Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Thursday, October 23, 2008

UPSR bukan pengukur utama dasar pelaksanaan PPMI

ARKIB : 22/10/2008

UPSR bukan pengukur utama dasar pelaksanaan PPMI


(dari kiri) Ketua Pengarah Pelajaran, Alimuddin Mohd. Dom, Timbalan Menteri Pelajaran, Wee Ka Siong, Razali Ismail dan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Zulkurnain Awang pada persidangan meja bulat Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 21 Okt. - Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hujung tahun ini bukan pengukur utama dalam membuat keputusan mengenai dasar pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI).

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail berkata, pelbagai aspek lain akan diteliti oleh kementerian sebelum keputusan muktamad mengenai perkara itu dibuat.

“Kementerian akan meneliti semua pandangan dan cadangan termasuk daripada persidangan meja bulat berkaitan pelaksanaan PPSMI yang berakhir hari ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan meja bulat PPSMI kali keempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Selain pemimpin parti politik, persidangan kali terakhir ini turut melibatkan penyertaan daripada Kementerian Pelajaran Brunei Darussalam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sebelum ini, persidangan pertama bagi membincangkan hala tuju pelaksanaan PPSMI melibatkan penyertaan pegawai Kementerian Pelajaran, institusi pengajian tinggi awam dan kesatuan guru, manakala persidangan kedua membabitkan badan profesional, korporat, individu dan guru.

Persidangan ketiga pula melibatkan penyertaan murid dan guru daripada semua jenis sekolah bandar dan luar bandar.

Mengenai persidangan hari ini Razali berkata, ia yang melibatkan pelbagai pemimpin parti politik termasuk parti pembangkang itu membuktikan dasar keterbukaan kerajaan dalam menentukan masa depan generasi akan datang.

‘‘Matlamat persidangan ini untuk menyediakan satu platform bagi perkongsian pendapat dan cadangan mengenai pelaksanaan dan hala tuju PPSMI.

‘‘Kita tidak membuat resolusi atau menghitung yang mana menyokong atau menentang dasar ini tetapi kita gembira mendapat pandangan campuran daripada pemimpin parti politik,” katanya.

Sementara itu, mengulas kejadian jenayah di kalangan pelajar, Razali berkata, sebuah jawatankuasa bersepadu dan permuafakatan telah ditubuhkan bagi mengawal isu-isu disiplin di sekolah.

‘‘Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah termasuk pihak polis, pegawai perubatan dan kesihatan dalam menguatkuasakan undang-undang,'' katanya.

Beliau menambah, apa yang lebih penting adalah tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik dan mengasuh anak-anak serta mengawal aktiviti mereka.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm



anwarjauhari:

golongan pelajar pendidikan/ bakal pendidik juga perlu diberi peluang mengutarakan pandangan mereka dan turut terlibat dalam apa jua perbincangan melibatkan dasar pendidikan yang bakal digubal/dilaksanakan.

kerana: pegawai, ahli politik, guru, dan murid akan terlibat secara langsung pada masa kini sahaja. bakal pendidiklah sebenarnya yang akan terlibat secara langsung pada masa hadapan.

No comments: