Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Thursday, March 25, 2010

Lagi pembinaan haram rejim Zionis di tanah perkuburan Palestin.


Lagi pembinaan haram rejim Zionis di tanah perkuburan Palestin.

Rabu , 24/03/2010 – Dr Taleb Abu Shaar, Menteri Wakaf dan Agama telah mengecam tentera rejim Zionis  kerana mulakan pembinaan Muzium Toleransi di atas tanah perkuburan Mamanulla, barat Baitulmuqaddis yang diceroboh.
Abu Shaar dalam satu kenyataan Selasa lalu berkata kubur berusia 14 abad itu dianggap sebagai warisan manusia yang terdiri daripada beberapa kubur yang berusia 800 tahun.
Tentera rejim Zionis yang mula membina pagar di atas kawasan 12 dunums di sekitar kubur itu, adalah satu-satunya pihak berkuasa di dunia yang melanggar warisan manusia dan Islam, ujarnya.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/

penterjemah : hijjaz


Setiausaha Agung PBB minta Israel tamatkan sekatan ke atas Gaza.

Isnin , 22/03/2010 – Ketua PBB, Ban Ki-Moon masuk ke Gaza semalam menjelaskan beliau bersimpati terhadap keadaan rakyat Palestin di sana dan mahu Israel menamatkan sekatan ke atas Gaza.
Ban yang melakukan lawatan kali kedua selepas perang 22 hari Gaza mahu menghidupkan kembali proses damai di Asia Barat. Beliau masuk ke Gaza melalui sempadan Beit Hanun di mana beliau disambut sekumpulan rakyat Palestin yang mengibarkan bendera Palestin.
Beliau kemudian melawat tempat yang yang masih dalam keadaan yang teruk dimusnahkan Israel dan beliau merasmikan beberapa projek termasuk pembinaan 150 buah rumah, kilang tepung gandum, serta projek pembetungan yang baru diluluskan Israel beberapa hari yang lepas.
Sebelum itu di Tebing Barat pada hari Sabtu, beliau berkata beliau akan melawat Gaza untuk menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mahu menekan keperluan untuk tamatkan sekatan ke atas Gaza yang disekat Israel sejak Hamas memerintahnya sejak Jun 2007.
Lawatan Ban selama 2 hari ke kawasan Palestin adalah tujuan menghidupkan proses damai di antara Israel dan Palestin. Beliau berkata PBB komited terhadap perjuangan rakyat Palestin dan akan membantu menyelesaikan segala tuntutan Palestin dalam masa 24 bulan.
sumber : The Palestine Telegraph

penterjemah :  ameen


Yaman keluarkan setem keganasan Israel di Gaza.

Isnin , 22/03/2010 – Pos Yemen dan Pihak Berkuasa Simpanan Pos telah mengeluarkan setem dan poskad jenis baru yang memaparkan keadaan kemanusiaan yang mengerikan dialami oleh warga Palestin di Gaza akibat kepungan Israel di Gaza, menurut pegawai rasmi Yaman.Jameel Al-Dawlah, pengawai daripada Jabatan Telekomunikasi dan Informasi menyatakan kepada PT Selasa lalu bahawa setem itu mencerminkan sokongan kerajaan Yaman untuk rakyat Palestin dan penderitaan yang dialami mereka.
“Contoh setem yang baru dikeluarkan sudah dihantar ke kedutaan Palestin di Sana’a,” katanya. ”Setem-setem ini menunjukkan sikap rasmi Yaman yang menolak pengepungan zalim oleh Israel terhadap rakyat Palestin yang tidak bersenjata di Semenanjung Gaza,” beliau menambah.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  hijjaz

Ribuan protes di Gaza.

Ahad, 21/03/2010 – Ribuan rakyat mengikuti demonstrasi di Semenanjung Gaza hari ini untuk memprotes pembukaan semula sebuah rumah ibadat abad ke-17 di Baitulmaqdis.
“Dengan darah kami, dengan jiwa kami, kami korban untuk anda, Baitulmaqdis,” teriakan dari orang ramai yang kebanyakannya pelajar sekolah saat mereka melambaikan bendera Palestin dan mengangkat poster-poster “Dome of the Rock” di bandar Baitulmaqdis.
Demonstrasi diadakan di bandar-bandar di Gaza, termasuk Jabaliya, Beit Lahiya, Khan Yunis dan Rafah.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : nurul

No comments: