Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Thursday, May 14, 2009

”1 MALAYSIA : BELIA BERWAWASAN PENGGERAK KEJAYAAN”

Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) sedang mengadakan Pertandingan Mengarang Esei bersempena dengan bulan Sambutan Hari dan Minggu Belia Negara 2009. Objektif utama pertandingan ini diadakan adalah untuk Memperoleh karya akademik di kalangan golongan belia melalui penulisan dengan mengaplikasikan pengetahuan dan ilmu hasil dari pembacaan yang boleh dimanfaatkan, menjadikan kempen membaca sebagai wadah mencambah idea-idea kreatif melalui pertandingan yang diadakan serta memberi pendedahan kepada belia mengenai Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei setiap tahun

Pertandingan tahunan ini yang menawarkan hadiah yang lumayan kepada pemenangnya dibahagikan kepada beberapa kategori. Berikut adalah maklumat lanjut mengenai pertandingan ini.



KATEGORI



Kategori Pelajar Sekolah Menengah

Berumur 15 hingga 18 tahun. Panjang esei tidak melebihi 1200 perkataan dalam Bahasa Melayu. Semua penyertaan perlulah mendapat pengesahan pihak sekolah





● Johan : RM1,000.00 serta sijil

● Naib Johan : RM750.00 serta sijil

● Ketiga : RM500.00 serta sijil

● 3 hadiah saguhati : RM200.00 serta sijil



Kategori Pelajar IPT

Panjang esei tidak melebihi 1200 perkataan dalam Bahasa Melayu.



● Johan : RM1,500.00 serta sijil

● Naib Johan : RM1,000.00 serta sijil

● Ketiga : RM750.00 serta sijil

● 3 hadiah saguhati : RM250.00 serta sijil



Kategori Terbuka

Berumur 19 hingga 40 tahun. Panjang esei tidak melebihi 1200 perkataan dalam Bahasa Melayu



● Johan : RM2,000.00 serta sijil

● Naib Johan : RM1,500.00 serta sijil

● Ketiga : RM1000.00 serta sijil

● 3 hadiah saguhati : RM250.00 serta sijil







TAJUK



”1 MALAYSIA : BELIA BERWAWASAN PENGGERAK KEJAYAAN”





SYARAT PENYERTAAN



Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan karya asli penulis dengan disertakan borang penyertaan. Sila tulis kategori pertandingan pada sebelah kanan sampul surat. Pemarkahan dibuat berdasarkan isu dan hujahan (50 peratus), bahasa (30 peratus), gaya dan persembahan (20 peratus). Keputusan panel hakim adalah muktamad. Esei yang dihantar adalah hak milik penganjur.



Tarikh tutup penyertaan : 30 Mei 2009

Semua penyertaan hendaklah dialamatkan kepada :



Urusetia

Pertandingan Mengarang Esei

Hari dan Minggu Belia Negara 2009

Majlis Belia Malaysia (MBM)

Wisma MBM, No 1, Jalan Tasik Permaisuri 2

Bandar Tun Razak, 56000 KUALA LUMPUR

Tel : (03) 9173 2761/63





Borang Pertandingan boleh dimuatturun di sini

No comments: