Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Thursday, November 25, 2010

100 hari cikgu muda hairul. siri 1

Alhamdulillah, hari ini saya telah menerima surat tawaran rasmi daripada KPM untuk penempatan. Hari ini baru saya tahu bahawa saya diletakkan di PPD Batu Pahat. Sekolah bertuah yang terpaksa menerima saya adalah SMK Convent Batu Pahat.

Alangkah bersyukurnya saya apabila mendapati sekolah tersebut terletak hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari rumah. Hajat saya untuk berada di rumah sendiri terkabul juga akhirnya. Tetapi, alangkah terkejutnya saya apabila mendapat tahu bahawa sekolah tersebut adalah sekolah siswi. Saya tidak pernah terfikir langsung saya akan dihantar ke sekolah seperti ini.

Sebenarnya, sewaktu saya bersekolah dahulu, setiap hari saya akan melalui sekolah convent ini. Pada masa tersebut, saya hanya perasan kewujudan patung yang gah mengadap jalan raya, dan hanya mampu mengutarakan soalan, ‘kenapa patung itu ada di situ’. Tiada siapa yang mampu memberi jawapan yang memuaskan hati saya pada masa itu.

Saya pernah berdiskusi dengan seorang sahabat tentang Jenis-jenis sekolah yang terdapat di Malaysia. Antara topik hangat yang manjadi perdebatan kami adalah kedudukan sekolah agama, sekolah kebangsaan dan sekolah missionary. Dalam perbahasan tersebut, saya difahamkan bahawa pihak missionary memainkan perananbesar dalam pentadbiran dan aktiviti sekolah missionary terutamanya sekolah Convent. Sejak itu, saya berazam untuk mengetahui lebih lanjut tentang keunikan sekolah missionary dan kesannya kepada pendidikan anak bangsa.

Keghairahan saya meneroka ilmu perbandingan agama memberi peluang kepada saya untuk mengunjungi sebuah gereja di Kuala Lumpur. Banyak perkara baharu yang dipelajari semasa lawatan ke gereja tersebut. Salah satu perkara yang menarik minat saya adalah mengenai penjelasan pihak gereja yang menyatakan Kristian katholik di Malaysia dipengaruhi oleh Missionari dari Sepanyol dan bukannya British. Menurut mereka, penjajah Britiah hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan missionary dari sepanyol diambil untuk menjadi guru di Tanah Melayu. Sekali lagi, minat saya untuk menyelami peranan sekolah missionary kembali bugar, dan kali ini lebih berfokus kepada aspek sejarah dan perkembangannya di Tanah Melayu.

Mendapat penjelasan secara terus mengenai ajaran Kristian daripada Paderi tentunya peluang dan pengalaman yang sangat berharga bagi saya. Namun, niat di hati saya semata-mata untuk memantapkan lagi ilmu perbandingan agama yang selama ini dipelajari secara teori. Secara tidak langsung, ini mendesak saya untuk memantapkan lagi ilmu dan pemahaman saya tentang akidah tauhid dalam Islam itu sendiri.

Sekolah ini bukan sahaja menuntut saya untuk mendalami dan membuat kajian lanjutan tentang perbandingan agama, malah ia turut memberikan saya ruang untuk terus memberi tumpuan usaha panambahbaikan kemampuan komunikasi saya. Bahasa inggeris sudah pasti akan menjadi kelaziman dan saya yakin, cabaran ini akan menjadikan saya lebih berdaya saing. Tidak dinafikan, sebelum ini saya amat kurang berkominukasi dengan masyarakat silang budaya. Namun, sekolah ini ternyata memberi saya ruang dan peluang untuk berkomunikasi dengan cara yang lebih harmoni dan berkesan.

Begitu juga dengan bahasa mandarin. Berdasarkan pemerhatian saya, sekolah ini mempunyai pelajar berbilang bangsa. Maka, amat wajar bagi saya untuk membuat ulangkaji dan latihan praktikal bertutur, menulis dan berfikir dengan bahasa mandarin. Sekurang-kurangnya, tiga semester yang diperuntukan untuk BMD di UiTM dapat diamalkan dan dikembangkan lagi ke peringkat yang lebih tinggi. Saya pasti ramai akan mengakui bahawa pembelajaran dan pengajaran bahasa amat menitik beratkan aspek amalan berbahasa. Alhamdulillah, nampaknya secara terpaksa, saya akan bergelumang didalam suasana yang memungkinkan saya untuk mengamalkan bahasa tersebut.

Saya dapat membayangkan cabaran dan dugaan yang tidak dapat tidak akan saya temouhi di sepanjang tempih perkhidmatan saya kelak. Namun, apa yang pasti, saya “HAIRUL” akan:
  • ·         Hanya buat yang terbaik,
  • ·         Arif dan peka dengan persekitaran,
  • ·         Innovatif dan kreatif mencari penyelesaian,
  • ·         Rasional dalam bertindak,
  • ·         Utamakan perkara yang utama, dan
  • ·         Lihat segala yang berlaku sebagai guru yang ikhlas memberi pengalaman.

Atas rasional-rasional yang dinukilkan diatas, maka saya dengan hati terbuka, bersedia dan menerima penempatan di SMK Convent batu Pahat.

Anwar JauhaRi
“Peneraju Kegemilangan Hakiki”

AnwarJauhari www.anwaruitm.blogspot.com "Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : "Sesiapa antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya (kuasanya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahnya dengan lidahnya (nasihatnya). Sekiranya ia tiada berkuasa, hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (tidak meredhai perbuatan tersebut). Dan yang demikian adalah selemah-lemah iman."

No comments: