Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Saturday, August 23, 2008

Universiti dan Mahasiswa: Mencipta alam yang diimpikan

Mahasiswa: Mencipta alam yang diimpikan
Posted by Shinobi D. Awan on January 30, 2008
Artikel ringkas ini ditulis untuk membetulkan persepsi terhadap peranan universiti dan mahasiswa. Dari pandangan sempit kepada paradigma yang lebih mendasar dan menyeluruh. Dari itu, mahasiswa akan lebih sedar bahawa kehadiran mereka di univeristi bukan semata-mata untuk menaiki pentas konvokesyen selepas bergraduasi, tapi supaya mereka bersiap untuk berpencak di pentas masyarakat yang sebenar.


Pengenalan alam universiti
Sebelum meneruskan bicara, suka untuk penulis mulakan dengan petikan kata-kata tokoh yang menggambarkan pandangan, kritikan dan harapan terhadap mahasiswa dan universiti:

“Sekalipun usaha-usaha pelajar patut diberi pujian, saya berharap persatuan pelajar patut memikirkan soal melibatkan gerakannya kepada kebajikan umum yan merangkumi bidang-bidang yang luas”- Datuk Alexander Oppenheim, bekas Naib Canselor Universiti Malaya

“Universiti yang baik adalah universiti yang menggambarkan dan mencerminkan masyarakat luar”- Prof. Diraja Ungku Aziz, bekas Naib Canselor Universiti Malaya

“Kegiatan universiti yang sebenar menjadikan universiti sebagai rujukan masyarakat dalam pembinaan ummah”- Prof Shaharir, bekas Timbalan Naib Canselor UKM

Kesemua tokoh ini memberikan gambaran tentang peri pentingnya peranan universiti terhadap masyarakat dan kepentingan mahasiswa memainkan peranan untuk menterjemahkan peranan universiti yang sebenar. Universiti berdiri atas nilai intelektualisme dan keilmuan. Maka atas nilai ini jugalah universiti sewajarmya memainkan peranan dalam mendidik masyarakat kearah membina generasi yang lebih baik.

Universiti bukanlah seperti sebuah sekolah, yang peranan pelajar di dalamnya hanya belajar untuk lulus peperiksaan dan mendapatkan sijil. Lebih dari itu, universiti berperanan mendidik mahasiswa khususnya dan masyarakat luar umumnya secara akademik dan intelek, agar tahun-tahun yang mendatang akan menampilkan satu generasi yang lebih berkualiti dari generasi sebelumnya. Besarlah harapan mereka yang berjiwa besar untuk melihat insan-insan yang mereka didik akan mejadi lebih berjaya dari diri mereka sendiri.
Universiti juga merupakan alam transisi bagi mahasiswa, dari zaman ‘budak-budak’ kepada alam realiti dunia sebenar. Dari individu yang hanya tahu memikirkan tentang diri sendiri kepada individu yang cakna kepada ummah. Dari individu yang tidak dilengkapi sebarang kemahiran kepada individu yang memiliki pakej lengkap untuk dicampakkan ke medan tempur. Dari individu yang hidup dalam dunia sendiri kepada individu yang hidup dengan dunia yang sebenar, bahkan mereka menghidupkan dunia itu bertunjangkan nilai-nilai keilmuan. Maka, universiti yang sebenar patut memiliki pakej yang sesuai untuk me’mahasiswa’kan mahasiswa.

Pengenalan alam mahasiswa
Mahasiswa adalah unit penting bagi sesebuah universiti. Tanpa mahasiswa, maka tidak akan universiti. Mahasiswa merupakan golongan yang tertanggung di pundak mereka tanggungjawab untuk merealisasikan hasrat penubuhan sesebuah universiti.
Maksudnya, mahasiswa tidak boleh hanya dibiarkan dalam dunia akademik semata-mata, sebaliknya perlu diberikan pendedahan tentang alam realiti kehidupan dan dilengkapkan dengan segala macam kemahiran. Pembinaan kemahiran ini bukanlah sekadar suka-suki atau hanya untuk mencukupkan syarat akademik, sebaliknya ia memiliki objektif yang futuristic untuk mencapai visi dan misi penubuhan universiti. Produk-produk kelahiran universiti diharap tidak hanya sekadar memenuhi ruang-ruang kosong alam kerjaya, bahkan mereka dapat membimbing dan memimpin masyarakat keluar dari kepompong sempit kepada masyarakat yang berkesedaran dan terdidik.

Untuk memastikan produk sesebuah universiti itu berkualiti, maka proses penghasilannya sangat penting. Proses yang dimaksudkan adalah bagaimana mahasiswa dibentuk dan dicanai dari sudut minda dan kemahiran mereka sepanjang tempoh mereka berada di universiti. Alam mahasiswa di universiti merupakan medan latihan (training ground) yang terbaik. Mereka perlu ditempa dan dicanai dengan segala macam kemahiran, dibekal dan ditiupkan dengan semangat juang disertai dengan pembongkaran bedah siasat social agar mereka mampu mengaplikasi kemahiran yang mereka ada sesuai pada tempatnya.

Antara impian dan realiti: pilih untuk me’realiti’kan impian.
Namun, realiti universiti dan mahasiswa sekarang ini seolah-olah sangat jauh dari apa yang diimpikan. Ini bukan masalah impian ini hanya fantasi yang tidak realistik, tetapi realiti yang berlaku ini yang tersasar jauh dari matlamat. Mahasiswa dilihat hanya perlu menamatkan pengajian 4 tahun sarjana muda dengan belajar dan menyiapkan assignment, kemudian mengisi ruang-ruang kerja kosong di pasaran. Titik. Cukupkah begitu? Tidak!
Realiti yang berlaku berpunca dari pelbagai faktor. Baik dari sudut dalaman mahupun luaran dari dunia universiti dan mahasiswa. Walau apapun punca masalah yang berlaku, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk terus membiarkan univesiti dan mahasiswa terus dibelenggu dengan sindrom kaku, lesu dan beku. Langkah perlu diambil bagi membaikpulih senario ini.

Oleh itu, mahasiswa perlu bertindak proaktif. Adalah mustahil untuk mengharapkan semua mahasiswa bertindak. Oleh itu, mahasiswa yang berkesedaran perlu memainkan peranan, menongkah arus lesu alam mahasiswa untuk mencipta arus dan gelombang baru. Arus dan gelombang baru ini diharapkan agar dapat meletakkan alam universiti dan mahasiswa kembali ke jalan yang sepatutnya. (keep on track).
Susah? Kurang tenaga? Tiada idea? Banyak cabaran? Itu semua alasan.

“Most of the important things in the world have been accomplished by people who have kept on trying when there seemed to be no hope at all.”(Dale Carnegie)

di curi daripada http://ultimatum21.wordpress.com/

No comments: