Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Thursday, October 23, 2008

WAYANG - FILEM PERTAMA TERBITAN UiTM

WAYANG - FILEM PERTAMA TERBITAN UiTM


Poster WAYANG

Pengarah: Hatta Azad Khan

Penulis & Lakon Layar : Hatta Azad Khan
Cerita Asal: Hatta Azad Khan

Pelakon:
Eman Manan : Awang Lah
Zul Huzaimy : Awi
Ida Nerina : Mak Cik Esah
Anuar Idris : Pak Mail
Mas Muharni : Melor
Mohd Asrah Aris
Mohd Asrah Afif
Wan Kenari

Sinopsis Filem Wayang

Awang Lah, seorang dalang tersohor, tiba-tiba didepani masalah mengajar wayang kulit kepada seorang kanak-kanak lelaki buta dan seorang kanak-kanak perempuan bersuara sengau. Kekecewaannya terhadap anak sendiri yang tidak mahu mendekati panggung wayang kulitnya, membuatkan Awang Lah berusaha keras mengajar dan kanak-kanak istimewa itu. Awi sekalipun buta tetapi mampu menghafal cerita-cerita wayang kulit dengan baik, dan Melor pula pandai melukis patung dan menggerakkannya di kelir mengiringi cerita yang dituturkan Awi.

Setelah dewasa Awi mencuba berbagai gaya tersendiri menyelitkan unsur jenaka pada cerita-cerita dari hikayat Ramayana. Percubaan Awi tidak disenangi Awang Lah yang menganggap wayang kulit adalah seni yang tidak boleh dipinda atau diubah. Awang Lah menjadi bertambah serabut dengan gangguan Jusoh, sepupunya yang menganggap wayang kulit adalah bertentangan dengan agama.

Cinta berputik antara Awi dan Melor. Jusoh yang menaruh hati pada Melor menjadi marah dan mula mengganggu Awi, sehinggakan Awi tertuduh membakar panggung wayang kulit Awang Lah. Awang Lah mendepani Jusoh setelah mengetahui dari Awi siapa sebenarnya yang membakar panggung wayang kulitnya. Awang Lah memberi amaran kepada Jusoh supaya tidak lagi menganggu Awi dan mengusik Melor. katanya kedua-dua remaja itu adalah tanggung-jawabnya seperti anaknya sendiri.

Awang Lah terjatuh sewaktu bermain wayang kulit. Persoalannya: mampukah Awi dan Melor meneruskan warisan kesenian wayang kulit? Adakah Awi yang buta dapat menghadapi Jusoh? Bolehkah anak lelaki Awang Lah yang kini remaja menerima wayang kulit? Adakah Awi dan Melor dapat hidup bahagia seperti Seri Rama dan Sita Dewi dalam cerita wayang kulit yang mereka mainkan?

Jalan utama kampus UiTM Shah Alam dihiasi poster besar Filem-Wayang

Filem ini dikatakan mendapat sokongan penuh 100% oleh DAto' Seri Ibrahim Abu Shah sendiri, iaitu Naib Canselor UiTM. UiTM juga dikatakan membiayai penerbitan filem ini selain medapat sokongan kewangan dan khidmat daripada Finas. Nampaknya filem ini merupakan harapan besar Naib Canselor UiTM untuk menaikkan nama UiTM di persada filem negara, sememangnya Dato' Seri juga tidak pernah melepaskan peluang untuk meraih publisiti untuk UiTM. Sama-samalah kita nantikan respon penonton mengenai filem ini.

dipetik dari http://www.mahasiswamerdeka.blogspot.com/

bincangkan di http://www.pmh-uitm.org/pmh/

No comments: