Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Monday, January 04, 2010

saya tidak bersetuju kalimah tersebut dibenarkan untuk kegunaan penganut agama selain Islam.

1. Saya pernah menulis mengenai kalimah Allah di blog ini (lihat sini). Intinya saya tidak bersetuju kalimah tersebut dibenarkan untuk kegunaan penganut agama selain Islam.




2. Kalimah Allah bukan sahaja bererti Tuhan. Ia membawa sama 'nilai kesucian' yang tersendiri buat penganut agama Islam. Kerana itulah seseorang muslim dalam keadaan janabah misalnya tidak akan memegang (ayat-ayat suci) al-Quran. Kerana itulah jika kita terserempak keratan kertas bertulis 'Allah, Nabi Muhammad' di atas jalan, kita akan mengutipnya, dan cara untuk melupuskan keratan itu selalunya kita membakar ia sehingga musnah. Pendek kata Allah bukanlah semata-mata 'Tuhan'. Ia membawa 'keberatan' atau weight yang lebih mendalam.



3. Kebenaran penggunaan kalimah Allah buat penganut agama lain akan memberi kesan dalam bahasa Melayu juga. Bayangkan Allah dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud 'Tuhan Yang Esa' terpaksa dirombak, tunduk menurut ajaran Kristian dengan sisipan ayat contoh kedua: (Astaghfirullah) Jesus adalah anak Allah. Kita juga mungkin (terpaksa) merujuk gereja sebagai 'sebuah lagi rumah Allah'. Ini kerana bukan sahaja masjid lagi dapat dirujuk sebagai 'rumah Allah'.



4. Jika Allah hanyalah satu kalimat bermaksud Tuhan, maka orang Islam (Muslim India dan Melayu) Singapura tidak akan turun ke jalanraya satu masa dahulu untuk mempertahankan akidah Natrah. Kita juga tidak perlu berheboh-heboh mengenai Nur Aishah Bukhari, tidak berheboh-heboh mengenai Lina Joy. Jadi, Allah adalah lebih dari Tuhan.



5. Seperti yang pernah saya sebutkan, mintalah pendita Kristian menyelak Bible (yang asal Vatican) mereka dan tunjukkan di mana ada kalimah Allah?



6. Sebenarnya Vatican sendiri menolak pengunaan kalimah Allah untuk merujuk Tuhan. Pernahkah anda mendengar Pope Benedict (pendita rujukan penganut Katolik sedunia) misalnya menggunakan kalimah ini dalam khutbah atau misa beliau? Ini kerana dalam "Declaration on the Relation of the Church to Non-Christian Religions, The Second Vatican Council, Promulgated by His Holiness Pope Paul VI, October 28, 1965' telah pun menyatakan Allah dan Tuhan Kristian berbeza.



7. Konsili Vatican Kedua tersebut menyatakan dengan terang-terang bahawa Allah dalam al-Quran (Islam) berbeza dengan Tuhan yang digambarkan oleh kitab Bible rujukan penganut Kristian. Penyataan Konsili tersebut bermula dengan kata-kata penghormatan buat muslim tetapi menegaskan yang dalil-dalil dari Al-Quran dan Bible tentang 'Tuhan' adalah bertentangan.



8. Penyataan konsili itu menyebutkan:



Ayat dari Bible '2 John 1:9 Whosoever transgresseth, and abideth not in the doctrine of Christ, hath not God. He that abideth in the doctrine of Christ, he hath both the Father and the Son'.



Surah 19:88 They say: "(Allah) Most Gracious has begotten a son!" 89 Indeed ye have put forth a thing most monstrous!"



- Yang bermaksud - 'Dan mereka berkata: Tuhan Yang Maha Pemurah mempunyai anak. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar.'



Sila rujuk surah Maryam ayat 88 dan 89.



9. Terdapat banyak ayat-ayat perbandingan lain dari Bible dan Quran lagi dikemukakan dan Declaration on the Relation of the Church to Non-Christian Religions, The Second Vatican Council, Promulgated by His Holiness Pope Paul VI, October 28, 1965' itu secara tegas menolak penggunaan kalimah Allah untuk orang Kristian. Ini kerana Vatican sendiri menyatakan; Allah menurut Islam tidak punya anak. Sedangkan dalam agama Kristian, Allah punya anak (Astaghfirullah).



10 Oleh kerana Vatican sendiri menolak penggunaan kalimah Allah untuk penyebaran agama Kristian; maka kita tertanya-tanya apakah sebabnya Kristian di Malaysia beria-ia dan bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah Allah dalam gereja dan dalam akhbar mereka?



11. Umat Islam dari apa jua parti dan jalur mesti bersatu untuk mendepani 'kekeliruan' yang boleh tercetus akibat dari 'insiden/tuntutan aneh' ini. Sila berhenti menyalahkan satu sama lain dan sila berhenti menunjukkan yang kumpulan atau parti anda lebih (kononnya) terkehadapan dalam memperjuangkan isu ini. Ulama dan tokoh politik Islam yang menyokong penggunaan kalimah Allah buat orang Kristian eloklah bertaubat.



Kita berharap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja akan peka dengan isu yang boleh menjadi api dalam sekam ini di tengah-tengah usaha untuk kita memelihara keharmonian bangsa-bangsa Malaysia.



12. Menurut Islam, kalimah Allah mestilah sentiasa digandingkan dengan kalimah Muhammad kekasih-Nya. Saya tidak dapat membayangkan kalimah Allah digandingkan dengan kalimah Jesus 'selaku anaknya'. Bolehkah anda selaku seorang Muslim (tidak kiralah saudara ahli UMNO, PAS atau PKR) menerimanya?



* Jika saudara ingin menyalin entri ini, harap dipautkan kepada blog saya ini. Terima kasih.



Posted by Faisal Tehrani at 6:58 AM
http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/01/allah-lagi.html

Saturday, January 02, 2010

BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal".

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini

SUDUT HUKUM
Berikut di atas tadi adalah petikan berita Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009.
Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.
Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.
Setelah melakukan penilaian terhadap pelbagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :
Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).
Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan pencipta secara umum.
Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.
Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat daripada hujjah kumpulan yang menolak.
Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada pengertian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.
Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali  penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk  kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.
TETAPI ..
Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka.
Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.
Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.
Dalam konteks Malaysia menurut perkiraan saya, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama seterusnya boleh membawa pergaduhan yang serius jika gagal dikawal.
Lebih lagi, apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadaan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta  kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam.  Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan KDN untuk melarang.
Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah.  Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun hujjah dari sudut mudarat dan kesesuaian konteks di Malaysia, larangan amat patut dilakukan, sama ada untuk tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti semua bahan cetak yang ingin diedarkan itu perlu mendapat kelulusan KDN bagi setaip keluarannya dan juga dilaksanakan sekatan pengedaran secara terbuka (hanya terhad kepada penganut Kristian). Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang sedang lemah, dan ruang konflik antara agama yang amat mudah ternyala api pergaduhan.
Kesimpulannya, secara peribadi saya berharap agar rayuan keputusan yang akan dilakukan oleh KDN Berjaya mencapai keputusan sebaiknya.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
15 Muharram 1431 H
01 Januari 2010

Tuesday, June 16, 2009

SEMINAR ISU SELATAN THAILAND

HUBUNGI ANWAR UNTUK INFO LANJUT 013-6607046


TARIKH : 20 JUN 2009 / 26 JAMADIL AKHIR 1430
HARI : SABTU
MASA : 8.30 PAGI – 1.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN MASJID AL-MUHSININ, TAMAN DANAU DESA,
OFF JALAN KLANG LAMA, KUALA LUMPUR

Penceramah :

Dato’ Hj. Md Saleh Hj. Ahmad
Timbalan Yang Dipertua, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM)

Farid bin Mat Zin
Penganalisis isu Thailand / Pensyarah UKM

Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden, Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)

Hj. Abdul Ghani Samsudin
Pengerusi, Sekretariat himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

Seminar terbuka kepada umum dan tiada bayaran dikenakan.

Anjuran :
Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) dan
Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia (SHURA)

Keterangan lanjut hubungi : Sdra. Azmi (019-384 2920)

What is Islam and How to present it in the most Beautiful Way

AssalamuAlaikum Wahmatullahi Wabaraktuh,


HUBUNGI ANWAR UNTUK KKETERANGAN LANJUT! 013-6607046

Dear Fellow Mosque Guides,


I hope this email finds you in the Best of Health and Iman .
Now that the school holidays are over, as promised I like to invite all to attend



Topic : What is Islam and How to present it in the most Beautiful Way
Date : 20th June 2009
Venue : Khalifah Institute
298 Jalan 3 Taman Ampang Utama
(Opp. Ampang Point )
If you drive coming from KLCC at the junction of Ampang Point and De Palma Hotel
turn right , drive straight till end turn right again into Jalan 3 )

Time : 2pm
Speaker : Latifah Tamerlane

For those who still have the energy there is another related public talk that you may like
to attend by a foreign speaker from UK :


Topic : Islamophobia
Date :20th June 2009
Time : 5pm
Venue : UIA Foundation Studies , lecture hall B
Speaker : Shaik Mohd. Omar (UK )

Hope to see all the brothers and sisters who attended the Mosque Guiding Workshop in ILIM Bangi again

Wasalam
Latifah Tamerlane

Friendly Comparative Religion Training, organized by Saba Islamic Media

JIKA ADA PERTANYAAN HUBUNGI ANWAR 013-6607046

Venue: IIS, Setiawangsa
Date : 20-21 June 2009
Fees : RM100 ( Including meals and books)

Everyone is invited
Please call Bro Mas ( 0136159030) for registration

--- On Wed, 5/20/09, znf lhev wrote:


From: znf lhev
Subject: Tentatif & Sinopsis FCR
To: goldenseeker_2020@yahoo.com
Date: Wednesday, May 20, 2009, 3:46 AM


Tentatif & Sinopsis Program



Sabtu 20/6/09

08.30am - 09.00am Pendaftaran
09.00am - 09.15am Pengenalan
09.15am - 10.30am Kewajipan Berdakwah
10.30am - 10.50am Rehat
10.50am - 11.50am Sejarah Kristian
11.50am - 01.00pm Asas Kepercayaan Kristian
01.00pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Kepercayaan Orang Cina
03.30pm - 04.30pm Hinduism
04.30pm - 05.30pm Bengkel Bible



Ahad 21/6/09
08.30am - 09.00am Imbasan Semula
09.00am - 10.40am Salah Faham Terhadap Islam
10.40am - 11.00am Rehat
11.00am - 12.10pm Memahami Mualaf
12.10pm - 01.10pm Pengalaman Bersama Paderi & Gereja
01.10pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Quran & Sains
03.30pm - 05.00pm Soal Jawab
05.00pm - 05.30pm Penutup



Sesi 1 – Kewajipan Berdakwah



Peserta akan diterangkan perbezaan di antara Dakwah dan Islah. Ia diikuti dengan persoalan sama ada berdakwah kepada non-Muslim itu adakah wajib ataupun sebaliknya. Di antara alasan yang paling kerap diberi untuk menafikan tanggungjawab berdakwah kepada non-Muslim adalah seperti berikut:-



Masih belum cukup ilmu untuk lakukan dakwah.
Diri sendiri masih teruk, belum lengkap, belum faham seluruh kandungan Quran.
Kita perlu perbetulkan umat Islam dahulu, kemudian barulah berdakwah kepada non-Muslim.
Dakwah saya tidak akan berkesan.
Bukankah Quran menyebut “Tiada paksaan di dalam agama”
Bukankah Quran menyebut “Untukmu agamamu, untukku agamaku”
Ada non-Muslim yang akan mengatakan “jaga urusan kamu sendiri”
Hubungan persahabatan dengan kawan non-Muslim akan terputus disebabkan rasa sakit hati apabila didakwah.
Ayat 104 surah Ali Imran mengatakan bahawa hanya sebahagian sahaja yang perlu berdakwah.


Secara keseluruhannya peserta akan diterangkan tentang Teknik Perbandingan Agama di dalam melakukan dakwah.



Sesi 2 – Sejarah Kristian



Peserta akan didedahkan mengenai sejarah kemunculan agama Kristian yang terbahagi kepada tiga zaman, iaitu:-



Era sebelum Jesus as dilahirkan - Di dalam era ini, peserta akan diterangkan bermula dari zaman Abraham, diikuti Isaac, Jacob, Moses hinggalah ke zaman kelahiran Jesus. Penyelewengan Bani Israel akan ditumpukan.


Era selepas Jesus as dilahirkan dan sebelum diangkat ke langit - Peserta akan didedahkan mengenai kedegilan dan tentangan Bani Israel di dalam menerima dakwah Jesus.


Era selepas Jesus as diangkat ke langit - Peserta akan diperkenalkan dengan seseorang yang bernama “Paul” yang memulakan penyelewengan ajaran Jesus. Ia akan diikuti dengan zaman sesudah Hawariyun, termasuklah zaman pembukuan Bible pada abad ke 4 dan zaman-zaman selepasnya.


Sesi 3 – Asas Kepercayaan Kristian



Bagi memantapkan lagi teknik dalam melakukan dakwah kepada orang Kristian, doktrin-doktrin agama mereka perlu difahami. Kita perlu memahami asas-asas kepercayaan mereka dari sudut pemahaman mereka sendiri. Dan untuk membezakan antara hak dan batil pula, maka Quran dan Hadis menjadi rujukan. Terdapat lima asas kepercayaan orang-orang Kristian iaitu:-



Dosa Warisan
Jesus itu anak tuhan
Jesus itu tuhan
Pensaliban Jesus
Triniti


Peserta juga akan didedahkan tentang ayat-ayat Tauhid yang terdapat di dalam Bible serta persamaan antara amalan nabi-nabi di dalam Bible dengan amalan Muslim hari ini.



Sesi 4 – Kepercayaan Orang Cina



Peserta akan didedahkan mengenai asas kepercayaan dan juga perayaan kaum Cina di Malaysia. Ini akan membantu kita memahami perbezaan antara budaya, adat dan kepercayaan di dalam agama mereka dan seterusnya dapat memberi idea kepada kita akan pendekatan terbaik di dalam melakukan dakwah kepada golongan ini. Selain daripada itu, peserta juga akan didedahkan mengenai perkara Do and Don’t semasa berinteraksi dengan orang-orang Cina.



Sesi 5 – Hinduism



Dalam sesi ini, peserta akan melihat dan menilai corak serta cara pemikiran orang-orang Hindu mengenai konsep ketuhanan mereka. Di dalam pembentangan ini nanti, peserta akan didedahkan mengenai perkara yang tidak masuk akal mengenai konsep ketuhanan mereka; apakah pula panduan yang diberi Allah di dalam Quran dalam menangani perkara tidak masuk akal tersebut; bagaimanakah kita boleh membawa mereka supaya dapat melihat dan membandingkan konsep ketuhanan yang ada di dalam Islam melalui pendedahan kalimah-kalimah Tauhid yang masih terpelihara di dalam kitab suci Hindu; dan diikuti penerangan mengenai perkara Do and Don’t semasa berinteraksi dengan orang-orang Hindu.



Sesi 6 – Bengkel Bible



Muslim kerap kali menyangkakan bahawa Bible itu adalah Injil yang sudah diseleweng, tetapi benarkah begitu? Jika kita andaikan Injil tersebut tidak pernah diseleweng, maka adakah ini bermakna INJIL = BIBLE? Kebanyakan Muslim juga terlalu mudah untuk menyatakan bahawa Bible itu sudah diubah (Quran 2:79, 4:46), tetapi terlalu sedikit yang mampu membuktikan kenyataan tersebut. Oleh itu, di dalam sesi ini, para peserta akan diajar cara-cara membaca Bible dan seterusnya akan didedahkan tentang penyelewengan, contradiction dan cerita yang tidak sesuai untuk berada di dalam Kitab Suci yang terdapat di dalamnya seperti kisah lucah.



Begitu juga seperti yang telah diterangkan di dalam sesi Asas Kepercayaan Kristian, maka di dalam sesi kali ini, peserta akan melihat dan membaca sendiri ayat-ayat Tauhid dan persamaan antara amalan yang dicatatkan di dalam Bible dengan amalan Muslim hari ini. Ini juga boleh membantu Muslim melakukan dakwah kepada orang-orang Kristian.



Akhir sekali, kebolehan membaca Bible serta sedikit pengetahuan mengenai kandungannya adalah penting apabila keadaan memerlukan, sebagai contoh, apabila kita berdepan dengan missionary atau individu-individu Kristian yang tidak mahu menggunakan Quran di dalam perbincangan antara kita dan mereka.



Sesi 7 – Imbasan Semula



Para peserta akan diminta mengulang semula SATU perkara (point) yang telah dipelajari semasa hari pertama dari sesi 1 hingga sesi 6.



Sesi 8 – Salah Faham Terhadap Islam



Semasa menyampaikan kebenaran Islam kepada non-Muslim (malah sesama Muslim), kita tidak akan terlepas daripada mendengar 1001 persoalan serta salah tanggapan terhadap Islam. Antara soalan-soalannya ialah:-



Isu umum

Masuk Islam = Masuk Melayu
Islam agama susah (perlu solat 5 kali sehari, puasa, banyak pantang larang, tidak boleh makan babi, minum arak dll)
Islam agama mundur
Tuhan Islam tidak adil – kenapa cipta kafir, kenapa takdir ke syurga/neraka
Semua agama sama
Doa tidak terjawab
Kafir yang baik ke neraka tapi Muslim yang jahat ke syurga
Sains dan agama tidak selari


Isu keganasan

Islam agama ganas (9/11, suicide bombing)
Islam disebar melalui mata pedang
Negara Muslim suka berperang


Isu wanita

Wanita tidak boleh jadi imam
Saf solat wanita di belakang (ini kerap ditanya oleh pelancong asing yang datang ke masjid semasa Mosque Tour)
Lelaki dapat 2 kali ganda harta warisan daripada wanita (4:11)
Kesaksian seorang lelaki menyamai kesaksian dua orang wanita (2:282)
Wanita tidak boleh jadi pemimpin
Lelaki mempunyai satu darjat lebih tinggi daripada wanita (2:228)
Suami boleh pukul isteri (4:34)
Poligami
Kenapa wanita tidak boleh kahwin 4 (poliandri)?
Isu tudung


Isu bermusim

Hudud
Negara Islam
Islam Hadhari
Rogol isteri
Tsunami
Moral
Artikel 11 (1A)
Karikatur


Isu Nabi Muhammad saw

Ramai isteri – 12 orang
Nabi kahwin dengan budak 6 tahun - Pedophile
Kahwin menantu sendiri
Nabi boleh membaca


Soalan dari missionary Kristian

Jesus lebih hebat dari Muhammad sebab nama Jesus disebut 25 kali dalam Quran tapi nama Muhammad disebut 5 kali sahaja (3:144, 33:40, 47:2, 48:29, 61:6)
Muhammad sudah meninggal tapi Jesus masih hidup
Jesus tidak berbapakan manusia, maka Father lah bapanya
Nabi akhir ialah Jesus sebab Jesus akan turun sebelum kiamat
Quran tiru Bible
Quran hasil kerja syaitan
Allah guna perkataan “Kami” dan ini bermakna trinity itu adalah benar


Soalan dari orang-orang Hindu

Muslim sembah Kaabah
Tuhan Linggam di dalam Kaabah
Semua manusia sepatutnya Vegetarian
Sembelihan haiwan cara Islam adalah kejam
Berhala (Idol) bukan disembah tetapi ia hanya untuk tujuan penumpuan (concentration) kepada tuhan


Quran ada contradictions

Satu hari di sisi Allah adakah bersamaan seribu tahun manusia (22:47, 32:5) atau limapuluh ribu tahun manusia (70:4)?
Allah cipta langit dan bumi dalam enam hari (7:54, 10:3, 11:7, 25:59, 32:4, 50:38, 57:4) atau lapan hari (41:9-12)?
Manusia dicipta daripada air (25:54), sperma (76:2) atau tanah (6:2)?


Sesi 9 – Memahami Mualaf



Pada peringkat awal, peserta akan diterangkan maksud mualaf dan mukalaf. Kemudian peserta akan didedahkan mengenai cabaran-cabaran yang dialami mualaf sebelum, semasa dan selepas mereka memeluk Islam. Pengetahuan ini amat penting supaya kita mampu membezakan antara perkara yang perlu didahulukan serta perkara yang boleh dikemudiankan di dalam membantu mualaf menguatkan aqidah Islam. Di antara cabaran tadi ialah:-



Sebelum memeluk Islam

Contoh buruk oleh Muslim
Tiada bantuan/galakan daripada Muslim, malah ditakut-takutkan
Tidak ada yang mahu menyampaikan Islam
Tidak tahu siapa yang hendak dirujuk, dll


Semasa memeluk Islam

Masalah semasa hendak bershahadah
Dituduh masuk Islam kerana hendak berkahwin
Terlalu terikat dengan prosedur, dll


Selepas memeluk Islam

Mualaf diMelayukan
Perlu dirahsiakan atau perlu dihebahkan?
Tentangan keluarga – apakah peranan kita?
Sahabat sekeliling tidak tahu keutamaan (priority) perkara yang perlu diajar, dll


Sesi 10 – Pengalaman Bersama Paderi & Gereja



Penceramah akan berkongsi pengalaman selama belasan tahun berdepan dengan missionary, paderi dan pihak gereja. Peserta akan didedahkan bahawa hujah-hujah mereka sebenarnya adalah amat rapuh. Oleh itu, ini akan memotivasikan peserta supaya berani memulakan langkah awal berdakwah kepada orang-orang awam dahulu sebelum berdepan dengan kelompok yang lebih mencabar.



Sesi 11 – Quran & Sains



Apabila kita berdepan dengan golongan yang tidak percaya kepada kewujudan tuhan dan agama (Free Thinker), maka kita perlu menggunakan kitab golongan ini, iaitu sains dan logik. Oleh itu, di dalam sesi ini, peserta akan didedahkan dengan banyak ayat Quran yang selari dan menepati sains moden. Banyak fakta sains yang hanya ditemui pada zaman moden ini sebenarnya telahpun diceritakan di dalam Quran. Malah terdapat penemuan sains yang dengan jelas membuktikan bahawa Allah itu wujud.



Sesi 12 – Soal Jawab



Semua peserta diberikan peluang untuk bertanya apa sahaja soalan tanpa tapisan. Walau bagaimanapun, peserta adalah tidak digalakkan bertanya soalan yang lebih kepada bentuk masalah fekah semata-mata.






Yours sincerely,
Faridah Sulong (USIM)
goldenseeker_2020@yahoo.com
013-2358685