Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Saturday, October 23, 2010

Pengertian Akidah dan ciri-cirinya

Bismillahirrahmanirrahim
Artikel ini ditulis sebagai catatan kuliah sijil Pengajian Usuluddin Universiti Malaya pada 23 November 2010. ( pensyarah: Prof. Madya Ustaz Dr mohd Fauzi Hamat). Artikel ini merupakan catatan kuliah .



Pengertian Akidah dan ciri-cirinya.

Tahukah anda bahawa masih ramai dalam kalangan umat Islam yng masih belum memahami apakah maksud akidah, ciri-ciri akidah dan sumber-sumbernya? Tiga perkara ini merupakan asas penting dan perlu difahami dengan jelas oleh setiap umat Islam lebih-lebih lagi kepada para pengkaji ilmu Usuluddin.
Pengertian Akidah
Menurut kamus dewan edisi keempat, penggunaan kalimah akidah membawa maksud rukun agama yang menjadi asas kepada keimanan yang diyakini, juga merujuk kepada “kepercayaan dan keyakinan”. Dari segi etimologinya, perkataan akidah merujuk kepada ‘ikatan kemas’ atau ‘simpulan mati’.
Daripada pengertian diatas, kita dapat memahami bahawa dalam membicarakan soal akidah, wujud unsur-unsur “keyakinan” yang kuat lagi kukuh terhadap sesuatu, kepercayaan yang sempurna dan pegangan yang sempurna tanpa wujud sebarang syak dan sangkaan. ‘Simpulan mati’ memberi gambaran tentang ‘yakin, percaya dan berpegang secara kukuh dan sempurna tanpa keraguan’
 Manakala dari sudut bahasa, akidah bermaksud pegangan kepercayaan yang membenarkan sesuatu tanpa keraguan. Ia adalah ikatan antara akal dan hati yang meyakini Allah SWT dengan menggunakan manhaj Ilahi yang disampaikan oleh para Rasul.
Pengertian di atas pula menekankan peranan para Rasul sebagai penyampai wahyu Ilahi dan seterusnya untuk menghilangkan segala keraguan bagi memastikan akal dan hati sama-sama meyakini Allah tanpa sebarang keraguan.
Akidah turut boleh diertikan sebagai keyakinan yang mantap dan kukuh terhadap rukun-rukun Iman yang enam. Hal ini dijelaskan oleh Sayyid Sabiq seperti berikut:
1.    Ma’rifat kepada Allah SWT: iaitu makrifat atau mengenal nama-nama-Nya dan sifat-sifat-Nya yang tinggi. Oleh itu, setiap Muslim sewajarnya memahami dan mengambil perhatian untuk mempelajari nama-nama Allah yang mulia dan sifat-sifat Allah (wajib, mustahil dan harus). Ma’rifatullah juga merujuk kepada mengenal bukti-bukti kewujudan Allah  dan kenyataan sifat keagungan Allah di alam semester dan di dunia ini.

Dapat difahami bahawa setiap ciptaan Allah merupakan bukti kukuh wujudnya Allah sebagai pencipta, kerana alam tidak boleh wujud dengan sendirinya tanpa pencipta. Pencipta itu tidak lain hanyalah Allah. Setiap keindahan yang diperhatikan di alam semester pula merupakan gambaran/ kenyataan kepada sifat keagungan/ keindahan Allah. Sebagai contoh, jika kita melihat alam dasar lautan yang cantik, maka sifat kecantikan Allah itu adalah melebihi kecantikan apa sahaja yang diciptanya.

2.    Ma’rifat kepada alam yang ada di sebalik alam. Apa yang dimaksudkan di sini adalah alam ghaib yang tidak dapat dilihat, tentang kebaikan yang ada (malaikat), kekuatan dan kejahatan yang ada ( iblis dan tenteranya para syaitan) disamping mengenal makhluk lain ( jin dan roh-roh).

3.    Ma’rifat kepada kitab-kitab Allah. Perlu difahami, salah satu tujuan kitab diturunkan adalah sebagai ‘batas’- untuk mengetahui yang hak dan batil, kebaikan dan kejahatan, halal dan haram serta baik dan buruk. Batas ini adalah penting kerana kita sebagai manusia tidak mengetahui apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Dunia akan lebih moden, jauh dari apa dapat dijangkau oleh pemikiran kita sekarang, jadi batas yang disediakan Allah merupakan suatu keperluan.

Suka untuk saya selitkan 3 jenis isme yang melanda dunia masa kini. Seharusnya kita mengetahuinya dan menjauhkan diri daripada terpedaya dengan isme-isme ini.
a.    Hedonism- mereka memahami bahawa setiap yang seronok itu adalah perkara yang baik dan menjadi keutamaan. Pertimbangan kepada setiap perkara adalah ‘keseronokan’.
b.    Utilirealism- Pertimbangan kepada setiap perkara adalah “setiap yang baik itu adalah apa-apa sahaja yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat dari segi pertimbangan akal. Sebagai contoh, judi dan pelacuran adadah dibolehkan dan digalakkan kerana semua itu memberi manfaat kepada pendapatan negara.
c.    Pramatism- Isme ini meletakkan bahawa “tiada nilai yang pasti. Setiap perkara itu/ kebenaran itu terletak kepada pertimbangan individu itu sendiri”. Sebagai contoh, Robin Hood merompak orang kaya untuk membantu golongan miskin.

4.    Makrifat dengan para nabi Allah dan rasul-rasulnya. Tujuan diturunkan nabi dan rasul adalah sebagai pembimbing manusia kepada hidayah, dan juga sebagai pemimpin kepada manusia kea rah yang hak. Dalam soal ini, suka untuk saya selitkan konsep akhlak, moral dan etika. Secara ringkas, kita perlu memahami bahawa:
a.    Akhlak- bersumber daripada Al-quran dan juga contoh teladan yang diteladani daripada nabi dan rasul.
b.    Moral- bersumber daripada nilai di dalam masyarakat. Sebagai contoh, walaupun telah bernikah, namun perbuatan bercumbuan di khalayak ramai tidak diterima oleh masyarakat kita. Perbuatan tersebut dianggap tidak bermoral.
c.    Etika- etika dikaitkan dengan pertimbanagan logik akal manusia. Sebagai contoh, Pak Imam baru pulang dari solat berjamaah di masjid menaiki motosikal tetapi tidak memakai topi keledar. Bukankah itu tindakan yang tidak beretika?.(akhlaknya baik, moralnya pun baik, cuma dia tidak mematuhi etika menunggang motor).

5.    Ma’rifat kepada hari akhirat. Termasuk juga terhadap peristiwa-peristiwa yang terjadi padanya seperti kebangkitan kubur, dosa dan pahala serta nikmat syurga dan azab neraka. Suka untuk saya ingatkan, Balasan nikmat syurga itu semuanya adalah semata-mata atas anugerah Allah. Jika kita melakukan muhasabah diri, alangkah malunya kita berhadapan dengan Allah kelak dengan amalan kita yang amat sedikit. Jadi perlulah ditanamkan bahawa, melakukan ibadat, amalan baik dan mengejar pahala itu penting tetapi hanya ANUGERAH ALLAH lah yang sebenar-benarnya menyebabkan kita masuk ke dalam syurga. Manakala azab neraka itu pula tidak lain hanyalah bagi membenarkan sifat KEADILAN ALLAH. Allah Maha Adil sehinggakan tidak ada seorang pun yang akan terlepas daripada dipertanggungjawabkan tentang kemaksiatan yang pernah dilaksanakannya.

6.    Ma’rifat kepada takdir yang berjalan atas segala peraturan di alam ini sama ada dalam penciptaan atau aturan Allah.  Allah boleh menjadikan kita lelaki atau perempuan. Allah boleh jadikan semua orang berwajah sama, tiada cantik, tiada yang hodoh. Allah boleh jadikan semua orang kaya, tiada yang miskin dan sederhana. Semuanya sama sahaja bagi Allah (tiada soal susah atau senang, suka atau tidak dan sebagainya). Tetapi Allah menjadikan kepelbagaian itu hanyalah supaya setiap hamba itu bersyukur.

 Bersyukur ini pula terdapat banyak jenis, yang kaya bersyukur kerana mempunyai harta, manakala yang miskin bersyukur kerana hidupnya aman tanpa banyak masalah. Yang cantik bersyukur kerana dirinya cantik, yang kurang cantik bersyukur kerana hidupnya tidak diganggu. Ada banyak jenis syukur dan setiap orang haruslah sedar akan hakikat ini. Allah jadikan setiap kepelbagaian ini dan perbezaan adalah untuk menguji kita adakah kita bersyukur dengan nikmat dan rezeki yang allah beri ataupun kita kufur.
Sebagai kesimpulan, dapatlah dirumuskan bahawa akidah islam adalah berkait rapat dengan himmpunan doktrin kepercayaan yang disimpulkan secara kemas dalam hati sanubari, tanpa diselaputi oleh keraguan dan ia bersumberkan wahyu Allah SWT. Perkara yang disimpulkan itu adalah terkandung dalam rukun iman, sebagaimana yang terdapat dalam hadis jibril :
Jibril bertanya: khabarkan kepadaku tentang iman. Baginda menjawab, beriman kepada Allah dan para malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari akhirat dan beriman kepada Qadar-Nya yang baik dan buruk. Jibril berkata: Kamu benar”

Ini sejajar dengan pandangan al-Asy’ari yang menyatakan akidah Ahl Sunnah wa al-jama’ah ialah dengan mengakui Allah SWT, para malaikat, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya dan apa sahaja yang disampaikan oleh mereka dari Allah, serta segala periwayatan yang benar daripada Rasulullah.
Dalam surah al-Hujurat ayat ke 15:
Sesungguhnya orang yang beriman hanyalah orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar”.
Ayat ini amat bertepatan dengan beberapa ciri penting akidah seperti penerimaan hati, pengikraran dengan lidah, dan adanya unsur ketundukan yang terserlah menerusi kesanggupan manusia melaksanakan segala perintah Allah. Ternyata Akidah bukan sekadar merujuk kepada “kepercayaan” semata-mata.

Sekadar perkongsian. (baru pengertian je ni…ada 2 lagi bahagian belum disentuh)…
alFakir 
Anwar Jauhari RHA


AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."