Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Tuesday, March 24, 2009

Seminar Lepasan SPM 09



Seminar ini yang juga merupakan lanjutan daripada Kem Lepasan SPM 2008 yang terdahulu telah dianjurkan dengan jayanya oleh PEMBINA Shah Alam & Klang di Masjid Al-Ubudiyyah Seksyen 19 Shah Alam pada Ahad, 22 Mac 2009 yang lepas.

Seminar ini yang julung-julung kalinya dianjurkan di Shah Alam oleh PEMBINA berjaya mengumpulkan seramai hampir 50 orang peserta yang majoritinya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM dari sekitar Selangor, walaupun promosi dijalankan dalam masa yang agak singkat.
Berkat usaha dan titik keringat jawatankuasa program nyata membuahkan hasil.

Program ini dimulakan dengan slot 'Jati diri mahasiswa', diikuti oleh slot 'What's Next?' sebelum berhenti rehat pada waktu Zohor. Program diteruskan kemudiannya dengan sesi penerangan tentang 'interview' dan tips-tips menghadapinya, disusuli oleh 'mock interview' oleh fasilitator, sebelum ditutup dengan slot latihan menghadapi 'interview' oleh kesemua peserta lelaki dan perempuan. Kesemua slot tersebut dikendali oleh Saudara Zulalwi Adam, Ketua Unit Kepimpinan & Latihan PEMBINA Shah Alam Klang.


" Alhamdulillah, moga-moga semua peserta dapat bawa pulang banyak perkara, lebih bersedia untuk masa hadapan, dan lebih rapat serta kenal PEMBINA." ulas Pengarah Program, Saudara Nur Hakim Bahaman.


Rata-rata peserta amat berpuas hati dengan perjalanan program secara keseluruhannya dan mengakui bahawa objektif program ini iaitu untuk membantu para lepasan SPM merancang perjalanan kembara ilmunya selepas SPM dan persediaan menghadapi temuduga meminta tajaan pelajaran, telah tercapai dengan baik.


Semoga usaha-usaha begini dapat lagi diteruskan pada masa yang akan datang dengan penambahbaikan agar semakin ramai belia dapat dibantu dan seterusnya membantu pula masyarakat dan negara.


gambar di sini

No comments: