Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Saturday, August 12, 2006

2,500 mohon dana penyelidikan

2,500 mohon dana penyelidikan

KEMENTERIAN Sains Teknologi dan Inovasi menerima kira-kira 2,500 permohonan daripada penyelidik institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mendapatkan dana bagi melaksanakan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) berasaskan sains dan teknologi (S&T) sebaik kerajaan mengumumkan peruntukan RM3 bilion dalam Rancangan Malaysia Kes embilan (RMK-9).

Setiausaha Parlimen kementerian berkenaan, Datuk Dr Mohd Ruddin Abdul Ghani, berkata dana itu turut mendapat sambutan menggalakkan daripada syarikat tempatan apabila menerima 281 permohonan.Katanya, permohonan itu membabitkan penyelidikan dalam bidang S&T dengan pengkhususan teknologi maklumat dan komunikasi, bioteknologi, nano teknologi dan prototaip lanjutan.Selain itu, beliau berkata, kementerian juga memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi menjayakan program membina modal insan. “Dana ini disediakan sejajar hasrat kerajaan melahirkan tenaga profesional yang berdaya saing sebagai bakal pemimpin negara pada masa depan.“Peruntukan ini juga terbuka kepada pelajar mahupun pegawai untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana atau doktor falsafah di IPT tempatan mahupun luar negara,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pesta ICT Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi, semalam. Hadir sama Pengarah Pusat Kokurikulum UKM, Dr Jamaludin Badushah.Mohd Ruddin berkata, permohonan berkenaan dibuka bagi kajian jangka pendek dan panjang membabitkan tempoh dua hingga lima tahun dengan dana antara RM2 juta hingga RM40 juta.Katanya, dana yang disediakan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu RM1.3 bilion untuk sains, teknologi (RM1.2 bilion) dan inovasi (RM200 juta) .Dana sains, diperuntukkan bagi kerja penyelidikan asas seperti menjana teknologi baru, manakala teknologi pula menjurus kepada pembiayaan memasarkan sesuatu produk iaitu prototaip yang sudah dihasilkan dan menunggu untuk dikomersialkan.“Bagi memastikan hasil penyelidikan dapat dikomersialkan di pasaran tempatan mahupun antarabangsa, kerajaan menggalakkan kerjasama antara penyelidik di IPT dengan pakar swasta. “Gabungan dua pihak ini akan membentuk kerjasama padu dalam memastikan teknologi yang dihasilkan dimanfaatkan pengguna peringkat global.“Permohonan dana berdasarkan merit projek dan hasil penyelidikan. Jika sesuatu penyelidikan mempunyai nilai komersial tinggi dan berpotensi dibangunkan, kerajaan akan menaja keseluruhan kos projek berkenaan. Ia sebagai menyokong usaha penyelidik menghasilkan jenama Malaysia,” katanya.Mohd Ruddin berkata, penyelidik pula perlu memastikan produk mereka berkualiti untuk pasaran luar negara. Beliau berkata, setakat ini pihaknya sudah meneliti semua permohonan dan keputusan akan diumumkan tidak lama lagi.Katanya, dana penyelidikan ini juga terbuka kepada mereka yang menjalankan kajian dalam bidang kimia, fizik mahupun perubatan.
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Pendidikan/20060803090914/Article/

No comments: