Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Thursday, November 05, 2009

Peranan UiTM terus disanjung

Pada Isnin, 2 November saya telah berkesempatan membuat lawatan kerja rasmi ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) di kampus utamanya di Shah Alam. Tujuan utama lawatan kerja ini lebih tertumpu kepada proses untuk mendapatkan maklumat serta penerangan yang lebih terperinci mengenai perkembangan UiTM, yang juga merupakan salah satu daripada 20 buah IPTA di negara kita. Selain daripada itu, saya melihat lawatan kerja seperti ini lebih bersifat accommodative, yang mana ianya diharap dapat berperanan dalam membantu usaha UiTM merealisasikan matlamat serta hala tuju strategik mereka, selaras dengan peranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu sendiri sebagai pemudahcara. Lawatan kerja ini juga telah menjurus kepada usaha yang boleh dimainkan oleh pihak Kementerian dalam membantu UiTM menjayakan proses transformasi mereka, yang mana ianya akan turut menjayakan aspirasi UiTM untuk menjadi sebuah universiti unggul dan bertaraf dunia sebelum tahun 2020. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan perkembangan terkini UiTM serta sangat menghargai peranan dan sumbangan mereka selama ini.



Selain daripada itu, melihat kepada pencapaian cemerlang, status pembangunan terkini, keupayaan dan kemampuan sebenar yang dimiliki oleh UiTM seperti pada hari ini, saya amat yakin dan percaya bahawa UiTM berpotensi untuk terus meningkatkan peranan serta sumbangan mereka kepada sektor pengajian tinggi negara. UiTM yang selama ini terbukti telah menunjukkan kemampuan mereka dalam melahirkan generasi graduan yang bukan sahaja berkualiti dan mempunyai daya saing yang tinggi, malah turut dilengkapi dengan ciri serta sifat murni, dan juga peka dengan kehendak industri. Tidak hairanlah graduan UiTM menunjukkan peratusan yang tinggi dalam aspek kebolehpasaran graduan iaitu sebanyak 82.8% daripada graduan mereka berjaya mendapatkan pekerjaan atau melanjutkan pengajian pada tahun 2008. UiTM selain daripada itu juga mempunyai sasaran untuk meningkat jumlah enrolmen kepada 200,000 orang pelajar pada tahun 2015, selaras dengan tanggungjawab mereka untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan mengimbangi kedudukan sosioekonomi negara.



Ingin saya tekankan di sini juga bahawa UiTM sebenarnya bukan sahaja penerima segala manfaat dan kebaikan daripada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), malah mereka juga merupakan penyumbang dan penentu kepada kejayaan objektif pelan murni tersebut. Saya juga dapat melihat komitmen serta kesungguhan UiTM untuk turut menyumbang menjayakan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Kementerian Pengajian Tinggi (Ministry of Higher Education Key Results Area, MKRA) termasuk (i) Meningkatkan Akses Kepada Pengajian Tinggi Yang Berkualiti; (ii) Kebolehpasaran Graduan; (iii) Pengantarabangsaan Pengajian Tinggi; dan (iv) Peningkatan aktiviti R&D dan Inovasi.



Ucapan tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada UiTM yang juga telah berjaya memetrai perjanjian persefahaman bersama-sama dengan 3 buah syarikat baru iaitu (i) Woodsfield Timber Sdn. Bhd.; (ii) Hewlett-Packard Software Education; dan (iii) Technology Education Leader Sdn. Bhd. (TEL). Kerjasama serta jalinan kolaboratif strategik yang diwujudkan ini diharap akan terus memangkin peranan UiTM sebagai sebuah institusi ilmu yang bukan sahaja akan melahirkan generasi graduan yang berkualiti dan berorientasikan industri, malah mampu meningkatkan daya saing sesuatu produk melalui kekuatan penyelidikan yang dimiliki oleh UiTM itu sendiri.



Harapan saya semoga UiTM terus mara mengorak langkah, berusaha untuk menempa pelbagai lagi kejayaan sekaligus melakar sejarah sebagai sebuah institusi ilmu yang unggul.



Posted in Ministry of Higher Education

copy paste from:
http://khalednordin.com/?p=511

No comments: