Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Tuesday, March 13, 2007

kecirian yang perlu ada bagi setiap lelaki beriman..

RASULULLAH SAW bersabda lebih kurang maksud:

“Ada TUJUH golongan lelaki yang berada di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; iaitu:-

Pemerintah yang adil,
Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya,
Lelaki yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid,
Lelaki yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk berzina dengannya lalu ia menolak dengan berkata: “Aku takut kepada Allah!”,
Lelaki yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”
Lelaki yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya,
Lelaki yang berkasih sayang kerana Allah , bertemu dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah,(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Baiklah, sekarang aku akan huraikan..yang aku rujuk berpandukan hadith di atas, DAN…, aku bukan nak tafsir hadith, aku bukan ulamak, aku just nak terangkan akan kespesifikasian atau standard mencari astana idaman..., insyAllah..Ok, kita pergi kepada yang pertama:

1. LELAKI YANG MEMPUNYAI SIFAT KEPIMPINAN..

Bagaimana korang nak tahu bahawa lelaki yang datang melamar korang sambil tersengih sengih itu adalah seorang yang mempunyai ciri ciri seorang pemimpin yang adil lagi sejati?

Mmmmm, kebolehan seorang pemimpin adalah di nilai melalui keedah yang mereka gunakan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul, teknik atau cara menyelesaikan sesuatu masalah adalah standard yang jelas untuk menilai kehebatan atau kebengapan seseorang bakal pemimpin rumahtangga., so apa kata kita timbulkan masalah untuk uji bakal menantu korang?Apa ujian yang kita nak timbulkan?, suruh bakal menantu terangkan teori republic? Terangkan teori karl marx? Atau suruh menantu belajar ilmu ikhlas macam drama “kiamat sudah dekat”?baiklah, ada riwayat dari seorang sahabat Nabi SAW (aku lupa nama sahabat itu..oh), cukuplah seorang itu di anggap jahat, apabila dia mengkritik rezeki yang di hidangkan..,

Nota: Nabi SAW tidak pernah mengkritik makanan walaupun tidak sedap..Oh!, patutlah orang tua zaman dulu-dulu, para si mertua akan hidangkan air kopi yang di taruk garam, sajer nak test kepimpinan bakal menantu menyelesaikan masalah, baiklah, aku nak tanya kat orang bujang,.. jika korang orang lelaki menerima ujian hidup seperti ini, apa korang akan buat pada bakal bapak mertua?

Terangkan tentang penyakit darah tinggi?, Buat-buat pengsan? Berlakon jawab hand phone lalu siram pokok bunga dengan air kopi masin tu?

He he he, Kalau aku di uji sedemikan rupa, maka aku akan mintak air panas kosong satu cawan lagi dan keluarkan satu paket minuman tongkat ali segera he he he..Eh, aku melalut pulak?!

Aku bukan nak ajar korang licik depan mertua, tapi nak bagi tips kepada bakal mertua mencari menantu sebenarnya… oh!

So sifat lelaki yang mempunyai sifat kempimpinan yang sejati dan Islamic adalah orang lelaki yang masuk masjid kaki kanan, keluar masjid kaki kiri, masuk jamban kaki kiri sambil menutup kepala, basuh berak dengan tangan kiri, kencing duduk sambil berdehem.. ehem, ehem, korek hidung dengan tangan kiri, tidak suka melihat kemaluan orang lain termasuk kemaluan diri sendiri, makan dengan tangan kanan dan jari kanan, tidur di lambung kanan, menutup mulut bila menguap bla bla bla boleh rujuk ustaz dan kitab..

K.e.r.a.n.a., dalam diri manusia ada sektul daging yang menjadi pemimpin kepada semua anggota iaitu hati, jika hati bersih maka akan baik dan betullah cara penggunan seluruh anggota tubuh badan serta kemaluan dan lain lain…, so,

jika anggota badan yang melekat kat tubuh badan pun tak boleh nak handle, macam mana nak handle anak dara orang???Dan cara korang nak dapatkan jawapan dari bakal menantu pulak, terpulanglah kepada kebijaksanaan korang, samaada nak gunakan bilik cermin gelap, atau buat ujian bertulis, atau apa sajer, lantaklah… end.Ok, sekarang kita pergi pada bab yang kedua lelaki beriman:-

2. LELAKI YANG MASIH MUDA BELIA SERTA SIHAT TAPI RAJIN BERIBADAT MACAM ORANG TUA YANG DAH NAK MATI…

Jika korang orang muda, belum cecah umur 25 tahun, tiada virus HIV, lalu datang jumpa aku kerana nak kahwin dengan anak aku, aku alu alukan… he he he.., inilah ciri-ciri lelaki beriman, nak kahwin awal..Sila-sila, jemput naik, kita bincang kat atas.., sila sila (senyum)Sementara kita habiskan teh’ tarik dan keropok goreng ni, kita pergi pada syarat-syarat yang seterusnya…, ingat!!! ada TUJUH syarat semuanya.. 2 dah lepas, ada 5 lagi , sabar...next!

3. LELAKI YANG MASIH MUDA TAPI SELALU LEPAK DI MASJID MACAM ORANG TUA..

Menantu aku mestilah seorang yang solat berjemaah 5 waktu di masjid, kalau ada ustaz atau ulamak yang nak kahwin dengan anak dara aku, tapi tak istiqamah solat berjemaah, boleh blahhh, mana ada kebahagian berkahwin dengan lelaki yang tak suka solat berjemaah?? Setuju tak duhai orang perempuan yang dah kahwin dengan suami yang malas pergi masjid???-----------Ciri ciri orang beriman, bila dengar nama ALLAH, akan gementar hatinya..,

tapi bila ada bakal menantu yang dengar AZAN, selamba jer buat donno.., boleh blah walaupun ustaz.., pergilah main jauh jauh.., Kahwin ni orang cakap seolah olah membina masjid, korang beria ria nak bina masjid tapi malas ke masjid.., apa kes?!!

4. LELAKI YANG MEJAGA KEMALUAN SEKSNYA..

Menjaga kemaluan di sini bukanlah di tujukan kepada orang bujang yang sentiasa buat senaman harimau dan amalkan makan tongkat ali serta sentiasa pergi berurut untuk panjangkan dan besarkan zakar.. bukan!!!

Huh, belum kahwin dan makan tongkat ali, apa kes? Tak yakin dengan kemaluan sendiri ke? Huh memalukan betul.., dah dah dah cukup!, maksud menjaga kemaluan di sini adalah lelaki yang tidak melakukan hubungan seks sebelum kahwin kerana takutkan Allah…Lelaki yang tak pegang tangan perempuan, lelaki yang tak ‘ringan ringan’, lelaki yang tak suruh awek dia buat oral seks, lelaki yang TAKUT betul pada Allah sehingga apabila di goda oleh artis wanita paling pololar, ia akan berkata, sesungguhnya, aku takut kepada Allah.. oh!

Wahai aweks aweks sekalian, Setuju tak jika aku kata: kebanyakkan lelaki yang bercouple, dia akan ambik kesempatan ke atas wanita dengan suka meramas buah dada dan buat oral seks, setuju tak? Tapi si aweks aweks itu tak dapat jawab soalan aku kerana kemaluan pakwenya sedang berada dalam mulutnya.., buruk betul akhlak muda mudi zaman la ni, semuanya salah pakcik..oh!!! bertaubatlah.., kembalilah ke pangkal jalan..., masih sempat buat U turn.. isk isk..Maka wahai korang orang lelaki, jika korang dah tak tahan nak bersetubuh dan korang takut kepada Allah.., cepatlah berkahwin, dan aku akan pertimbangkan permohonan korang, insyAllah, tapi masih tertaluk kepada terma dan syarat..Selamat berharap!!!

5. LELAKI YANG MENANGIS KETIKA BERSUNYI DIRI KERANA TAKUTKAN ALLAH.

Macam mana aku nak pastikan bakal menantu aku tu adalah seorang yang menangis di malam hari?Macam mana aku nak pastikan bakal menantu aku tu adalah seorang yang bertahajjud dan menangis?Agak susah nak dapatkan petunjuk ‘blue clues’ ni..Tapi aku tahu, lelaki yang rajin beriktikaf di masjid adalah lelaki yang rajin bersolat tahajjud.So, syarat yang ke lima, korang hendaklah seorang yang RAJIN (tidur sambil berniat) iktikaf di masjid kerana ALLAH, korang sekalu iktikaf di masjid malam malam...korang kata: alahai, beratnya syarat ini..oh (he he he…)Selamat menangis!!!

6. LELAKI YANG TANGAN KIRINYA TIDAK TAHU MENAHU …Lelaki ini jika dia bersedekah dengan tangan kanan yang di kawal oleh otak kiri, maka tangan kiri tidak tahu bahawa tangan kanan telah bersedekah walaupun tangan kiri di kawal oleh otak kanan, kerana tangan kanan yang di kawal oleh otak kiri yang memberi lebih baik daripada tangan kanan yang di kawal oleh otak kiri yang menerima dari tangan kanan dan kiri, bersukur dengan nikmat kemaluan yang tiada kanan dan kiri.., arghhhh, pening kepala aku!!! pendek kata korang mestilah ada ilmu IKHLAS…So, korang kena belajar ilmu ilhlas dulu.., nanti aku buat ujian oral.. hehe he (macamlah aku tahu ilmu ihlas..oh)
Selamat belajar!!

7. LELAKI YANG BERTEMU KERANA ALLAH…Last! Di hari Raya, korang pergi jumpa kawan kawan kerana ALLAH atau kerana Hari Raya?Di kenduri kendara, korang pergi jumpa kawan kawan kerana ALLAH atau kerana ada kenduri kendara?Di rumah sewa, Korang jumpa kawan korang kerana nak pinjam DVD atau kerana ALLAH?Di hari Jummat, korang pergi jumpa kawan kawan di masjid kerana ALLAH atau kerana Hari tu hari jumaat?, semua orang pergi masjid, tak bestlah aku jika tak pergi masjid…?DAN Hari ini, korang datang jumpa aku kerana ALLAH atau kerana nak pinang anak aku?Jadi, walaupun akhirnya korang akan cakap, korang bertemu kerana ALLAH walaupun hakikatnya ada alasan yang lain mendahului, namun, aku tetap mencari menantu yang mana, beliau bertemu lelaki lain hanya kerana ALLAH!!! Tiada yang lain, Hanya ALLAH!!!

Maka aku tafsirkan lelaki ini kepada pendakwah yang tak mintak upah, dan berdakwah yang ada mirip mirip baginda Nabi besar Muhammad SAW..

Maka, jika ada pendakwah yang tak mintak upah dan berdakwah ada mirip mirip baginda Nabi besar Muhammad SAW.., lalu datang nak pinang anak dara aku, maka aku ucapkan..SELAMAT DATANG..!!!

Aku kata setelah di rujuk kepada BURNAMA…Iaitu: Berita dari Ustaz yang aku tak ingat NAMA...

Semua isteri tujuh golongan lelaki tadi telah masuk shurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya kerana akan di solek seindah indahnya untuk menanti sang suami..

Maka,… Beruntunglah wanita yang berkahwin dengan TUJUH golongan lelaki itu..

Dan beruntunglah juga wanita yang bermadu dengan isteri TUJUH golongan lelaki itu..Selamat bermadu!!!

Wasalam…
http://www.shukur.org/v4/component/option,com_smf/Itemid,105/topic,18286.msg49063#new

Thursday, March 08, 2007

5 perkara hindar akhlak buruk

ORANG yang ingin membersihkan dirinya wajib meninggalkan akhlak buruk. Segala tingkah lakunya harus cerminan daripada budi yang luhur.

Kita wajib menjaga diri jangan sampai melakukan ghibah seperti mengata orang lain, bergossip dan melakukan hal yang tiada berguna.

Umat Islam sangat digalakkan memperbanyakkan menyebut mengenai lima perkara seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad saw.

Insya-Allah dengan selalu menyebut dan mengingatinya dapat memberi kesedaran kepada kita dan kekuatan dalam mendidik diri.

Rasulullah saw mengingatkan umatnya mengenai lima perkara itu iaitu:


1 Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk;


2 Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia;


3 Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal kematian daripada hal kehidupan;


4 Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga; dan


5 Jangan sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.


Semoga lima perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan.

http://nurjeehan.wordpress.com/tag/akhlak-adab/

Thursday, March 01, 2007

MOHON DOAKAN KESIHATAN IBU SAYA

Ibu saya dimasukkan ke wad unit rawatan rapi di hospital sultanah aminah JB, Johor.Menurut doktor ada jangkitan pada darah beliau . Saya merayu doa rakan blog sekalian untuk kesihatan dan keselamatan ibu saya.

saya terpaksa memohon cuti dan buat rakan-rakan BOMBA sekalian,maaf saya tidak dapat menyertai Family Day yang kita rancangkan bersama. Semoga kalian bergembira..

Mencari Sinar Dan Jati Diri Islami Di Kampus

Daripada Web-Group: http://groups.yahoo.com/group/pmh-uitm
Oleh: Nuur Fakhrul as-Shiddiq

Dunia kampus hari ini, adalah suatu bentuk alam pendidikan yang begitu ‘meriah’ dengan pelbagai macam karenah mahasiswanya mengatur langkah menuju masa depan masing-masing. Ada yang benar-benar menumpu kepada studi yang hanya berdasarkan silibus yang diberi. Ada juga yang sering mengabaikan tanggungjawab studi yang diberikan itu dan menggantikannya dengan hal-hal yang tidak berfaedah. Dan, ada juga yang menyeimbangkan di antara studi dengan kerja-kerja pencarian ilmu yang lain di samping ilmu yang sememangnya daripada silibus pengajian.
Di dalam perjalanan hidup yang penuh ujian dan cacamerba ini, hendaklah kiranya para mahasiswa memanfaatkan masa remaja mereka untuk menimba ilmu sebanyak mungkin yang termampu. Tidak hanya terhad kepada ilmu ekonomi, perbankkan, bahasa, sastera, sains dan teknologi, bahkan ilmu yang paling asas yang menjadi prinsip kepada kehidupan kita iaitu ilmu yang membina agama dan manhaj kehidupan insan yang sejahtera. Yang mana seterusnya dengan ilmu itulah kita dipandu untuk beramal dengan ilmu-ilmu yang lainnya.
Masyarakat mahasiswa hari ini perlu dicelikkan semula kepada kepentingan ilmu-ilmu dan amalan-amalan berlandaskan al-Qur’an dan Sunnah yang sejahtera. Ini kerana bukan sahaja akhlak dan amalan sahih Islami yang semakin menghilang, malahan prinsip aqidah Islamiyah juga semakin pudar dari dalam jiwa mahasiswa.
"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang Yang mengetahui dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.” (az-Zumar (39): 9)
Ini terbukti dari beberapa tinjauan saya terhadap rakan-rakan terdekat terhadap asas aqidah Islami yang sejahtera.
Saya pernah bertanya, “Eh, benarkah Allah itu wujud, apa buktinya?” Saya juga pernah mengutarakan persoalan Allah di mana. “Jika benar Allah itu wujud, di manakah Allah?” Daripada dua soalan ini sahaja masih ramai yang gagal menjawabnya dan ada yang hanya menghentam sahaja untuk mengemukakan jawapan berdasarkan akal semata. Lalu terhasillah bermacam jawaban yang mengatakan bahawa ‘Allah itu berada di mana-mana...’ Ada pula yang mengatakan ‘Allah itu tidak bertempat’ dan sebagainya.
Tidak kurang ramai juga yang menjawab dengan kalimah ‘tidak tahu’ dan ‘saya tidak pasti’.
Dan hanya beberapa individu sahaja yang mampu menjawab Allah itu di langit. Allah itu di ‘arsy dan Allah itu memiliki kursi dengan menyertakan beberapa dalil al-Qur’an dan hadis. Selanjutnya, bukankah fenomena ini amat menyedihkan sekali bagi kita yang memahami? Betapa rapuhnya jati diri dan pemahaman asas kita dalam mengenali Rabbul ‘alamiin

Daripada dua soalan itu sahaja, sudah membuktikan keadaan mereka kepada kita yang betapa nipisnya asas Islami mereka dalam mengenali Allah. Tidak hairanlah jika begitu ramai umat Islam diberitakan murtad jika asas utama dalam bab aqidah ini sahaja mereka sudah tidak mampu merungkaikannya. Belum lagi ditanya hakikat pemahaman rukun iman dan sebagainya.

Tidak hairanlah jika dengan mudah sahaja mereka mengabaikan amalan-amalan islami yang samaada fardhu ataupun yang sunat. Lalu mudah-mudah sahaja menggantikannya dengan amalan-amalan yang di luar konteks Islami. Mereka tidak lagi mengenali apa itu peranan al-Qur’an dan as-sunnah (hadis) dengan sempurna.

Bahkan lebih malang, ada sebahagian kecil di antara kita yang hanya mengenali al-Qur’an hanya sebagai bahan bacaan yang untuk dilagukan lalu mengabaikan apakah maksud dan tujuan sebenar penurunan al-Qur’an yang sebenarnya. Mereka melupakan bahawa al-Qur’an itu sebagai petunjuk atau manual kehidupan insan. Bila ditanya pula apakah itu hadis, mereka tidak mampu menjawabnya.

Jadi, dengan asas apakah mereka mendirikan jati diri dan amalan Islami sebenarnya? Islam bukanlah adat dan warisan.

Islam itu adalah agama dan petunjuk bagi setiap insan yang wujud. Ia perlu difahami dengan sebaik-baiknya bagi menjamin ketulenan amalan dan i’tiqad kita.

“(Al-Quran) ini ialah penerangan kepada seluruh umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang Yang (hendak) bertaqwa.” (Ali ‘Imran (3): 138)

Memang logiklah jika mereka mudah terikut-ikut dengan budaya dan fahaman-fahaman yang menyeleweng di sekitar mereka. Mengagungkan perkara-perkara yang jelas sia-sia melebihi menuju kepada mengingati Allah seterusnya mentahidkan Allah berdasarkan asas yang sebenar. Inilah sebenarnya natijah dan akibat daripada pemahaman Islam yang amat cetek dan diambil secara sambil lewa, lalu mengabaikan al-Qur’an dan as-Sunnah sebagai landasan penilaian hidup insani yang tulen.

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar". (al-Luqman (31): 13)

Selain itu, banyak lagi fenomena yang membuatkan kita sedih melihat masyarakat remaja kampus mahupun di luar kampus dalam mengamalkan Islam.

Ini jelas terbukti apabila ada di kalangan rakan-rakan sekeliling meninggalkan solat subuh hanya kerana malas hendak bangun awal. Lalu mudah-mudah sahaja meng-qadhakannya di luar waktu. Atau pun tidak kurang ramainya yang langsung terus meninggalkannya.

Selain itu, ada pula yang dengan begitu mudah menjadikan alasan menaiki bas atau dalam perjalanan jauh balik kampung atau sebagainya, memberi alasan bahawa tiada masa untuk menunaikan solat dan tiada tempat untuk menunaikan solat kerana berada di dalam bas. Inilah dia natijahnya jika asas Islami insan didirikan atas dasar kejahilan dan methode yang silap.

Ada juga di antara mereka yang sanggup bermain permainan komputer game sehingga jauh malam atau sepanjang hari. Mereka lalai dalam permainan sehingga meninggalkan perkara-perkara fardhu Islami yang mesti mereka tunaikan iaitu solat. Di sini kita melihat mereka seolah-olah mengutamakan perkara yang lain itu sendiri berbanding mentaati Allah. Bukankah ini adalah sebahagian daripada pencemaran aqidah yang jelas lagi gamblang (terang).
“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).” (al-Baqarah (2): 165)

Pemahaman mahasiswa seperti inilah yang amat perlu untuk ditangkis dan diperbetulkan oleh semua pihak yang memahami. Mereka bukan sahaja bermasalah dalam persoalan ibadah dan fiqh, malahan mereka amat bermasalah dalam perkara asas aqidah dan prinsip Islami yang sebenar.
Ini hanyalah menyentuh beberapa persoalan kecil dan asas dalam beragama (Islam), tidak lagi menyentuh persoalan yang lain seperti pergaulan bebas, pendedahan ‘aurat, dan sebagainya. Jika asas binaannya sahaja sudah tidak keruan, mana mungkin bangunannya boleh berdiri teguh dengan melaksanakan amal Islami yang sejahtera dari segala macam pencemaran!
Oleh itu, marilah kita sama-sama sebagai mahasiswa memupuk jiwa Islami dengan mendalami Ilmu agama yang sejahtera yang dianjurkan di mana sahaja ia diadakan selaras dengan kemampuan kita. Bersama-sama kita berusaha mengenali kandungan al-Qur’an, as-sunnah, dan ijma’ para sahabat Rasulullah (salafus-soleh) dengan lebih baik lagi supaya kehidupan kita sebagai individu atau masyarakat muslim menjadi lebih jelas dan baik selaras dengan pemahaman yang baik yang diterima. Bersungguh-sungguhlah dalam mencari ilmu dan banyak mengadakan perbincangan ilmiah bagi menilai mana yang terbaik dengan menjadikan al-Qur’an, sunnah dan ijma’ para sahabat (salafus-soleh) sebagai asas dan landasan manhaj dalam melakukan penilaian. Bukannya mantiq dan akal. Perkiraan baik dan buruk mestilah dinilai dengan dalil naqli dan bukan-nya akal.

Bagi pihak-pihak yang bertanggungjawab, seharusnya bertindak untuk memantau keadaan ini dan berusaha mengambil inisiatif menyediakan wadah atau tempat untuk para mahasiswa mendalami perihal Islam dengan lebih baik di sekitar kampus. Pendedahan dalam bentuk yang kreatif dan berfakta juga perlu diambil kira bagi menarik generasi kampus berminat untuk kembali kepada asas-asas Islam yang tulen. Ini adalah bagi mengelakkan mereka daripada terjebak kepada agenda yang lebih berbahaya oleh pelbagai pihak di luar sana. Mereka perlu diberi pemahaman yang tulen berkenaan hakikat Islam. Agar mereka mampu menilai setiap permasalahan baik dan buruk yang tertuju kepada mereka kelak. Ini adalah kerana mereka merupakan kesinambungan generasi yang lebih Hadhari di masa hadapan.

“Dan sememangnya tidaklah sama orang Yang buta dan orang Yang melihat, dan juga tidaklah sama orang-orang Yang beriman serta beramal soleh dengan orang Yang melakukan kejahatan. (Meskipun hakikat ini jelas nyata, tetapi) sedikit sangat kamu beringat dan insaf.” (al-Mu’min (40): 58)

“(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujjah-hujjah Yang tersebut di dalamnya) Bahawa Sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang Yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.” (Ibrahim (14): 52)

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (al-Ahzaab (33): 21)