Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Showing posts with label info kerohanian. Show all posts
Showing posts with label info kerohanian. Show all posts

Friday, November 26, 2010

Berkahwin adalah Ibadah

 

Akad nikah adalah sunnah Rasulullah dan dikira sebagai ibadah dan mendapat pahala. Mencarikan nafkah untuk anak isteri adalah ibadah, melakukan persetubuhan juga ibadah dan mendapat pahala. Jika berlaku sedikit pertengkaran atau perselisihan dalam keluarga, hendaklah ditempuh dengan sabar. Bersabar ketika itu juga mendapat pahala. Janganlah diikutkan perasaan hati dan marah, nescaya akan hancurlah kebahagiaan rumah tangga dan akan berlakulah perceraian.

Motivasi dan harapan Perkahwinan

Walaupun jodoh ditangan Tuhan, pelbagai factor memainkan peranan yang penting untuk mendekatkan seseorang lelaki kepada seseorang wanita dan sebaliknya. Faktor-faktor inilah yang memulakan perhubungan mesra dan seterusnya mematrikan perhubungan itu dengan perkahwinan. Disamping itu terdapat juga beberapa jenis motivasi yang mendorong seseorang itu untuk berkahwin. Kebanyakan motivasi ini disedari oleh individu yang berkenaan. Walaupun begitu masih terdapat beberapa jenis motivasi yang tidak disedari.


..............................BACA SAMBUNGAN DI: http://anwar-resensi.blogspot.com/

AnwarJauhari
www.anwaruitm.blogspot.com
 "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Saturday, October 23, 2010

Pengertian Akidah dan ciri-cirinya

Bismillahirrahmanirrahim
Artikel ini ditulis sebagai catatan kuliah sijil Pengajian Usuluddin Universiti Malaya pada 23 November 2010. ( pensyarah: Prof. Madya Ustaz Dr mohd Fauzi Hamat). Artikel ini merupakan catatan kuliah .



Pengertian Akidah dan ciri-cirinya.

Tahukah anda bahawa masih ramai dalam kalangan umat Islam yng masih belum memahami apakah maksud akidah, ciri-ciri akidah dan sumber-sumbernya? Tiga perkara ini merupakan asas penting dan perlu difahami dengan jelas oleh setiap umat Islam lebih-lebih lagi kepada para pengkaji ilmu Usuluddin.
Pengertian Akidah
Menurut kamus dewan edisi keempat, penggunaan kalimah akidah membawa maksud rukun agama yang menjadi asas kepada keimanan yang diyakini, juga merujuk kepada “kepercayaan dan keyakinan”. Dari segi etimologinya, perkataan akidah merujuk kepada ‘ikatan kemas’ atau ‘simpulan mati’.
Daripada pengertian diatas, kita dapat memahami bahawa dalam membicarakan soal akidah, wujud unsur-unsur “keyakinan” yang kuat lagi kukuh terhadap sesuatu, kepercayaan yang sempurna dan pegangan yang sempurna tanpa wujud sebarang syak dan sangkaan. ‘Simpulan mati’ memberi gambaran tentang ‘yakin, percaya dan berpegang secara kukuh dan sempurna tanpa keraguan’
 Manakala dari sudut bahasa, akidah bermaksud pegangan kepercayaan yang membenarkan sesuatu tanpa keraguan. Ia adalah ikatan antara akal dan hati yang meyakini Allah SWT dengan menggunakan manhaj Ilahi yang disampaikan oleh para Rasul.
Pengertian di atas pula menekankan peranan para Rasul sebagai penyampai wahyu Ilahi dan seterusnya untuk menghilangkan segala keraguan bagi memastikan akal dan hati sama-sama meyakini Allah tanpa sebarang keraguan.
Akidah turut boleh diertikan sebagai keyakinan yang mantap dan kukuh terhadap rukun-rukun Iman yang enam. Hal ini dijelaskan oleh Sayyid Sabiq seperti berikut:
1.    Ma’rifat kepada Allah SWT: iaitu makrifat atau mengenal nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya yang tinggi. Oleh itu, setiap Muslim sewajarnya memahami dan mengambil perhatian untuk mempelajari nama-nama Allah yang mulia dan sifat-sifat Allah (wajib, mustahil dan harus). Ma’rifatullah juga merujuk kepada mengenal bukti-bukti kewujudan Allah  dan kenyataan sifat keagungan Allah di alam semester dan di dunia ini.

Dapat difahami bahawa setiap ciptaan Allah merupakan bukti kukuh wujudnya Allah sebagai pencipta, kerana alam tidak boleh wujud dengan sendirinya tanpa pencipta. Pencipta itu tidak lain hanyalah Allah. Setiap keindahan yang diperhatikan di alam semester pula merupakan gambaran/ kenyataan kepada sifat keagungan/ keindahan Allah. Sebagai contoh, jika kita melihat alam dasar lautan yang cantik, maka sifat kecantikan Allah itu adalah melebihi kecantikan apa sahaja yang diciptanya.

2.    Ma’rifat kepada alam yang ada di sebalik alam. Apa yang dimaksudkan di sini adalah alam ghaib yang tidak dapat dilihat, tentang kebaikan yang ada (malaikat), kekuatan dan kejahatan yang ada ( iblis dan tenteranya para syaitan) disamping mengenal makhluk lain ( jin dan roh-roh).

3.    Ma’rifat kepada kitab-kitab Allah. Perlu difahami, salah satu tujuan kitab diturunkan adalah sebagai ‘batas’- untuk mengetahui yang hak dan batil, kebaikan dan kejahatan, halal dan haram serta baik dan buruk. Batas ini adalah penting kerana kita sebagai manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Dunia akan lebih moden, jauh dari apa dapat dijangkau oleh pemikiran kita sekarang, jadi batas yang disediakan Allah merupakan suatu keperluan.

Suka untuk saya selitkan 3 jenis isme yang melanda dunia masa kini. Seharusnya kita mengetahuinya dan menjauhkan diri daripada terpedaya dengan isme-isme ini.
a.    Hedonism- mereka memahami bahawa setiap yang seronok itu adalah perkara yang baik dan menjadi keutamaan. Pertimbangan kepada setiap perkara adalah ‘keseronokan’.
b.    Utilirealism- Pertimbangan kepada setiap perkara adalah “setiap yang baik itu adalah apa-apa sahaja yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat dari segi pertimbangan akal. Sebagai contoh, judi dan pelacuran adadah dibolehkan dan digalakkan kerana semua itu memberi manfaat kepada pendapatan negara.
c.    Pramatism- Isme ini meletakkan bahawa “tiada nilai yang pasti. Setiap perkara itu/ kebenaran itu terletak kepada pertimbangan individu itu sendiri”. Sebagai contoh, Robin Hood merompak orang kaya untuk membantu golongan miskin.

4.    Makrifat dengan para nabi Allah dan rasul-rasulnya. Tujuan diturunkan nabi dan rasul adalah sebagai pembimbing manusia kepada hidayah, dan juga sebagai pemimpin kepada manusia kea rah yang hak. Dalam soal ini, suka untuk saya selitkan konsep akhlak, moral dan etika. Secara ringkas, kita perlu memahami bahawa:
a.    Akhlak- bersumber daripada Al-quran dan juga contoh teladan yang diteladani daripada nabi dan rasul.
b.    Moral- bersumber daripada nilai di dalam masyarakat. Sebagai contoh, walaupun telah bernikah, namun perbuatan bercumbuan di khalayak ramai tidak diterima oleh masyarakat kita. Perbuatan tersebut dianggap tidak bermoral.
c.    Etika- etika dikaitkan dengan pertimbanagan logik akal manusia. Sebagai contoh, Pak Imam baru pulang dari solat berjamaah di masjid menaiki motosikal tetapi tidak memakai topi keledar. Bukankah itu tindakan yang tidak beretika?.(akhlaknya baik, moralnya pun baik, cuma dia tidak mematuhi etika menunggang motor).

5.    Ma’rifat kepada hari akhirat. Termasuk juga terhadap peristiwa-peristiwa yang terjadi padanya seperti kebangkitan kubur, dosa dan pahala serta nikmat syurga dan azab neraka. Suka untuk saya ingatkan, Balasan nikmat syurga itu semuanya adalah semata-mata atas anugerah Allah. Jika kita melakukan muhasabah diri, alangkah malunya kita berhadapan dengan Allah kelak dengan amalan kita yang amat sedikit. Jadi perlulah ditanamkan bahawa, melakukan ibadat, amalan baik dan mengejar pahala itu penting tetapi hanya ANUGERAH ALLAH lah yang sebenar-benarnya menyebabkan kita masuk ke dalam syurga. Manakala azab neraka itu pula tidak lain hanyalah bagi membenarkan sifat KEADILAN ALLAH. Allah Maha Adil sehinggakan tidak ada seorang pun yang akan terlepas daripada dipertanggungjawabkan tentang kemaksiatan yang pernah dilaksanakannya.

6.    Ma’rifat kepada takdir yang berjalan atas segala peraturan di alam ini sama ada dalam penciptaan atau aturan Allah.  Allah boleh menjadikan kita lelaki atau perempuan. Allah boleh jadikan semua orang berwajah sama, tiada cantik, tiada yang hodoh. Allah boleh jadikan semua orang kaya, tiada yang miskin dan sederhana. Semuanya sama sahaja bagi Allah (tiada soal susah atau senang, suka atau tidak dan sebagainya). Tetapi Allah menjadikan kepelbagaian itu hanyalah supaya setiap hamba itu bersyukur.

 Bersyukur ini pula terdapat banyak jenis, yang kaya bersyukur kerana mempunyai harta, manakala yang miskin bersyukur kerana hidupnya aman tanpa banyak masalah. Yang cantik bersyukur kerana dirinya cantik, yang kurang cantik bersyukur kerana hidupnya tidak diganggu. Ada banyak jenis syukur dan setiap orang haruslah sedar akan hakikat ini. Allah jadikan setiap kepelbagaian ini dan perbezaan adalah untuk menguji kita adakah kita bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang allah beri ataupun kita kufur.
Sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa akidah islam adalah berkait rapat dengan himmpunan doktrin kepercayaan yang disimpulkan secara kemas dalam hati sanubari, tanpa diselaputi oleh keraguan dan ia bersumberkan wahyu Allah SWT. Perkara yang disimpulkan itu adalah terkandung dalam rukun iman, sebagaimana yang terdapat dalam hadis jibril :
Jibril bertanya: khabarkan kepadaku tentang iman. Baginda menjawab, beriman kepada Allah dan para malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan beriman kepada Qadar-Nya yang baik dan buruk. Jibril berkata: Kamu benar”

Ini sejajar dengan pandangan al-Asy’ari yang menyatakan akidah Ahl Sunnah wa al-jama’ah ialah dengan mengakui Allah SWT, para malaikat, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya dan apa sahaja yang disampaikan oleh mereka dari Allah, serta segala periwayatan yang benar daripada Rasulullah.
Dalam surah al-Hujurat ayat ke 15:
Sesungguhnya orang yang beriman hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar”.
Ayat ini amat bertepatan dengan beberapa ciri penting akidah seperti penerimaan hati, pengikraran dengan lidah, dan adanya unsur ketundukan yang terserlah menerusi kesanggupan manusia melaksanakan segala perintah Allah. Ternyata Akidah bukan sekadar merujuk kepada “kepercayaan” semata-mata.

Sekadar perkongsian. (baru pengertian je ni…ada 2 lagi bahagian belum disentuh)…
alFakir 
Anwar Jauhari RHA


AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Saturday, January 02, 2010

BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal".

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini

SUDUT HUKUM
Berikut di atas tadi adalah petikan berita Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009.
Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.
Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.
Setelah melakukan penilaian terhadap pelbagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :
Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).
Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan pencipta secara umum.
Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.
Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat daripada hujjah kumpulan yang menolak.
Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada pengertian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.
Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali  penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk  kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.
TETAPI ..
Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka.
Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.
Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.
Dalam konteks Malaysia menurut perkiraan saya, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama seterusnya boleh membawa pergaduhan yang serius jika gagal dikawal.
Lebih lagi, apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadaan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta  kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam.  Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan KDN untuk melarang.
Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah.  Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun hujjah dari sudut mudarat dan kesesuaian konteks di Malaysia, larangan amat patut dilakukan, sama ada untuk tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti semua bahan cetak yang ingin diedarkan itu perlu mendapat kelulusan KDN bagi setaip keluarannya dan juga dilaksanakan sekatan pengedaran secara terbuka (hanya terhad kepada penganut Kristian). Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang sedang lemah, dan ruang konflik antara agama yang amat mudah ternyala api pergaduhan.
Kesimpulannya, secara peribadi saya berharap agar rayuan keputusan yang akan dilakukan oleh KDN Berjaya mencapai keputusan sebaiknya.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
15 Muharram 1431 H
01 Januari 2010

Monday, November 02, 2009

Seseorang dibawa ke tandas

Seseorang dibawa ke tandas. Lalu kepalanya dimasukkan ke dalam
tandas dan diflash. Apabila diangkat kepalanya, penuh dengan kekotoran
dan bau busuk yang amat. Rupanya kelihatan buruk sekali dan baunya
bengit. Saya menutup hidung.

Busuknya busuk sekali. Kemudian
seorang yang lain dibaringkan dan tangannya diikat. Kakinya dirantai.
Lalu seorang yang berupa bengis menuangkan air panas lalu dituangkan ke
dalam matanya. Menggelepar ia. Matanya hancur menahan panas air. Ia
meronta-ronta cuba membebaskan diri namun tangannya diikat kuat.

Lalu
seseorang yang lain dibawa ke tengah-tengah khalayak. Ia dibentak dan
diterajang. Terdengar suara berkata, “Bawalah Abu Jahal itu ke
tengah-tengah khalayak. Tuangkan air panas ke atas kepalanya.”

“Guru,
saya seorang pencinta maksiat. Layakkah saya menginap syurga yang
indah?” Guru terdiam. Seorang pencinta maksiat mahu masuk ke syurga?
“Anakku, syurga hanya tempat orang yang mencintai akhirat dan takutkan
azab seksa.”

Seorang murabbi yang bergelumang dalam tarbiah. Ia
boleh masuk ke neraka apabila ia berasa kagum dengan kejayaannya. Kata
guru, “Kamu sebagai murabbi, sebelah kakimu dalam neraka dan sebelah
kakimu di syurga. Namun peluang kamu ke neraka lebih luas kerana kamu
terdedah dengan rasa sombong dan ujub.

Seorang yang bertaubat
boleh terdedah kepada dosa. Kata guru, “Dalam bertaubat, mengingati
dosa yang kamu lakukan, air mata yang mengalir, tiba-tiba kamu terasa
nikmat dosa.” Saya kurang memahami, bahkan tidak memahami. Guru
menjelaskan, “Kamu teringatkan dosa, lalu kamu terasa nikmatnya dan
indahnya dosa itu. Lalu Iblis mencampakkan rasa cinta kepada maksiat
lalu taubatmu tidak berguna.”

“Apa tujuan kamu?” Saya
bertanyakan adik-adik usrah saya. “Apa tujuan kamu melakukan program
PMI?” Adik-adik usrah saya menjawab, “Kami melakukan program untuk
melonjakkan nama PMI dan menjayakan misi kepimpinan.” Saya
menggeleng-geleng kepala.

“Alangkah rendahnya impian kamu,
adik-adikku. Sepatutnya tujuan kamu melaksanakan program adalah kerana
kamu ingin mengajak yang lain mencintai syurga dan merinduinya.”

Kawansaya seorang motivator berjumpa saya. Saya bertanya, “Apa tujuan anta
membuat program motivasi?” Ia menjawab, “Meningkatkan kekuatan emosi
dan memberikan keyakinan.”

Saya turut menggeleng-geleng kepala.
Impiannya juga rendah. “Akhi, sepatutnya program motivasi dibuat agar
dirinya semakin bersemangat untuk melakukan amal ibadah dan berasa
benci dengan kegiatan dosa.”

Ramai yang bercinta. Namun tidak
meletakkan matlamat yang tinggi dalam bercinta. Cinta mereka hanyalah,
agar dapat mereka membina rumah tanggayang bahagia. Sedangkan saya
ingin berpesan kepada semua, “Bercinta adalah untuk memastikan pasangan
kamu bersedia dengan bekal Iman yang tinggi dan bersedia untuk
berkahwin dengan akhirat sebelum berkahwin dengan kamu.”

Maka
pasangan yang bercinta itu, jika mereka berkahwin dengan akhirat, maka
mereka bertambah seronok bertahajud. Mereka akan tambah gembiar membaca
al-Quran. Mereka akan tambah ghairah berzikir kepada Allah.

Maka
hantaran kahwin mereka adalah zikir kepada Allah. Bukan hantaran mereka
mashaf al-Quran, tetapi mereka sendiri adalah al-Quran. Orang yang
menghadiahkan al-Quran, mereka hanya memberikan mashaf namun ramai yang
tidak berusaha menjadikan dirinya al-Quran yang bergerak.

Seorang
naqib yang berjaya, setiap kali kakinya melangkah ke usrah, ia akan
berdoa dan berdialog dalam diri, “Ya Allah, aku melaksanakan usrah agar
kami akan bertambah cinta kepada-Mu ya Allah.” Cinta kepada perjuangan
adalah konsep yang sempit. Ini kerana ramai yang cinta dengan
perjuangan tetapi bibirnya malas sekali berzikir. Hatinya gelap
daripada bertafakur. Ia hanya cinta kepada perjuangan bukannya Tuhan
kepada perjuangan.

Lalu apabila saya berhadapan dengan masalah,
saya ada pesan kepada diri saya. Saya sebutkan kepada rakan seusrah,
“Jika saya berhadapan dengan masalah, saya tau bahawa itu bermakna saya
bermasalah dengan Allah.”

Orang yang bermasalah dengan Allah, akan bermasalah dengan manusia.

“Kenapa
begitu Bang Zul?” Adik saya bertanya. “Ini kerana Allah benci kepada
pelaku maksiat. Maka seluruh makhluk akan turut membencinya.”

Tahi yang bercampur dengan air kencing. Itulah hidangan ahli neraka.

Oleh Dzulkhairi Mohd Noor
Mantan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Wednesday, June 11, 2008

renungan ketika tertekan, stress, frust dll...

dicopy paste drp "SHARING IS CARING"

http://neija.blogspot.com/2008/05/allahu-akbar.html

Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran.

JANGAN MENGELUH ........... Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. .........

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu enyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-aqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Tuesday, February 05, 2008

KEPINCANGAN SISTEM Pendidikan; sekular sebagai punca permasalahan

apa pendapat anda?????


KEPINCANGAN SISTEM Pendidikan; sekular sebagai punca permasalahan
Di bawah ini adalah hasil tulisan salah seorang peserta usrah API (angkatan Pemuda Pemudi Islam) yang bernaung di bawah beberapa NGO Sosial dan Islam. Selepas mengurus selia kumpulan usrah ini, mereka mula mampu untuk menganalisa permasalahan masyarakat serta cuba menyediakan manual operasi dan idea ke arah itu. Di sini adalah sebahagian daripada usaha mereka.
Muhammad Nuruddin Bin Bashah ( Mentor/Naqib API)

MASALAH KEPINCANGAN SISTEM
PENDIDIKAN DI MALAYSIA: Sekularisme sebagai punca permasalahan
oleh
Teh Faridah Binti Nazari
Pelajar Jurusan Sains Mikrobiologi
Universiti Sains Malaysia
(USM)
1.0 Pendahuluan
Naluri setiap insan memerlukan suatu pegangan yang benar dan betul sebagai panduan hidup mereka. Untuk itu, jiwa dan hati akan merasa tenang dan yakin dengan diri sendiri dan pegangannya. Hanya akidah Islam yang dapat menepati ciri-ciri ini kerana ia adalah dari Allah S.W.T. Akidah di dalam Islam diperkukuhkan dengan dalil yang pasti dan yakin bersumberkan wahyu yang tiada seorang pun yang dapat menandingi-Nya. Inilah asas serta akar tunjang yang menguat dan mengukuh serta meyakinkan hati setiap penganutnya kerana ia telah bersebati di dalam jiwa.[1]

Persoalannya di sini, ilmu pengajian akidah di sekolah-sekolah kelihatan tidak memberi sesuatu kesan imunisasi kepada akidah umat Islam di Malaysia. Pada masa ini, kita dapat melihat pelbagai paparan di dada-dada akhbar mengenai pelbagai masalah sosial yang semakin meruncing di dalam negara kita. Ramai remaja lelaki dan perempuan yang terjebak ke dalam gejala sosial seperti membuli, memeras ugut, ponteng sekolah, penagihan dadah dan sewaktu dengannya. Lebih menyedihkan apabila terdapat segelintir pelajar yang khususnya beragama Islam, telah terlibat di dalam pertubuhan kumpulan-kumpulan haram seperti JIT, Black Metal, Punk dan sebagainya. Kejadian ini menunjukkan betapa tipisnya keimanan seseorang muslim itu sehingga tidak mampu untuk membezakan antara haq dengan batil. Akidah yang sepatutnya menjadi perisai di dalam diri setiap muslim tidak lagi dapat mencegah manusia daripada kemungkaran.
2.0 Benarkah Sistem Pendidikan Di Malaysia Telah Disekularkan?
Di manakah letaknya unsur-unsur Islam dalam perancangan kuriklum? Untuk menjawab soalan ini, kedua-dua Falsafah Pendidikan Negara (FPN) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) perlulah diamati dan dikupas dengan sedalam-dalamnya. Walaupun Malaysia mengamalkan pendidikan moden tetapi ini tidaklah bererti bahawa kita mempertahankan pendidikan sekular yang menolak sama sekali unsur-unsur keagamaan dan ketuhanan. Perancang pendidikan, khasnya perancang kurikulum di Malaysia sedar betapa buruknya tradisi Barat yang menjadi asas kepada pendidikan sekular, iaitu seperti yang termaktub dalam kata-kata “give unto Caesar what is Caesar’s, and give unto God what is God’s. FPN menekankan faktor pembinaan insan yang sempurna yang bertentangan dengan apa yang berlaku di Barat di mana mereka banyak menghasilkan “educated barbarian”. Pendidikan yang mampu menghasilkan orang yang terdidik dan kaya tetapi jiwanya gersang dan ketandusan unsur-unsur kerohanian akan menyebabkan masyarakat yang sakit menjadi bertambah tenat. Kita tentu tidak mahu melihat rakyat Malaysia yang hidup di atas pegangan “membujur lalu melintang patah”. [2]
Berdasarkan keterangan di atas, didapati FPN secara lantang menolak konsep pemisahan di antara pendidikan dengan agama. Tetapi, sejauh manakah konsep ini telah direalisasikan di dalam sistem pendidikan negara kita? Dan adakah konsep ini telah difahami, dihadam dan dipraktikkan oleh semua rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam? Ada yang berpendapat bahawa sebenarnya sistem pendidikan kita telahpun disekularkan dari awal-awal lagi. Jika kita halusi perjalanan pendidikan yang kita lalui selama ini memang jauh berbeza dengan sistem pendidikan yang diterima oleh cendekiawan Islam yang terdahulu seperti al-Farabi, al-Kindi, Ibn Sina dan Ibn Khaldun. Dari kecil kita di ajar membaca, menulis, mengira dan menyanyi. Kemudian kita diajar dengan pelbagai matapelajaran dan diwajibkan untuk menduduki peperiksaan. Keputusan peperiksaan diibaratkan seperti penentu masa depan sehingga ramai yang belajar secara berorientasikan peperiksaan. Tamat sahaja peperiksaan, hilanglah segala ilmu yang ada. Seterusnya pengajian diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi di institut pengajian tinggi. Sebagai siswazah, kita diminta membuat pilihan untuk mendalami ilmu di dalam satu bidang sahaja. Sebagai contoh untuk menguasai bidang Biologi. Setelah menamatkan pengajian, didapati graduan tersebut hanya mengenali dunia Biologi, itupun terbatas kepada subtopik tertentu sahaja. Tanpa disedari, akhirnya kita sendiri dapat melihat bagaimana pemisahan yang berlaku antara pendidikan dengan agama di dalam sistem pendidikan yang masih kita amalkan sehingga ke hari ini.
Hal ini jauh berbeza dengan sistem pendidikan yang dilalui oleh cendekiawan Islam masa lalu. Dari kecil mereka dilatih untuk menghafaz al-Quran dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. Dengan berbekalkan hati yang bersih dan keberkatan dari Allah SWT, mereka meneruskan perjuangan dalam menuntut ilmu sehingga menjadikan mereka pakar di dalam pelbagai bidang. Sikap mereka yang tidak memisahkan antara pendidikan dengan agama dan ketuhanan telah membentuk mereka menjadi teknokrat Islam yang ternama. Mereka bersedia menjadi sumber rujukan masyarakat apabila wujudnya masalah dalam masyarakat. Apabila wujudnya isu pengklonan manusia, ramai tokoh-tokoh ulama dan pemikir memberikan pendapat dan hujah. Kita juga ingin mendengar hujah-hujah dan idea dari golongan teknokrat Islam. Sejarah Islam dahulu boleh dibanggakan dengan lahirnya teknokrat Islam seperti Ibnu Sina. Dia bukan sahaja mahir dalam bidang agama tetapi juga merupakan bapa kedoktoran Islam pada masa itu. Buku-buku perubatannya menjadi rujukan dinegara-negara barat. Imam Abu Hanifah yang warak juga merupakan tokoh perniagaan yang handal dan jujur. Al-Khawarizmi pula merupakan tokoh dalam bidang matematik (Utusan Malaysia 27 Jun 1997). Namun, itu semua faktor sejarah yang lalu dan pada masa ini amat sukar untuk mencari seorang teknokrat Islam seperti mereka.
3.0 Sekularisme Yang Berlaku Di Sekolah
Peruntukan masa belajar bagi pendidikan Islam dalam KBSM ialah empat waktu seminggu, iaitu tiga waktu untuk akademik dan satu waktu diberi kepada kerja-kerja amali, berbanding dengan yang lama di mana Pendidikan Islam hanya mempunyai tiga waktu sahaja. Peruntukan empat waktu ini belum termasuk masa untuk kokurikulum sebanyak dua waktu yang dijalankan di luar kepada masa persekolahan.[3]

Tetapi bagaimana pula dengan matapelajaran lain iaitu matematik, sains, geografi, sejarah, ekonomi dan sebagainya yang wajib dipelajari oleh pelajar di sekolah? Adakah kesemua matapelajaran ini hanya akan diajar atas dasar logik semata-mata? Didapati ramai para pendidik yang tidak mengaitkan subjek-subjek tersebut dengan unsur-unsur keagamaan dan ketuhanan. Bukankah ini ‘sekular’ namanya?

4.0 Sekularisme Yang Berlaku Di Rumah
Masalah kurangnya didikan agama bagi sesebuah keluarga boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan di dalam sesebuah keluarga tersebut. Ramai ibu bapa yang terlalu sibuk bekerja dan memikirkan kesempurnaan hidup di dunia semata-mata, telah mengambil langkah mudah dan ‘bijak’ dengan menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka kepada pihak sekolah bulat-bulat. Ada juga ibu bapa yang dikatakan ‘lepas tangan’ dengan memasukkan anak mereka ke sekolah yang berasrama tanpa mengikuti perkembangan anak tersebut. Begitu juga dengan anak-anak yang belajar di sekolah agama tetapi tidak berpeluang untuk mengamalkan gaya hidup Islam di rumah disebabkan oleh fahaman keluarga mereka yang amat cetek tentang Islam. Alangkah ruginya apabila ia berlaku.
Tetapi, apabila diteliti dari sudut sahsiah dan moral anak-anak remaja zaman sekarang, tidaklah mencapai matlamat sepertimana yang dicitakan oleh FPN. Didapati bahawa pegangan akidah masyarakat masa kini adalah berkadar songsang dengan kemajuan negara yang dicapai.

5.0 Langkah-Langkah Pemerkasaan Sistem Pendidikan Akidah Di Malaysia
Matlamat FPN ialah untuk menggalakkan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Kefahaman kita dari kenyataan tersebut ialah sistem pendidikan kebangsaan menekankan keseimbangan tentang penyuburan intelek, rohani dan jasmani yang juga merupakan ciri-ciri pendidikan Islam.[4]

5.1 Perbaiki Sistem Pendidikan Di Malaysia
Dengan berpandukan kepada sejarah perkembangan tamadun Islam yang subur dan kaya dengan al-Quran dan al-Sunnah, soal falsafah pendidikan, matlamatnya, soal hairaki ilmu baik fardhu ain dan fardhu kifayahnya tidak sepatutnya menjadi perbincangan yang tidak berkesudahan di kalangan umat Islam. perkara-perkara tersebut di atas adalah suatu yang sudah jelas dan sudah sepatutnya selesai sejak 14 abad yang lalu.yang menjadi perbincangan dan persoalan kita ialah bagaimana hendak munyusun strategi dan mengatur program dan perancangan pendidikan yang lebih kemas, teratur dan responsif bagi membolehkan masyarakat Islam dilatih, dicanai sehingga akhirnya mereka mampu untuk ikut berjuang, memberikan sumbangannya di dalam percaturan hidup di dunia ini. Apa yang berlaku di seluruh dunia Islam sekarang ini ialah soal kekurangan strategi, ketandusan program pendidikan jangkapendekdan jangka panjang baik diperingkat rendah, menengah dan tinggi apa lagi di bidang-bidang professional dan kepakaran di dalam berbagai ilmu. Di Malaysia sendiri kita dapati strategi dan perancangan pendidikan Islam adalah amat perlahan dan stereotype. Tidak banyak yang berubah. Tahun 1957, Mufti (jawatan agama yang paling tinggi) adalah lulusan ijazah pertama al-Azhar dan lain-lain. Tahun 1993, selepas 35 tahun merdeka, para mufti masih lulusan ijazah pertama. Demikian juga para kadi dan imam di masjid masih sama seperti 30 tahun yang lalu. Malah kalau kita tinjau ke hadapan, tahun 2000 dan seterusnya fenomena seumpama ini akan berterusan kerana ketandusan dan ketiadaan perancangan yang jelas dan konkrit disediakan.
Umat Islam hari ini seolah-olah belum pulih sepenuhnya daripada kesan penjajahan politik yang dialaminya sejak peperangan salib pada akhir abad 13 Masihi serta penjajahan Negara barat beberapa dekad lalu. Pemikiran dan kejiwaan mereka ikut terjajah dan terbelenggu sehinga di dalam bidang pendidikan iaitu bidang yang cukup lama dikuasai oleh umatIslam sendiri, mereka ikut terpenjara dan terkurung serta diselimuti oleh kejumudan. Umat Islam masih terumbang ambing kehilangan identiti dan sedang mencari identiti baru. Manakala sebahagian yang lain pula meniru dan mengikut apa sahaja sistem, struktur dan format yang dilakukan oleh orang barat di dalam bidang pendidikan dan sedikit demi sedikit telah membuang dan meninggalkan sesuatu yang bernilai daripada tradisi pendidikan Islam. Memang kita tidak salah mengambil, meniru sesuatu yang baru dan baik tetapi adalah amat malang kalau kita umat Islam telah meninggal dan membuangkan unsur-unsur yang positif daripada trdisi dan tamaddun kita sendiri.[5]

5.2 Pendidikan Melalui Contoh Teladan (Qudwah)
Pentarbiyyahan atau pendidikan melalui qudwah (contoh teladan) ini merupakan salah satu cara tarbiyyah (pendidikan) yang penting dan memberi kesan yang mendalam dalam mendidik dan memebentuk seseorang kanak-kanak itu agar berbudi pekerti mulia, bermoral tinggi dan dapat bergaul dengan baik di dalam masyarakat. Justeru itu setiap murabbi (orang yang bertanggungjawab untuk mendidik, sama ada guru, ibu bapa dan seumpamanya) mestilah menyedia dan menjadikan dirinya sebagai contoh tauladan yang paling baik dan tinggi pada pandangan kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan melihat dan memerhatikan segala tindak tanduk tingkah laku murabbi, kemudian mereka akan meniru dan mengikutinya baik dari segi tutur katanya, akhlaknya, perasaannya(kecenderungan) dan apa sahaja yang berhubung dengannya, sama ada disedari ataupun tidak.[6]






RUJUKAN

1. Abdul Latif B. Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin (1998). Pengantar Ilmu Hadis. Pustaka Salam Sdn. Bhd.
2. Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Nordin (1993). Perancangan Kurikulum Pendidikan Islam Di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Kolej Agama Sultan Zainal Abidin.
3. Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (1993). Isu-isu Pendidikan Islam Di Malaysia : Cabaran & Harapan.
4. Pustaka Salam (1988). Pendekatan Islam Terhadap Pendidikan Anak-anak.
[1] Lihat : Pengantar Ilmu Tauhid, p.16.
[2] Rujuk : Perancangan Kurikulum Pendidikan Islam Di Dalam Falsafah Pendidikan Negara, p.14,15.
[3]Rujuk : Perancangan Kurikulum Pendidikan Islam Di Dalam Falsafah Pendidikan Negara, p. 15,16.
[4] Rujuk : Perancangan Kurikulum Pendidikan Islam Di Dalam Falsafah Pendidikan Negara, p. 14.
[5] Rujuk : Isu-isu Pendidikan Islam Di Malaysia, Cabaran Dan Harapan, p. iv, v.
[6] Rujuk : Pendekatan Islam Terhadap Pendidikan Anak-anak, p. 9

dicuri dari ::: Pendita Bitara ada link kat sahabat blogger tu..
Komen membina

Saturday, January 05, 2008

INFO KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN INSAN MINGGU 1

SILA KLIK untuk download risalah INFO tersebut................

http://www.4shared.com/file/34009527/fcabdbc5/solat_jamaah_anwar.html

mari sama-sama kita sebarkan