Welcome to Hairul Anuar's (anwarjauhari) official weblog. feel free to give your comment!. Selamat datang ke anjung utama. Anjung ini merupakan anjung utama Hairul Anuar Bin Sobikin. Layari juga laman blog anwarjauhari yang lain. (PERINGATAN-entri blog ini tidak boleh dianggap kenyataan rasmi mewakili mana-mana organisasi yang dianggotai oleh penulis kecuali jika dinyatakan sedemikian) anwaruitm@hotmail.com
Pages
ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!
Berpindah-MOVING-
Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.
Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.
Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.
Thursday, October 23, 2008
ekspedisi gunung ledang GPMS UiTM
presiden GPMS UiTM menghubungi saya untuk turut sama menghebahkan ekspedisi ini. siswa UiTM yang berminat boleh menghubungi saya 019-6915584 atau no yang tertera di poster....
siapa cepat dia dapat....siswa diutamakan...bayaran minimum...stamina amat diutamakan....keizinan ibubapa satu keperluan...
WAYANG - FILEM PERTAMA TERBITAN UiTM
WAYANG - FILEM PERTAMA TERBITAN UiTM
Posted by GMM at 1:24 AMPengarah: Hatta Azad Khan
Penulis & Lakon Layar : Hatta Azad Khan
Cerita Asal: Hatta Azad Khan
Pelakon:
Eman Manan : Awang Lah
Zul Huzaimy : Awi
Ida Nerina : Mak Cik Esah
Anuar Idris : Pak Mail
Mas Muharni : Melor
Mohd Asrah Aris
Mohd Asrah Afif
Wan Kenari
Sinopsis Filem Wayang
Awang Lah, seorang dalang tersohor, tiba-tiba didepani masalah mengajar wayang kulit kepada seorang kanak-kanak lelaki buta dan seorang kanak-kanak perempuan bersuara sengau. Kekecewaannya terhadap anak sendiri yang tidak mahu mendekati panggung wayang kulitnya, membuatkan Awang Lah berusaha keras mengajar dan kanak-kanak istimewa itu. Awi sekalipun buta tetapi mampu menghafal cerita-cerita wayang kulit dengan baik, dan Melor pula pandai melukis patung dan menggerakkannya di kelir mengiringi cerita yang dituturkan Awi.
Setelah dewasa Awi mencuba berbagai gaya tersendiri menyelitkan unsur jenaka pada cerita-cerita dari hikayat Ramayana. Percubaan Awi tidak disenangi Awang Lah yang menganggap wayang kulit adalah seni yang tidak boleh dipinda atau diubah. Awang Lah menjadi bertambah serabut dengan gangguan Jusoh, sepupunya yang menganggap wayang kulit adalah bertentangan dengan agama.
Cinta berputik antara Awi dan Melor. Jusoh yang menaruh hati pada Melor menjadi marah dan mula mengganggu Awi, sehinggakan Awi tertuduh membakar panggung wayang kulit Awang Lah. Awang Lah mendepani Jusoh setelah mengetahui dari Awi siapa sebenarnya yang membakar panggung wayang kulitnya. Awang Lah memberi amaran kepada Jusoh supaya tidak lagi menganggu Awi dan mengusik Melor. katanya kedua-dua remaja itu adalah tanggung-jawabnya seperti anaknya sendiri.
Awang Lah terjatuh sewaktu bermain wayang kulit. Persoalannya: mampukah Awi dan Melor meneruskan warisan kesenian wayang kulit? Adakah Awi yang buta dapat menghadapi Jusoh? Bolehkah anak lelaki Awang Lah yang kini remaja menerima wayang kulit? Adakah Awi dan Melor dapat hidup bahagia seperti Seri Rama dan Sita Dewi dalam cerita wayang kulit yang mereka mainkan?
Filem ini dikatakan mendapat sokongan penuh 100% oleh DAto' Seri Ibrahim Abu Shah sendiri, iaitu Naib Canselor UiTM. UiTM juga dikatakan membiayai penerbitan filem ini selain medapat sokongan kewangan dan khidmat daripada Finas. Nampaknya filem ini merupakan harapan besar Naib Canselor UiTM untuk menaikkan nama UiTM di persada filem negara, sememangnya Dato' Seri juga tidak pernah melepaskan peluang untuk meraih publisiti untuk UiTM. Sama-samalah kita nantikan respon penonton mengenai filem ini.
dipetik dari http://www.mahasiswamerdeka.blogspot.com/
bincangkan di http://www.pmh-uitm.org/pmh/
Tips tips akhir peperiksaan
Tips tips akhir peperiksaan |
Ditulis oleh Ar-Rijaluddin |
THURSDAY, 23 OCTOBER 2008 11:35 |
Pembelajaran itu salah satu proses untuk melangkapkan diri sebelum bertemu denganNya. Orang yang belajar akan dipermudahkan baginya jalan ke syurga. Oleh itu manfaatkan segala peluang yang diberikan Allah ini. 1. Menjadikan solat untuk meminta pertolongan dari Allah “Dan mintalah (pertolongan kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyu’.” (Surah al- Baqarah 2:45) 2. Menjadikan doa sebagai sumber kekuatan "Doa adalah sumber kekuatan orang Islam". Maka berdoalah dengan khusyuk mengharapkan kelapangan dada, kecerahan aqal dan fikiran, dan keberkatan dalam usaha, serta kejayaan yang cemerlang di dunia akhirat. 3. Mendoakan sahabat-sahabat yang sama akan mengambil peperiksaan Adalah perlu diketahui doa seorang sahabat kepada sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya adalah lebih makbul. 4. Meyakini sungguh-sungguh, pertolongan dari Allah Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Ayat 1000 dinar) 5. Mengurangkan kadar stress dengan banyak mengingati Allah Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. ... Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28) http://www.pmh-uitm.org/ |
UPSR bukan pengukur utama dasar pelaksanaan PPMI
UPSR bukan pengukur utama dasar pelaksanaan PPMI
|
|
PUTRAJAYA 21 Okt. - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hujung tahun ini bukan pengukur utama dalam membuat keputusan mengenai dasar pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI).
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, pelbagai aspek lain akan diteliti oleh kementerian sebelum keputusan muktamad mengenai perkara itu dibuat.
“Kementerian akan meneliti semua pandangan dan cadangan termasuk daripada persidangan meja bulat berkaitan pelaksanaan PPSMI yang berakhir hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan meja bulat PPSMI kali keempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Selain pemimpin parti politik, persidangan kali terakhir ini turut melibatkan penyertaan daripada Kementerian Pelajaran Brunei Darussalam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Sebelum ini, persidangan pertama bagi membincangkan hala tuju pelaksanaan PPSMI melibatkan penyertaan pegawai Kementerian Pelajaran, institusi pengajian tinggi awam dan kesatuan guru, manakala persidangan kedua membabitkan badan profesional, korporat, individu dan guru.
Persidangan ketiga pula melibatkan penyertaan murid dan guru daripada semua jenis sekolah bandar dan luar bandar.
Mengenai persidangan hari ini Razali berkata, ia yang melibatkan pelbagai pemimpin parti politik termasuk parti pembangkang itu membuktikan dasar keterbukaan kerajaan dalam menentukan masa depan generasi akan datang.
‘‘Matlamat persidangan ini untuk menyediakan satu platform bagi perkongsian pendapat dan cadangan mengenai pelaksanaan dan hala tuju PPSMI.
‘‘Kita tidak membuat resolusi atau menghitung yang mana menyokong atau menentang dasar ini tetapi kita gembira mendapat pandangan campuran daripada pemimpin parti politik,” katanya.
Sementara itu, mengulas kejadian jenayah di kalangan pelajar, Razali berkata, sebuah jawatankuasa bersepadu dan permuafakatan telah ditubuhkan bagi mengawal isu-isu disiplin di sekolah.
‘‘Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah termasuk pihak polis, pegawai perubatan dan kesihatan dalam menguatkuasakan undang-undang,'' katanya.
Beliau menambah, apa yang lebih penting adalah tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik dan mengasuh anak-anak serta mengawal aktiviti mereka.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm
anwarjauhari:
golongan pelajar pendidikan/ bakal pendidik juga perlu diberi peluang mengutarakan pandangan mereka dan turut terlibat dalam apa jua perbincangan melibatkan dasar pendidikan yang bakal digubal/dilaksanakan.
kerana: pegawai, ahli politik, guru, dan murid akan terlibat secara langsung pada masa kini sahaja. bakal pendidiklah sebenarnya yang akan terlibat secara langsung pada masa hadapan.
Tuesday, October 21, 2008
Wednesday, October 15, 2008
minggu ke 13
seperti biasa, minggu ni akan berhadapan dengan pelbagai tugasan. dalam kepala dah berlegar-legar seribu satu tugasan yang tak siap lagi...ya Allah bantulah hambamu yang lemah ini...
isnin-13okt
UiTM campus sek 17 had put notice about the vehicle sticker. 13 october is the due date for the student to register online and get their sticker from the office. but, did they realized that the system cannot be opened since last week...for the first time, i park my motocycle outside the faculty. then go to the pejabat keselamatan, ask them about our problem. they ask us to refer to the pejabat NR at the main campus.
then , i went to pejabat NR, ask about the same things. the first officer ask us (i went with tok wan) to register as NR student.( kenapa pulak?? kan kami ni pelajar kolej??) i was not satisfied, and ask other officer. then he just said that "ok lah, itu semua kesilapan manusia. saya minta maaf.apa yang awak perlu buat adalah masuk ke sistem eHEP dan daftar kenderaan anda.( dalam hati saya kata, macamnilah pegawai/ pemimpin yang baik, dapat memahami masalah pelanggan dan menenangkan pelanggan dengan cara yang berhemah....cuma saya lupa siapa nama pegawai tu...)
lagi satu, pada hari ahad sebelum tu, saya ke pejabat keselamatan di induk, tanya perkara yang sama, jawapan yang saya bangga " macam ni lah dik, unit sistem maklumat nak pel;ajar masukkan data dalam sistem. jadi tak perlu buat manual.saya rasa itu masalah bhg. sistem maklumat. kena tunggu mereka selesaikan"-jawapan yang bagus . kerana walaupun dia tak tahu, tetapi jawapan yang diberi neutral dan berguna. bukannya beri jawapan yang tak pasti dan ajaran sesat....
hari ini ada kelas math, dan quiz animal physiology.....
selasa,
post mortem MALAM PENGHARGAAN FAKULTI PENDIDIKAN.
pertama kali dalam sejarah, saya buat post mortem yang penuh dengan gelak ketawa...ceria...
tetapi ada banyak pengajaran yang boleh dikutip...antaranya
1-hadiah dan cenderahati adalah perkara yang amat penting dan perlu dititik beratkan.kesilapan dalam MPFP adalah, pelajar terbaik menerima hadiah Malam Anugerah dekan Tahun Lepas...saya mohon maaf..., kedua,dekan menerima cenderahati bukan dari orang yang sepatutnya beri (kesilapan MT). ketiga, hadiah cabutan bertuah adlah hadiah recycle malam anugerah tahun lepas...keempat, biro hadiah dan cenderahati perlu menguruskan dari hal tempahan, hinggalah kepada penyerahan hadiah, jangan libatkan biro lain.kelima, pastikan hadiah untuk urusetia pun ada atau jangan sampai hadiah dicuri orang.....kisah benar...
2.usher dan penyambut tetamu . dalam MPFP, usher dan penyambut tetamu dimbil pada saat akhir. so although they can do their work, but they did not competent and confident in their job. other commitee said that we have a lot of usher, but with a little job they done.pengajaran petama, dont take commitee for any event at the last minutes. they can do their work , but with less heart. let them know from a to z and feel how other comitee hard work although they only an usher. second, do not abaikan the vip. MT did not layan dekan and VIP dengan sepatutnya. i as the MT realize about that, and actually, i dont know how to layan mereka....need kursus agaknya...
3.makanan- ok no problem, but better if we ask the caterer to 'sendukkan' lauk if we do buffet. actually we cannot afford to 'hidang'. why ? because, the problem 'lauk habis' will not occur. in this eveny, there are a lot more 'lauk', but, student dah duduk barulah lauk ditambah.....
4.bas-ok no problem.good services
5.technical-dont ever left your job to other, except you give full explaination to them.ini terjadi apabila biro teknikal gantian menghentikan cd yang dianggap rosak, padahal itu sememangnya gimik persembahan....maaf kepada penari di atas pentas...
6.MC- kami bimbangkan MC formal, tapi yang kurang memuaskan adalah MC tak formal. walaubagaimanapun, semuanya berjalan lancar. MC formal dikatakan tak yakin, manakala mc tak formal dikatakan terlalu liar. apapun komen, saya bangga dengan prestasi mereka. saya bertanggungjawab ke atas mereka.
5.pendaftaran- bahagian paling kelam kabut. tidak dinafikan keran pendaftaran merupakan keputusan saat akhir. dan biro yang bertugas juga saat akhir. sekali lagi, jangan sesuka hati mengubah biro anak buah anda. nanti tugas mereka tidak mantap dan mereka akan tertekan.
ada lagi nak diceritakan, tetapi cukuplah itu dahulu.
p/s; saya tulis english yang kelam kabut, semata-mata nak biasakan diri amalkan ilmu yang x seberapa. saya tulis melayu, sebab kering cari ayat english, jari tersasul taip.
mana-mana pihak yang terasaa, saya mohon maaf. saya tak bertujuan nak singgung tapi sekadar kongsi maklumat dengan sahabat.
rabu,
1.test mendengar mandarin,
2.kemudian test kimia organik
3.group discussion untuk sce 551
khamis,
1.temujanji bersama cikgu rukis, dia mintak tolong ajar organik chemistry.
2. solat hajat perdana UiTM di pusat Islam
3. jamuan hari raya kariah surau seksyen 17
4. temujanji consultation mandarin-siapkan teks syarahan dan past year
jumaat
1. kelas akhir ecology
2. consultation ecology-
sabtu-jamuan raya fasi UiTM. ujian bertulis bomba UiTM
reminder minggu ke 14
isnin:
- kelas akhir math
- hantar assignment math
- hantar jurnal math/semak
- test chm inorganic
- discuss past year chm organic
- test oral mandarin
- test research proposal
- test akhir animal physiology
- tarikh akhir assignment individu school science
- tarikh akhir laporan ecology
- test akhir probability
- 30 okt-tarikh akhir hantar research proposal
- 1 okt- mula exam math
post blog ni pun cara release tension kan??
ya Allah bantulah hambamu yang lemah ini ya Allah.
sahabat sekalian, mohon sudikanlah berdoa , untuk kejayaan kita bersama............
SOLAT HAJAT PERDANA UiTM
Friday, October 10, 2008
11 oktober
harini, pagi-pagi lagi kena uruskan pelatih BOMBA UiTM untuk latihan ko 4 jam. 2 jam pertama kuliah bersama jurulatih bomba, dan 2 jam seterusnya ujian kecergasan.
---banyak perkara yang saya nak kongsi, pengajaran, dan pengalaman...tapi semua itu mungkin sukar...kerana 2 minggu lagi exam dah...............
dan hari ini juga ada 3 set jemputan rumah terbuka..
1- sahabat PMH- rombongan ke 3 buah rumah sahabat......intan, nana dan ;;;
2- jemputan Komander Bomba- rumah citra dan hafiz
3- jemputan rakan sekelas- liyana dan robihah...
semuanya pada masa yang sama, jadi keputusan dibuat untuk ke set 3; rumah sahabat sekelas.....kerana mereka akan bersama saya hingga akhir semester.....
oklah jumla lagi...