alhamdulillah....selesai dan selamat .
lawatn ke akademi bomba dan penyelamat wakaf tapai memberi banyak pengajaran, pengalaman dan input berguna kepada seluruh warga komander yang menyertainya.
sedikit gambar sebagai buah tangan....hasrat di hati nak tulis artikel, tapi mood tak ada, lagipun nak kemas barang, packing barang
lawatn ke akademi bomba dan penyelamat wakaf tapai memberi banyak pengajaran, pengalaman dan input berguna kepada seluruh warga komander yang menyertainya.
sedikit gambar sebagai buah tangan....hasrat di hati nak tulis artikel, tapi mood tak ada, lagipun nak kemas barang, packing barang
18 nov07
...hah... harini saya dah balik johor....alhamdulillah selamat sampai.
...hah... harini saya dah balik johor....alhamdulillah selamat sampai.
boleh la cerita sikit mengenai trip ke wakaf tapai tu....
10nov07
meeting akhir sebelum bertolak ke terengganu...
11nov07
jam 11pagi, berkumpul di bus stop teratai dan bertolak jam 12 tengah hari.
sampai di UiTM dungun jam 9.00 malam....
12nov07
jam 7 pagi bertolak dari dungun ke wakaf tapai. 1 jam 30 minit perjalanan. jauh , kerana kami terpaksa menginap di dungun, jimat kos dan tiada pilihan lain.
jam 9 pagi, taklimat di menara tinjau FRAM wakaf tapai.
antara isu menarik adalah 3 skim dlm jabatan bomba, pegawai(lepasan SPM) , penolong penguasa(lepasan diploma) dan Penguasa (lepasan ijazah).
starting gaji utk penguasa mencecah 1900 dan belum termasuk elaun.training 6 bulan sebagai rekrut sebelum dihantar ke balai seluruh negara.
minum pagi kemudian masuk ke BA gallery. kontena khas ini digunakan untuk melatih rekrut merasai simulasi menyelamat di dalam kawasan yang gelap, sempit,dan perlu menggunakan BA (breathing apparatus). saiznya sebesar 7 kontena yang disambung dan saiz laluan seperti di gambar yang disertakan .
kemudian sesi petang, simulasi SEWER. menyelamat dalam terowong bawah tanah yang sempit dan berair( dalam keadaan sebenar air tu aalah air ******** tapi dalam latihan ni air paip yang berlumpur digunakan. tapi memcecah paras dahi... bayangkan...dan ada juga peserta yang menikmati minum petang di dalam sewer tersebut....
kami pulang jam 5petang, dan sampai ke dungun kira-kira jam 9malam. maam tu tak ada apa-apa aktiviti, ada yang kata bosan. tapi bagus jugak sebab malam tulah kami baru nak kilatkan kasut, gosok uniform dan bersiap untuk esok.
13nov07
jam 7 dah bertolak dengan uniform lengkap. berhenti sarapan di warung nasi dagang. tak ramai yang makn kerana sebentar lagi nak berkawad, takkan la nak makan nasi dagang. yamg betul2 menikmati nasi dagang tu ialah cikgu pengiring dan pak cik driver.... yelah mereka tak berkawad pun....
lantaran makan sarapan, maka kami sampai lewat. janji jam 9, kami sampai 9.10min. dapat la pemanis kaki HENTAK KAKI 50 satu dua. mujur cikgu mintak supaya hukuman sebenar PUMPING 50 kali diringankan....
selepas kawad kami dia ajar menggunakan BA. secara praktikal, kena naik ke tingkat empat dan turun semula.
BA ni dinamakan SCABA-self containing air breathing apparatus- adik beradik SCUBA jugak la.satu tong boleh muat max 300atm.berat seringan 2kg hingga 9kg. purata 30minit utk setiap BA boleh bertahan. ia di isi dengan compressed air( udara biasa yang diberi tekanan)...sejuk juga...tapi taklah selesa berbanding menyedut udara percuma yang segar .
petang tu pulak, abseiling. walaupun dah sellu buat, ada jugak yang gayat. almaklumlah dah lama tak beraksi....alhamdulillah semuanya berjalan lancar.... takde yang jatuh bak kelapa muda...kalau yang istimewa pun komander saiful buat "spider" yang lain tak berani lagi.
lepas tu majlis penutup. VIP yang ada adalah timbalan komandan. habis awal dan kami balik awal.malam ni nak makan kat luar. sesekali nak jugak makan makanan panas ala carte kat tganu ni. pada masa nilah anak jati tganu menghadapi masalah besar apabila pakcik driver tanya"mana tempat makan yang best?" ..nak tau apa jawapan mereka...."saya tak biasa tempat ni......"
14nov
jam 8 pagi check out dari UiTM dungun. menuju ke Kuala Terengganu..destinasinya pasar la..
shopping sakan semua...ada jugak yang amik kesempatan naik feri dan minum pagi di seberang. saja merasa naik bot..tambang baru 80sen.
jam 12 semua berkumpul.bertolak balik ke salam . dalam perjalanan bas tu dah jadi macam panggung bergerak. masa pergi kemarin kami tonton 3 filem, on the way balik pulak 2 filem. fun dahla free, ada yang beli tikar dan baring kat lantai bas semata-mata nak tengok di saf depan.kami sampai di salam jam 11malam.alhamdulillah semuanya selamat...
pengalaman dan banyak lagi ilmu baru yang diperolehi, takkan semua nak tulis dalam ni..mutu tulisan saya pun tak elok lagi...kesimpulannya kami berazam untuk membuat susulan pada tahun hadapan. .....JADI KOMANDER MEMANG BANYAK KELEBIHANNYA....
gambar kik link ni...nak masukkan dalam blog lambat sikit...
http://anwaruitm.fotopages.com/?entry=1346172