Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Friday, June 20, 2008

MINYAK :kenyataan ABIM

Kenaikan Harga Minyak Membebankan Rakyat: ABIM Cadang 7 langkah segera diambil



Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpendapat bahawa keputusan kerajaan untuk menaikkan harga jualan minyak petrol sebanyak RM 0.78 serta diesel RM 1.00 sehingga menjadikan harga seliter minyak meningkat. Sememangnya pahit untuk ditelan oleh semua lapisan masyarakat. Ini memandangkan kenaikan kedua-dua komoditi tersebut bakal meninggalkan kesan yang jelas serta nyata dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia . Kenaikan harga minyak ini akan mendorong kenaikan caj-caj perkhidmatan, kos sara hidup dan harga barang-barang keperluan, yang pastinya membebankan terutama sekali di kalangan rakyat yang berpendapatan rendah. Mereka yang tinggal di bandar-bandar merupakan entiti masyarakat yang akan terjejas teruk disebabkan kos sara hidup tinggi di bandar yang segalanya bergantung kepada kuasa beli bagi mendapatkan sesuatu barang berbanding di kampung setidak-tidaknya boleh memanfaatkan hasil tani.

Kita sedar bahawa kenaikan ini mungkin tidak boleh dielakkan disebabkan faktor kenaikan minyak global namun demikian ABIM beranggapan bahawa tindakan kerajaan untuk menaikkan harga minyak adalah terlalu drastik, mendadak dan terlalu tinggi jumlah kenaikannya, memandangkan kenaikan ini secara langsung menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Kenaikan ini juga bakal memberikan kesan negatif kepada perkembangan sosial dalam masyarakat jika ianya tidak ditangani dengan baik disebabkan tekanan hidup yang dihadapi oleh rakyat.


Bahkan ABIM juga berpendapat kenaikan ini tidak menepati status negara sebagai negara pengeluar minyak, yang menjadi penyumbang utama kepada hasil pendapatan negara. Dalam hal ini, perbandingan tidak boleh dilakukan terhadap harga minyak yang ditawarkan oleh beberapa negara lain seperti Singapura, yang terpaksa mengimport minyak untuk menampung kegunaan domestiknya.Menyedari implikasi yang diakibatkan oleh kenaikan harga minyak ke atas rakyat dalam pelbagai bentuk, ABIM menyarankan kerajaan melaksanakan inisiatif-inisiatif berikut:

  1. Memohon agar kerajaan mengkaji semula kenaikan tersebut yang disifatkan terlalu tinggi dan drastik. Kebajikan rakyat perlu diberikan parioriti. ABIM berpandangan pembangunan bukan nilainya pada tumbuhnya bangunan pencakar langit yang hanya bersifat "material" tetapi pembangunan sebenar ialah pembangunan "insani" yang bersifat membangunkan kebajikan rakyat. Insentif yang dikemukakan amat baik tetapi tidak dapat banyak membantu rakyat kerana kesan kenaikan tersebut mempunyai impak besar terhadap keseluruhan ekonomi negara terutama kenaikan caj perkhidmatan dan harga.
  2. Memperkasakan semula mekanisme pengagihan pendapatan atau kekayaan berdasarkan kepada prinsip keadilan sosial, agar kebajikan golongan miskin dan berpendapatan rendah mendapat pembelaan yang sewajarnya. Cara kita mengurus ekonomi juga harus dikaji semua dan hendaklah lebih mengutamakan kebajikan rakyat sepertimana yang telah digariskan dalam Islam berhubung dengan konsep kenegaraan.
  3. Seruan mengamalkan budaya belanja berhemah perlu dimulakan diperingkat kepimpinan negara bermula dengan mengurus kos operasi pentadbiran secara berhemah kerana kadang-kala wujud situasi perbelanjaan secara berlebihan seperti pembelian kereta kerajaan dengan kereta import luar negara. Selain itu majlis-majlis dan program-program besar-besaran yang bersifat "ceremonial" semata-mata menelan belanja berjuta-juta ringgit perlu dielakkan. ABIM menyeru agar pemimpin-pemimpin, jabatan-jabatan, serta agensi-agensi kerajaan mengamalkan budaya berbelanja secara berhemah, agar dapat dicontohi serta diteladani oleh rakyat. Seruan ini tidak terhad kepada kerajaan pusat tetapi meliputi semua pihak termasuk kerajaan negeri.
  4. Setiap projek ataupun program pembangunan perlu dirancang secara berhemah serta teliti untuk mengelakkan sebarang pembaziran yang tidak perlu, dan memaksimumkan wang hasil penjimatan subsidi itu untuk dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat. Unsur-unsur rasuah dan ketirisan wang peruntukan kerajaan kepada mereka yang tidak berhak wajar diperangi habis-habisan.
  5. Memperbaiki sistem pengangkutan awam seperti bas awam, teksi, komuter, serta beberapa jenis pengangkutan lain untuk membantu rakyat meringankan beban kenaikan harga minyak.
  6. Memantau harga barang-barang keperluan yang masih menerima subsidi daripada kerajaan, agar tidak ada golongan peniaga yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan berlipat ganda ekoran daripada kenaikan harga minyak.
  7. Memastikan penyaluran bantuan kebajikan dan subsidi kepada golongan berpendapatan rendah serta miskin dapat dijalankan secara telus dan teratur

http://www.abim.org.my/component/content/article/1-siaran-media/244-kenaikan-harga-minyak-membebankan-rakyat-abim-cadang-7-langkah-segera-diambil.html

PTPTN siri 2-kenyataan ABIM ke atas PTPTN

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengalu-ngalukan keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), untuk mengubah kaedah pengiraan caj perkhidmatan tiga peratus yang dikenakan ke atas peminjam-peminjamnya.

PERTAMA: ABIM mencadangkan agar PTPTN menukar keseluruhan konsep pembayaran dan pengendalian pinjaman tersebut kepada kaedah syari’ah seperti skim pinjaman perbankan syariah sebagai alternatif kepada kaedah yang diamalkan oleh PTPTN pada ketika ini. Perubahan ini boleh mengelakkan wujud unsur-unsur riba yang jelas bertentangan dengan syariah. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada ibu bapa, pelajar dan golongan pendidik, rata-ratanya mahu agar kaedah peratusan yang digunakan sekarang ditukar kerana disifatkan amat membebankan. Sekiranya kaedah ini diterapkan, ABIM berpendapat ia dapat membantu mengurangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh para peminjam yang terpaksa membayar jumlah pinjaman yang banyak jika dibandingkan dengan jumlah pinjaman yang dibuat oleh mereka

KEDUA: ABIM menyambut baik langkah proaktif Kementerian Pengajian Tinggi yang merujuk isu ini kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Fatwa Kebangsaan. Sikap ini patut dijadikan ikutan semua pihak untuk merujuk JAKIM dalam isu-isu yang berkaitan dengan muamalat dan kepentingan masyarakat Islam khususnya. Justeru ABIM menyarankan agar mana-mana pihak, syarikat-syarikat dan sebagainya agar mengambil sikap proaktif untuk merujuk isu-isu berkaitan muamalat dan kepentingan Islam kepada pihak JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebelum sebarang isu dibuat.

SDR YUSRI MOHAMAD
PRESIDEN ABIM

http://www.abim.org.my/component/content/article/1-siaran-media/248-keputusan-majlis-fatwa-kebangsaan-berhubung-dengan-caj-ptptn-disokong.html

Wednesday, June 18, 2008

bakal mahasiswa julai 2008

Assalamualaikum wmt wbt...

dicuri daripada http://afzanurrahman.blogspot.com/

Pertama sekali ingin sekali saya mengucapkan setinggi2 tahniah buat adik2 yang bakal bergelar mahasiswa pada Julai 2008 ini. Sebelum ke menara gading, tentu sekali adik2 berasa gementar, nervous, cuak dan yang sewaktu dengannya. Tentu juga adik2 tertanya2 apakah persediaan yang perlu adik2 lakukan (terutama sekali persediaan ruhiyyah...) Jadi, untuk menyelesaikan masalah2 yang membelenggu fikiran adik2, adalah pilihan yang sangat tepat bagi adik2 untuk menyertai program seperti yang dipaparkan di bawah :

PROGRAM :LAMBAIAN MENARA GADING 2008(LAMBAIAN)
TEMA :"Membina Mahasiswa Penggerak Ummah"
TARIKH :21 JUN 2008MASA :8 AM - 3 PM
TEMPAT :PUSAT PERDAGANGAN WORLDWIDE, SHAH ALAM(Sebelah Tesco)ANJURAN :PERSATUAN ANAK2 SELANGOR
AHLI PANEL :YB. DR. HALIMAH ALI(EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR)

serta beberapa panel lain yang tidak kurang hebatnya...

SASARAN :LEPASAN SPM '07YURAN :RM5

Sebarang penyertaan atau pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi :
Ustaz Izwan - 0192101788
Al-Akh Afizi - 0195734011
Semoga program ini mampu memberi manfaat kepada adik2... Selamat menempuhi alam kampus... ;)Read more!
Posted by afzanur_rahman at 9:18 AM 0 comments

PTPTN siri 1 Berita baik peminjam PTPTN??

dicuri daripada http://ismirieya.blogspot.com/

Memetik kenyataan dari Harian Metro --->
PUTRAJAYA: Kadar caj perkhidmatan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diturunkan dalam tempoh terdekat bagi mengurangkan beban yang ditanggung kira-kira 1.14 juta peminjamnya.Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ia berikutan kajian yang dilakukan PTPTN menunjukkan tanda positif di mana kadar caj tiga peratus yang dikenakan kepada semua peminjam ketika ini akan mengalami penurunan.“Kajian PTPTN menunjukkan kadar caj perkhidmatan itu tidak akan naik, sebaliknya akan turun. Berapa? Kena tunggulah. Saya akan bentangkan ke Kabinet minggu depan. Kemudian, saya sendiri akan umumkan dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam.

Setelah isu ini hangat dibicarakan setiap kali MPPK berlangsung, akhirnya respon positif yang ditunggu semua mahasiswa peminjam PTPTN mungkin bakal menjadi kenyataan.

Perwakilan pelajar universiti bangkit menyuarakan pendapat mewakili suara mahasiswa dan bertindak sebagai orang tengah berharap agar caj perkhidmatan yang dikenakan dapat dikurangkan bagi meringankan beban bayaran pulangan. Pada ana, sememangnya wajar kadar caj PTPTN dikaji semula. Bukan apa, dalam tempoh mencari pekerjaan setelah bergelar graduan mungkin mengambil masa. Terletak pada tuah dan nasib masing-masing. Bagi yang kurang bernasib baik, masalah tidak mendapat peluang pekerjaan ditambah dengan bebanan bayaran balik wang pinjaman yang makin bertambah jumlahnya. Manakan nak cari duit untuk diri sendiri, bahkan gaji yang diperoleh semata-mata dibuat bayar balik PTPTN.Namun, isu caj khidmat PTPTN ini mendapat liputan meluas apabila dikatakan ada unsur-unsur riba. .

Laporan itu menyatakan Pengerusi PTPTN, Datuk Razali Ismail akan membawa isu caj ini ke Majlis Fatwa Kebangsaan bagi ‘membersihkan’ salah faham dan kekeliruan mengenainya. Beliau dilaporkan oleh akhbar sebagai berkata:“Walaupun kami tahu caj itu caj perkhidmatan, tidak bertentangan dengan syarak, namun nama baik PTPTN mesti dipertahankan. Caj itu bukan riba tetapi adalah caj yang dikenakan selepas perkhidmatan diberikan.”

Bagaimanapun, dalam hal kos perkhidmatan, Majlis Syariah AAOIFI dan hasil Keputusan Kesatuan Fiqh Islam Sedunia dalam sidangnya yang ketiga pada 1986 berpendapat DIBENARKAN untuk mengenakan kos perkhidmatan dengan syarat ia adalah KOS SEBENAR. Majlis Penasihat Syariah Dunia di AAOIFI menyebut “It is not permitted to link the charge to the amount withdrawn (given).” (Tidak dibenarkan untuk mengaitkan caj kepada jumlah yang diberikan.” (Syariah Standard, no 10/3/2, hlm 338). Ini kerana peratusan yang dikaitkan dengan jumlah pinjaman ini menyebabkan jumlah kos pengurusan yang pada asalnya adalah sama (kerana menggunakan alatan dan sistem yang sama), menjadi berubah mengikut jumlah pinjaman yang diberi. Resolusi mereka juga menyebut adalah HARAM untuk mengenakan kos yang lebih daripada kos sebenar, justeru ulama di persidangan tadi mewasiatkan supaya cara untuk mengira dibuat setepat dan sebaiknya.Selain itu, keputusan mereka juga menyebut kos tidak langsung seperti gaji pekerja, sewaan tempat dan tanggungan lain-lain sesebuah institusi itu tidak boleh dimasukkan di dalam kos pengurusan sebenar bagi sesebuah pinjaman. , cara caj perkhidmatan yang dapat dilihat di PTPTN tidak menepati cara yang digariskan oleh majlis ulama dunia ini.

Selain itu, fakta terpenting untuk difahami juga adalah riba tidak mengira sama ada dicaj di awal perkhidmatan atau selepas perkhidmatan diberikan. Ia adalah sama saja selagi mana caj dan kiraan sedemikian diletakkan di dalam akad atau kontrak pinjaman.Isu itu timbul apabila peminjam mempersoalkan ketelusan pengiraan sebenar kos perkhidmatan PTPTN kerana ia tidak dinyatakan secara terperinci.

Bagaimanapun, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam yang dikeluarkan pada 11 Mac 2002 menggariskan, mengikut kaedah syariah, PTPTN boleh menggunakan kos perkhidmatan mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan. Berdasarkan keputusan itu, kos PTPTN berkenaan perlu mengikut perkiraan sebenar terhadap pinjaman diberikan kepada pelajar,bukannya dengan anggaran peratusan seperti amalan sekarang.Ditanya status caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN, sama ada ia dikategorikan sebagai riba dan haram, Wan Mohamad berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan mengutamakan usaha untuk memperbaiki kaedah pengiraannya bagi mengatasi kekeliruan orang ramai. “Apa yang berlaku kepada PTPTN harus menjadi iktibar dan sepatutnya sebarang usaha untuk memperkenalkan skim yang membabitkan soal kewangan perlu mendapat pandangan institusi fatwa bagi mengelak kekeliruan.

Mudah-mudahan hak mahasiswa/i terus terjamin pada masa mendatang.Sumber terlibat : Harian Metro, An-Nur & Berita Harian

entry lain yg boleh dibaca
http://karyafansuri.blogspot.com/2008/05/syukur-hutang-pelajaran-mara-sudah.html

Wednesday, June 11, 2008

renungan ketika tertekan, stress, frust dll...

dicopy paste drp "SHARING IS CARING"

http://neija.blogspot.com/2008/05/allahu-akbar.html

Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran.

JANGAN MENGELUH ........... Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. .........

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu enyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-aqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

Friday, June 06, 2008

ya Allah ampunilah hambamu ini.......

munajat:
Ya Allah,
hambamu memohon keampunan,
atas segala dosa dan kesalahan,
atas keterlanjuran dan kebiadapan,
atas kesombongan dan keegoan.
Ya Allah,
hanya engkaulah semata-mata tempat mengharap,
hanya engkaulah yang mengetahui awal dan akhir,
hanya engkaulah yang menyimpan yang rahsia serta zahir,
hanya engkaulah yang mengetahui rahsia duka hatiku ini.
aku mohon ya Allah,
agar masa mendatang memberi peluang cerah kepadaku,
berilah kekuatan agar aku dapat berjuang dengan ikhas,
berilah kesempatan agar aku dapat berbakti dengan luas,
berilah keinsafan agar aku tidak kembali terhempas,
ya Allah...hanya engkaulah yang mengetahui isi hatiku....
tabahkanlah aku,
teguhkanlah aku,
mantapkanlah aku,
bantulah aku,
kerana sesungguhnya hanya Engkaulah tempat mengadu....

rintihan:

sahabat,
aku perlukan sokongan kalian,
kerana,
aku yakin,
kalian merupakan asbab untuk aku terus bangkit,
belajar dan terus belajar untuk mengajar dan jadi terpelajar....
untuk meneraju kegemilangan mutlak
untuk generasi yang masih belum tercetak...

rentetan:
TSUNAMI peperiksaan,
perit untuk di telan,
tetapi pasti memberi peluang,
di mana ada kemahuan,
disitu terbit harapan,
yang pasti ada jalan.
anwarjauhari
6mei08-ternyata ia kenyataan-

alhamdulillah.. tamat sudah istiadat konvokesyen ke 68 UiTM

pengalaman menjadi sebahagian daripada warga kerja istiadat konvokesyen merupakan pengalaman yang sangat berharga dan bermakna buat saya.
hanya Alhamdulillah dapat saya ucapkan kerana
  1. tiada perkara yang tidak diingini berlaku.
  2. pengalaman menjadi sebahagian daripada staf UiTM walaupun sekadar SKP.(----staf UiTM di PRKP semuanya mesra, prihatin, komited dan menjaga kebajikan kami...)
  3. bersahabat dengan orang hebat UiTM dari pelbagai fakulti , latar belakang (tidak lupa kepada sdr syamil...dari kampus perak.)

  4. berhadapan dengan karenah pelbagai graduan dari seluruh kampus cawangan UiTM.- (-------bukan setakat graduan , malah saya buat pertama kalinya bertengkar dan bertekak dengan ibu bapa graduan...dengan perasaan marah yang amat sangat, tanpa menyedari yang umurnya sebaya ayah saya....tetapi syukurlah semuanya berlaku dengan "marah berhemah")

  5. menyelami dan memahami hati budi dan perangai sahabat sahabat SKP yang pelbagai ragam.........(yang penting bagi saya, saya dapat memahami erti pergaulan dan kenapa Islam ada batasannya)

  6. barulah saya faham peranan dokumentasi, rekod, dan resit serta surat dan apa apa yang boleh dijadikan bahan bukti hitam putih amat diperlukan tatkala menghadapi saat kritikal....(saya kerap terpaksa merujuk buku panduan konvo yang menyatakan klausa "sewa tambahan, denda lewat pulang jubah ,dan mewakilkan pihak lain untuk menuntut skroll". saya tak dapat bayangkan kalaulah buku panduan tersebut tidak ada, kepada siapa saya nak rujuk, dan mesti ada penumbuk yang terkeluar dari poket)

  7. kemahiran mengurus pasukan amat penting. contoh yang nyata berlaku di depan mata saya apabila berlakunya konflik dalaman yang secara langsung menjejaskan mutu kerja para SKP. namun, syukurlah perkara tersebut tidak melarat dan dapat dipulihkan.baru saya faham, kenapa ketua perlu memahami anak buahnya, kenapa ketua perlu turut sama turun padang, dan kenapa seorang pemimpin perlu mengukuhkan hubungan dan pengharapan kepada Allah dalam memimpin. jawapannya kerana setiap langkah pemimpin itu mengundang pelbagai persepsi yang berbeza pada pandangan orang di bawahnya....
  8. segala yang cantik yang kita lihat sepanjang majlis adalah yang terbaik bagi semua yang melihatnya.namun hanya orang di belakang tabir sahaja yang tahu betapa seksanya untuk menghasilkan yang terbaik itu.betapa perlunya kesepakatan dari setiap jabatan dan bahagian untuk menghasilkan yang terbaik itu.setiap satu saling memerlukan yang lain. saya tak dapat bayangkan jika mana-mana pihak samaada PTAR, Bendahari, katering SegiSeri, makcik cleaner, penjual bunga, penjaja patung dan makanan, pengawal keselamatan dan banyak lagi pihak yang sama-sama menyumbang dalam kejayaan istiadat ini...barulah saya sedar...saya tak layak walaupun sedetik untuk mendabik dada mengatakan sayalah yang paling penting, sayalah yang paling hebat, sayalah yang terbaik, sayalah segala-galanya....tanpa saya majlis tak jadi......... ya Allah ampunkanlah aku atas keterlanjuranku sebelum ini...

  9. dan sewaktu mengisi borang tuntutan elaun, pelbagai ragam saya temui. ada yang marah, tak puas hati, ada yang malas nak cerita banyak, ada yang tak kesah, ada yang tertekan dan banyak lagi....namun saat itu saya sedar----betapa azabnya mencari rezeki yang halal untuk dimakan,betapa pentingnya kejujuran dan kimanan, betapa tegasnya dalam menjaga amanah dan peraturan. semua itu tidak diajar di dalam kelas, tetapi.....ilmu itu Allah yang beri kepada sesiapa yang Dia kehendaki....ya Allah aku jahil, banyak yang aku tak tahu, maka ajarkanlah aku Ya Allah....dengan ilmumu yang tak terperi banyaknya....

  10. akhir sekali, erti persahabatan, kasih sayang dan setiakawan. pertama kali dalam hidup saya , ada sahabat yang sanggup datang ke stesen bas semata-mata untuk menghantar kawannya balik,tanpa disuruh dan diminta.(bukan hantar saya seorang, malah semua yang balik naik bas...semoga Allah memberi ganjaran yang setimpal kepada beliau).pertama kali saya di marah semata-mata kerana memanjat besi pagar untuk mematikan suis kipas, dimarah semasa memanjat kerusi untuk menampal kertas, semua itu tidak lain tanda keprihatinan dan sifat keibuan yang tersemai dalam diri staf PRKP (waktu itu saya terus sebak terkenagkan arwah ibu...al-Fatihah untuknya....amin).dan juga betapa pentingnya jaringan dari pelbagai tahap dan jawatan....

dan banyak lagi yang saya dapat, tetapi sungguh sedikit yang saya beri kepada sahabat SKP, staf-staf yang saya anggap seperti ibu,kakak,ayah dan abang saya sendiri. dan sungguh kecil sumbangan saya kepada UiTM....sedangkan saya mendapat manfaat yang tidak terhingga banyaknya di bawah bumbung UiTM dengan Izin Allah.

sebagai kenangan
yantie---manja, lincah dan terkawal.
nyza--bertanggungjawab, dan komited dengan amanah, saya kagum dengannya.
k jae---senyuman, nasihat, dan erti persahabatan yang akak tunjuk meruntun jiwa saya.
zulhilmie---pertama kali saya dapat msg..."kehadapan sahabatku anwar, sudlah kiranya saudara mengejut saya seawal 6 pagi esok..."lemah lembut dan yang saya kagum, semangat setiakawannya yang tinggi.
k jue---lincah, tetapi terkawal
alan---pemuda kategori baik, tidak nakal, layan cerita jepun dan korea....dan saya kagum dengan komitmen kerjanya....
farah---pendiam, akan tersenyum tetapi bertukar menjadi jelingan tajam menunjukkan dia tidak suka menjadi perhatian.
syamil---bersahaja, cepat menyesuaikan diri, dan wataknya tidak mendatangkan masalah @ konflik.
jufri---hebat, berdedikasi, komitmen tinggi, dan menunjukkan teladan yang boleh dicontohi....cuma rambut je yang lain dari yang lain...
amal---muurlah dia dah berpunya...kalau tak mungkin setiap hari saya akan mengusiknya....comel, tembam, menarik,tetapi mungkin saya perlu muhasabah diri saya.....
yuez---aka kecik--lincah macam budaksekolah menengah, tapi saya kagum dengan kemampuan dia bersikap neutral dan serba boleh
AG--kecik dgn AG ni pantang ada kamera....tapi mrk berdua memberi sumbangan besar terutama dalam hal barisan...
am--abang ni pendiam, tetapi kalau buat kerja, kemas dan bermutu....abang idola...
john----ni gila2 sikit...sama mcm sy....tak dapat bayangkan, akak staf PRKP pun dia sanggup usik....
wahid --aka ramu--ni pun gila-gila sikit...tapi boleh diterima sebab dianggap sbg adik yang manja dan ngada-ngada.
k sul---rasanya SKP sume respect kat dia....leasan sek agama, pengalaman luas, peribadi boleh dicontohi, tahun akhir,result gempak...semoga dia bahagia disamping suaminya (2 tahun lagi dia hantar kad jemputan)
sara--tak berani nak tenung mata dia lama-lama. kalau menjeling macam nak makan orang. pulak tu tambah gaya macam boneka jepun /korea yang menyeramkan. tapi dia banyak ajar say aentang realiti kehidupan, dan apa itu Quantity Surveyer
Keng---saya belajar bahasa keempat...bahasa utara dengan dia...terma kasih keng..(aka syikin)
asrul---tokoh sejarah, pembaca setia surat kabar....
syahrul---sahabat diskusi akhbar utk asrul.tapi komited buat kerja. dua orang ni pendiam sikit.
paan----berperanan besar utk back-up ketua.banyak sumbangan dia walaupun ramai tak sedar...

dah kot...cukupla tuu....
saya sekardar menulis beberapa nostalgia,jika tuan punya diri tak puas hati...beritahu saya...tapi saya sedaya upaya nak membuktikan di sini bahawa,"sahabat SKP telah mengajar saya banyak perkara dan saya takkan sesekali melupakan istiadat konvo UiTM ke 68 ini"

mohon maaf atas segala keterlanjuran, sahabat SKP,staff, graduan , ibubapa dan sesiapa sahaja yang pernah bertemu saya sepanjang istiadat....

segala yang baik datangnya dari Allah,
tiada daya dan Usaha melainkan dengan izin allah
semoga pembaca sentiasa dibawah lindungan rahmat dan hidayah Allah
amin...
sem depan InsyaAllah bertugas lagi..

anwarjauhari
http://www.anwaruitm.blogspot.com/

Thursday, June 05, 2008

sokongan kepada GPMS UiTM dari ahli GPMS UiTM.

GPMS UiTM Gesa Hak Bumiputera Dikembalikan

Mengulas mengenai isu kenaikan peratusan penerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kaum bukan bumiputera daripada 10 peratus kepada 45 peratus, dengan ini kami GPMS Caw Khas UiTM Malaysia Shah Alam membantah dengan sekeras – kerasnya dasar yang akan dilaksanakan oleh JPA tersebut. Tanpa dikaitkan dengan hak istimewa orang melayu(yang sudah pastinya dasar tersebut bertentangan dengan apa yang JPA lakukan) kami mengemukakan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh JPA :

1. Bilangan Profesional Setiap Kaum

Penghantaran pelajar Malaysia ke luar Negara adalah bertujuan untuk meramaikan lagi bilangan professional di kalangan rakyat Malaysia kerana hampir semua kursus yang ditawarkan adalah bidang profesional. Mengikut pecahan kaum, kaum bumiputera didapati mempunyai bilangan professional yang paling rendah peratusnya berbanding kaum lain walaupum membentuk majority rakyat malaysia. Pengurangan peratus bumiputera dalam pemberian biasiswa JPA menyebabkan bilangan professional bumiputera pada masa akan datang akan turut rendah peratusanya.

2. Status Keluarga
Adalah mengecewakan apabila golongan yang dikategorikan sebagai berada (daripada kalangan bukan bumiputera) turut layak untuk menerima biasiswa JPA. Sepatutnya mereka ini boleh menyambung pelajaran ke luar Negara dengan pembiayaan sendiri. Meritokrasi tidak boleh dijadikan alasan kerana sudah tentu orang yang lengkap keperluan belajarnya akan mempunyai prestasi akademik yang lebih baik berbanding dengan golongan yang kekurangan serba – serbi.

3. Penguasaan Ekonomi Kaum
Sejak merdeka terutamanya selepas peristiwa 13 Mei 1969 kerajaan telah mengubal pelbagai dasar atas tujuan untuk menyamaratakan agihan ekonomi antara kaum untuk memastikan Negara kekal stabil. Sehingga kini usaha yang dilakukan belum menampakkan hasil yang dikehendaki dengan penguasaan ekonomi bumiputera belum lagi melepasi 20 peratus berbanding 30 peratus yang disasarkan.Bilangan professional bumiputera seharusnya ditambah dengan agresif kerana ia mempunyai kaitan rapat dengan penguasaan ekonomi (sekurang – kurangnya melepaskan keluarga professional tersebut daripada belenggu kemiskinan.) Antara langkah penambahan agresif adalah menambah bilangan penerima biasiswa JPA dab bukan menggurangkanya.

4. Jaringan dalaman kaum
Tidak dinafikan kaum bukan bumiputera mempunyai jaringan sokongan dalaman yang kukuh. Walupun tanpa bantuan kerajaan mereka masih mampu untuk menghantar pelajar – pelajar mereka ke luar negara melalui inisiatif persatuan, syarikat dan individu. Namun bagi kaum bumiputera jaringan seperti ini adalah amat kurang kerana faktor penguasaan ekonomi. Menyedari hakikat ini mengapa kerajaan masih mahu memberi bantuan biasiswa JPA kepada kaum bumiputera padahal pada mereka ianya adalah jalan pilihan sedangkan bagi bumiputera hampir mustahil untuk mereka mendapat peluang yang lain.Sehubungan dengan itu kami mahu JPA menarik balik dasar tersebut. Selain itu GPMS UiTM menggesa agar kerajaan memberi peluang kepada semua palajar bumiputera yang layak untuk mengikuti kursus professional tanpa mengira kuota dan had. Kenyataan ini tidaklah wajar dianggap berbau perkauman kerana ianya adalah untuk kepentingan Negara.

Mohd Abd Rauf Tumiran
YDP GPMS Caw Khas UiTM Malaysia