Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Monday, October 05, 2009

Istiadat Kovokesyen UiTM kali ke 71

Assalamualaikum W.B.T




Ingin dimaklumkan bahawa Istiadat Kovokesyen UiTM kali ke 71 akan berlangsung pada 15 - 27 Oktober 2009. Para graduan diminta sentiasa peka tentang maklumat terkini yang akan kami maklumkan dari masa ke semasa sama ada melalui pos atau laman web konvokesyen.



Mulai Istiadat Konvokesyen ke 71, semua bakal graduan dikehendaki mengesahkan kedatangan dan maklumat peribadi di menu PENGESAHAN KONVO 71. Pengesahan ini akan mula di buka pada 1 Oktober 2009 (Khamis). Para graduan dikehendaki :



Membuat pengesahan hadir/tidak hadir ke Istiadat Konvokesyen ke 71.

Para graduan dikehendaki menyemak sekiranya terdapat denda dengan pihak Universiti (Denda Lalulintas/ Denda Keselamatan dan lain-lain) yang masih belum dijelaskan. Graduan yang tidak menjelaskan denda universiti dan yuran konvokesyen tidak akan diberikan jubah akademik UiTM.

Mencetak slip kehadiran konvokesyen dan dibawa semasa hari pendaftaran dan pengambilan jubah yang telah dijadualkan. Sebarang maklumat dan pertanyaan sila ajukan kepada kami di talian 03-5544 3130.



Terima Kasih.


PERHATIAN MUSTAHAK



Sebagai langkah pengawalan dan penjagaan pihak Universiti melalui saranan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia telah memutuskan tetamu graduan dan graduan yang diketegorikan sebagai orang yang berisiko tinggi mendapat komplikasi jangkitan Influenza A H1N1 TIDAK DIBENARKAN untuk mengikuti dan menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 71.



A. Graduan yang mempunyai tanda ILI (penyakit menyerupai Influenza) seperti : DEMAM, BATUK ATAU SAKIT TEKAK, SELESEMA DAN SAKIT BADAN.



B. Golongan yang BERISIKO TINGGI komplikasi jangkitan Influenze A H1N1 seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah;



i. Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun.



ii. Warga tua berusia 65 tahun ke atas.



iii. Kanak-kanak dan remaja berusia kurang dari 19 tahun yang mengambil ubat aspirin untuk tempoh rawatan jangka panjang.



iv. Wanita hamil



v. Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asma, paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, kardiovaskular, hati, sistem darah, saraf dan ganguan metabolik seperti diabetes.



vi. Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (termasuk akibat ubatan-ubatan tertentu, pesakit kanser dan HIV).



vii. Penghuni pusat penjagaan kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik yang lain



viii. Individu yang mempunyai berat badan berlebihan (severe obesity) iaitu ukuran indeks jisim badan atau BMI berukuran >35 kg/m2. Perkiraan adalah seperti formula di bawah :BMI = berat badan (kg) / tinggi (m) x tinggi (m)


Jadual Konvokesyen
peraturan konvokesyen
 
kajian pengesanan graduan
 
PAKAIAN & RUPADIRI GRADUAN


A PAKAIAN GRADUAN LELAKI :-

Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti) .

1 Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima dan bersamping songket hitam berbunga benang emas dan dipakai tanpa menggunakan bengkung, atau

2 Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam , atau

3 Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam .

4 Kasut kulit hitam dan stokin hitam.

5 Songkok tidak diperlukan



B PAKAIAN GRADUAN PEREMPUAN :-

Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti) .

1 Baju kurung moden/ labuh atau kebaya bandung/ labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.

2 Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan.

3 Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.

4 Selendang/ Mini Telekung boleh dipakai jika mahu.

5 Warna pakaian adalah pilihan sendiri.

6 Kasut bertumit sekurang-kurangnya 1.5 inci tinggi.

7 Sarung tangan dipakai dikedua-dua belah tangan sekiranya diperlukan untuk bersalam dengan Tuanku Canselor/ Pro Canselor/ Naib Canselor semasa menerima Ijazah Sarjana/ Ijazah Sarjana Muda atau Diploma.

8 Pakaian fesyen berseluar tidak dibenarkan sama sekali.



RUPADIRI GRADUAN



Sahsiah Graduan Lelaki:-

Rambut lelaki hendaklah pendek dan kemas, tidak menjejaki kolar baju.



Sahsiah Graduan Perempuan:-

Kenipisan dan reka bentuk pakaian hendaklah tidak menjolok mata.



PARA GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN RUPADIRI YANG DITETAPKAN, PIHAK JAWATANKUASA PETUGAS KHAS / URUSETIA KONVOKESYEN MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MENYERTAI ISTIADAT KONVOKESYEN.

Ibubapa/tetamu (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas) diminta berpakaian rasmi seperti berikut:-


A Pakaian tetamu lelaki :-

1 Kebangsaan atau

2 Batik atau

3 Lounge Suit atau

4 Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans dan Kemeja-T tidak dibenarkan).



B Pakaian Tetamu Perempuan :-

1 Kebangsaan atau

2 Pakaian Rasmi atau pakaian sopan (pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T dan seluar adalah tidak sesuai)



Penting :

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Ramai diantara tetamu graduan ditahan dari memasuki dewan kerana gagal mematuhi peraturan pakaian yang telah ditetapkan.



penginapan

homestay shah alam atau hubungi anwar  013-6607046



H.Anwar
SKP urusetia konvoUitm71