KL, 3 Nov 11: Pertubuhan-pertubuhan bukan  kerajaan Islam akan  mengadakan demonstrasi di Masjid Negeri Shah Alam  esok bagi membantah  program Seksualiti Merdeka dengan Exco Kerajaan  Negeri Selangor Datuk Dr  Hasan Ali disenarai antara pemimpin yang akan  berucap.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Pembela  berkata, turut  akan berucap ialah pengerusi pertubuhan bukan kerajaan  itu sendiri, Dr  Yusri Mohamad dan pemimpin Himpunan Sejuta Umat  (Himpun).
Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, dan Yusri  terlibat dalam  penganjuran Himpun, yang memfokus isu murtad, akhir  bulan lalu di  Stadium Shah Alam. Demonstrasi esok akan diadakan selepas  solat  Jumaat, kata Pembela dalam satu kenyataan.
“Program  demonstrasi bertujuan membantah gerakan jahat yang tidak  bermoral ini  serta rancangan mereka untuk mendesak pemerintah supaya  memberi  pengiktirafan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan  transgender.  Demonstrasi ini adalah anjuran Pembela bersama  pertubuhan-pertubuhan  bukan Islam yang lain,” kata Pembela.
Pembela menambah, pihaknya  membantah sekeras-kerasnya tindakan  penganjur, penjaga dan penyokong  program yang telah merencanakan agenda  jahat gerakan homoseksual di  Malaysia sekian lama.
“Penganjur program Seksualiti Merdeka 2011:  Queer Without Fear juga  ingin mencabar kedudukan Perlembagaan yang  menyatakan Islam sebagai  agama persekutuan,” katanya lagi.
Katanya,  Islam adalah agama persekutuan dan ia melibatkan Yang  di-Pertuan Agong  dan penganjur program itu telah mencabar kepimpinan  tertinggi negara.
“Program  tanpa moral mereka yang menuntut pengiktirafan kepada  golongan  lesbian, gay, biseksual dan transgender akan mengakibatkan  diskriminasi  bentuk baru atas nama hak asasi manusia.
“Tuntutan mereka juga  mencerca syariah, perundangan Malaysia, asas  moral dan kesucian semua  agama, serta mengancam ketenteraman dan kemanan  negara,” katanya lagi.
Sementara  itu, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan demonstrasi  membantah  program 'Seksualiti Merdeka' selepas solat Jumaat di Masjid  Kampung Baru  esok. Sehubungan itu, ketua penerangan Dewan Pemuda PAS  Wilayah,  Herman Samsudeen menjemput umat Islam, termasuk NGO yang  membantahnya  hadir menyertai demonstrasi tersebut.
Sehingga ini,  program  tersebut dibantah oleh Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam  Bukan  Kerajaan (ACCIN), yang membuat laporan polis semalam. ACCIN   dianggotai 17 NGO Islam termasuk Persatuan Ulama Malaysia (PUM),   Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia   (JIM), Al-Hidayah, Darul Fitrah, MACMA, IIS, MUAFAKAT, ISMA, AL-Hunafa,   IMAN, Jam'iyah, Darusshifa, WAMY, GEPIMA dan PERKIM.
Turut  membantah program itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia  (PERKASA). Presiden  PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan berkata  Seksualiti Merdeka 2011  yang memperjuangkan kesaksamaan gender untuk  golongan homoseksual dan  lesbian boleh mengancam keselamatan negara.
Mengulas  lanjut,  Herman berharap PERKASA juga akan hadir menyertai demonstrasi  membantah  program itu di Masjid Kampung Baru esok.
Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Salah seorang pengasas Seksualiti Merdeka, Pang Khee Teik menjelaskan, festival itu bertujuan untuk menyokong dan memperkasa (empower) golongan  lesbian, gay, bisexual and transgender (LGBT).  Walaupun Khee Teik menyatakan acara tersebut bukan untuk  mempromosi  homoseksualiti namun jelas penganjur mahu mengenengahkannya  sebagai  suatu kebebasan dan hak peribadi.
Mereka mendakwa negara ini  mengamalkan diskriminasi ke atas golongan tersebut. Majlis Perundingan  Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menolak dengan tegas alasan Majlis  Peguam supaya hak LGBT diketengahkan atas nama demokrasi. Mengutip  kenyataan Perdana Menteri bahawa Malaysia adalah  negara yang ‘progresif  dan liberal’ tidak boleh dijadi alasan untuk  perlakuan yang melanggari  akhlak yang ditetapkan oleh Islam dibolehkan.
Sesebuah negara  berdaulat seperti Malaysia  berhak untuk meletakkan nilai dan asas  undang-undangnya mengikut  peruntukkan Perlembagaan. Ia tidak boleh  dilihat sebagai suatu penderaan  atau ketidakadilan hanya kerana ia  tidak selaras dengan budaya hidup  Barat. (IH)
http://www.ibnuhasyim.com/2011/11/esok-jom-demontrasi-bantah-seksualiti.html
AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com  "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."
 
Welcome to Hairul Anuar's (anwarjauhari) official weblog. feel free to give your comment!. Selamat datang ke anjung utama. Anjung ini merupakan anjung utama Hairul Anuar Bin Sobikin. Layari juga laman blog anwarjauhari yang lain. (PERINGATAN-entri blog ini tidak boleh dianggap kenyataan rasmi mewakili mana-mana organisasi yang dianggotai oleh penulis kecuali jika dinyatakan sedemikian) anwaruitm@hotmail.com
Pages
ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!
Berpindah-MOVING-
assalamualaikum.
Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.
Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.
Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.
Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.
Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Thursday, November 03, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
No comments:
Post a Comment