan kepada golongan pelajar berkenaan.

"Saya memang tak ada hak...tapi saya hendak mencadangkan, itu saja. UiTM sudah ada pelajar-pelajar bukan Melayu tapi dari luar negeri.

"Kita tidak boleh (minta) dia menerima pelajar dalam negeri atau luar negeri. Apa yang kita katakan ialah supaya UiTM meningkatkan lagi percampuran pelajar," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Sesi Dialog Bajet di Holiday Villa dekat sini petang tadi...BACA LAGI.........

BACA 6
UiTM Perlu Bersikap Global - Tan Sri Abdul Khalid PDF Cetak E-mail

SHAH ALAM, 10 Ogos - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpendapat pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) perlu disertai tidak lebih 10 peratus pelajar bukan bumiputera dan antarabangsa.

Dato' Menteri Besar berkata dalam masa sama, usaha UiTM sepertimana tujuan penubuhannya sebagai satu institusi yang cuba meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu dan bumiputera dalam pengajian tinggi perlu diteruskan.

"Walau bagaimanapun, UiTM juga perlu bersikap global dalam usahanya menentukan siswazahnya lebih mesra dengan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa.

"Kalau tidak, bagaimana esok dia dapat menjalankan kerja dalam dunia yang mempunyai masyarakat yang berbeza," katanya ketika ditanya pemberita dalam sidang media selepas melepaskan peserta Larian Shah Alam - Adidas King Of The Road di Dataran Shah Alam dekat sini awal pagi tadi..BACA LAGI.......


BACA 7

Isu UiTM: Cadangan Khalid berbaur politik


Tokoh sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim berkata cadangan Abdul Khalid itu sepatutnya tidak menjadi isu kerana perkara itu pernah dibangkitkan dan cuba dilaksanakan beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun beliau berkata, cadangan itu tidak mendapat sambutan daripada kaum bukan Bumiputera kerana mereka kurang senang berada dalam universiti yang didominasi oleh satu kaum saja. - Bernama...........BACA PENUH..........

BACA 8

ISU UiTM : SIAPA YANG BUKA KEMASUKAN PELAJAR BUKAN MELAYU DI MRSM ~ Ref Malaysiakini

Sehari dua ini riuh rendah pelajar-pelajar UiTM mengadakan demonstrasi membantah cadangan Menteri Besar Selangor untuk UiTM membuka kemasukan kepada pelajar bukan Melayu seramai 10 %.
Saya hairan mengapa isu ini dipolitikkan, sedangkan Khalid hanya mencadangkan sahaja. Malah Khalid juga mengatakan isu ini sepatutnya tidak dijadikan isu perkauman. Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang tindakan pelajar-pelajar UiTM mengadakan demonstrasi di Shah Alam, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang dan lain-lain..........BACA LAGI.........

Thursday, August 14, 2008

Wacana Artikel 153 : Kedudukan Istimewa Orang Melayu






Tajuk
:
WACANA ARTIKEL 153 : KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU
Tarikh
:
25 Ogos 2008 (Isnin)
Tempat
:
Dewan Annex, UiTM Shah Alam
Objektif
:
Objektif wacana ini diadakan adalah untuk memberi penerangan, pendedahan, pemahaman, kesedaran mengenai Peruntukan Artikel 153 dan kesannya kepada kepentingan orang Melayu di Malaysia.


Last Updated ( Wednesday, 13 August 2008 )



Program Bacaan Yasin Sempena Nisfu Syaaban/Forum Sinar Ramadhan Al-Mubarak



PROGRAM I 'PROGRAM BACAAN YASIN SEMPENA NISFU SYAABAN'
Tarikh
:
16 Ogos 2008 / 14 Syaaban 1429H (Sabtu)
Tempat
:
Dewan Solat,Pusat Islam
Masa
:
Selepas Solat Maghrib Semua warga UiTM dijemput hadir.



PROGRAM II 'FORUM SINAR RAMADHAN AL-MUBARAK'
Tarikh
:
28 Ogos 2008 / 26 Syaaban 1429H
Tempat
:
Dewan Muktamar 1 , Pusat Islam
Masa
:
8 Pagi - 1.00 Ptg
Tajuk
:
Ramadhan Madrasah Penyuci Jiwa
Penceramah
:
Ustaz Hj Alwi Parman


Timbalan Pengarah JAIS


Dr. Zaiton Nasir


Pengarah Pusat Kesihatan UiTMSemua warga UiTM dijemput hadir untuk sama-sama menjayakan program ini.


Tuesday, August 12, 2008

perhimpunan UiTM di hatiku BANTAH KEMASUKAN BUKAN BUMI

12 ogos 2008- padang kawad UiTM, warga UiTM yang prihatin telah ramai-ramai berkumpul dengan berpakaian hitam semata-mata untuk menyatakan bantahan warga UiTM kepada cadangan dan permintaan untuk membuka ruang kepada bukan bumiputera memasuki UiTM. Usaha mengumpulkan warga UiTM pagi tadi bermula sejak semalam di setiap fakulti dan kolej. Konvoi bermotosikal turut diadakan bermula malam tadi di seluruh kampus UiTM Shah Alam untuk menarik peerhatian warga UiTM.

Perhimpunan pagi tadi mendapat perhatian warga UiTM terutamanya yang tinggal di Kolej dan sekitar kampus UiTM. Perhimpunan diteruskan dengan Konvoi menuju ke bangunan SUK untuk menyerahkan Memorandum kepada Menteri Besar. Malangnya Menteri Besar tidak keluar dan memorandum diserahkan kepada wakilnya sahaja.

http://www.anwaruitm.blogspot.com/


link 1:
Lebih 3,000 penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) mula berarak ke Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pagi ini sebagai tanda membantah syor supaya pusat pengajian tinggi tersebut dibuka kepada bukan Bumiputera.

Tinjauan mStar Online mendapati penuntut UiTM mula berkumpul sejak 7.30 pagi tadi untuk bergerak secara konvoi melahirkan pendirian bantahan mereka.
Pada awal pihak penganjur menjangkakan kira-kira 2,000 orang akan menyertainya.


Ketika dihubungi malam tadi, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris berkata, perarakan yang diberi nama “Perhimpunan UiTM Di Hatiku” akan menyerahkan memorandum membantah syor tersebut kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kami komuniti pelajar UiTM membantah keras pandangan (membuka UiTM) sedemikian. Kami mendapati alasan bahawa tindakan mengkhaskan UiTM hanya kepada masyarakat Bumiputera menyebabkan pelajar Bumiputera kurang berinteraksi dan sebagainya adalah tidak benar,” kata beliau ketika dihubungi mStar Online semalam....................The Blog Of My Life

Abdul Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Menurut beliau, syor itu juga dianggapnya sebagai wajar dan tepat dengan usaha UiTM yang mahu melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan Bumiputera yang berdaya saing.
Beliau melahirkan pandangan itu ketika mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali dalam sebuah akhbar hari ini yang berpendapat UiTM perlu ‘dibuka’ kepada kaum lain jika ingin mewujudkan persaingan yang sihat.

Bagaimanapun, kata Abdul Khalid, cadangan yang dilontarkan ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya daripada semua aspek agar tidak bercanggah dengan dasar penubuhan IPT itu dalam melahirkan generasi bumiputera yang berilmu dan berdaya saing.

link 2
Writtenbyhim - Dr.Siddiq’s Official Blog

Today we gather in front of the SUK building ( Pejabat Menteri Besar Selangor), demonstrate our stand as oppose to what has been proposed by Khalid Ibrahim, to open up 10% quota to the non-bumi with regards to the student admission to UiTM. 10% constitutes 20 000 people. Khalid was not present, and refused to entertain those demonstrators. these vids was taken by a blogger, Mohd Fadhli Yahya, when we was looming in front of thousands students along Shah Alam city


link 3
‘Khalid hina UiTM, orang Melayu’
Oleh HAMDEN RAMLI


PUTRAJAYA 11 Ogos – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menyelar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana sanggup menggadaikan hak keistimewaan orang Melayu dengan mengemukakan cadangan supaya kuota pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada bukan bumiputera...baca lagi, klik tajuk


link 4
UiTM: Syor tidak masuk akal
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR


KUALA LUMPUR 11 Ogos - Bekas-bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyifatkan cadangan supaya 10 peratus kuota kemasukan ke universiti itu dibuka kepada bukan bumiputera dan pelajar asing sebagai sesuatu yang tidak masuk akal dan tidak wajar diberikan pertimbangan.


Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed menegaskan, beliau sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana matlamat asal penubuhan universiti itu adalah untuk membantu masyarakat Melayu dan bumiputera bagi mendapatkan pendidikan.

''Cadangan tersebut tidak masuk akal dan tidak perlu diperbincangkan kerana sudah jelas UiTM ditubuhkan untuk masyarakat Melayu dan bumiputera,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini......baca lagi, klik tajuk

LINK 5

GPMS UiTM BANTAH CADANGAN BUKA UITM KEPADA KAUM LAIN
GPMS UiTM membantah sekeras-kerasnya sebarang pandangan, cadangandan juga usaha untuk membawa masuk kaum lain ke dalam UiTM. Sebarangusaha untuk menjadikan UiTM sebagai mangsa berikutnya kepada apayang disebut sebagai `toleransi', seperti yang telah dilakukankepada Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh(SBP) dan juga biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akanditentang habis-habisan..RAUF TUMIRAN,YDP

link 5

perhimpunan aman pelajar uitm

hari ni aku join perhimpunan aman yang dianjurkan mpp.puncanya pasal kenyataan MB Selangor pasal nak bukak kuota UITM pade org bukan bumiputera.nak lebih lanjut klik la kat sini utusan malaysia.ramai gak la student yang join..sume pakai baju hitam.tak sangke smangat jugak dak UITM nih..siap buat banner lagii..uih macam la banner.."uitm untuk kite2 aje","akan hilang ketuanan melayu,jika hak2 orang melayu diambil", banyak la lagi..

link 6

bantah!!!

5,000 pelajar UiTM hantar memorandum bantahan
12/08/2008 1:56pm



SHAH ALAM 12 Ogos - Lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini berarak kira-kira dua kilometer untuk menghantar memorandum bagi membantah cadangan kerajaan negeri membuka 10 peratus kuota pelajar universiti itu kepada bukan bumiputera.

Terdahulu, kesemua mereka yang kebanyakannya memakai kemeja T berwarna hitam berkumpul di Dataran Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi sebelum berarak sambil memegang sepanduk menuju ke bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri di sini..........


link 7

10,000 sertai Perarakan bantah buka UiTM kepada bukan Bumiputera

10,000 sertai Perarakan ‘Baju Hitam’ bantah buka UiTM kepada bukan Bumiputera

12-08-2008 12:59:16 PM

(Dikemas kini) SHAH ALAM: Hampir 10,000 penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) berarak ke Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pagi tadi bagi membantah syor supaya pusat pengajian tinggi tersebut, berusia lebih lima dekad, dibuka kepada bukan Bumiputera.

Tinjauan mStar Online mendapati penuntut UiTM telah mula berkumpul sejak 7.30 pagi untuk bergerak secara konvoi - menaiki bas UiTM, kereta dan menunggang motosikal bagi melahirkan pendirian bantahan mereka.

Pada awalnya pihak penganjur menjangkakan kira-kira 2,000 orang sahaja akan menyertai perarakan tersebut. .http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/08/12/4608/



http://fikirfakta.blogspot.com/ -ka

Sunday, August 10, 2008

hari ini 11 ogos......laporan shj ...gambar nanti dulu...

alhamdulillah, selesai sudah pelbagai acara dan aktiviti yang membuatkan saya terlalu reaktif.

1-10 ogos- selesai PERKAD UiTM 08. walaupun pasukan BOMBA dan KESATRIA PENDIDIKAN tak berjaya mendapat tempat, tetapi apa yang penting KERJASAMA dan PENGALAMAN yang dirasai oleh semua yang terlibat...

2.-10 ogos 08- walaupun hanya terlibat secara tidak langsung dalam PERKAD untuk melatih pasukan BOMBA dan PENDIDIKAN, saya terlibat secara lebih aktif dalam mengasaskan skuad BEES ( BOMBA ENTREPRENEUR and EXHIBITION SQUAD). skuad ini merupakan perintis untuk aktiviti penjanaan dana BOMBA dan melatih para pelatih praktikal pengurusan perniagaan dan jerih perih seorang usahawan yang sememangnya perlu berUSAHA...

3- 8,9 ,10 ogos 08- karnival pertama anjuran PMH (persatuan Mahasiswa Hadhari UiTM) bertempat di dataran cendekia UiTM berlangsung dengan jayanya. karnival ini menggabungkan program galakan keusahawanan PMH, hari keluarga PMH , PMH bersama masyarakat, PMH bersama anak-anak yatim, dan yang utamanya dakwah islam kepada warga UiTM. saya sebagai biro publisiti rasa bersyukur dengan sambtan dan penerimaan warga UiTM dan kerjasama yang diberikan kepada semua pihak.

4-7,8,9 ogos 08- karnival MEKAR AMAL fakulti PENDIDIKAN UiTM berjaya dilangsungkan. sekali lagi peranan saya sebagai biro publisiti. walaupun bagi saya , tekanan menjadi biro publisisti dalam MEKAR lebih hebat berbanding karnival PMH, namun saya tetap mengambil dan mendapat pengajaran dan pengalaman yang besar dalam sejarah ektiviti berpersatuan saya.

5-9 ogos 08- lawatan ke balai BOMBA PUTRAJAYA. alhamdulillah berjaya dan berjalan lancar.terlalu banyak pengajaran dan ilmu kebombaan yang saya perolehi. selaku KOMANDER PENGIRING , saya dapat merasakan yang saya juga merupakan salah seorang peserta yang bertuah!. terima kasih kepada semua yang bekerjasama....

untuk makluman, gambar-gambar dan beberapa maklumat tambahan akan saya muatkan apabila ada masa lapang. kini saya telah masuk ke fasa ketiga semester ini, FASA FIRST THING FIRST. fasa pertama , tambah JARINGAN dan SOKONGAN MENYELURUH. selesai.fasa kedua MELATIH sambil BERLATIH.berjaya.fasa keempat-fokus OPTIMUM RAMADHAN. fasa lima-YAKIN diri dan MEYAKINKAN .


catatan daripada saya: kepada mana-mana pihak yang berminat atau ingin mendapatkan bantuan atau maklumat daripada saya mengenai aktiviti yang saya laksanakan, boleh berhubung dengan saya. kerana saya memahami bagaiman peritnya seseorang itu untuk menganjurkan aktiviti tanpa bantuan dan sokongan yang mantap dan menyeluruh.

Wednesday, July 23, 2008

Pindaan AUKU mampu lonjak standard pelajar IPT tempatan

Artikel Pemindaan AUKU:Perjuangan Pro Mahasiswa yang mula berbuah..

Pindaan AUKU mampu lonjak standard pelajar IPT tempatan

Artikel ini dipetik dari Berita Harian-22 julai 2008

Oleh Dr Zaini Ujang

CADANGAN pindaan Rang Undang-Undang Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat pada 17 Julai lalu bertujuan melonjakkan pencapaian pengajian tinggi tempatan sebagaimana termaktub dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Ogos 2007. Ini kemudian disusuli pelancaran Pelan Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi (PTKPT) oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin, Jun lalu.

Gagasan PSPTN adalah salah satu inisiatif penting yang termuat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Antara fokus RMK-9 ialah pembangunan modal insan dalam konteks lebih holistik. Holistik dalam konteks pembangunan modal insan tidak terbatas kepada penguasaan disiplin ilmu dan pemantapan kemahiran saja, malah turut merangkumi aspek pembangunan minda, spiritual, sahsiah dan etika. Dengan kata lain, pembangunan modal insan turut memberi tumpuan kepada aspek 'keinsanan' yang terbina menerusi falsafah hidup, pegangan agama dan moral. Modal insan dengan ciri sedemikian memenuhi keperluan untuk membolehkan transformasi dan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia secara lebih struktural.

Tujuan pindaan AUKU, antara lain, untuk menjadikan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan lebih telus, berdaya maju dan berkembang dengan budaya ilmu yang mantap. Hal ini perlu kerana banyak amalan dan tatacara semasa yang dirangka sejak awal 1970-an tidak begitu relevan untuk pembangunan modal insan pasca abad ke-20, sekali gus membolehkan IPT tempatan bersaing pada peringkat antarabangsa. Selain itu, pindaan itu juga boleh membantu komuniti akademik menghayati budaya ilmu dengan lebih komited. Dari segi perincian, pada hemat saya, cadangan pindaan AUKU boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu, pertama; pemantapan dan ketelusan urus tadbir institusi, kedua; pemantapan tatacara berkaitan tatatertib dan aktiviti pelajar dan ketiga; pengembangan budaya ilmiah Ketiga-tiga kategori itu dikemukakan menerusi 28 pindaan AUKU.

Prinsipnya merangkumi kecemerlangan akademik, ketelusan dan keberkesanan urus tadbir organisasi, hak untuk belajar, kebebasan akademik, globalisasi dan persaingan antarabangsa dan meritokrasi dari segi kepimpinan akademik.

Antara pindaan dalam kategori urus tadbir termasuklah penubuhan Jawatankuasa Penasihat Menteri untuk melantik Naib Canselor, larangan menggunakan akta selain AUKU dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (1996) untuk penubuhan IPT yang menganugerahkan diploma atau ijazah, kuasa Menteri untuk menubuh kampus di dalam dan luar negeri, pelantikan penasihat undang-undang dan pengasingan kuasa lembaga pengarah universiti, senat dan naib canselor. Pindaan ini membolehkan IPT diurus dengan lebih efisien dan mengurangkan kerenah birokrasi. Selain itu, amalan tidak sihat seperti berpuak-puak dan tidak demokratik dapat dibendung sama ada dari segi pelantikan jawatan penting, pelaksanaan dasar atau tatacara dalam membuat dasar dan keputusan. Dari segi tata tertib pelajar pula, kebebasan lebih luas diberikan untuk membolehkan pelajar membangunkan kemahiran insaniah dan menghayati budaya ilmu seutuhnya. Definisi pelajar juga lebih jelas merangkumi pelajar yang mengikuti pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan. Pada hemat saya, cadangan pindaan AUKU itu akan memberi ruang untuk mengembangkan budaya ilmiah dan penjanaan inovasi di IPT tempatan. Inilah impak paling besar yang diharapkan.


Hal ini tersirat dalam pindaan AUKU itu menerusi pelbagai langkah, misalnya membenarkan mobiliti staf akademik untuk berkhidmat di sesebuah universiti atau kolej universiti lain selaras dengan inisiatif memajukan sesuatu bidang ilmu. Mobiliti ini penting kerana kecemerlangan akademik memerlukan kepakaran dan komitmen puluhan tahun. Mustahil bagi universiti yang baru menceburi sesuatu disiplin ilmu dapat diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan peringkat antarabangsa. Menerusi pindaan AUKU, staf akademik dari pelbagai universiti lain boleh dikumpulkan di sesebuah universiti untuk sama-sama membangunkan sesuatu disiplin ilmu secara lebih terancang dengan segala kepakaran dan pengalaman yang ada. Selain itu, kepentingan aspek kepimpinan akademik memang dimaklumi bagi memandu dan memacu kecemerlangan akademik. Pindaan AUKU menetapkan penubuhan jawatankuasa untuk menasihat Menteri Pengajian Tinggi tentang perlantikan jawatan Naib Canselor. Selain itu, Naib Canselor diberi kuasa melantik dekan dan pengarah fakulti, sekolah, akademi atau institut tetapi perlulah dirundingkan terlebih dulu dengan staf akademik. Aspek rundingan ini memberi peluang kepada komuniti akademik menyuarakan pandangan dan memastikan kepemimpinan akademik diserahkan kepada mereka yang paling layak dan berketerampilan. Bidang kuasa anggota Senat juga semakin jelas, termasuklah keanggotaan wakil Senat dalam lembaga pengarah universiti dan memastikan kebebasan akademik diamalkan pada peringkat institusi.

Semua pindaan ini menunjukkan bahawa kepemimpinan akademik perlu dimantapkan menerusi sistem malim sarjana (peer review) dan pemuafakatan seperti yang menjadi amalan di universiti ternama seluruh dunia. Kepemimpinan akademik juga bukan jawatan eksekutif semata-mata tetapi memerlukan penghayatan budaya ilmu yang memartabatkan keterampilan, komitmen, kebenaran, keadilan dan keharmonian. Selain itu, pindaan AUKU juga memberi kuasa kepada Menteri Pengajian Tinggi untuk membenarkan IPTA menubuhkan kampus di luar negara selaras dengan konsep globalisasi dan pengantarabangsaan. Menerusi kampus di luar negara maka jangkauan golongan sasar semakin meluas, sekali gus memartabatkan Malaysia sebagai antara pusat kecemerlangan pengajian tinggi.

Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM dan penulis buku Mengangkasa Pengajian Tinggi (2008).

Perjuangan Abang -Abang kita mempunyai asas yang kukuh dan sudah masak dibincangkan dahulu, namun dianggap remeh ..sekarang apa dah jadi?? Apapun perjuangan menjana kebangkitan Mahasiswa menjadi lebih mudah kini..kita manfaatkan ruang yang ada untuknya...

Monday, July 21, 2008

SEMINAR peperangan dan kesengsaraan rakyat iraq

Assalamu 'alaykum warahmatu LLAH...

Tahukah anda:
Sekitar 1.2 juta rakyat 'Iraq terbunuh sepanjang 5 tahun tempoh penjajahan Amerika?
Dari kalangan mereka yang terselamat sejumlah 160,000 menjadi tahanan di penjara?
Dari kalangan mereka yang ditahan pula 2,000 adalah wanita?
Lebih 2.0 juta bertebaran keluar dari kampung halaman mereka?
5.0 juta kanak-kanak menjadi yatim,
1.3 juta wanita menjadi janda
Lebih 2.8 juta orang pula terpaksa meninggalkan negara disebabkan himpitan dan keadaan yang sangat merbahaya?

Baca terus untuk mengetahui selanjutnya. ..


SEMINAR

"PEPERANGAN DAN KESENGSARAAN UMAT ISLAM IRAQ"
Oleh
Penceramah-penceram ah yg di jemput khas dari Iraq

Tarikh?
26 Julai 2008 bersamaan 23 Rejab (Sabtu)

Masa?
8:00 pagi - 5.00 ptg
Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, KL


Hadirilah beramai-ramai!


Wassalam.
--
Penganjur
IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA)

"It was We Who created man, and We know what dark suggestions his soul makes to him: for We are nearer to him than (his) jugular vein." [Qaaf:16]


aminuddin


www.anwaruitm.blogspot.com

Saturday, July 19, 2008

minggu kualiti komander kesatria

minggu kualiti bermula secara rasminya pada 18julai jam 8malam. aktiviti pertama adalah ceramah KETUANAN MELAYU yang disampaikan oleh prof madya Dr Rosmin Mansur bertempat di dewan kuliah C bangnan S&T.

ini diikuti dengan hari sabtu , sebanyak 5 buah bas kekuatan penuh komander dihantar menghadiri majlis penutup KONVENSYEN EKONOMI BUMIPUTRA 2008 di PWTC.

pada sebelah malamnya pula akan diadakan siri ceramah kedua berkaitan TEKNIK BELAJAR.

...bersambung...

Tuesday, July 15, 2008

kursus pra-perkahwinan UiTM






























makluman kursus perkahwinan UiTM untuk pelajar tahun akhir dan staf UiTM. maklumat lanjut boleh je tanya saya. 0197980518.

tapi pergi terus ke CITU lagi mudah.RM 40 sahaja. sebarkan kepada rakan-rakan....

p/s: teringat lagi sem lepas ada kawan-kawan yang merayu-rayu supaya mereka mendapat tempat dalam kursus ni. ye la, mana ada kursus boleh tampung beratus-ratus orang, tak efektif.
kali ni , apabila dibuka secara berfasa, barulah lebih efisyen.
saya dah bagitahu, jangan nanti kata saya tak tolong kawan.


www.anwaruitm.blogspot.com

Saturday, July 12, 2008

sabtu 12julai08 , taklimat ko pertama UiTM

Alhamdulillah, selesai sudah taklimat pertama ko sem ni.

0745-dah bergerak ke padang kawad
0800-mula kumpulkan pelatih sem 1
1030-kumpulkan pelatih sem 2 dan 3
1200-tamat semua taklimat, ko dan pentadbiran kompeni

1300- kena pergi dan jadi komander pengiring ke PERHIMPUNAN NGO MENYOKONG KEPIMPINAN PAK LAH
1730-tamat majlis
1830-bertolak pulang ke UiTM
1900-tiba di UiTM

solat maghrib, tidur solat isyak, tidur-dan tidur terus....penat sangat layan gelagat pelatih baru UiTM dan sambung dgn gelagat peserta perhimpunan tu.....

rangkaian menarik:

jika mahu dilakukan, lakukannya sekarang...

''Masa saya di Tingkatan Dua... umur 14 tahun lebih, saya terbaca satu falsafah hidup penulis sebuah buku bahawa 'aku ingin melalui dunia ini hanya sekali, oleh itu apa yang dapat dilakukan yakni apa jua belas kasihan dan simpati yang boleh diberikan kepada insan, biarlah dilakukan sekarang kerana dunia ini tidak lagi aku lalui apabila kembali kepada Allah Taala.


tiada istilah gagal

“Kita perlu tanam dalam diri bahawa tiada istilah kegagalan dalam kamus hidup dan perjuangan menjadi bangsa yang berjaya. Kita kena bencikan kegagalan dan buang jauh-jauh daripada dalam diri kita.

“Mahu seribu daya... sentiasa fikirkan kita boleh buat apa yang kita mahu dan jika gagal kena cepat-cepat bangkit dan perbetulkan keadaan,” katanya.

bahaya sangka buruk jenis dosa yang semakin membiak di dalam masyarakat kita

Namun begitu, tidak boleh dinafikan Islam membenarkan pujian secara berdepan dalam situasi-situasi tertentu dan kepada individu tertentu. Situasi tertentu seperti :-

a- Orang yang kehilangan keyakinan diri dalam buat perkara baik. Tatkala itu, kita ungkit kebaikkan tindakannya untuk beri kembali semangat dan ada orang yang menghargai kerja baiknya.

b- Orang yang melakukan tugasan kebaikan yang sukar, berisiko dan manfaatnya tersebar luas. Tatkala itu, boleh diberikan pujian atas keberaniannya dan berniat agar ia mampu dicontohi oleh orang lain.

c- Individu yang layak dicontohi dan diyakini punyai kekuatan iman yang baik dari tergoda dengan sifat ‘ujub (ta'ajub dengan kehebatan diri). Tatkala itu, harus memujinya dengan pengetahuannya. Tujuan utama agar orang boleh mengenali siapa yang wajar dijadikan role model dan contoh ikutan.

himpunan ni anjuran /naungan

Yayasan Aminul Ummah Malaysia

membenarkan para pelajar mendekati politik?

Persatuan-persatuan mahasiswa menggesa institusi pengajian tinggi (IPT) yang dimiliki kerajaan negeri Pakatan Rakyat membenarkan para pelajar mereka mendekati politik seperti kelulusan yang diberikan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Tiga parti Pakatan - sebelum menguasai empat lagi negeri dalam pilihanraya umum Mac lalu - sering menyuarakan isu kebebasan bersuara di IPT, termasuk berkempen bagi memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Parti Mahasiswa Negara (PMN), yang masih menunggu pendaftaran, menyatakan kampus patut dijadikan pentas berpolitik secara serius dan politik wajar dijadikan subjek yang dipelajari semua penuntut.

"Mahasiswa adalah pelapis kepimpinan negara. Kampus penting sebagai pentas awal (menceburi politik).

"Penglibatan mahasiswa bukan sekadar sebagai pengundi. Mereka sepatutnya diberikan peluang membincangkan masalah-masalah negara dengan kritikal. (Pendekatan) ini akan memberi kredit kepada mahasiswa sendiri," kata presiden penajanya Azlan Zainal.

Minggu lalu, naib canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, dengan mendekati politik secara positif, penuntut akan terdedah kepada kemahiran berpidato, berhujah, berfikiran terbuka dan berani berhadapan dengan masyarakat.

Walaupun diberikan kebebasan itu, beliau dilaporkan yakin penuntut universitinya tidak akan melanggar AUKU.

"Setakat ini UniMAP bersih daripada sebarang rekod buruk sepanjang saya menjadi naib canselor selama enam tahun dan mereka faham hasrat universiti untuk melahirkan jurutera berkaliber dan serba boleh," Dr Kamarudin dipetik sebagai berkata.

Penglibatan mahasiswa dalam politik, tambah Azlan, harus lebih jauh, termasuk proses pembentukan dasar-dasar negara.

"Mereka harus terlibat dalam polisi dan dasar. Kalau Orang Kurang Upaya (OKU) boleh ada wakil dalam Dewan Negara, kenapa mahasiswa tidak (dibenarkan)? Penglibatan mahasiswa akan menjadi suara ketiga antara parti-parti kerajaan dan pembangkang," katanya.

Beliau menyokong sekiranya kerajaan Pakatan - misalnya Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Antarabangsa Islam Selangor (Kuis) yang dimiliki kerajaan negeri - membuat keputusan mengambil pendekatan yang sama dengan UniMAP.

Beliau bagaimanapun beliau menolak penglibatan mahasiswa secara partisan.

Diminta mengulas pendirian UniMAP, Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) juga menyokong IPT di negeri-negeri Pakatan dan BN mengikut jejak yang sama.

"Sokong, (negeri Pakatan) patut bermula. Setuju, tetapi bukan politik kepartian," kata presidennya Hilmi Ramli.

Seperti sikap PMN, beliau bagaimanapun tidak setuju jika mahasiswa terlibat langsung dengan politik kepartian.

"Mahasiswa patut jangan terlibat langsung dengan politik kepartian. Penglibatan dalam politik (harus) melampaui kepartian. Mahasiswa mempunyai idealisme sendiri tentang isu-isu nasional. Mereka ada politik sendiri," katanya.

Tindakan itu, menurutnya lagi, bukan sahaja patut dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan tetapi di seluruh negeri.

Ditanya sama ada mahasiswa harus dibenarkan melibatkan dalam aktiviti parti-parti politik, Hilmi berkata:

"Tidak boleh ada campur tangan parti politik (dalam universiti). Kalau mahasiswa mahu memihak, itu hak seseorang siswa tetapi universiti tidak boleh menjadi sarang mana-mana parti politik."

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Faisal Mustaffa, turut memberikan pendapat yang sama.

"Secara prinsipnya kita sokong tetapi belum dibincangkan lanjut di peringkat pimpinan tertinggi," katanya.

"Wajar (dilaksanakan) di negeri-negeri Pakatan. Sudah ada kuasa. Mahasiswa sebelum ini mungkin takut (terlibat dalam politik).

"Mereka masih dalam proses penyesuaian. Mereka masih berjiwa pembangkang, belum wujud jiwa kerajaan. (Pemikiran masih) di takuk lama."

Beliau melihat masalah pelaksanaan langkah ini pada AUKU yang menyebabkan mahasiswa tidak terlibat dalam politik terutamanya bergiat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Masalahnya pada AUKU. Mereka patut terlibat dalam politik dan (melalui) NGO, terutamanya. Penglibatan itu dapat memberikan mahasiswa ruang membina nama," katanya.

Kemasukan parti politik ke universiti bagaimanapun, tambahnya, patut "ada had" dan "bukan untuk berkempen".

"Buka ruang debat. Parti politik ingin masuk ke universiti boleh, tetapi bukan untuk berkempen. Sebaliknya, berbincang dan menyuarakan pandangan masing-masing. Ambil pandangan (kita), bincang, debat," katanya.

Draf pindaan AUKU, yang sering dianggap penghalang utama pembabitan mahasiswa dalam politik, kini diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.
Menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilaporkan berharap jabatan itu menyegerakan proses semakan untuk pindaan "agar ia tidak dipolitikkan pihak tertentu."

"Lagi cepat akta itu dipinda lebih baik kerana ia tidak akan memberi peluang kepada pihak-pihak tertentu untuk mempolitikkan pindaan itu," katanya bulan lalu.

Beliau berkata draf pindaan akta itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk dirumus sebelum dikemukakan kepada kabinet.

sumber: MalaysiaKini

tentang mahasiswa dan politik serta AUKU ni aku berat sikit nak komen.. bukan soal takut.. apa aku nak cakap tentang AUKU sedangkan aku pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang tidak menggunakan AUKU sebaliknya Akta 174 yang dikuatkuasakan.. tapi dalam ucapan Menteri Pengajian Tinggi kat Dewan Seri Budiman time Perasmian Minggu Mesra Siswa last week (aku ada di dalam dewan..), menteri ada cakap yang selain AUKU yang sedang dikaji.. mungkin juga akan ada perubahan dalam Akta 174 juga..

aku setuju dengan individu2 yang meluahkan pandangan dalam artikel di atas.. kampus harus dijadikan medan permulaan bagi golongan mahasiswa menceburi bidang politik.. bagi aku sendiri yang meminati politik.. aku nampak kebaikannya.. politik membuatkan aku lebih suka berdebat, mengambil tahu isu semasa dan juga membuatkan aku lebih berfikir.. jadi tak salah sebenarnya mahasiswa membicarakan tentang politik.. dan memang benar, politik bagi mahasiswa tidak harus ada sifat partisan! belum masanya mahasiswa membuang masa berkempen untuk mana2 parti.. ingint pada tanggungjawab utama sebagai seorang pelajar! politik seharusnya berperanan hanya sebagai antara 'subjek' untuk dipelajari..

mahasiswa seharusnya dibenarkan politik.. tapi haruslah secara positif!

KLIK SINI untuk membaca artikel tentang Naib Canselor UniMAP yang tidak menghalang siswanya mendekati politik.

dicuri daripada MEOR

Tuesday, July 08, 2008

mekar08 fakulti pendidikan

MEKAR AMAL 2008 adalah salah satu program yang akan dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan UiTM Malaysia pada 7,8 dan 9 Ogos 2008. Jawatankuasa penganjur MEKAR08 terdiri daripada para pensyarah dan kakitangan Fakulti Pendidikan serta Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan, yang merupakan persatuan induk yang menaungi beberapa persatuan lain di Fakulti Pendidikan. antara aktiviti yang akan dijalankan ialah:
  • pertandingan futsal (lelaki)
  • pertandingan bola jaring (wanita)
  • english camp (sekolah jemputan)
  • public speaking
  • JUMBO lelong
  • creative unplugged
  • berbalas pantun
  • english clinic
  • voice talent
  • LELONG ladies night
  • senamrobik
  • explorace
    math quiz
  • sukaneka
    tarian
  • motivational talk
    dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang akan dijalankan
    .

untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi saudara ANWAR 0197980518

Monday, July 07, 2008

MINGGU PERTAMA JULAI 08


alhamdulillah, kuliah dah bermula. jadi tugas pun dah bermula dan bertambah. selamat datang kepada sahabat-sahabat , selamat meneruskan perjuangan.

kepada adik-adik yang baru menjejakkan kaki ke U ni, belajarlah untuk menyesuaikan diri dan carilah sahabat yang betul.


pad kesempatan ini saya ingin buat beberapa pengumuman.


1. SESIAPA YANG BERMINAT MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA WARGA FASILITATOR UiTM , KHUSUSNYA UNTUK MENGENDALIKAN MODUL LPPKP(LATIHAN PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KE[PIMPINAN PELAJAR) HEP UiTM, SILA BERHUBUNG DENGAN SAYA UNTUK MENGETAHUI CARA-CARANYA. anwar 0197980518

SEBELUM 9JULAI2008{fasiUiTM}


2.PERJUMPAAN PERTAMA KOKURIKULUM (SEMUA) ADALAH PADA 12JULAI 2008 DI PADANG KAWAD UiTM. PELAJAR BARU PADA JAM 0800-1000, MANAKALA PELAJAR LAMA(SEM2 DAN3) JAM 1000-1200. KEHADIRAN ADALAH WAJIB. sebarang kemusykilan sila hubungi KRK anwar 0197980518{bombaUiTM}


3.PELAJAR BARU YANG BERMINAT MENYERTAI X-PLORACE: JALAN-JALAN CARI JALAN, SILA HUBUNGI SAYA.TARIKH 13JULAI2008. KAWASAN ADALAH SEKITAR SHAH ALAM. SUNGGUH MENCABAR, KENA NAIK BAS, NAIK KERETA,BERLARI DAN YANG PASTINYA AMAT BERMAKNA DAN MENCABAR KEPADA SESIAPA YANG BARU MENGENALI SHAH ALAM. HUBUNGI SAYA anwar 0197980518.{pembina}


4.SESIAPA YANG BERMINAT MENDAPATKAN PLANNER/POSTER/KALENDER AKADEMIK TERBITAN PERSATUAN MAHASISWA HADHARI UiTM, SILA BERHUBUNG KEPADA SAYA JUGA. HARGA RM 2.00 SHJ.{pmhUiTM}






Friday, June 20, 2008

MINYAK :kenyataan ABIM

Kenaikan Harga Minyak Membebankan Rakyat: ABIM Cadang 7 langkah segera diambil



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpendapat bahawa keputusan kerajaan untuk menaikkan harga jualan minyak petrol sebanyak RM 0.78 serta diesel RM 1.00 sehingga menjadikan harga seliter minyak meningkat. Sememangnya pahit untuk ditelan oleh semua lapisan masyarakat. Ini memandangkan kenaikan kedua-dua komoditi tersebut bakal meninggalkan kesan yang jelas serta nyata dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia . Kenaikan harga minyak ini akan mendorong kenaikan caj-caj perkhidmatan, kos sara hidup dan harga barang-barang keperluan, yang pastinya membebankan terutama sekali di kalangan rakyat yang berpendapatan rendah. Mereka yang tinggal di bandar-bandar merupakan entiti masyarakat yang akan terjejas teruk disebabkan kos sara hidup tinggi di bandar yang segalanya bergantung kepada kuasa beli bagi mendapatkan sesuatu barang berbanding di kampung setidak-tidaknya boleh memanfaatkan hasil tani.

Kita sedar bahawa kenaikan ini mungkin tidak boleh dielakkan disebabkan faktor kenaikan minyak global namun demikian ABIM beranggapan bahawa tindakan kerajaan untuk menaikkan harga minyak adalah terlalu drastik, mendadak dan terlalu tinggi jumlah kenaikannya, memandangkan kenaikan ini secara langsung menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Kenaikan ini juga bakal memberikan kesan negatif kepada perkembangan sosial dalam masyarakat jika ianya tidak ditangani dengan baik disebabkan tekanan hidup yang dihadapi oleh rakyat.


Bahkan ABIM juga berpendapat kenaikan ini tidak menepati status negara sebagai negara pengeluar minyak, yang menjadi penyumbang utama kepada hasil pendapatan negara. Dalam hal ini, perbandingan tidak boleh dilakukan terhadap harga minyak yang ditawarkan oleh beberapa negara lain seperti Singapura, yang terpaksa mengimport minyak untuk menampung kegunaan domestiknya.Menyedari implikasi yang diakibatkan oleh kenaikan harga minyak ke atas rakyat dalam pelbagai bentuk, ABIM menyarankan kerajaan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

  1. Memohon agar kerajaan mengkaji semula kenaikan tersebut yang disifatkan terlalu tinggi dan drastik. Kebajikan rakyat perlu diberikan parioriti. ABIM berpandangan pembangunan bukan nilainya pada tumbuhnya bangunan pencakar langit yang hanya bersifat "material" tetapi pembangunan sebenar ialah pembangunan "insani" yang bersifat membangunkan kebajikan rakyat. Insentif yang dikemukakan amat baik tetapi tidak dapat banyak membantu rakyat kerana kesan kenaikan tersebut mempunyai impak besar terhadap keseluruhan ekonomi negara terutama kenaikan caj perkhidmatan dan harga.
  2. Memperkasakan semula mekanisme pengagihan pendapatan atau kekayaan berdasarkan kepada prinsip keadilan sosial, agar kebajikan golongan miskin dan berpendapatan rendah mendapat pembelaan yang sewajarnya. Cara kita mengurus ekonomi juga harus dikaji semua dan hendaklah lebih mengutamakan kebajikan rakyat sepertimana yang telah digariskan dalam Islam berhubung dengan konsep kenegaraan.
  3. Seruan mengamalkan budaya belanja berhemah perlu dimulakan diperingkat kepimpinan negara bermula dengan mengurus kos operasi pentadbiran secara berhemah kerana kadang-kala wujud situasi perbelanjaan secara berlebihan seperti pembelian kereta kerajaan dengan kereta import luar negara. Selain itu majlis-majlis dan program-program besar-besaran yang bersifat "ceremonial" semata-mata menelan belanja berjuta-juta ringgit perlu dielakkan. ABIM menyeru agar pemimpin-pemimpin, jabatan-jabatan, serta agensi-agensi kerajaan mengamalkan budaya berbelanja secara berhemah, agar dapat dicontohi serta diteladani oleh rakyat. Seruan ini tidak terhad kepada kerajaan pusat tetapi meliputi semua pihak termasuk kerajaan negeri.
  4. Setiap projek ataupun program pembangunan perlu dirancang secara berhemah serta teliti untuk mengelakkan sebarang pembaziran yang tidak perlu, dan memaksimumkan wang hasil penjimatan subsidi itu untuk dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat. Unsur-unsur rasuah dan ketirisan wang peruntukan kerajaan kepada mereka yang tidak berhak wajar diperangi habis-habisan.
  5. Memperbaiki sistem pengangkutan awam seperti bas awam, teksi, komuter, serta beberapa jenis pengangkutan lain untuk membantu rakyat meringankan beban kenaikan harga minyak.
  6. Memantau harga barang-barang keperluan yang masih menerima subsidi daripada kerajaan, agar tidak ada golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda ekoran daripada kenaikan harga minyak.
  7. Memastikan penyaluran bantuan kebajikan dan subsidi kepada golongan berpendapatan rendah serta miskin dapat dijalankan secara telus dan teratur

http://www.abim.org.my/component/content/article/1-siaran-media/244-kenaikan-harga-minyak-membebankan-rakyat-abim-cadang-7-langkah-segera-diambil.html

PTPTN siri 2-kenyataan ABIM ke atas PTPTN

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengalu-ngalukan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), untuk mengubah kaedah pengiraan caj perkhidmatan tiga peratus yang dikenakan ke atas peminjam-peminjamnya.

PERTAMA: ABIM mencadangkan agar PTPTN menukar keseluruhan konsep pembayaran dan pengendalian pinjaman tersebut kepada kaedah syari’ah seperti skim pinjaman perbankan syariah sebagai alternatif kepada kaedah yang diamalkan oleh PTPTN pada ketika ini. Perubahan ini boleh mengelakkan wujud unsur-unsur riba yang jelas bertentangan dengan syariah. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada ibu bapa, pelajar dan golongan pendidik, rata-ratanya mahu agar kaedah peratusan yang digunakan sekarang ditukar kerana disifatkan amat membebankan. Sekiranya kaedah ini diterapkan, ABIM berpendapat ia dapat membantu mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh para peminjam yang terpaksa membayar jumlah pinjaman yang banyak jika dibandingkan dengan jumlah pinjaman yang dibuat oleh mereka

KEDUA: ABIM menyambut baik langkah proaktif Kementerian Pengajian Tinggi yang merujuk isu ini kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Sikap ini patut dijadikan ikutan semua pihak untuk merujuk JAKIM dalam isu-isu yang berkaitan dengan muamalat dan kepentingan masyarakat Islam khususnya. Justeru ABIM menyarankan agar mana-mana pihak, syarikat-syarikat dan sebagainya agar mengambil sikap proaktif untuk merujuk isu-isu berkaitan muamalat dan kepentingan Islam kepada pihak JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebelum sebarang isu dibuat.

SDR YUSRI MOHAMAD
PRESIDEN ABIM

http://www.abim.org.my/component/content/article/1-siaran-media/248-keputusan-majlis-fatwa-kebangsaan-berhubung-dengan-caj-ptptn-disokong.html

Wednesday, June 18, 2008

bakal mahasiswa julai 2008

Assalamualaikum wmt wbt...

dicuri daripada http://afzanurrahman.blogspot.com/

Pertama sekali ingin sekali saya mengucapkan setinggi2 tahniah buat adik2 yang bakal bergelar mahasiswa pada Julai 2008 ini. Sebelum ke menara gading, tentu sekali adik2 berasa gementar, nervous, cuak dan yang sewaktu dengannya. Tentu juga adik2 tertanya2 apakah persediaan yang perlu adik2 lakukan (terutama sekali persediaan ruhiyyah...) Jadi, untuk menyelesaikan masalah2 yang membelenggu fikiran adik2, adalah pilihan yang sangat tepat bagi adik2 untuk menyertai program seperti yang dipaparkan di bawah :

PROGRAM :LAMBAIAN MENARA GADING 2008(LAMBAIAN)
TEMA :"Membina Mahasiswa Penggerak Ummah"
TARIKH :21 JUN 2008MASA :8 AM - 3 PM
TEMPAT :PUSAT PERDAGANGAN WORLDWIDE, SHAH ALAM(Sebelah Tesco)ANJURAN :PERSATUAN ANAK2 SELANGOR
AHLI PANEL :YB. DR. HALIMAH ALI(EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR)

serta beberapa panel lain yang tidak kurang hebatnya...

SASARAN :LEPASAN SPM '07YURAN :RM5

Sebarang penyertaan atau pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi :
Ustaz Izwan - 0192101788
Al-Akh Afizi - 0195734011
Semoga program ini mampu memberi manfaat kepada adik2... Selamat menempuhi alam kampus... ;)Read more!
Posted by afzanur_rahman at 9:18 AM 0 comments

PTPTN siri 1 Berita baik peminjam PTPTN??

dicuri daripada http://ismirieya.blogspot.com/

Memetik kenyataan dari Harian Metro --->
PUTRAJAYA: Kadar caj perkhidmatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diturunkan dalam tempoh terdekat bagi mengurangkan beban yang ditanggung kira-kira 1.14 juta peminjamnya.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ia berikutan kajian yang dilakukan PTPTN menunjukkan tanda positif di mana kadar caj tiga peratus yang dikenakan kepada semua peminjam ketika ini akan mengalami penurunan.“Kajian PTPTN menunjukkan kadar caj perkhidmatan itu tidak akan naik, sebaliknya akan turun. Berapa? Kena tunggulah. Saya akan bentangkan ke Kabinet minggu depan. Kemudian, saya sendiri akan umumkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Setelah isu ini hangat dibicarakan setiap kali MPPK berlangsung, akhirnya respon positif yang ditunggu semua mahasiswa peminjam PTPTN mungkin bakal menjadi kenyataan.

Perwakilan pelajar universiti bangkit menyuarakan pendapat mewakili suara mahasiswa dan bertindak sebagai orang tengah berharap agar caj perkhidmatan yang dikenakan dapat dikurangkan bagi meringankan beban bayaran pulangan. Pada ana, sememangnya wajar kadar caj PTPTN dikaji semula. Bukan apa, dalam tempoh mencari pekerjaan setelah bergelar graduan mungkin mengambil masa. Terletak pada tuah dan nasib masing-masing. Bagi yang kurang bernasib baik, masalah tidak mendapat peluang pekerjaan ditambah dengan bebanan bayaran balik wang pinjaman yang makin bertambah jumlahnya. Manakan nak cari duit untuk diri sendiri, bahkan gaji yang diperoleh semata-mata dibuat bayar balik PTPTN.Namun, isu caj khidmat PTPTN ini mendapat liputan meluas apabila dikatakan ada unsur-unsur riba. .

Laporan itu menyatakan Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail akan membawa isu caj ini ke Majlis Fatwa Kebangsaan bagi ‘membersihkan’ salah faham dan kekeliruan mengenainya. Beliau dilaporkan oleh akhbar sebagai berkata:“Walaupun kami tahu caj itu caj perkhidmatan, tidak bertentangan dengan syarak, namun nama baik PTPTN mesti dipertahankan. Caj itu bukan riba tetapi adalah caj yang dikenakan selepas perkhidmatan diberikan.”

Bagaimanapun, dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Syariah AAOIFI dan hasil Keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ia adalah KOS SEBENAR. Majlis Penasihat Syariah Dunia di AAOIFI menyebut “It is not permitted to link the charge to the amount withdrawn (given).” (Tidak dibenarkan untuk mengaitkan caj kepada jumlah yang diberikan.” (Syariah Standard, no 10/3/2, hlm 338). Ini kerana peratusan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman ini menyebabkan jumlah kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama (kerana menggunakan alatan dan sistem yang sama), menjadi berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi. Resolusi mereka juga menyebut adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih daripada kos sebenar, justeru ulama di persidangan tadi mewasiatkan supaya cara untuk mengira dibuat setepat dan sebaiknya.Selain itu, keputusan mereka juga menyebut kos tidak langsung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman. , cara caj perkhidmatan yang dapat dilihat di PTPTN tidak menepati cara yang digariskan oleh majlis ulama dunia ini.

Selain itu, fakta terpenting untuk difahami juga adalah riba tidak mengira sama ada dicaj di awal perkhidmatan atau selepas perkhidmatan diberikan. Ia adalah sama saja selagi mana caj dan kiraan sedemikian diletakkan di dalam akad atau kontrak pinjaman.Isu itu timbul apabila peminjam mempersoalkan ketelusan pengiraan sebenar kos perkhidmatan PTPTN kerana ia tidak dinyatakan secara terperinci.

Bagaimanapun, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang dikeluarkan pada 11 Mac 2002 menggariskan, mengikut kaedah syariah, PTPTN boleh menggunakan kos perkhidmatan mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan. Berdasarkan keputusan itu, kos PTPTN berkenaan perlu mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan kepada pelajar,bukannya dengan anggaran peratusan seperti amalan sekarang.Ditanya status caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN, sama ada ia dikategorikan sebagai riba dan haram, Wan Mohamad berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan mengutamakan usaha untuk memperbaiki kaedah pengiraannya bagi mengatasi kekeliruan orang ramai. “Apa yang berlaku kepada PTPTN harus menjadi iktibar dan sepatutnya sebarang usaha untuk memperkenalkan skim yang membabitkan soal kewangan perlu mendapat pandangan institusi fatwa bagi mengelak kekeliruan.

Mudah-mudahan hak mahasiswa/i terus terjamin pada masa mendatang.Sumber terlibat : Harian Metro, An-Nur & Berita Harian

entry lain yg boleh dibaca
http://karyafansuri.blogspot.com/2008/05/syukur-hutang-pelajaran-mara-sudah.html

Wednesday, June 11, 2008

renungan ketika tertekan, stress, frust dll...

dicopy paste drp "SHARING IS CARING"

http://neija.blogspot.com/2008/05/allahu-akbar.html

Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran.

JANGAN MENGELUH ........... Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. .........

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu enyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-aqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Friday, June 06, 2008

ya Allah ampunilah hambamu ini.......

munajat:
Ya Allah,
hambamu memohon keampunan,
atas segala dosa dan kesalahan,
atas keterlanjuran dan kebiadapan,
atas kesombongan dan keegoan.
Ya Allah,
hanya engkaulah semata-mata tempat mengharap,
hanya engkaulah yang mengetahui awal dan akhir,
hanya engkaulah yang menyimpan yang rahsia serta zahir,
hanya engkaulah yang mengetahui rahsia duka hatiku ini.
aku mohon ya Allah,
agar masa mendatang memberi peluang cerah kepadaku,
berilah kekuatan agar aku dapat berjuang dengan ikhas,
berilah kesempatan agar aku dapat berbakti dengan luas,
berilah keinsafan agar aku tidak kembali terhempas,
ya Allah...hanya engkaulah yang mengetahui isi hatiku....
tabahkanlah aku,
teguhkanlah aku,
mantapkanlah aku,
bantulah aku,
kerana sesungguhnya hanya Engkaulah tempat mengadu....

rintihan:

sahabat,
aku perlukan sokongan kalian,
kerana,
aku yakin,
kalian merupakan asbab untuk aku terus bangkit,
belajar dan terus belajar untuk mengajar dan jadi terpelajar....
untuk meneraju kegemilangan mutlak
untuk generasi yang masih belum tercetak...

rentetan:
TSUNAMI peperiksaan,
perit untuk di telan,
tetapi pasti memberi peluang,
di mana ada kemahuan,
disitu terbit harapan,
yang pasti ada jalan.
anwarjauhari
6mei08-ternyata ia kenyataan-