Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Wednesday, July 23, 2008

Pindaan AUKU mampu lonjak standard pelajar IPT tempatan

Artikel Pemindaan AUKU:Perjuangan Pro Mahasiswa yang mula berbuah..

Pindaan AUKU mampu lonjak standard pelajar IPT tempatan

Artikel ini dipetik dari Berita Harian-22 julai 2008

Oleh Dr Zaini Ujang

CADANGAN pindaan Rang Undang-Undang Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat pada 17 Julai lalu bertujuan melonjakkan pencapaian pengajian tinggi tempatan sebagaimana termaktub dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Ogos 2007. Ini kemudian disusuli pelancaran Pelan Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi (PTKPT) oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohd. Khaled Nordin, Jun lalu.

Gagasan PSPTN adalah salah satu inisiatif penting yang termuat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Antara fokus RMK-9 ialah pembangunan modal insan dalam konteks lebih holistik. Holistik dalam konteks pembangunan modal insan tidak terbatas kepada penguasaan disiplin ilmu dan pemantapan kemahiran saja, malah turut merangkumi aspek pembangunan minda, spiritual, sahsiah dan etika. Dengan kata lain, pembangunan modal insan turut memberi tumpuan kepada aspek 'keinsanan' yang terbina menerusi falsafah hidup, pegangan agama dan moral. Modal insan dengan ciri sedemikian memenuhi keperluan untuk membolehkan transformasi dan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia secara lebih struktural.

Tujuan pindaan AUKU, antara lain, untuk menjadikan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan lebih telus, berdaya maju dan berkembang dengan budaya ilmu yang mantap. Hal ini perlu kerana banyak amalan dan tatacara semasa yang dirangka sejak awal 1970-an tidak begitu relevan untuk pembangunan modal insan pasca abad ke-20, sekali gus membolehkan IPT tempatan bersaing pada peringkat antarabangsa. Selain itu, pindaan itu juga boleh membantu komuniti akademik menghayati budaya ilmu dengan lebih komited. Dari segi perincian, pada hemat saya, cadangan pindaan AUKU boleh dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu, pertama; pemantapan dan ketelusan urus tadbir institusi, kedua; pemantapan tatacara berkaitan tatatertib dan aktiviti pelajar dan ketiga; pengembangan budaya ilmiah Ketiga-tiga kategori itu dikemukakan menerusi 28 pindaan AUKU.

Prinsipnya merangkumi kecemerlangan akademik, ketelusan dan keberkesanan urus tadbir organisasi, hak untuk belajar, kebebasan akademik, globalisasi dan persaingan antarabangsa dan meritokrasi dari segi kepimpinan akademik.

Antara pindaan dalam kategori urus tadbir termasuklah penubuhan Jawatankuasa Penasihat Menteri untuk melantik Naib Canselor, larangan menggunakan akta selain AUKU dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (1996) untuk penubuhan IPT yang menganugerahkan diploma atau ijazah, kuasa Menteri untuk menubuh kampus di dalam dan luar negeri, pelantikan penasihat undang-undang dan pengasingan kuasa lembaga pengarah universiti, senat dan naib canselor. Pindaan ini membolehkan IPT diurus dengan lebih efisien dan mengurangkan kerenah birokrasi. Selain itu, amalan tidak sihat seperti berpuak-puak dan tidak demokratik dapat dibendung sama ada dari segi pelantikan jawatan penting, pelaksanaan dasar atau tatacara dalam membuat dasar dan keputusan. Dari segi tata tertib pelajar pula, kebebasan lebih luas diberikan untuk membolehkan pelajar membangunkan kemahiran insaniah dan menghayati budaya ilmu seutuhnya. Definisi pelajar juga lebih jelas merangkumi pelajar yang mengikuti pengajian, pengajaran, latihan atau penyelidikan daripada peringkat persediaan, praijazah, lepas ijazah atau lepas kedoktoran secara sepenuh masa atau sambilan. Pada hemat saya, cadangan pindaan AUKU itu akan memberi ruang untuk mengembangkan budaya ilmiah dan penjanaan inovasi di IPT tempatan. Inilah impak paling besar yang diharapkan.


Hal ini tersirat dalam pindaan AUKU itu menerusi pelbagai langkah, misalnya membenarkan mobiliti staf akademik untuk berkhidmat di sesebuah universiti atau kolej universiti lain selaras dengan inisiatif memajukan sesuatu bidang ilmu. Mobiliti ini penting kerana kecemerlangan akademik memerlukan kepakaran dan komitmen puluhan tahun. Mustahil bagi universiti yang baru menceburi sesuatu disiplin ilmu dapat diiktiraf sebagai pusat kecemerlangan peringkat antarabangsa. Menerusi pindaan AUKU, staf akademik dari pelbagai universiti lain boleh dikumpulkan di sesebuah universiti untuk sama-sama membangunkan sesuatu disiplin ilmu secara lebih terancang dengan segala kepakaran dan pengalaman yang ada. Selain itu, kepentingan aspek kepimpinan akademik memang dimaklumi bagi memandu dan memacu kecemerlangan akademik. Pindaan AUKU menetapkan penubuhan jawatankuasa untuk menasihat Menteri Pengajian Tinggi tentang perlantikan jawatan Naib Canselor. Selain itu, Naib Canselor diberi kuasa melantik dekan dan pengarah fakulti, sekolah, akademi atau institut tetapi perlulah dirundingkan terlebih dulu dengan staf akademik. Aspek rundingan ini memberi peluang kepada komuniti akademik menyuarakan pandangan dan memastikan kepemimpinan akademik diserahkan kepada mereka yang paling layak dan berketerampilan. Bidang kuasa anggota Senat juga semakin jelas, termasuklah keanggotaan wakil Senat dalam lembaga pengarah universiti dan memastikan kebebasan akademik diamalkan pada peringkat institusi.

Semua pindaan ini menunjukkan bahawa kepemimpinan akademik perlu dimantapkan menerusi sistem malim sarjana (peer review) dan pemuafakatan seperti yang menjadi amalan di universiti ternama seluruh dunia. Kepemimpinan akademik juga bukan jawatan eksekutif semata-mata tetapi memerlukan penghayatan budaya ilmu yang memartabatkan keterampilan, komitmen, kebenaran, keadilan dan keharmonian. Selain itu, pindaan AUKU juga memberi kuasa kepada Menteri Pengajian Tinggi untuk membenarkan IPTA menubuhkan kampus di luar negara selaras dengan konsep globalisasi dan pengantarabangsaan. Menerusi kampus di luar negara maka jangkauan golongan sasar semakin meluas, sekali gus memartabatkan Malaysia sebagai antara pusat kecemerlangan pengajian tinggi.

Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM dan penulis buku Mengangkasa Pengajian Tinggi (2008).

Perjuangan Abang -Abang kita mempunyai asas yang kukuh dan sudah masak dibincangkan dahulu, namun dianggap remeh ..sekarang apa dah jadi?? Apapun perjuangan menjana kebangkitan Mahasiswa menjadi lebih mudah kini..kita manfaatkan ruang yang ada untuknya...

1 comment:

=azam= said...

saje nak test