Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Friday, December 10, 2010

siri NOTA KEPADA DIRI

NOTA KEPADA DIRI

siri 1M: iman dan amal soleh

Kemantapan iman seseorang tidak hanya sekadar iktikad dengan hati semata-mata. Keprihatinan dalam mengawal diri dalam menjalani kehidupan dengan menampilkan ciri-ciri keimanan adalah neraca untuk menilai sama ada seseorang itu beriman dengan iktikad yang sempurna atau hanya sekadar iman dengan lisan sahaja.Diantara ciri-ciri orang beriman adalah

siri 2M: hakikat taqwa

Marilah kita bertakwa kepada Allah dengan meninggalkakan rasa takut kepada Allah. Takut kepada Allah tidak cukup diucapkan dengan kata-kata, namun harus dibuktikan dengan amal perbuatan.
Abu Laits Samarqandi rah.a. menegaskan bahawa seseorang dinyatakan mempunyai rasa takut kepada Allah apabila mempunyai tujuh tanda berikut:



siri 3M: sukarkah mencari yang solehah?


BAGAIMANAKAH KAEDAHNYA?
Kunci kejayaan untuk mendapat isteri yang solehah terletak pada diri lelaki itu sendiri. Semuanya bermula dengan usaha terhadap diri kita sendiri. Walaupun kaedah ini dilihat agak lembap, tetapi ia boleh dipercepatkan dengan syarat, lelaki itu cepat membuat perubahan membina sifat-sifat soleh di dalam dirinya. Itulah ikhtiar terbaik yang perlu ditekankan oleh setiap lelaki.


sila layari:


http://konvoikesurau.blogspot.com/




AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Monday, December 06, 2010

nota kepada diri 1 muharram

Alhamdulillah, 1 Muharram 1432 hijrah ini telah tiba, membuktikan nikmat dan kasih sayang Allah yang sangat tidak ternilai harganya dicurahkan kepada kita. Cuma kita sebagai makhluknya yang sering lupa dan lalai dalam mengingati nikmat-nikmat-Nya, malas untk mengabdikan diri kepada-Nya dan sombong untuk sujud menghinakan diri kepada-Nya. Semoga Allah mengampunkan dosa kita yang pernah kita lakukan sama ada yang nyata mahupun yang tersembunyi.

Selawat dan salam khusus untuk nabi Muhammad, penutup segala nabi dan contoh teladan sepanjang zaman. Kebijaksanaan dan akhlak baginda merupakan satu-satunya sumber inspirasi yang mampu memotivasikan setiap umat.

Bersempena permulaan hari dalam tahun 1432 Hijrah ini, saya terpanggil untuk memulakan tajuk asas dalam Islam. Setiap muslim wajib menyedari bahawa kesempurnaan iman bukan semata-mata mempercayai rukun Iman semata-mata, malah ia amat berhajatkan kepada pembuktian dengan amalan bertepatan dengan hadis riwayat Muslim yang bermaksud “ iman adalah mengiktikad dengan keyakinan di dalam hati, dan mengikrarkan dengan lidah, dan mengerjakan dengan anggota (segala apa yang diykinkan)”.

Dasar utama iman adalah mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Mempercayai malaikat-Nya, mempercayai rasul utusan-Nya, mempercayai kitab-kitab-Nya, mempercayai Qada’ dan Qadar-Nya serta mempercayai hari kiamat.
Kemantapan iman seseorang tidak hanya sekadar iktikad dengan hati semata-mata. Keprihatinan dalam mengawal diri dalam menjalani kehidupan dengan menampilkan ciri-ciri keimanan adalah neraca untuk menilai sama ada seseorang itu beriman dengan iktikad yang sempurna atau hanya sekadar iman dengan lisan sahaja.
Diantara ciri-ciri orang beriman adalah
  1. 1.    Sentiasa berfikir tentang sesuatu yang dijadikan oleh Allah di muka bumi ini, yang akhirnya menjurus untuk tunduk mengagungkan-Nya dengan mengamalkan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
  2. 2.    Memiliki sifat malu dalam kehidupan. Malu daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Allah, malu jika meninggalkan perintah-perintah-Nya. Ini semua didasari oleh keimanan bahawa seluruh gerk-laku kehidupan kita sentiasa diperhatikan oleh Allah. Jika rasa malu itu hilang dari diri seseorang, maka tidak hairanlah baginya melakukan perkara-perkara yang mungkar serta maksiat.
  3. 3.    Cenderung untuk melakukan kebaikan dan kebenaran.
  4. 4.    Ikhlas dalam setiap kerja atau amal yang dilakukan , tanpa mengharapkan sesuatu pembalasan, samaada pembalasan dari manusia atau daripada Allah. Keikhlasan ini terbit apabila meyakini bahawa setiap yang dikerjakan hanya semata-mata kerana tunduk dan patuh kepada penciptanya.

Kelazatan dan kemanisan iman tidak akan tercapai seandainya sesuati perkara atau amal yang dikerjakan mempunyai pengharapan kepada yang lain selain daripada Allah.
Bagi setiap manusia yang memperolehi kelazatan iman, mereka akan merasakan bahawa dirinya sentiasa berhadapan dengan penciptanya iaitu Allah S.W.T. Mereka akan sentiasa mengharapkan bahawa setiap perbuatan dan amalannya diredhai Allah S.W.T. Mereka juga sentiasa waspada dan curiga seandainya perlakuan hidupnya dicemari dengan ciri-ciri yang boleh mendorong kepada tegahan Allah.
Surah al-Mukminun secara jelas mendefinasikan orang mukmin sepertimana berikut:
  1. 1.    Sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yang beriman.
  2. 2.    Mereka yang khusyuk dalam mengerjakan solat.
  3. 3.    Dan yang menjauhi perkataan yang kosong dan kotor.
  4. 4.    Dan yang mengeluarkan zakat.
  5. 5.    Dan yang menjaga kehormatannya (tidak melepaskan syahwatnya).
  6. 6.    Melainkan kepada isterinya dan hamba perempuan mereka, sesungguhnya itu tidaklah tercela.
  7. 7.    Tetapi orang-orang yang mencari selain daripada itu, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
  8. 8.    Dan orang-orang  yang memelihara amanah dan memenuhi janji.
  9. 9.    Dan yang menjaga solat mereka.
  10. 10. Dan itulah orang-orang  yang layak mempusakai.
  11. 11. Mereka mempusakai syurga firdaus, dan mereka kekal didalamnya.

Semoga artikel pendek diatas membantu kita untuk meningkatkan tahap keimanan kita kepada Allah. Tanggapan bahawa iman hanya dalam hati
Rujukan; Mutiara Hadis Ke Arah Membentuk Peribadi Mukmin Amir haji Marzuki, Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor.

Anwarjauhari,
1 Muharram 1432, Selasa
Bilik imam surau S17

AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

O RABB! OPEN MY HEART,EASE MY TASK,


O RABB! OPEN MY HEART,EASE MY TASK,AND REMOVE THE IMPEDIMENT FROM MY SPEECH,SO THAT PEOPLE MAY UNDERSTAND WHAT I SAY. 20:25-28AMMIN

30 nov- Istiadat Konvokesyen ke 73 UiTM
1 dis-2 dis-
3 dis-Mesyuarat Pemurnian Modul, Kem Anakku Sayang, Buah Hatiku Sayang
4 dis- KEM ANAKKU SAYANG, BUAH HATIKU SAYANG, Masjid Ar Rahimiah Klang
5 dis- KEM ANAKKU SAYANG, BUAH HATIKU SAYANG, Masjid Ar Rahimiah Klang
6 dis- ceramah Sambutan Maal Hijrah Surau Seksyen 17
7 dis-Mesyuarat Pemurnian Modul Kem Anak Soleh Masjid At Taqwa, Subang Permai
8 dis-KEM CUTI SEKOLAH ANAK SOLEH MASJID AT-TAQWA SUBANG PERMAI
9 dis-KEM CUTI SEKOLAH ANAK SOLEH MASJID AT-TAQWA SUBANG PERMAI
10 dis-ULANGKAJI SUBJEK USULUDDIN
11 dis-Kelas Usuluddin UM
12 dis-Perhimpunan Mingguan Masjid Sri Petaling
13 dis- International conference on Family, IAIS Malaysia
14 dis- International conference on Family, IAIS Malaysia
15 dis-ULANGKAJI KIMIA SPM
16 dis-ULANGKAJI KIMIA SPM
17 dis-Mesyuarat Pemurnian Modul Kem Anakku Bijak Belajar
18 dis-KEM SIRI 2 ANAKKU BIJAK BELAJAR,Masjid Ar Rahimiah Klang
19 dis- KEM SIRI 2 ANAKKU BIJAK BELAJAR,Masjid Ar Rahimiah Klang
20 dis-SMK Convent BP
21 dis-SMK Convent BP
22 dis-SMK Convent BP
23 disSMK Convent BP
24 dis-SMK Convent BP
25 dis- LINAU/ ULANGKAJI KIMIA SPM
26 dis-RAE EXAMINATION, SHAH ALAM
27 dis - Mesyuarat Guru SMK CONVENT
28 dis-Mesyuarat Guru SMK CONVENT
s9 dis-Mesyuarat Guru SMK CONVENT
30 dis-Mesyuarat Guru SMK CONVENT


AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Hairul Anuar Bin Sobikin

Hairul Anuar Bin Sobikin, putera kelima dalam keluarga Encik Sobikin Bin Wahsin dan Puan Sulasteri Binti Sapuan dilahirkan pada 25 Disember 1986. Beliau menerima pendidikan formal di Sekolah Kebangsaan Parit Bilal dan Sekolah Agama Bukit Pasir, Batu Pahat Johor. dikenali dengan sifat keyakinan diri dan kebolehan yang memberansangkan pada usia muda, beliau telah terpilih sebagai ketua kelas dan pengawas pusat sumber sekolah, manakala pada masa yang sama turut diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan marhaban Kanak-kanak Kampung Linau Kecil. Beliau turut mewakili sekolah untuk pertandingan bacaan rawi berzanji peringkat daerah.

baca sambungan di http://anwar-resume.blogspot.com/





AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Monday, November 29, 2010

maklumat kemasukan ke UiTM sesi disember 2010

maklumat kemasukan ke UiTM sesi disember 2010

===anwaruitm sekadar men'copy paste' dari laman rasmi UiTM semata-mata untuk memudahkan carian anda. sila hubungi UiTM untuk maklumat rasmi==




Selamat datang ke Portal Keputusan Kemasukan Ke UiTM


Laman ini menawarkan pelbagai maklumat yang berkaitan dengan tawaran kemasukan ke UiTM. Di sini anda dapat menyemak status permohonan anda untuk mengikuti program-program yang di tawarkan oleh UiTM.

Untuk makluman, sila semak atau klik pada pautan yang berkaitan dengan permohonan anda bagi mendapatkan maklumat yang tepat. sila klik pautan dibawah untuk meneruskan semakan:-

Semak Status Permohonan   
Permohonan e-Rayuan   


PENGUMUMAN
KEMASUKAN UiTM
SESI DISEMBER 2010
  1. Semakan keputusan bagi permohonan berikut dijangka boleh disemak mulai 28 November 2010 jam 12:00 tengah hari:  
    • Lepasan Diploma UiTM
    • Lepasan STPM/Matrikulasi/Asasi/Diploma IPT Lain
    • Lepasan GCE A-Level/AUSMAT/Setaraf
    • Program Pra Diploma Perdagangan/Pra Diploma Sains/Pra Diploma Perakaunan
    • Lepasan GCE O-Level/ A-Level/Setaraf
    • Program AC150(CAT)
    • Lepasan STPM/Diploma IPT Lain/Ijazah Sarjana Muda IPT Lain/Setaraf
    • Lepasan Diploma UiTM/Ijazah Sarjana Muda UiTM
  2. Semakan keputusan bagi permohonan berikut dijangka boleh disemak mulai 15 Disember 2010 : 
    • Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/Ijazah Sarjana Muda UiTM
    • Penerapan Semester 3 Diploma UiTM Semakan belum dibuka
    • Penerapan Pelajar Asasi UiTM/Trek Pantas UiTM
    • Penerapan Pelajar Pra Diploma Sains/Pra Diploma Perdagangan/Pra Diploma Perakaunan
    • Program LW222 dan LW601
  3. Bagi pemohon dari kategori-kategori berikut yang berjaya ditawarkan program Diploma/Ijazah Sarjana Muda, pendaftaran pelajar adalah secara online
    • Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM/Kolej Bersekutu UiTM
    • Penerapan Semester 3 Diploma UiTM
    • Penerapan Pelajar Asasi UiTM/Trek Pantas UiTM
    • Lepasan Diploma UiTM
    • Penerapan Pelajar Pra Diploma Sains/Pra Diploma Perdagangan/Pra Diploma Perakaunan
    * Selepas tempoh 48 jam pendaftaran online, anda boleh ke student portal untuk pendaftaran kursus dan mendapatkan maklumat lanjut jadual akademik.
  4. Semakan keputusan bagi permohonan program Diploma dijangka boleh disemak mulai 15 November 2010 jam 12:00 tengah hari.
  5. Bagi calon yang berjaya program Asasi Undang-Undang UiTM (PI005), sila semak Surat Tawaran Bantuan Kewangan Pelajar Asasi IPTA dan dokumen berkaitan melaluihttps://online.mohe.gov.my/scholar/bantuanasasi/index2.php. Sila cetak dan lengkapkan dengan teliti serta dibawa semasa hari pendaftaran.
  6. Semakan keputusan permohonan ke program Asasi (Undang-Undang) dijangka boleh disemak mulai 26 Oktober 2010 (Selasa) jam 5.00 petang.
Sebarang persoalan berkaitan dengan permohonan kemasukan ke UiTM boleh di ajukan kepada:
Ketua
Bahagian Pengambilan Pelajar
,
Aras Bawah, Bangunan UiTM International Centre (UIC)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
Tel: (+603) 5544 3164, 3165, 3166, 3174, 3175
Faks: (+603) 5544 3170
e-mel: bpp@salam.uitm.edu.my
Web: http://pengambilan.uitm.edu.my



AnwarJauhari
www.anwaruitm.blogspot.com

 "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

936 Jawatan Kosong dan Peluang Pekerjaan untuk pelajar UiTM

Assalamualaikum.... 

Bermula 30 Nov - 6 Dec 2010, Pusat Kerjaya & Kaunseling akan mengadakan Program ConvoJobshop. Maklumat terkini menunjukkan 936  Jawatan Kosong dan Peluang Pekerjaan untuk pelajar UiTM. Sebanyak 39 Syarikat yang terlibat setakat pkl 12.00 Tgh. Mohon kerjasama untuk maklumkan dan promotekan kepada pelajar UiTM dan Alumni UiTM untuk mengisi peluang pekerjaan yang ditawarkan. Boleh juga forwardkan link kepada kawan2 dan unit lain kat UiTM. 

 Maklumat lanjut boleh cek kat link sini ---->  http://www.jobshop.uitm.edu.my/portal/images/stories/scheduleconvojobshop%28nov-dis%2916.pdf 

Kersama semua pihak amatlah digalakkan. Sekian terima kasih... 


AnwarJauhari
 www.anwaruitm.blogspot.com
 "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Friday, November 26, 2010

Berkahwin adalah Ibadah

 

Akad nikah adalah sunnah Rasulullah dan dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala. Mencarikan nafkah untuk anak isteri adalah ibadah, melakukan persetubuhan juga ibadah dan mendapat pahala. Jika berlaku sedikit pertengkaran atau perselisihan dalam keluarga, hendaklah ditempuh dengan sabar. Bersabar ketika itu juga mendapat pahala. Janganlah diikutkan perasaan hati dan marah, nescaya akan hancurlah kebahagiaan rumah tangga dan akan berlakulah perceraian.

Motivasi dan harapan Perkahwinan

Walaupun jodoh ditangan Tuhan, pelbagai factor memainkan peranan yang penting untuk mendekatkan seseorang lelaki kepada seseorang wanita dan sebaliknya. Faktor-faktor inilah yang memulakan perhubungan mesra dan seterusnya mematrikan perhubungan itu dengan perkahwinan. Disamping itu terdapat juga beberapa jenis motivasi yang mendorong seseorang itu untuk berkahwin. Kebanyakan motivasi ini disedari oleh individu yang berkenaan. Walaupun begitu masih terdapat beberapa jenis motivasi yang tidak disedari.


..............................BACA SAMBUNGAN DI: http://anwar-resensi.blogspot.com/

AnwarJauhari
www.anwaruitm.blogspot.com
 "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Thursday, November 25, 2010

100 hari cikgu muda hairul. siri 1

Alhamdulillah, hari ini saya telah menerima surat tawaran rasmi daripada KPM untuk penempatan. Hari ini baru saya tahu bahawa saya diletakkan di PPD Batu Pahat. Sekolah bertuah yang terpaksa menerima saya adalah SMK Convent Batu Pahat.

Alangkah bersyukurnya saya apabila mendapati sekolah tersebut terletak hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari rumah. Hajat saya untuk berada di rumah sendiri terkabul juga akhirnya. Tetapi, alangkah terkejutnya saya apabila mendapat tahu bahawa sekolah tersebut adalah sekolah siswi. Saya tidak pernah terfikir langsung saya akan dihantar ke sekolah seperti ini.

Sebenarnya, sewaktu saya bersekolah dahulu, setiap hari saya akan melalui sekolah convent ini. Pada masa tersebut, saya hanya perasan kewujudan patung yang gah mengadap jalan raya, dan hanya mampu mengutarakan soalan, ‘kenapa patung itu ada di situ’. Tiada siapa yang mampu memberi jawapan yang memuaskan hati saya pada masa itu.

Saya pernah berdiskusi dengan seorang sahabat tentang Jenis-jenis sekolah yang terdapat di Malaysia. Antara topik hangat yang manjadi perdebatan kami adalah kedudukan sekolah agama, sekolah kebangsaan dan sekolah missionary. Dalam perbahasan tersebut, saya difahamkan bahawa pihak missionary memainkan perananbesar dalam pentadbiran dan aktiviti sekolah missionary terutamanya sekolah Convent. Sejak itu, saya berazam untuk mengetahui lebih lanjut tentang keunikan sekolah missionary dan kesannya kepada pendidikan anak bangsa.

Keghairahan saya meneroka ilmu perbandingan agama memberi peluang kepada saya untuk mengunjungi sebuah gereja di Kuala Lumpur. Banyak perkara baharu yang dipelajari semasa lawatan ke gereja tersebut. Salah satu perkara yang menarik minat saya adalah mengenai penjelasan pihak gereja yang menyatakan Kristian katholik di Malaysia dipengaruhi oleh Missionari dari Sepanyol dan bukannya British. Menurut mereka, penjajah Britiah hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan missionary dari sepanyol diambil untuk menjadi guru di Tanah Melayu. Sekali lagi, minat saya untuk menyelami peranan sekolah missionary kembali bugar, dan kali ini lebih berfokus kepada aspek sejarah dan perkembangannya di Tanah Melayu.

Mendapat penjelasan secara terus mengenai ajaran Kristian daripada Paderi tentunya peluang dan pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Namun, niat di hati saya semata-mata untuk memantapkan lagi ilmu perbandingan agama yang selama ini dipelajari secara teori. Secara tidak langsung, ini mendesak saya untuk memantapkan lagi ilmu dan pemahaman saya tentang akidah tauhid dalam Islam itu sendiri.

Sekolah ini bukan sahaja menuntut saya untuk mendalami dan membuat kajian lanjutan tentang perbandingan agama, malah ia turut memberikan saya ruang untuk terus memberi tumpuan usaha panambahbaikan kemampuan komunikasi saya. Bahasa inggeris sudah pasti akan menjadi kelaziman dan saya yakin, cabaran ini akan menjadikan saya lebih berdaya saing. Tidak dinafikan, sebelum ini saya amat kurang berkominukasi dengan masyarakat silang budaya. Namun, sekolah ini ternyata memberi saya ruang dan peluang untuk berkomunikasi dengan cara yang lebih harmoni dan berkesan.

Begitu juga dengan bahasa mandarin. Berdasarkan pemerhatian saya, sekolah ini mempunyai pelajar berbilang bangsa. Maka, amat wajar bagi saya untuk membuat ulangkaji dan latihan praktikal bertutur, menulis dan berfikir dengan bahasa mandarin. Sekurang-kurangnya, tiga semester yang diperuntukan untuk BMD di UiTM dapat diamalkan dan dikembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Saya pasti ramai akan mengakui bahawa pembelajaran dan pengajaran bahasa amat menitik beratkan aspek amalan berbahasa. Alhamdulillah, nampaknya secara terpaksa, saya akan bergelumang didalam suasana yang memungkinkan saya untuk mengamalkan bahasa tersebut.

Saya dapat membayangkan cabaran dan dugaan yang tidak dapat tidak akan saya temouhi di sepanjang tempih perkhidmatan saya kelak. Namun, apa yang pasti, saya “HAIRUL” akan:
  • ·         Hanya buat yang terbaik,
  • ·         Arif dan peka dengan persekitaran,
  • ·         Innovatif dan kreatif mencari penyelesaian,
  • ·         Rasional dalam bertindak,
  • ·         Utamakan perkara yang utama, dan
  • ·         Lihat segala yang berlaku sebagai guru yang ikhlas memberi pengalaman.

Atas rasional-rasional yang dinukilkan diatas, maka saya dengan hati terbuka, bersedia dan menerima penempatan di SMK Convent batu Pahat.

Anwar JauhaRi
“Peneraju Kegemilangan Hakiki”

AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Sunday, November 14, 2010

EFA003- ESQ for Anwar catatan siri 1

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

*peringatan. catatan ini bersifat peribadi. tidak seharusnya dijadikan bahan rujukan sehingga boleh menimbulkan isu.


PENDAHULUAN
Alhamdulillah, pada 13 dan 14 November 2010, saya telah merealisasikan impian saya untuk menyertai ESQ training. Jutaan terima kasih kepada sahabat saya, Saudara Zulhusni kerana membuka jalan kepada saya meyertai latihan ini.

Saya menyedari kehadiran training ESQ Model ini sejak mula-mula ESQ Model ini memasuki Malaysia. Memandangkan yuran untuk menyertai latihan ini mencecah ratusan ringgit, jadi saya hanya sekadar mengikuti dari jauh. Saya terus mengikuti perkembangan ESQ terutamanya apabila isu pengharaman ESQ Model ini diwartakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan. Saya mengakui ijtihad mufti dan insyaAllah saya akan patuh kepada fatwa tersebut selagi saya berada di bawah jajahan takluk kekuasaannya.

Keinginan untuk menyertai Latihan ESQ ini semakin membara apabila tawaran Latihan ESQ For All  diadakan lagi, kebetulan dua minggu sebelum saya diarahkan balik ke Johor. Saya menganggap ini sebagai satu peluang untuk mengalami sendiri Latihan ESQ dan memahami isu yang ditimbulkan oleh Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan. Namun, saya tetap berjaga-jaga dan terus memerhatikan sepuluh hujah Sahibussamahah Mufti Wilayah. Kehadiran saya lebih kepada tujuan memerhatikan dan mengkaji. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada saya agar tidak terjeumus kepada perkara yang meragukan dan ditetapkan pendirian atas kebenaran.

MENGAPA KITA PERLUKAN ESQ?
Tajuk ini merupakan bahagian pertama dalam siri latihan ESQ ini. Sebelum pergi terus kepada jawapannya, saya suka untuk mengajak para pembaca untuk meninjau sepintas lalu mengenai tiga kebahagiaan yang sering dicari oleh manusia. Kebahagiaan Fizikal, Kebahagiaan Emosi, dan Kebahagiaan Spiritual.
Kebahagiaan Fizikal seperti wang, ganjaran, hadiah, kesihatan, jawatan, kebijaksanaan dan lain-lain merupakan kebahagiaan yang selama ini diutamakan. Sering kita lihat manusia berlumba-lumba mengejar kebahagiaan Fizikal.  Namun, sedar atau tidak, mengejar material semata-mata mengundang gejala negative seperti kekecewaan, sifat iri hati, tidak ikhlas, semangat kerja menurun, rasuah, hilang kesetiaan, saling menjatuhkan, persaingan tidak sihat, mengejar jawatan, fokus kepada material, tikam-menikam dari belakang dan banyak lagi tetamu yang tidak diingini mengelilingi kehidupan seharian kita. Persoalannya mengapa ini semua berlaku? Allah telah menjelaskan bahawa manusia tidak akan berasa puas, TIDAK PERNAH BERASA CUKUP walaupun seluruh dunia ini menjadi emas. Bagi organisasi pula, memberi KEPUASAN KEPADA SEMUA orang dibawah tanggungannya adalah perkara yang sukar.

Kebahagiaan kedua merupakan kebahagiaan Emosi. Terlalu mengajar kebahagiaan emosi akan melahirkan sumber manusia yang gila pujian, ingin selalu dilihat oleh majikan, mudah kecewa apabila tidak dihargai dan selalu menunggu ucapan terima kasih. Sudah tentu perkara ini amat merugikan kerana nilai ikhlas dalam bertugas telah luntur. Kesannya, pakerja tidak bersungguh-sungguh apabila tidak diawasi, malas apabila tidak mendapat penghargaan, tidak ikhlas, berpura-pura rajin dan amat mudah berasa kecewa.

Tanpa disedari, mengejar kebahagiaan fizikal dan emosi sahaja akan menjerumuskan organisasi ke kancah kehancuran. Manusia memang tidak pernah berasa puas dangan apa yang mereka miliki. Manusia (majikan) juga tidak mampu memberi kepuasan kepada manusia lain, natijah kelemahan makhluk ciptaan Allah yang Maha Gagah. Manusia yang mengharapkan pujian dan penghargaan juga tidak akan berasa cukup dan tidak akan kekal kebahagiaannya dengan pujian dan penghargaan makhluk yang kosong nilainya jika dibandingkan dengan pujian dan penghargaan Allah. Tidak dinafikan, mengejar kebahagiaan Fizikal dan Emosi semata-mata merupakan kerugian yang amat nyata bagi orang yang berfikir.

Kebahagiaan terakhir merupakan kebahagiaan spiritual. ESQ membawa penegasan bahawa setiap manusia perlu YAKIN bahawa setiap aktiviti yang dilakukan adalah bentuk PENGABDIAN KEPADA ALLAH SUBHANAHU WA TAALA. Setiap manusia juga perlu gembira dan berasa bahagia untuk sentiasa MENGELUARKAN NILAI-NILAI MURNI seperti jujur, bertanggungjawab, berwawasan, berdisiplin, bekerjasama, adil dan prihatin. Manusia juga perlu mencari dan MEMAHAMI ERTI KEHIDUPAN dan pekerjaan mereka demi mencapai kesempurnaan kebahagiaan Spiritual.

Justeru, untuk membangunkan ‘Belief, value dan Meaning’ yang dimaksudkan, setiap peserta perlu mengalami dan merasai “experience” melalui ESQ Training. Jawapan kepada persoalan pertama tentang kenapa ESQ amat diperlukan ialah, kerana manusia selalu mencari kebahagiaan dan ingin menjadi produktif. Namun semua itu perlu dipandu dan dilaksanakan dengan acuan yang benar berlandaskan Al-Quran dan hadis. Menyedari kekosongan nilai Islam dalam arena sumber manusia, Dr Ary Ginanjar Agustian mengambil inisiatif mengetengahkan Model ESQ165 sebagai method pembangunan sumber manusia berlandaskan Al-Quran dan Hadis.


AnwarJauhari RHA
www.anwaruitm.blogspot.com
 "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Wednesday, November 03, 2010

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH SMK SRI ISTANA 2010

kem pemantapan pelajar telah dilaksanakna di SMK Sri Istana pada 2-3 November 2010. kem 2 hari ini disertai oleh 90 pelajar Islam tingkatan 1,2 dan 3. Sebanyak lima orang fasilitator terlibat didalam kem ini yang diketuai oleh cikgu Hairul Anuar. 3 orang penceramah dijemput khas bagi menyampaikan tajuk SMART MUKMIN , SMART SOLAT dan Slot MUHASABAH.


Selepas kursus ini pelajar dapat:

5.1.1      Menganalisis potensi diri sebagai seorang insan yang diciptakan oleh Allah sebagai sebaik-baik kejadian

5.1.2      Memahami bahawa kemenjadian diri adalah terbit dari sahsiah, tingkahlaku dan asas agama.

5.1.3      Memahami konsep-konsep seperti jati diri, semangat berpasukan, pengurusan ibadah dan kesedaran untuk merubah tingkahlaku yang tidak betul.

5.1.4      Mendorong kesedaran dan keinginan melakukan perubahan yang baik terhadap diri sendiri.

5.1.5      Membentuk rangka tindakan untuk menerbitkan sikap yang betul dalam proses mendorong pelajar ke arah kecemerlangan sahsiah.



Berdasarkan maklum balas Peserta, fasilitator, guru dan juga pemantau program, segala aktiviti dan pengisian yang dilaksanakan menepati objektif program. Semua pihak berpuas hati dengan kelancaran dan perjalanan program. Kem 2 hari ini sememangnya tidak berupaya mengubah pelajar 100%, namun kem ini dilihat berjaya menjadi titik permulaan kepada perubahan pelajar. Proses pembelajaran dan perubahan adalah berterusan dan semua pihak mempunyai peranan masing-masing.Yang penting adalah, setiap pihak melaksanakan tanggungjawab mereka walaupun kecil.

diharapkan sumbangan kecil yang kami berikan melalui kem ini mampu menjadi asbab kemenjadian pelajar sebagai mukmin sejati.

peserta khusyuk mendengar pengisian program

 barisan penceramah yang berkaliber dan ketua fasilitator yang menyibuk..
 Permainan "Panas-panas dewan"
 Ekplorace- check point "amali bersuci"
 Peserta menunggu giliran untuk diuji.
 Mencari hikmah disebalik batu-batu.....check point "banyak bola"
 Check point di "pos pengawal" - temuduga pengawal baru....
 anda nampak bulatan putih, urusetia tidaklah zalim untuk sorokkan klu di atas tangki....tapi peserta semuanya bersemangat dan ternyata bagus-bagus belaka.


 Barisan Fasilitator
 Slot "kenali diri"
 Slot "terapi dhuha"


 Pertama kali solat dhuha berjamaah

 Khusyuk....
 Selva sebagai jurupandu dan runner terbaik program
 taklimat ke "ladang getah"

 "temuduga ketua kumpilan"










 Makan Free
 Mencari "ikan keli"
 Penunggu "bola banyak"
 Check point "solat berjamaah"
 "apa yang awak dapat?"


 SAGUHATI EKSPLORACE
 TEMPAT KETIGA
 TEMPAT KEDUA
JOHAN EKSPLORACE

AnwarJauhari
www.anwaruitm.blogspot.com
 "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."