Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Friday, November 18, 2011

kem cuti sekolah 2011 batu pahat Johor


Kem Terbuka kepada semua pelajar sekolah randah dan menengah. Pendaftaran perlu dibuat melalui SMS, faks atau telefon ke nombor yang ditetapkan. bayaran bagi Kem berasingan adalah RM 20 setiap kem. Pakej RM 80 bagi keseluruhan 5 kem.

update: KEM 2Hari 1 Malam (27-28 disember 2011) Lokasi Kem Agro-Camp Sungai Sudah Batu pahat, Johor. Persiapan mengharungi Tahun Baru! mengandungi pakej bijak belajar, smart solat, komunikasi dan kepemimpinan. hubungi cikgu hairul segera 0136607046 

http://cikguhairul.blogspot.com/

maklumat lanjut kem akan dimuat naik dari masa ke semasa.

AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

Thursday, November 03, 2011

bantah program Seksualiti Merdeka

KL, 3 Nov 11: Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan Islam akan mengadakan demonstrasi di Masjid Negeri Shah Alam esok bagi membantah program Seksualiti Merdeka dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali disenarai antara pemimpin yang akan berucap.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Pembela berkata, turut akan berucap ialah pengerusi pertubuhan bukan kerajaan itu sendiri, Dr Yusri Mohamad dan pemimpin Himpunan Sejuta Umat (Himpun).
Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, dan Yusri terlibat dalam penganjuran Himpun, yang memfokus isu murtad, akhir bulan lalu di Stadium Shah Alam. Demonstrasi esok akan diadakan selepas solat Jumaat, kata Pembela dalam satu kenyataan.

“Program demonstrasi bertujuan membantah gerakan jahat yang tidak bermoral ini serta rancangan mereka untuk mendesak pemerintah supaya memberi pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender. Demonstrasi ini adalah anjuran Pembela bersama pertubuhan-pertubuhan bukan Islam yang lain,” kata Pembela.

Pembela menambah, pihaknya membantah sekeras-kerasnya tindakan penganjur, penjaga dan penyokong program yang telah merencanakan agenda jahat gerakan homoseksual di Malaysia sekian lama.
“Penganjur program Seksualiti Merdeka 2011: Queer Without Fear juga ingin mencabar kedudukan Perlembagaan yang menyatakan Islam sebagai agama persekutuan,” katanya lagi.
Katanya, Islam adalah agama persekutuan dan ia melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan penganjur program itu telah mencabar kepimpinan tertinggi negara.

“Program tanpa moral mereka yang menuntut pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender akan mengakibatkan diskriminasi bentuk baru atas nama hak asasi manusia.
“Tuntutan mereka juga mencerca syariah, perundangan Malaysia, asas moral dan kesucian semua agama, serta mengancam ketenteraman dan kemanan negara,” katanya lagi.

Sementara itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan demonstrasi membantah program 'Seksualiti Merdeka' selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Baru esok. Sehubungan itu, ketua penerangan Dewan Pemuda PAS Wilayah, Herman Samsudeen menjemput umat Islam, termasuk NGO yang membantahnya hadir menyertai demonstrasi tersebut.

Sehingga ini, program tersebut dibantah oleh Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN), yang membuat laporan polis semalam. ACCIN dianggotai 17 NGO Islam termasuk Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al-Hidayah, Darul Fitrah, MACMA, IIS, MUAFAKAT, ISMA, AL-Hunafa, IMAN, Jam'iyah, Darusshifa, WAMY, GEPIMA dan PERKIM.

Turut membantah program itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA). Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan berkata Seksualiti Merdeka 2011 yang memperjuangkan kesaksamaan gender untuk golongan homoseksual dan lesbian boleh mengancam keselamatan negara.

Mengulas lanjut, Herman berharap PERKASA juga akan hadir menyertai demonstrasi membantah program itu di Masjid Kampung Baru esok.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Salah seorang pengasas Seksualiti Merdeka, Pang Khee Teik menjelaskan, festival itu bertujuan untuk menyokong dan memperkasa (empower) golongan lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT). Walaupun Khee Teik menyatakan acara tersebut bukan untuk mempromosi homoseksualiti namun jelas penganjur mahu mengenengahkannya sebagai suatu kebebasan dan hak peribadi.
Mereka mendakwa negara ini mengamalkan diskriminasi ke atas golongan tersebut. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menolak dengan tegas alasan Majlis Peguam supaya hak LGBT diketengahkan atas nama demokrasi. Mengutip kenyataan Perdana Menteri bahawa Malaysia adalah negara yang ‘progresif dan liberal’ tidak boleh dijadi alasan untuk perlakuan yang melanggari akhlak yang ditetapkan oleh Islam dibolehkan.
Sesebuah negara berdaulat seperti Malaysia berhak untuk meletakkan nilai dan asas undang-undangnya mengikut peruntukkan Perlembagaan. Ia tidak boleh dilihat sebagai suatu penderaan atau ketidakadilan hanya kerana ia tidak selaras dengan budaya hidup Barat. (IH)
http://www.ibnuhasyim.com/2011/11/esok-jom-demontrasi-bantah-seksualiti.html

AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

konsert Elton John yang mesti dibatalkan oleh kerajaan Malaysia

Konsert Elton John: Respons kepada komentar RPK
Nik Nasri Nik Malek      
Saya ingin memberikan respons balas saya terhadap komentar Raja Petra Kamarudin (RPK) tentang konsert Elton John yang mesti dibatalkan oleh kerajaan Malaysia. Saya tidak berhasrat untuk memanjangkan isu ini dan menjadikannya sebagai polemik pula. Cukuplah kerakusan dan kebobrokan pihak pemerintah untuk difokuskan kembali. Namun ada beberapa perkara yang saya rasa penting untuk dijelaskan.

Isu yang kebetulannya keluar dalam harakahdaily yang saya ulas ialah tentang konsert Elton John itu. Tapi bukanlah hanya isu seks yang Islam, PAS atau saya sebagai salah seorang ahli PAS fokuskan. Saudara RPK boleh merujuk portal saya di bawah tajuk ‘ta’liq siasi (komen politik) dan saudara akan dapati saya memberikan pandangan saya kepada pelbagai isu melibatkan kezaliman, penindasan, salahguna kuasa, korupsi, pembunuhan dan lain-lain. Maka ia menolak apa yang dikomen oleh saudara seperti di bawah:

is sex the only thing we should be concerned with? Is this all that there is to Islam? What about corruption, abuse of power, robbing the rakyat, election rigging, persecution, discrimination, murder, ethnic cleansing, and a host of other crimes against the citizens and crimes against humanity? Why is PAS not also foaming at the mouth and up in arms about this?

Bahkan bukan sahaja dalam tulisan dalam portal saya, sesekali keluar juga di tranungkite.net atau jarang-jarang di harakah. Saya juga ‘khutbah Jumaat’kan, ‘kuliah dan tazkirahkan isu-isu di atas, samada secara langsung atau secara tersirat.

First of all, morals are relative. In some societies, it is immoral to abort a baby you are carrying (in fact, it is regarded as murder by some) while in other societies it is mandatory to abort the baby if you already have one child.

Mengenai moral bahawa ia relatif, saya tidak bercadang menjadikan tulisan ini sebagai kuliah subjek Moral di IPT bagi bukan Islam dan subjek Pengajian Islam bagi pelajar Islam. Tapi kita sedang bercakap tentang Malaysia. Saya sebutkan agama persekutuan adalah Islam. Majoriti rakyat adalah Islam. Budaya yang diterima oleh orang Melayu, India dan Cina termasuk orang Asli adalah budaya dari fitrah manusia iaitu dengan berkahwin lelaki dan perempuan.

Saya belum bercakap tentang moral dan immoral menurut prinsip hidup saya sebagai orang Islam tetapi saya baharu menyebut tentang budaya 3 bangsa utama di Malaysia dan nilai-nilai Timur. Apalah yang diharap dari Elton John untuk menghormati nilai-nilai Timur ini?

Saya tidak berhasrat melanjutkan perbincangan dalam perkara yang tidak berkaitan dengan isu yang sedang dibincangkan. Kalau bercakap tentang relatif, maka ia akan mengheret kepada pelbagai perkara.
Mengenai ayat ini: “..And is it also not so that those who are foaming at the mouth asking that Elton John be banned from Malaysia are looking at things from their perception of values?”
Memang benar, saya memberikan pandangan tentunya dengan nilai yang saya pegang. Tapi nilai yang saya pegang ini pun sebenarnya bukanlah nilai yang dipegang oleh Islam sahaja. Ada agama lain yang membenarkan kahwin sejenis?

Dan tentunya mereka yang menyokong ‘sangat-sangat’ kehidupan songsang akan memberikan pandangan menurut persepsi dan nilai yang mereka pegang juga.

Anyway, Elton John has been on the scene for more than 40 years now. Two or three generations of Malaysians have been listening to Elton John since the 1960s. Nik Nasri Nik Malek is almost 50 years too late in trying to save the souls of Malaysian youths.
Would banning Elton John from entering Malaysia do any good now? Are you also going to ban Elton John songs from the airwaves? Are you going to get MCMC to block all websites that feature Elton John songs? You will have to close down the entire Internet to do that.
What stupidity!

Jangan cepat membodohkan orang lain hanya kerana anda memang meminati Elton John dan orang lain membenci perbuatan gaynya itu. Ketika saya awal remaja, saya juga pernah mendengar lagu Elton John, tapi saya tak perasan ketika itu bahawa beliau berkahwin dengan seorang lelaki. Umur beliau sekarang 60an, baharu dengar cerita tentang ‘perkahwinannya’ dengan lelaki. Saya belum berumur 50 tahun, jadi saya rasa saya belum terlambat untuk menyatakan prihatin saya terhadap kesan buruk dari perangai seorang yang keji.

Saya kata BATALKAN konsert. Dengan erti jangan bawa beliau masuk. Kalau beliau tak masuk ke Malaysiapun, tidak ada apa-apa yang mengurangkan kehidupan saudara. Saya tahu banyak perkara lain yang saudara perlu fokuskan un tuk kehidupan peribadi yang lebih penting, termasuk mahu fokuskan kepada isu-isu politik, kerakusan pemimpin, kegelojohan mengaut hasil negara buat isteri, kroni dan lain-lain.

Saya tak kata jangan dengar lagunya kerana saya tahu saya tak dapat menahan orang lain dari mendengarnya. Saya juga tak mampu menahan keinginan saudara untuk mendengar lagunya. Tapi paling kurang sikap perlu dijelaskan terhadap sesuatu kebimbangan. Bila kata BATAL, bermakna ada sesuatu yang tak kena pada dirinya yang menjadi sekatan kepada orang lain untuk  terus meminatinya. Pilihan untuk mendengar lagu lain pun masih ada. Di dunia ini bukan hanya Elton John sahaja yang ada dan sedap menyanyi.

Sometimes I just can’t see where these people put their priorities. The country is going down the drain. Corruption and abuse of power is the order of the day. Persecution and racism is government-sponsored. And we worry about Elton John singing in Malaysia?

Sebagai manusia yang menjadi khalifah di bumi Allah, konsep al-amr bil makruf wannahy an-almunkar (suruh yang baik dan larang dari yang keji) meliputi segala aspek: politik, ekonomi, sosial dan lain-lain. Artikel saya mengenai korupsi, penyalahgunaan kuasa, rasuah, merompak harta negara boleh dibaca sebagaimana yang saya sebutkan. Isu Elton John bukan singing in Malaysia tetapi kesan buruk jangka panjang, tidak mudah mengubatinya yang akan meruntuhkan segala nilai.
Saya telah menyatakan pandangan. Saya telah menyatakan sikap, dalam keadaan para mufti dan agamawan arrasmiyyin yang lain mendiamkan diri. Sekali lagi, saya tak berhasrat memanjang dan mempolemikkan isu ini. Full stop.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/letter/6217-konsert-elton-john-respons-kepada-komentar-rpk
Penulis adalah Ketua Lajnah Penerbitan Dan Penyelidikan Dewan Ulama PAS Terengganu.


AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."