Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Thursday, August 26, 2010

MEMOIR tarawikh 17 malam pertama di surau seksyen 17

RAMADHAN
1-tarawikh pertama, dan terkilannya saya terlupa mengingatkan jemaah tentang niat puasa esok hari dan niat puasa untuk sebulan...terkilan sangat.

2-terawikh kedua, walaupun mengikut perjanjian saya sehari dan dia sehari.....nampaknya sehingga pertengahan ramadhan terpaksalah saya berhari-hari (memandangkan tahap kesihatannya yang tak mengizinkan).....kecuali jika ada majlis rasmi yang saya tak dapat elak.

3-Alhamdulillah, semakin bersedia dan diperbaiki . berpuas hati dengan tazkirah yang sempat diberikan.

4-hujan lebat, maka terawikh hari ini di dewan kolej melati UiTM.. . hanya ada 4 orang jemaah lelaki dan 400 jemaah siswi warga melati....apa khabar jemaah di surau? entahla, saya tidak dapat khabar yang pasti.

5-alhamdulillah, inisiatif menyediakan tazkirah tarawikh secara bersilibus dan bermodul menunjukkan respond  positif. jika setiap tazkirah diatur sepanjang 30 hari, dan perkara yang disampaikan telah disusun dengan rapi, maka jemaah akan menerima kesinambungan dan matlamat menjadikan Ramadhan sebagai Madrasah yang sistematik dapat direalisasikan.

6-moreh dan diskusi yang lebih panjang berbanding solat terawikh itu sendiri. sungguh terkilan kerana untuk terawikh, mereka mengajukan supaya surah pendek dan ringkas sahaja. namu tanpa disedari, masa yang dihabiskan untuk ber'moreh' adalah lebih panjang daripada solat itu sendiri. masalahnya tidak ada tadarus dilakukan di sini....amat menyedihkan....

7 Alhamdulillah, bacaan semakin baik, jemaah semakin berpuas hati dan nikmat dan keseronokan semakin terasa...

8 terkilan, apabila jumlah jemaah berkurang secara beransur-ansur. maka perancangan (berdasarkan permohonan) untuk menambah kanvas, menambah tikar, kipas dan merepair air cond terpaksa dibekukan. atas alasan ' orang dah tak ramai dah...'

9Gotong royong membersihkan surau, menukar wiring elektrik, lampu dan sebagainya dilaksanakan dengan jayanya. maka terwikh malam ini akan lebih bersemangat dan ceria...
10-majlis Iftar di SMKSI.....walaupun ditugaskan sebagai bilal....tetapi sungguh tak sangka, ia bukanlah semudah yang dibayangkan. sekali lagi, saya tersedar bahawa ilmu dan hafalan semata-mata tidaklah boleh menjadi hujah yang kuat jika anda kurang pengalaman. . . dan pengalaman itu perlu dicari dan diperolehi melalui penglihatan, perasaan, dan pengamatan bagi orang yang berfikir....

11-Alhamdulillah, semakin bertambah baik dan berpuas hati dengan prestasi semasa.

12Alhamdulillah, semakin bertambah baik dan keseronokan memulakan pertengahan ramadhan semakin terasa. 10 malam pertama merupakan rahmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. semoga 10 malam kedua ini benar-benar menjanjikan keampunan dari Allah buat saya...amin...

13Alhamdulillah, semakin bertambah baik dan berpuas hati dengan prestasi semasa. namun, baru tersedar...keampunan daripada Allah kadangkala datang dengan ujian...dan ujian itu perlu diharungi dengan bijaksana menuruti peraturan-peraturan Allah.....

14-tiba-tiba ...suara totally LOST.......dan ia menjadi seolah-olah telah berusia 80 tahun...sangat terkilan kerana tak dapat buat yang terbaik....(lagi terkilan kerana tiada pengganti)...

15-suara masih lagi tidak memuaskan. pada hari ini, saya benar-benar insaf.....bahawa suara imam merupakan pakej untuk menarik makmum. tetapi jika imam teruja dengan kelantangan dan kemerduan suaranya sendiri......maka, nantikanlah balasan Allah yang datang tanpa di duga....

16-mengantuk sangat....sehinggakan nyaris-nyaris tersalah rakaat.....dan nyaris -nyaris terjatuh terjelepuk..............stamina...stamina...dan stamina sangat-sangat penting. teringat hadis " muslim yang kuat lebih disukai Allah berbanding muslim yang lemah" dalam konteks ni saya ambil pengertian stamina dan kesihatan tubuh....(minggu depan start jogging...insyaAllah)

17-dah mula kelam kabut. surah berterabur..ayat lost,,qunut tertinggal,,zikir tersasul, , doa stuck.....ASTAGHFIRULLAH.....tentu ada dosa tersembunyi yang Allah nak tunjuk ni.............

Ya Allah, Ampunilah dosa kami. terimalah taubat kami..............................

sekadar mencoretkan memoir, secara peribadi. dan tidak sesuai dijadikan bahan yang boleh mencetuskan isu..........


AnwarJauhari
www.anwaruitm.blogspot.com
 "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Tuesday, August 10, 2010

Salam ramadhan 1431H......





AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Monday, July 05, 2010

fasi diperlukan julai

BERMINAT? BERANI? BERKELAYAKAN?

***SAYA PERLUKAN FASILITATOR UNTUK KEM KEM TERSEBUT.
ANDA AKAN DIBAYAR.

2-KEMBARA linau
3-KEMBARA linau
4-KEMBARA linau
5
6-KEM SMART SOLAT, PEPIAS, gombak****(LAGI SORANG)
7-KEM SMART SOLAT, PEPIAS, gombak
8-KEM SMART SOLAT, PEPIAS, gombak


9- KEM SMART SOLAT SMK taman MEDAN****(LAGI 3 ORANG)
10-KEM SMART SOLAT SMK taman MEDAn
11-KEM SMART SOLAT SMK taman MEDAn


12-KEM SOLAT SMSBP, JOHOR( FASI NEGERI JOHOR SAHaJA)
13-KEM SOLAT SMSBP, JOHOR
14-KEM SOLAT SMSBP, JOHOR

15-

16TEAM BUILDING PEGAWAI SELANGORwww.mokazresources.blogspot.com
17TEAM BUILDING PEGAWAI SELANGORwww.mokazresources.blogspot.com
18TEAM BUILDING PEGAWAI SELANGORwww.mokazresources.blogspot.com.
19
20Seminar UM.
21seminar UM
22
23-KEM BERUNIFORM SK TTDI JAYA.www.mokazresources.blogspot.com******(PERLUKAN KHEMAH)
24-KEM SOLAT SMK SEK 16***(PERLUKAN 15 ORANG)

25-KEM BERUNIFORM SK TTDI JAYA

26balik kampong.........
27balik kampong.........
28balik kampong.........
29balik kampong.........

30KEM SMARt SOLAT PUTERI ISLAM******(PERLU 15 ORANG)
1 KEM SMARt SOLAT PUTERI ISLAM

FB: anwar jauhari
www.anwaruitm.blogspot.com
www.mokazresources.blogspot.com

AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Tuesday, June 29, 2010

JULAI 2010

1
2-KEM UNIT BERUNIFORM SMKSI  http://kemsmksi.blogspot.com/
3-KEM UNIT BERUNIFORM SMKSI
4-KEM UNIT BERUNIFORM SMKSI
5
6-KEM SMART SOLAT, PEPIAS, BANGI
7-KEM SMART SOLAT, PEPIAS, BANGI
8-KEM SMART SOLAT, PEPIAS, BANGI
9- TEAM BUILDING PEGAWAI SELANGORwww.mokazresources.blogspot.com
10-TEAM BUILDING PEGAWAI SELANGOR
11-TEAM BUILDING PEGAWAI SELANGOR
12-KEM SOLAT SMSBP, JOHOR
13-KEM SOLAT SMSBP, JOHOR
14-KEM SOLAT SMSBP, JOHOR
15-balik kampong.........
16balik kampong.........www.linaukampungku.blogspot.com
17balik kampong.........
18balik kampong.........
19balik kampong.........
20balik kampong.........
21balik kampong.........
22
23-KEM BERUNIFORM SK TTDI JAYA.www.mokazresources.blogspot.com
24-KEM BERUNIFORM SK TTDI JAYA
25-KEM BERUNIFORM SK TTDI JAYA
26balik kampong.........
27balik kampong.........
28balik kampong.........
29balik kampong.........
30balik kampong.........



DAN DIBAWAH INI DISERTAKAN BEBERAPA ALBUM GAMBAR SEPANJANG JUN

MINGGU 1

MINGGU 2

Pameran INNO-FEST 2010

klik untuk gambar



MINGGU 3

kem motivasi dan ibadah sekolah KAFA integrasi seksyen 24, Shah Alam.
Klik link untuk gambar.


MINGGU 4

Kem solat Bestari Sekolah Menengah Seksyen 4 Kota Damansara

klik link untuk gambar




AnwarJauhari
www.anwaruitm.blogspot.com
 "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Thursday, June 24, 2010

e-gst anwar siri 3



MOHON sebarkan kepada rakan-rakan  yang belum isi Sebelum 30 Jun 2010:




Tarikh tamat: 10 jun 2010
Tarikh pengesahan senat : 10 Jun 2010
tarikh konvo : 1 nov 2010 (yang ni tarikh dummy aje)

DALIL:

SURAT PENGESAHAN BERGRADUAT

denga ini dimaklumkan bahawa mesyuarat senat universiti kali ke 141 yang bersidang pada 10 jun 2010 telah mengesahkan bahawa anda telah lulus peperiksaan akhir, memenuhi semua syarat pengijazahan dan layak dianugerahkan ijazah sarjana muda secara rasmi berkuatkuasa pada NOVEMBER 2010: SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) SAINS (KIMIA)

sekian untuk makluman
 t.t
tuan haji jamaludin



Sebelum ini ada ura ura mengatakan bahawa borang itu bukan untuk kita, tetapi sila rujuk iklan ini:

1.0 PENGENALAN
  
Sistem permohonan secara dalam talian bagi urusan pengambilan Guru Sandaran Terlatih diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pengambilan guru oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan memudahkan graduan pendidikan memohon jawatan guru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.0 SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS
2.1Kewarganegaraan
Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
2.2Umur
Pemohon mestilah berumur melebihi 18 tahun dan kurang daripada 50 tahun pada tarikh permohonan.
2.3Kelayakan
i.Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
ii.Memiliki Ijazah Sarjana Muda beserta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; dan
iii.Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengannnya.
*Calon yang telah disahkan Senat Universiti telah tamat pengajian dan layak dianugerahkan Ijazah/Diploma berkenaan juga layak memohon.

SIAPA calon yang telah disahkan senat? dan tamat pengajian? kitalah itu............................

dan, UPSI telah menghantar SMS kepada pelajarnya tarikh-tarikh penting tersebut. setelah senat mereka bersidang. (Aini Syahidah, 2010)

MPP UPSI telah menjawab segala persoalan berkaitan e-gst ini di laman mereka .(rujuk http://upsikini.blogspot.com/2010/06/tunggu-sehingga-pengesahan-senat.html )

di UKM, Fakulti menguruskan urusan posting seperti ini (Shazili, 2010)


DENGAN SYARAT, SEMASA TEMUDUGA, KITA MEMBAWA SURAT PENGESAHAN SENAT YANG KITA LAYAK BERGRADUAT!
surat itulah  yang dimohon di PRPK (pejabat konvo di atas pejabat POS menara-isi borang)
itu amat penting jika temuduga sebelum konvo. tetapi kalau temuduga selepas konvo, rasanya perkara surat ni x menjadi isu...

rujuk kes:
FB Afida Mustafa dan kawannya di http://anwaruitm.blogspot.com/2010/06/egst-anwar.html


ENTRI INI MENAFIKAN KETIDAKPASTIAN PADA ENTRY YANG LALU.
SAYA BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP MAKLUMAT INI.(menggunakan ilmu research methodology level degree)
maklumat ini tidak disahkan oleh mana-mana pegawai...


jika ada pembetulan sila beritahu.

www.ed227.blogspot.com




AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Monday, June 21, 2010

Innovation festival 2010: SMK Sri ISTANA koleksi gambar





KUALA LUMPUR: Dalam usaha memupuk  pemikiran inovatif dan kreatif, Balai Seni Lukis Negara (BSLN) dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Dibta Group Sdn Bhd (Dibta) menganjurkan Festival Inovasi (Inno-Fest) 2010 di Balai Seni Lukis Negara disini, dari 18 hingga 20 jun ini.

SMK Sri Istana, Klang Selangor tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam menjayakan Festival Inovasi 2010 yang berprestij ini. SMK Sri Istana bersaing dengan lima lagi sekolah menengah untuk merebut gelaran "InnoIdol". Setiap sekolah dinilai dari aspek pembentangan projek , penilaian booth pameran dan undian juri awam melalui sistem e-undi. SMK Sri Istana terpaksa pulang dengan membawa pulang  hadiah saguhati dan sijil pengiktirafan 5S.

 Namun bagi SMK Sri Istana, perkara yang paling penting adalah semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh seluruh warga SMK Sri Istana dalam merealisasikan impian mencapai pengiktirafan 5S ini telah membuahkan hasil. Usaha untuk mengekalkan pengiktirafan ini merupakan cabaran baru buat warga SMK Sri Istana. Semoga semangat 'Kaizen' yang diterapkan oleh Pn Hjh Mawarni Binti Yahya, Pengetua SMK Sri Istana ini mampu membawa SMK Sri Istana berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sekolah-sekolah lain di Malaysia.











AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Sunday, June 20, 2010

A-Z Aktiviti Kreatif untuk cikgu

dapatkan buku sulung susunan Anwarjauhari.....buku panduan yang meliputi pelbahai aspek merangjumi dunia guru praktikal. sangat sesuai untuk guru praktikal yang kekeringan idea untuk melakmenguruskan aktiviti semasa kelas relief .


Prakata
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan puji-pujian dirafakkan kepada Allah Subhanahu wata’ala di atas taufiq, hidayah dan inayahNya kepada kita semua. Semoga rahmat Allah tidak putus-putus menyinari kehidupan kita selama-lamanya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi wasallam, semoga Baginda sentiasa menjadi inspirasi dan idola bagi kita dalam setiap aspek kehidupan.
Inisiatif mengumpulkan A to Z aktiviti kreatif kelas ganti ini bermula semasa penulis menjalani latihan praktikal di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Istana Klang. Penulis bersama empat orang rakan praktikum bekerjasama merangka aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan sewaktu kelas ganti. Sebagai guru praktikal, tanggungjawab sebagai guru ganti merupakan satu kewajipan yang tidak dapat dielakkan. Lebih-lebih lagi, beban kerja guru praktikal lebih ringan berbanding guru-guru yang lain.
Setelah menamatkan sesi latihan mengajar, seorang junior meminta penulis membantunya merancang aktiviti di dalam kelas ganti di sekolahnya. Penulis sekadar mampu memberi sokongan melalui alam maya dengan mewujudkan yahoogroup dan laman blog untuk berkongsi bahan dan aktiviti dengan mereka berkaitan aktiviti yang boleh dilaksanakan semasa kelas ganti.
Pada tahun berikutnya, penulis telah menerima jemputan daripada Jabatan Pendidikan Sains Fakulti Pendidikan untuk sama-sama berkongsi pengalaman yang dialami sewaktu menjalani latihan praktikal. Bertitik tolak daripada itu, penulis nekad untuk membukukan kompilasi A to Z aktiviti kreatif kelas ganti agar manfaatnya dapat diperluaskan kepada semua guru praktikal di seluruh Malaysia.
Penulis berharap buku kecil yang tidak seberapa ini bukan sekadar boleh membantu Guru Praktikal memanfaatkan masa kelas ganti itu dengan bijak, malah mampu menjadi inspirasi kepada guru itu sendiri untuk menjadi lebih kreatif, inovatif dan sentiasa bersikap positif dalam mengharungi cabaran profesion pendidikan.
Sekian, salam sayang dari saya,
anwarjauhari.

AnwarJauhari
www.anwaruitm.blogspot.com
 "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Saturday, June 19, 2010

egst anwar

 ramai sungguh yang bertanya tarikh yang perlu di isikan. jadi pada kesempatan ini izinkan saya berkongsi, sesiapa yang ingin mengisi, silalah isi seperti yang saya isikan. jika takut salah dan taknak isi, tidak menjadi masalah kerana tarikh-tarikh tersebut hanya akan diketahui selepas kita konvo. dan tak ada sesiapa pun yang akan tahu tarikh tu dgn betul sblum kita konvo.


nak isi, silalah isi. taknak isi, silalah isi selepas konvo.

tak menjadi masalah.

menurut  Dr Nabilah, 2010), borang egst tu bukan untuk kita. kita hanya boleh isi selepas kita konvo.


dan menurut beberapa orang lagi, kawan kawan dariipt lain semua dah isi borang ni...ukm fakulti mereka yang uruskan. jadi anda semua dah ada degree, anda fikirkan sendiri........


"JADI..........kalau dah terisi tu..........biarlah terisi...bagi yang belom isi tu, takyah kelam kabut. tak isi pun takpe.................-Anwar 2010"




AnwarJauhari
www.anwaruitm.blogspot.com
"Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Thursday, June 17, 2010

innovation festival 2010: SMK Sri ISTANA

OBJECTIVES:


Innovation is more than product
creativity is the foundation for innovation
innovation is power


COMES AND VISIT BOOTH
SMK SRI ISTANA , KLANG 
AT INNO FEST 2010

  • SMK Sri Istana Merupakan sebuah sekolah yang berjaya mendapat sijil pengesahan 5S dalam masa paling singkat, iaitu 6 bulan sahaja.
  • tiada istilah cuti bagi cikgu-cikgu SMK Sri Istana bagi membuat persiapan menjelang InnoFest 2010 ini.
  • Banyak perubahan besar, ya SANGAT BESAR yang berlaku di SMK Sri IStana sekarang ini.......

  • SIAPA KATA SMK Sri Istana TAK BOLEH? anda SILAP BESAR......!!! 


http://inno-fest.com/


see u there......for enquiry: sms 0136607046.





AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Monday, May 31, 2010

FASILITATOR diperlukan, mengikut tarikh yang tertera.....hubungi melalui telefon ASAP,!


PERUBAHAN JADUAL

1.
2.
3
4-Konvensyen Komander Kesatria UiTM
5-Konvensyen Komander Kesatria UiTM
6-Konvensyen Komander Kesatria UiTM
7-Konvensyen Komander Kesatria UiTM

8 BALIK
9 BALIK
10BALIK

11
12-KEM TAHSIN IBADAH (Ketua Jurulatih/ fasi-Masjid at Taqwa-Jabatan Agama islam Selangor)
13-KEM TAHSIN IBADAH
14
15-KEM MOTIVASI SMK SEK 24 -Ketua jurulatih
16-KEM MOTIVASI SMK SEK 24
17
18
19-KEM KEPIMPINAN SK Bukit Kerayong- Jurulatih
20-KEM KEPIMPINAN SK Bukit Kerayong-
21-taklimat Praktikum (Junior)
22
23
24
25 KEM SMART SOLAT SMK Kota Damansara- jurulatih
26 KEM SMART SOLAT SMK Kota Damansara
27 

28 balik
19 balik
30 balik


JULAI
-KEM MASIH ADA YANG SAYANG STAR Putra.....






"Belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak termaju tanpa pemimpin, biarlah mahasiswa mencabar asalkan sambil itu mereka belajar.." - Prof Ungku A. Aziz.


Hairul Anuar Bin Sobikin
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Biologi 
UiTM Malaysia
Shah Alam Selangor.

o13-6607046
http://www.anwaruitm.blogspot.com/
AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Kem Tahsin Solat

Anwar perlukan fasilitator untuk kem Tahsin Solat .
sahabat yang berminat dan layak dipelawa menghubungi saya 013-6607046.
tempat terhad.

AnwarJauhari
www.anwaruitm.blogspot.com
 "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA


KENYATAAN MEDIA
Isnin 31hb Mei 2010

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE
ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotila Lifeline4Gaza

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi
bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke
perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh
sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat
terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan
laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah
terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada
Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada
di atas kapal "Mavi Marmara". Penyertaan mereka bersama konvoi ini
adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada
Resolusi 1860(2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan.
Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza
termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi
tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat
antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza,
dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat
awam dan semua bentuk terorisma.

Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang
teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti
mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai
lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen,
ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur
kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih
daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama
konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas
menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan
kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan- sukarelawan dari
kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah
melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku
di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan
kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel
menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari
seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan
YAB Dato' Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka
Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan
Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan
kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas
kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan
semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang
teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk
meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas
Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan
bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk
menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani
isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik,
pertubuhan-pertubuh an bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya
bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan
kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah
menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di
kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat
meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan,
atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT
menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran
kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia




AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Monday, May 17, 2010

BENGKEL ENGLISH IS FUN



BENGKEL 'English is F.U.N'
Tarikh     : 16 Mei 2010 Ahad
Tempat   : Masjid Al Azim, Melaka
Masa      : 9 pagi- 5 petang
Tarikh     : 30 Mei 2010 Ahad
Tempat   : Masjid Negeri Selangor, Shah Alam
Masa      : 9 pagi -5 petang

Bayaran  : RM199   RM149 Untuk pemabaca ANIS   RM99 Eksklusif 20 peserta pertama

HUBUNGI 013-6607046--

FB: anwarjauhari

TRAINER

Mohd Hilmi Bin Mohammad Isa
Guru Bahasa di Kolej Universiti Islam Melaka
Sarjana Muda Pendidikan TESL (& Kaunseling) UiTM
Sijil Usuluddin UM
Post-Graduate Diploma in Islamic Studies UIA (can)
Markaz Tahfiz Al Quran wal Qiraat Negeri Selangor

Mohd Juraimi Bin Omar
Pensyarah di INSTEDT, Johor

Pengalaman:
1. Pendebat Kejohanan Debat Universiti-universiti Asean
2. Pendebat Kejohanan Debat Diraja Kebangsaan
3. Bekas guru di sekolah menengah kerajaan


Product description:

Students in Malaysia usually go through at least 11 years of schooling system which places English as one of the core subjects. Yet, the students, especially Malays, are not able to acquire the language well.

One of the reasons a person fails to acquire the language well is because there is a mental blockage in which they perceive that the language is difficult.  

This program acts as a key to English Mastery which destructs the blockage in students' mind. It is specifically designed for beginners, featuring English as a fun and entertaining subject conducted in aninteractive way.

Level                       : Beginner
Target audiences      : 10-17 years old
Duration                  : 1 day

Testimonial

“Dulu saya lemah dan tak minat English. Selepas belajar dengan Cikgu Hilmi, saya lebih faham dan minat English. Saya telah jadi pendebat mewakili sekolah di sekolah yang pelbagai kaum.
Cikgu-cikgu pun kagum dengan peningkatan saya”- Amirul Asyraf, Klang.

“Selama ni sya tak faham apa yang saya belajar. Selepas belajar dengan Cikgu Hilmi baru saya faham dan minat English.”- Mohd Farhan, Shah Alam.

“Dalam kelas Sir Hilmi, kami main banyak permainan bahasa yang tak pernah main pun seumur hidup.” Nor Hamizah, K L.

“Seronok belajar dengan Cikgu Hilmi. Aktiviti-aktiviti menarik”- Mohd hafiz, Bukit Jelutong




KM 009-ENGLISH IS FUN!!!
 
JIKA PENGUASAAN BAHASA INGGERIS ANAK ANDA MENGHAMPAKAN, PROFESSIONAL TRAINER KAMI SEDIA MEMBANTU
Bahasa Inggeris (BI) merupakan bahasa yang penting dalam hampir semua bidang. Malangnya  ramai di kalangan pelajar- pelajar Melayu yang lemah dalam subjek ini  Sehubungan dengan itu, Powerful Learning Training and Consultancy menganjurkan sebuah bengkel yang akan membawa pelajar melihat BI dari perspektif yang  sama seklali berbeza. Kursus ini telah diformulasikan oleh tenaga pengajar yang berkelulusan, berkelayakan dan berpengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris Bengkel ini diberi nama 'English is Fun'


Powerful Learning Training and Consultancy

Menyediakan khidmat nasihat dan latihan dalam bidang-bidang yang berikut:
1. Psikologi Bahasa (Psikolinguistik)
2. BVQ (Belief Value Quotient)
3. Bengkel Teknik Kuasai Bahasa Inggeris
 
Trainer kami mempunyai latarbelakang pendidikan formal dalam bidang berikut:
1. Bahasa
2. Psikologi / Kaunseling
3. Pendidikan
4. Agama




IF YOU are currently learning English in a school, college or institute of further education, you join approximately one billion other people around the world who are engaged in the same pursuit. However, as you try to memorise proper grammar, and try to avoid the mistakes common to most students of English, you may wonder why you are learning the language in the first place.
So, why is English important?
After Mandarin, English is sppoken by more people than any other language, and is the native language of more than 350 million people. More people speak English than those who speak the Arabic and French languages combined.
Moreover, English is the international language of diplomacy, business, science, technology, banking, computing, medicine, aviation, UN & NATO armed forces, engineering, tourism, Hollywood films and arguably the best pop and rock music in the world.
English has plenty of words to choose from. In fact, an English speaker is offered the biggest vocabulary of any language with a choice of 500,000 to 1,000,000 words (including technical and scientific terms).
But don’t panic, most English speakers do very well with a vocabulary of around 20,000 words.
English can be fun too. For instance, the music of such stars as Elvis Presley, The Beatles, Led Zeppelin, Michael Jackson and Madonna has encouraged fans to speak the language of their idols, whilst others have enrolled in English classes to improve their understanding of the dialogue in films and TV shows.
Or perhaps they have embraced English to enjoy the writing of Stephen King, George Orwell or J.K. Rowling. They may even have an interest in speaking English just to converse with travellers from other countries, who communicate by using the English global interlingua while travelling abroad.
Finally, if you are studying English at school, college or university, remember that getting an ‘A’ grade in English is almost worthless, in terms of communication, if you cannot speak the language. Spoken English is used in the best careers, the best universities, and is increasingly being used at job interviews. So like it or not, English is a very important language to learn how to speak.
Being able to read and write in English is not enough! – Vance Carson, Kajang

http://thestar.com.my/english/story.asp?file=/2007/10/18/lifefocus/18963932&sec=lifefocus



AnwarJauhari
www.anwaruitm.blogspot.com

 "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."AnwarJauhari
 www.anwaruitm.blogspot.com
 "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."