Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Friday, November 20, 2009

Kem Lepasan SPM 2009....rugi tak join....daftar segera!!! sms 0136607046

terkini!

 setiap pendaftaran bersama rakan-rakan (3 orang atau lebih) akan mendapat potongan 20%......

penceramah bertauliah dan berpengalaman.
pengisian bermodul
fasilitator terdiri daripada pelajar IPT tempatan dan luar negara (balik bercuti), dan graduan IPT tempatan dan luar negara.


pengangkutan percuma dari KTM komuter!



HUBUNGI SEGERA! (013-6607046)








tolong sebarkan...

Sunday, November 15, 2009

semak keputusan kemasukan ke uitm sesi disember

PENGUMUMAN
KEMASUKAN UiTM


SESI DISEMBER 2009
  1. Keputusan kemasukan bagi program Pra Diploma/Diploma boleh disemak pada 16 November 2009, mulai jam 12:00 tengahari 
  2. Keputusan kemasukan bagi program Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Diploma boleh disemak pada 16 November 2009, mulai jam 5.00 petang.  
  3. Keputusan kemasukan bagi program Ijazah Sarjana Muda kategori tahun akhir Diploma UiTM/Kolej Bersekutu UiTM dijangka boleh disemak pada minggu ketiga bulan Disember 2009.
  4. Semakan permohonan program Asasi boleh disemak mulai 2 November 2009. 

Semak Status Permohonan ke UiTM (disember 2009):














Sebarang persoalan berkaitan dengan permohonan kemasukan ke UiTM boleh di ajukan kepada:



Ketua
Bahagian Pengambilan Pelajar
,
Aras Bawah, Bangunan UiTM International Centre (UIC)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor


Tel: (+603) 5544 3164, 3165, 3166, 3174, 3175
Faks: (+603) 5544 3170

e-mel: bpp@salam.uitm.edu.my
Web: http://pengambilan.uitm.edu.my








H. Anwar
SKP BPP Nov09

Saturday, November 14, 2009

Sunday, November 08, 2009

01-SKP Bahagian Pengambilan Pelajar , hari pertama

8 Nov...

8pg-ALHAMDULILLAH. puas hati, berjaya basuh baju sebersihnya.
10pg-ALHAMDULILLAHpuas hati apabila tuisyen english kali ini berjaya dan berjalan dengan lancar. [pertama kalinya menggunakan surat khabar untuk mengajar}
12pg-ALHAMDULILLAHpuas hati, tuisyen english bertukar kursus blog dan facebook kepada ibunya pula...

2ptg-ALHAMDULILLAH.puas hati berjamaah zohor di Masjid negeri, jumpa kawan lama (dah sebulan tak datang..)
4ptg-ALHAMDULILLAH.puas hati, berjamaah asar di masjid negeri...
5ptg- ALHAMDULILLAH.puas hati dapat bawa banyak pelancong , tak putus-putus.
(6 france, 1 US, 1 Indonesia, 8 Cina(Malaysia), ...........nice to meet all of u! http://www.bluemosquemalaysia.blogspot.com/

cuma ada satu sahaja kesedihan ..... lepas zohor, HP habis bateri, asar, "eh! mana HP aku?......
selepas itu...frust...kepala pening,,lapar...t/hari x makan....pergi S17, ,,kunci tak ada...assignment..x siap lagi..mana HP? dah 6 kali tukar nombor, takkan nak tukar no lagi...name kad dah di edar, bisnes perlu nombor tu, .................................................................................
LariLariLari....balik tidor....
masalah selesai, buat seketika!


9 Nov
hari pertama SKP uruskan Pengambilan Pelajar UiTM. untuk pengambilan pelajar intake disember. Tugas hari ini,  terima panggilan pertanyaan, dan jawab email pertanyaan.....

tapi minda tak keruan........aku rindu 013-6607046
aku rindu NOKIA yang takde back cover tu...

Ya Allah...
Bantulah Aku Mendapatkan semula 0136607046 ku, Nokia ku,
dan aku Yakin,
sesuatu yang lebih baik menantiku....

Saturday, November 07, 2009

Bengkel 'English is Fun'



Bengkel 'English is Fun'


TERBUKA UNTUK SEMUA

Tarikh     : 22 Nov 2009
Tempat   : Kolej Jati UiTM
Masa      : 9am-5pm
Bayaran  : RM128   (RM98-eksklusif 10 peserta pertama)

penganjur bersama:
hubungi untuk tempahan:
H.Anwar 013-6607046
anwaruitm@hotmail.com
www.anwaruitm.blogspot.com

Thursday, November 05, 2009

Peranan UiTM terus disanjung

Pada Isnin, 2 November saya telah berkesempatan membuat lawatan kerja rasmi ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) di kampus utamanya di Shah Alam. Tujuan utama lawatan kerja ini lebih tertumpu kepada proses untuk mendapatkan maklumat serta penerangan yang lebih terperinci mengenai perkembangan UiTM, yang juga merupakan salah satu daripada 20 buah IPTA di negara kita. Selain daripada itu, saya melihat lawatan kerja seperti ini lebih bersifat accommodative, yang mana ianya diharap dapat berperanan dalam membantu usaha UiTM merealisasikan matlamat serta hala tuju strategik mereka, selaras dengan peranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu sendiri sebagai pemudahcara. Lawatan kerja ini juga telah menjurus kepada usaha yang boleh dimainkan oleh pihak Kementerian dalam membantu UiTM menjayakan proses transformasi mereka, yang mana ianya akan turut menjayakan aspirasi UiTM untuk menjadi sebuah universiti unggul dan bertaraf dunia sebelum tahun 2020. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan perkembangan terkini UiTM serta sangat menghargai peranan dan sumbangan mereka selama ini.



Selain daripada itu, melihat kepada pencapaian cemerlang, status pembangunan terkini, keupayaan dan kemampuan sebenar yang dimiliki oleh UiTM seperti pada hari ini, saya amat yakin dan percaya bahawa UiTM berpotensi untuk terus meningkatkan peranan serta sumbangan mereka kepada sektor pengajian tinggi negara. UiTM yang selama ini terbukti telah menunjukkan kemampuan mereka dalam melahirkan generasi graduan yang bukan sahaja berkualiti dan mempunyai daya saing yang tinggi, malah turut dilengkapi dengan ciri serta sifat murni, dan juga peka dengan kehendak industri. Tidak hairanlah graduan UiTM menunjukkan peratusan yang tinggi dalam aspek kebolehpasaran graduan iaitu sebanyak 82.8% daripada graduan mereka berjaya mendapatkan pekerjaan atau melanjutkan pengajian pada tahun 2008. UiTM selain daripada itu juga mempunyai sasaran untuk meningkat jumlah enrolmen kepada 200,000 orang pelajar pada tahun 2015, selaras dengan tanggungjawab mereka untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan mengimbangi kedudukan sosioekonomi negara.



Ingin saya tekankan di sini juga bahawa UiTM sebenarnya bukan sahaja penerima segala manfaat dan kebaikan daripada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), malah mereka juga merupakan penyumbang dan penentu kepada kejayaan objektif pelan murni tersebut. Saya juga dapat melihat komitmen serta kesungguhan UiTM untuk turut menyumbang menjayakan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Kementerian Pengajian Tinggi (Ministry of Higher Education Key Results Area, MKRA) termasuk (i) Meningkatkan Akses Kepada Pengajian Tinggi Yang Berkualiti; (ii) Kebolehpasaran Graduan; (iii) Pengantarabangsaan Pengajian Tinggi; dan (iv) Peningkatan aktiviti R&D dan Inovasi.



Ucapan tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada UiTM yang juga telah berjaya memetrai perjanjian persefahaman bersama-sama dengan 3 buah syarikat baru iaitu (i) Woodsfield Timber Sdn. Bhd.; (ii) Hewlett-Packard Software Education; dan (iii) Technology Education Leader Sdn. Bhd. (TEL). Kerjasama serta jalinan kolaboratif strategik yang diwujudkan ini diharap akan terus memangkin peranan UiTM sebagai sebuah institusi ilmu yang bukan sahaja akan melahirkan generasi graduan yang berkualiti dan berorientasikan industri, malah mampu meningkatkan daya saing sesuatu produk melalui kekuatan penyelidikan yang dimiliki oleh UiTM itu sendiri.



Harapan saya semoga UiTM terus mara mengorak langkah, berusaha untuk menempa pelbagai lagi kejayaan sekaligus melakar sejarah sebagai sebuah institusi ilmu yang unggul.



Posted in Ministry of Higher Education

copy paste from:
http://khalednordin.com/?p=511

Monday, November 02, 2009

TAWARAN MENJADI PEMBANTU MINGGU MESRA SISWA SESI NOVEMBER/DISEMBER 2009

TAWARAN MENJADI PEMBANTU MINGGU MESRA SISWA SESI NOVEMBER/DISEMBER 2009

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Minggu Mesra Siswa kini tiba lagi untuk kita sama-sama menyambut kedatangan pelajar-pelabar baru ke UiTM.

Kepada semua mahasiswa/I UiTM yang berminat untuk menjadi Pembantu Minggu Mesra Siswa (MMS) sesi November dan Disember 2009, sila muat turun borang ini dan ikuti arahan yang terdapat di borang ini.

Terima kasih.

Muat turun muka depan borang

Muat turun muka belakang borang


Sila muat turun kedua-kedua borang di atas. Borang yang telah lengkap di isi hendaklah di hantar ke alamat yang telah di nyatakan di dalam borang tersebut.

halatuju selepas SPM







daftar segera!
program ini merupakan program tahunan PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional)...
PEMBINA adalah singkatan kepada Persatuan Belia Islam Nasional. Ia merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Program dilaksanakan selepas tamat peperiksaan SPM.
Fasilitator terdiri daripada pelajar IPT dalam dan luar negara (yang pulang bercuti).
Penceramah dan pengisian program disampaikan oleh panel yang berkaliber dan terpilih.

war-warkan kepada saudara mara dan kawan-kawan
www.kemlepasanspm.blogspot.com

perbandingan agama

Modern Da'ie 2009

Dewasa ini, kita dapat lihat semakin banyak isu-isu keagamaan ditimbulkan yang mana ada yang sesetengah daripadanya menjadi kritikal hinggakan menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan individu yang terbabit. Puncanya apa? Kerana salah faham terhadap agama masing-masing.

Justeru itu, program yang berteraskan perbandingan agama ini insyaAllah dapat serba sedikit memberi pendedahan kepada peserta yang menyertai agar kita sebagai individu dapat memahami agama lain dan menghormatinya, dan pada masa yang sama menjalankan usaha dakwah itu sendiri.  

Antara intipati yang akan disampaikan dalam program ini:


  • Kewajipan Berdakwah
  • Salah Tanggapan Terhadap Islam
  • Kepercayaan Masyarakat Cina dan Hindu
  • Memahami Mualaf
  • Sejarah & Asas Kepercayaan Kristian
  • Quran & Sains
Antara panelis yang akan hadir ialah Shah Kirit Kakulal Govindji, Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein, Mohammed Yusof Dawood Gany, Mas Yuri Mahyiddin, Yussamir Yusof & Raja Ahmad Zahir Raja Halinuddin.

Butirannya:

Tempat: Universiti Multimedia Cyberjaya (Lecture Hall FIT XR 0001)
Tarikh: 14 dan 15 November
Masa: 8 pagi hingga 5.30 petang
Bayaran: RM 10 (pelajar/staff MMU).
                RM 15 (pelajar/staff bukan MMU)

Tentatif:

Sabtu 14/11/09
08.15am - 09.00am Pendaftaran
09.00am - 09.30am Pengenalan
09.30am - 10.30am Kewajipan Berdakwah
10.30am - 01.30pm Salah Tanggapan Terhadap Islam
01.30pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Hinduism

03.30pm - 04.30pm Kepercayaan Cina
04.30pm - 05.30pm Memahami Mualaf

 
Ahad 15/11/09
08.15am - 09.00am Imbasan Semula (re-cap)
09.00am - 10.00am Pengalaman Bersama Gereja & Paderi
10.00am - 11.15am Asas Kepercayaan Kristian
11.15am - 12.15pm Sejarah Kristian
12.15pm - 01.30pm Bengkel Bible
01.30pm - 02.30pm Rehat & Solat

02.30pm - 03.30pm Quran & Sains
03.30pm - 05.00pm Soal Jawab – Panelis
05.00pm - 05.20pm Program Susulan (Follow Up)
05.20pm - 05.30pm Penutup

 

Sekiranya ada pertanyaan dan berminat untuk sertai, hubungi:

Nizam      013 - 396 5414        aerosilver87@yahoo.com       

Sila maklumkan nama penuh dan nombor telefon anda.

*tempat adalah terhad untuk 50 orang pelajar/staff MMU dan 70 pelajar/staff bukan MMU.
**should you are confirmed to attend, payment must be made at least before 12 November 2009. Once confirmed, Nizam will email @ sms the account number to the registered person.

"Jazakallahu Khairan Katheera"
 
Berminat?
Hubungi AnwarJauhari 013-6607046
www.anwaruitm.blogspot.com

Seseorang dibawa ke tandas

Seseorang dibawa ke tandas. Lalu kepalanya dimasukkan ke dalam
tandas dan diflash. Apabila diangkat kepalanya, penuh dengan kekotoran
dan bau busuk yang amat. Rupanya kelihatan buruk sekali dan baunya
bengit. Saya menutup hidung.

Busuknya busuk sekali. Kemudian
seorang yang lain dibaringkan dan tangannya diikat. Kakinya dirantai.
Lalu seorang yang berupa bengis menuangkan air panas lalu dituangkan ke
dalam matanya. Menggelepar ia. Matanya hancur menahan panas air. Ia
meronta-ronta cuba membebaskan diri namun tangannya diikat kuat.

Lalu
seseorang yang lain dibawa ke tengah-tengah khalayak. Ia dibentak dan
diterajang. Terdengar suara berkata, “Bawalah Abu Jahal itu ke
tengah-tengah khalayak. Tuangkan air panas ke atas kepalanya.”

“Guru,
saya seorang pencinta maksiat. Layakkah saya menginap syurga yang
indah?” Guru terdiam. Seorang pencinta maksiat mahu masuk ke syurga?
“Anakku, syurga hanya tempat orang yang mencintai akhirat dan takutkan
azab seksa.”

Seorang murabbi yang bergelumang dalam tarbiah. Ia
boleh masuk ke neraka apabila ia berasa kagum dengan kejayaannya. Kata
guru, “Kamu sebagai murabbi, sebelah kakimu dalam neraka dan sebelah
kakimu di syurga. Namun peluang kamu ke neraka lebih luas kerana kamu
terdedah dengan rasa sombong dan ujub.

Seorang yang bertaubat
boleh terdedah kepada dosa. Kata guru, “Dalam bertaubat, mengingati
dosa yang kamu lakukan, air mata yang mengalir, tiba-tiba kamu terasa
nikmat dosa.” Saya kurang memahami, bahkan tidak memahami. Guru
menjelaskan, “Kamu teringatkan dosa, lalu kamu terasa nikmatnya dan
indahnya dosa itu. Lalu Iblis mencampakkan rasa cinta kepada maksiat
lalu taubatmu tidak berguna.”

“Apa tujuan kamu?” Saya
bertanyakan adik-adik usrah saya. “Apa tujuan kamu melakukan program
PMI?” Adik-adik usrah saya menjawab, “Kami melakukan program untuk
melonjakkan nama PMI dan menjayakan misi kepimpinan.” Saya
menggeleng-geleng kepala.

“Alangkah rendahnya impian kamu,
adik-adikku. Sepatutnya tujuan kamu melaksanakan program adalah kerana
kamu ingin mengajak yang lain mencintai syurga dan merinduinya.”

Kawansaya seorang motivator berjumpa saya. Saya bertanya, “Apa tujuan anta
membuat program motivasi?” Ia menjawab, “Meningkatkan kekuatan emosi
dan memberikan keyakinan.”

Saya turut menggeleng-geleng kepala.
Impiannya juga rendah. “Akhi, sepatutnya program motivasi dibuat agar
dirinya semakin bersemangat untuk melakukan amal ibadah dan berasa
benci dengan kegiatan dosa.”

Ramai yang bercinta. Namun tidak
meletakkan matlamat yang tinggi dalam bercinta. Cinta mereka hanyalah,
agar dapat mereka membina rumah tanggayang bahagia. Sedangkan saya
ingin berpesan kepada semua, “Bercinta adalah untuk memastikan pasangan
kamu bersedia dengan bekal Iman yang tinggi dan bersedia untuk
berkahwin dengan akhirat sebelum berkahwin dengan kamu.”

Maka
pasangan yang bercinta itu, jika mereka berkahwin dengan akhirat, maka
mereka bertambah seronok bertahajud. Mereka akan tambah gembiar membaca
al-Quran. Mereka akan tambah ghairah berzikir kepada Allah.

Maka
hantaran kahwin mereka adalah zikir kepada Allah. Bukan hantaran mereka
mashaf al-Quran, tetapi mereka sendiri adalah al-Quran. Orang yang
menghadiahkan al-Quran, mereka hanya memberikan mashaf namun ramai yang
tidak berusaha menjadikan dirinya al-Quran yang bergerak.

Seorang
naqib yang berjaya, setiap kali kakinya melangkah ke usrah, ia akan
berdoa dan berdialog dalam diri, “Ya Allah, aku melaksanakan usrah agar
kami akan bertambah cinta kepada-Mu ya Allah.” Cinta kepada perjuangan
adalah konsep yang sempit. Ini kerana ramai yang cinta dengan
perjuangan tetapi bibirnya malas sekali berzikir. Hatinya gelap
daripada bertafakur. Ia hanya cinta kepada perjuangan bukannya Tuhan
kepada perjuangan.

Lalu apabila saya berhadapan dengan masalah,
saya ada pesan kepada diri saya. Saya sebutkan kepada rakan seusrah,
“Jika saya berhadapan dengan masalah, saya tau bahawa itu bermakna saya
bermasalah dengan Allah.”

Orang yang bermasalah dengan Allah, akan bermasalah dengan manusia.

“Kenapa
begitu Bang Zul?” Adik saya bertanya. “Ini kerana Allah benci kepada
pelaku maksiat. Maka seluruh makhluk akan turut membencinya.”

Tahi yang bercampur dengan air kencing. Itulah hidangan ahli neraka.

Oleh Dzulkhairi Mohd Noor
Mantan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)