Pages

ASK ME .......fill in the boxes with your questions. InsyaAllah, get the answer within 48 hours!

Name:
Email Address:
Kategori Pembaca Pelajar saya
Remaja / Pelajar
Belia / Penuntut IPT
Dewasa
Warga Pendidikan
Komen dan Cadangan penambahbaikan blog.
Kongsikan apa-apa sahaja. Utarakan soalan anda. InsyaAllah, saya akan berusaha menjawabnya.

This contact form was created by Freedback.

Berpindah-MOVING-

assalamualaikum.

Bermula Januari 2012, anwarjauhari telah menjadikan blog http://cikguhairul.blogspot.com sebagai laman utama.

Justeru, laman anwaruitm ini hanya akan digunakan bagi memuatkan entri tahap tinggi yang tidak sesuai dimuatkan di dalam blog cikguhairul.

Walaupun begitu, setiap komen dan maklumbalas (borang freedback) yang pengunjung tinggalkan tetap saya berikan perhatian.InsyaAllah.

Wednesday, December 30, 2009

PROJEK WAKAF BANGUNAN untuk Membeli Pejabat Operasi ISMA Seremban

PROJEK WAKAF BANGUNAN untuk Membeli Pejabat Operasi ISMA Seremban

ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) Seremban adalah merupakan sebuah pertubuhan dakwah dan sosial yang berdaftar sedang berusaha untuk membeli sebuah bangunan dua tingkat yang terletak di Lot 10539, Pusat Perniagaan Taman Kayu Manis, Jalan Seremban-Jelebu, Seremban sebagai pejabat operasi yang melibatkan anggaran kos sebanyak RM 350,000

WAKAF Yang Ditawarkan Kepada Orangramai ialah :
1. Wakaf Lot Abu Bakar , RM 1000 = 10 kaki persegi
2. Wakaf Lot Umar , RM 500 = 5 kaki persegi
3. Wakaf Lot Uthman , RM 100 = 1 kaki persegi
4. Wakaf Lot Ali , RM 50 = 0.5 kaki persegi
5. Sumbangan Tunai , Sebarang nilai

AKTIVITI ISMA :
* Kemasyarakatan
* Remaja dan Belia
* Isu Sejagat
* Dakwah
* Wanita dan Kekeluargaan
* Keilmuan

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi wakil ISMA Seremban :

Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin, Naib YDP ISMA Seremban & Pengerusi JK Dana & Pembangunan Aset
012-6781644

Encik Mohd Razman bin Jalil, Bendahari ISMA Seremban
019-6531756

Dr. Zainon bt Yahya, Ketua Wanita ISMA Seremban
019-2339566

Atau alamatkan ke :
IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) SEREMBAN
No. 32A, Jalan Bunga Raya 9, Senawang Business Centre, Taman Tasik Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan

http://isman9.wordpress.com
http://www.ismaweb.net

Sumbangan Boleh Disalurkan Melalui :
Akaun Dana Bangunan ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) Seremban
05012010072890 (Bank Islam Malaysia Berhad)

Borang Sumbangan Wakaf boleh didapati pada pautan berikut :
http://isman9. wordpress. com/2009/ 12/22/hebahan- projek-wakaf- lot-bangunan- isma-seremban/

Monday, December 28, 2009

Kem Lepasan SPM (KLSPM) siri ke 5 di Kem Sungai Merab.

KAJANG, 25 DIS 09 – Pada 25 hingga 27 Disember yang lepas, seramai 51 orang pelajar lepasan SPM telah mengambil bahagian dalam program tahunan anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Shah Alam-Klang atau lebih di kenali dengan nama Kem Lepasan SPM (KLSPM) siri ke 5 di Kem Sungai Merab.
Program ini juga telah mendapat sambutan di kalangan para sukarelawan dan aktivis PEMBINA. Para sukarelawan yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar IPT dan pelajar luar negara telah memberikan sumbangan yang amat berharga dalam menjayakan program ini. Malah program tahun ini turut mendapat sumbangan dari Karangkraf Sdn Bhd, Pasaraya HERO, Dato’Muhammad Safaruddin Muhd Sidek dan Puan Norlaili Mohd Nor.
Program ini telah di rasmikan oleh Presiden PEMBINA, Dr Kamil Haji Tohiran, yang menyeru para peserta agar mengambil manfaat dari kem ini dalam merancang masa depan pasca SPM. Konsep program yang santai ini di harapkan juga dapat menghilangkan tekanan pelajar yang bertungkus lumus dalam SPM yang lepas.
Kem yang diadakan selama 3 hari 2 malam ni memberi pendedahan, penerangan dan perkongsian berguna bagi pelajar lepasan SPM dalam merangka hala tuju untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT. Antara slot-slot yang telah dibentangkan adalah Penerangan Kursus seperti Kejuruteraan, Perakuana dan Perubatan, Tips-Tips Temuduga, Peluang Pinjaman/Biasiswa, dan Perkongsian Pengalaman.
Kesungguhan peserta yang datang dari sekitar Selangor, Kelantan, Perak dan Johor terserlah sepanjang program berlangsung walaupun hujan lebat pada hari kedua. Walaupun semua peserta baru berkenalan, kerjasama yang di tunjukkan dalam Persembahan Kebudayaan dan Team Building menggambarkan satu ikatan ukhwah yang erat sesama mereka telah terbentuk dalam program sesingkat ini.
Semoga KLS akan memberi manfaat yang terbaik kepada lepasan SPM 2009. Terima kasih dan penghargaan kepada sukarelawan, aktivis dan semua yang telah memastikan kem ini berlangsung dengan jayanya. Jumpa lagi di KLS 2010! Insya Allah

Tuesday, December 15, 2009

Karnival Maal Hijrah dan Program Kefahaman Islam 2009



jom join! ( meh la join sekaki...ada booth kat situ)







jumpa saya di Booth UiTM...tanyalah apa yang anda nak tanya...




sorry...sokongan moral je...ana kaki bangku..tapi kalau bagi raket...siap antum ana libas...




cikgu ismadi , tunggu ana ye..

Thursday, December 10, 2009

Meh la lepak starbucks, lyan mcD dan gunakan lg produk2 Yahudi

iklan

SAYA PERLUKAN 5 ORANG UNTUK PROGRAM JATI DIRI DI SHAH ALAM.
12-13-14 DIS 09.
BERMINAT?
SMS 0136607046

Assalamualaikum w.b.t.


Meh la lepak starbucks, lyan mcD dan gunakan lg produk2 Yahudi kalau nk tgk MUSLIM kene hina sebegini..

Pemuda PALESTIN Digilis Kereta Yahudi Berulang Kali!




Bangunlah Wahai Pejuang yang berselimut!




Sewaktu memberi pengisian di hadapan adik-adik sebuah kampus yang bakal bergelar doktor, saya menyimpulkan beberapa perkara berkaitan isu gejala sosial yang kian parah kini.



1) Jangan sesekali kita melupai sejarah kerana ia berkadar langsung dengan apa yang berlaku kini.


2) Kes-kes masalah sosial yang kian meruncing adalah natijah kealpaan umat Islam dalam membuat persediaan menghadapi senjata pemikiran Yahudi yang telah dirancang sejak berkurun lagi.


3) Malapetaka sosial yang berlaku sekarang membuktikan inilah akibatnya apabila umat Islam mula lebih mengenali surat khabar dan TV daripada Al-Quran dan As-Sunnah


4) Sebagai mahasiswa Islam yang sudah sedar, kita wajar bangkit menyedarkan sahabat-sahabat kita lain yang terlupa bahawa kita sekarang masih hidup dalam zaman kejatuhan Islam dan perlukan kekuatan serta persediaan untuk bangun semula.


5) Gerak kerja Yahudi dan musuh Islam sejak dahulu tidak kenal erti putus asa malah semakin maju perancangan mereka. Lihat sahaja umut pengarah CIA - mengjangkau lebih 80an. Justeru, adakah kita akan terus membiarkan senjata dan persediaan kekuatan kita tidak upaya menyaingi apatah lagi melawan mereka? Umat Islam jangan lembik lagi, bangun dan usaha lebih keras lagi kerana engkau adalah duta Islam zaman ini!

sumber:
http://mawarmunawwarah.blogspot.com/

Tuesday, December 08, 2009

rahsia pengaruhi minda manusia Dengan Bahasa Berkuasa!












BERMINAT? boleh juga hubungi saya  0136607046. cahayaintan@yahoo.com.my

belajar bahasa di UiTM untuk orang awam



potongan 50% untuk pelajar dan staf UiTM.

Kalender Akademik Terkini Untuk Sesi Januari - April 2010



04 DECEMBER 2009




Untuk pengetahuan semua, Kalender Akademik Sesi Januari - April 2009 telah dikemaskini pada 12 November 2009 yang lalu melibatkan beberapa perubahan pada tarikh-tarikh tertentu.

Antara yang berubah adalah tarikh bermulanya kuliah yang sebelum ini dinyatakan pada 28 Disember 2009 yang telah diubah kepada 4 Januari 2010 manakala pendaftaran kolej bagi pelajar lama (yang mendapat kemudahan kolej) adalah pada 2 Januari 2010.

Di bawah adalah senarai penuh kalendar akademik sesi Januari - April 2010 : klik pada imej untuk gambaran lebih jelas


MASSA dimaklumkan perubahan ini dilakukan kerana pendaftaran pelajar baru untuk mengikuti Minggu Mesra Siswa telah dilewatkan kepada 27 Disember hingga 31 Disember 2009 berpunca daripada adanya program Iktiraf-FELDA yang diadakan secara besar-besaran di UiTM.

copy paste http://massauitm.blogspot.com/

Monday, December 07, 2009

THIS DECEMBER

WEEK 1
1/12-Pelancaran PROJEK 360, setahun sekor korban! (RM 350 satu bahagian)



2/12-
3/12-
4/12-
5/12- Kursus Asas Fotografi (photojournalism)-peserta



5/12- Walimatul urus Balqis kakak Barhah









6/12-Lawatan ke SMA Persekutuan Kajang

WEEK 2
7/12- UiTM International Sports Fiesta

7/12-
8/12-
9/12-
10/12-
11/12-
12/12- Walimah Abg Mail/ Kak Idah (syafiqah)
12/12- Mesyuarat Kem Lepasan SPM kali ke 5
13/12- Ziarah Lek Sidik (puchong)



WEEK 3

14/12-
8/12-
9/12-
10/12-
11/12-

WEEK 4






WEEK 5

25/12- Selamat ulang tahun ke 23
25/12- pelancaran PROJEK HAJI 33 ( setahun RM 1000)


Friday, November 20, 2009

Kem Lepasan SPM 2009....rugi tak join....daftar segera!!! sms 0136607046

terkini!

 setiap pendaftaran bersama rakan-rakan (3 orang atau lebih) akan mendapat potongan 20%......

penceramah bertauliah dan berpengalaman.
pengisian bermodul
fasilitator terdiri daripada pelajar IPT tempatan dan luar negara (balik bercuti), dan graduan IPT tempatan dan luar negara.


pengangkutan percuma dari KTM komuter!



HUBUNGI SEGERA! (013-6607046)








tolong sebarkan...

Sunday, November 15, 2009

semak keputusan kemasukan ke uitm sesi disember

PENGUMUMAN
KEMASUKAN UiTM


SESI DISEMBER 2009
  1. Keputusan kemasukan bagi program Pra Diploma/Diploma boleh disemak pada 16 November 2009, mulai jam 12:00 tengahari 
  2. Keputusan kemasukan bagi program Ijazah Sarjana Muda Lepasan STPM/ Matrikulasi/ Diploma boleh disemak pada 16 November 2009, mulai jam 5.00 petang.  
  3. Keputusan kemasukan bagi program Ijazah Sarjana Muda kategori tahun akhir Diploma UiTM/Kolej Bersekutu UiTM dijangka boleh disemak pada minggu ketiga bulan Disember 2009.
  4. Semakan permohonan program Asasi boleh disemak mulai 2 November 2009. 

Semak Status Permohonan ke UiTM (disember 2009):














Sebarang persoalan berkaitan dengan permohonan kemasukan ke UiTM boleh di ajukan kepada:



Ketua
Bahagian Pengambilan Pelajar
,
Aras Bawah, Bangunan UiTM International Centre (UIC)
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor


Tel: (+603) 5544 3164, 3165, 3166, 3174, 3175
Faks: (+603) 5544 3170

e-mel: bpp@salam.uitm.edu.my
Web: http://pengambilan.uitm.edu.my








H. Anwar
SKP BPP Nov09

Saturday, November 14, 2009

tawaran HEBAT!


Sunday, November 08, 2009

01-SKP Bahagian Pengambilan Pelajar , hari pertama

8 Nov...

8pg-ALHAMDULILLAH. puas hati, berjaya basuh baju sebersihnya.
10pg-ALHAMDULILLAHpuas hati apabila tuisyen english kali ini berjaya dan berjalan dengan lancar. [pertama kalinya menggunakan surat khabar untuk mengajar}
12pg-ALHAMDULILLAHpuas hati, tuisyen english bertukar kursus blog dan facebook kepada ibunya pula...

2ptg-ALHAMDULILLAH.puas hati berjamaah zohor di Masjid negeri, jumpa kawan lama (dah sebulan tak datang..)
4ptg-ALHAMDULILLAH.puas hati, berjamaah asar di masjid negeri...
5ptg- ALHAMDULILLAH.puas hati dapat bawa banyak pelancong , tak putus-putus.
(6 france, 1 US, 1 Indonesia, 8 Cina(Malaysia), ...........nice to meet all of u! http://www.bluemosquemalaysia.blogspot.com/

cuma ada satu sahaja kesedihan ..... lepas zohor, HP habis bateri, asar, "eh! mana HP aku?......
selepas itu...frust...kepala pening,,lapar...t/hari x makan....pergi S17, ,,kunci tak ada...assignment..x siap lagi..mana HP? dah 6 kali tukar nombor, takkan nak tukar no lagi...name kad dah di edar, bisnes perlu nombor tu, .................................................................................
LariLariLari....balik tidor....
masalah selesai, buat seketika!


9 Nov
hari pertama SKP uruskan Pengambilan Pelajar UiTM. untuk pengambilan pelajar intake disember. Tugas hari ini,  terima panggilan pertanyaan, dan jawab email pertanyaan.....

tapi minda tak keruan........aku rindu 013-6607046
aku rindu NOKIA yang takde back cover tu...

Ya Allah...
Bantulah Aku Mendapatkan semula 0136607046 ku, Nokia ku,
dan aku Yakin,
sesuatu yang lebih baik menantiku....

Saturday, November 07, 2009

Bengkel 'English is Fun'



Bengkel 'English is Fun'


TERBUKA UNTUK SEMUA

Tarikh     : 22 Nov 2009
Tempat   : Kolej Jati UiTM
Masa      : 9am-5pm
Bayaran  : RM128   (RM98-eksklusif 10 peserta pertama)

penganjur bersama:
hubungi untuk tempahan:
H.Anwar 013-6607046
anwaruitm@hotmail.com
www.anwaruitm.blogspot.com

Thursday, November 05, 2009

Peranan UiTM terus disanjung

Pada Isnin, 2 November saya telah berkesempatan membuat lawatan kerja rasmi ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) di kampus utamanya di Shah Alam. Tujuan utama lawatan kerja ini lebih tertumpu kepada proses untuk mendapatkan maklumat serta penerangan yang lebih terperinci mengenai perkembangan UiTM, yang juga merupakan salah satu daripada 20 buah IPTA di negara kita. Selain daripada itu, saya melihat lawatan kerja seperti ini lebih bersifat accommodative, yang mana ianya diharap dapat berperanan dalam membantu usaha UiTM merealisasikan matlamat serta hala tuju strategik mereka, selaras dengan peranan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu sendiri sebagai pemudahcara. Lawatan kerja ini juga telah menjurus kepada usaha yang boleh dimainkan oleh pihak Kementerian dalam membantu UiTM menjayakan proses transformasi mereka, yang mana ianya akan turut menjayakan aspirasi UiTM untuk menjadi sebuah universiti unggul dan bertaraf dunia sebelum tahun 2020. Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan perkembangan terkini UiTM serta sangat menghargai peranan dan sumbangan mereka selama ini.



Selain daripada itu, melihat kepada pencapaian cemerlang, status pembangunan terkini, keupayaan dan kemampuan sebenar yang dimiliki oleh UiTM seperti pada hari ini, saya amat yakin dan percaya bahawa UiTM berpotensi untuk terus meningkatkan peranan serta sumbangan mereka kepada sektor pengajian tinggi negara. UiTM yang selama ini terbukti telah menunjukkan kemampuan mereka dalam melahirkan generasi graduan yang bukan sahaja berkualiti dan mempunyai daya saing yang tinggi, malah turut dilengkapi dengan ciri serta sifat murni, dan juga peka dengan kehendak industri. Tidak hairanlah graduan UiTM menunjukkan peratusan yang tinggi dalam aspek kebolehpasaran graduan iaitu sebanyak 82.8% daripada graduan mereka berjaya mendapatkan pekerjaan atau melanjutkan pengajian pada tahun 2008. UiTM selain daripada itu juga mempunyai sasaran untuk meningkat jumlah enrolmen kepada 200,000 orang pelajar pada tahun 2015, selaras dengan tanggungjawab mereka untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan mengimbangi kedudukan sosioekonomi negara.



Ingin saya tekankan di sini juga bahawa UiTM sebenarnya bukan sahaja penerima segala manfaat dan kebaikan daripada Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), malah mereka juga merupakan penyumbang dan penentu kepada kejayaan objektif pelan murni tersebut. Saya juga dapat melihat komitmen serta kesungguhan UiTM untuk turut menyumbang menjayakan matlamat Bidang Keberhasilan Utama Kementerian Pengajian Tinggi (Ministry of Higher Education Key Results Area, MKRA) termasuk (i) Meningkatkan Akses Kepada Pengajian Tinggi Yang Berkualiti; (ii) Kebolehpasaran Graduan; (iii) Pengantarabangsaan Pengajian Tinggi; dan (iv) Peningkatan aktiviti R&D dan Inovasi.



Ucapan tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada UiTM yang juga telah berjaya memetrai perjanjian persefahaman bersama-sama dengan 3 buah syarikat baru iaitu (i) Woodsfield Timber Sdn. Bhd.; (ii) Hewlett-Packard Software Education; dan (iii) Technology Education Leader Sdn. Bhd. (TEL). Kerjasama serta jalinan kolaboratif strategik yang diwujudkan ini diharap akan terus memangkin peranan UiTM sebagai sebuah institusi ilmu yang bukan sahaja akan melahirkan generasi graduan yang berkualiti dan berorientasikan industri, malah mampu meningkatkan daya saing sesuatu produk melalui kekuatan penyelidikan yang dimiliki oleh UiTM itu sendiri.



Harapan saya semoga UiTM terus mara mengorak langkah, berusaha untuk menempa pelbagai lagi kejayaan sekaligus melakar sejarah sebagai sebuah institusi ilmu yang unggul.



Posted in Ministry of Higher Education

copy paste from:
http://khalednordin.com/?p=511

Monday, November 02, 2009

TAWARAN MENJADI PEMBANTU MINGGU MESRA SISWA SESI NOVEMBER/DISEMBER 2009

TAWARAN MENJADI PEMBANTU MINGGU MESRA SISWA SESI NOVEMBER/DISEMBER 2009

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

Minggu Mesra Siswa kini tiba lagi untuk kita sama-sama menyambut kedatangan pelajar-pelabar baru ke UiTM.

Kepada semua mahasiswa/I UiTM yang berminat untuk menjadi Pembantu Minggu Mesra Siswa (MMS) sesi November dan Disember 2009, sila muat turun borang ini dan ikuti arahan yang terdapat di borang ini.

Terima kasih.

Muat turun muka depan borang

Muat turun muka belakang borang


Sila muat turun kedua-kedua borang di atas. Borang yang telah lengkap di isi hendaklah di hantar ke alamat yang telah di nyatakan di dalam borang tersebut.

halatuju selepas SPM







daftar segera!
program ini merupakan program tahunan PEMBINA (Persatuan Belia Islam Nasional)...
PEMBINA adalah singkatan kepada Persatuan Belia Islam Nasional. Ia merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Program dilaksanakan selepas tamat peperiksaan SPM.
Fasilitator terdiri daripada pelajar IPT dalam dan luar negara (yang pulang bercuti).
Penceramah dan pengisian program disampaikan oleh panel yang berkaliber dan terpilih.

war-warkan kepada saudara mara dan kawan-kawan
www.kemlepasanspm.blogspot.com

perbandingan agama

Modern Da'ie 2009

Dewasa ini, kita dapat lihat semakin banyak isu-isu keagamaan ditimbulkan yang mana ada yang sesetengah daripadanya menjadi kritikal hinggakan menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan individu yang terbabit. Puncanya apa? Kerana salah faham terhadap agama masing-masing.

Justeru itu, program yang berteraskan perbandingan agama ini insyaAllah dapat serba sedikit memberi pendedahan kepada peserta yang menyertai agar kita sebagai individu dapat memahami agama lain dan menghormatinya, dan pada masa yang sama menjalankan usaha dakwah itu sendiri.  

Antara intipati yang akan disampaikan dalam program ini:


  • Kewajipan Berdakwah
  • Salah Tanggapan Terhadap Islam
  • Kepercayaan Masyarakat Cina dan Hindu
  • Memahami Mualaf
  • Sejarah & Asas Kepercayaan Kristian
  • Quran & Sains
Antara panelis yang akan hadir ialah Shah Kirit Kakulal Govindji, Engku Ahmad Fauzi Engku Muhsein, Mohammed Yusof Dawood Gany, Mas Yuri Mahyiddin, Yussamir Yusof & Raja Ahmad Zahir Raja Halinuddin.

Butirannya:

Tempat: Universiti Multimedia Cyberjaya (Lecture Hall FIT XR 0001)
Tarikh: 14 dan 15 November
Masa: 8 pagi hingga 5.30 petang
Bayaran: RM 10 (pelajar/staff MMU).
                RM 15 (pelajar/staff bukan MMU)

Tentatif:

Sabtu 14/11/09
08.15am - 09.00am Pendaftaran
09.00am - 09.30am Pengenalan
09.30am - 10.30am Kewajipan Berdakwah
10.30am - 01.30pm Salah Tanggapan Terhadap Islam
01.30pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Hinduism

03.30pm - 04.30pm Kepercayaan Cina
04.30pm - 05.30pm Memahami Mualaf

 
Ahad 15/11/09
08.15am - 09.00am Imbasan Semula (re-cap)
09.00am - 10.00am Pengalaman Bersama Gereja & Paderi
10.00am - 11.15am Asas Kepercayaan Kristian
11.15am - 12.15pm Sejarah Kristian
12.15pm - 01.30pm Bengkel Bible
01.30pm - 02.30pm Rehat & Solat

02.30pm - 03.30pm Quran & Sains
03.30pm - 05.00pm Soal Jawab – Panelis
05.00pm - 05.20pm Program Susulan (Follow Up)
05.20pm - 05.30pm Penutup

 

Sekiranya ada pertanyaan dan berminat untuk sertai, hubungi:

Nizam      013 - 396 5414        aerosilver87@yahoo.com       

Sila maklumkan nama penuh dan nombor telefon anda.

*tempat adalah terhad untuk 50 orang pelajar/staff MMU dan 70 pelajar/staff bukan MMU.
**should you are confirmed to attend, payment must be made at least before 12 November 2009. Once confirmed, Nizam will email @ sms the account number to the registered person.

"Jazakallahu Khairan Katheera"
 
Berminat?
Hubungi AnwarJauhari 013-6607046
www.anwaruitm.blogspot.com

Seseorang dibawa ke tandas

Seseorang dibawa ke tandas. Lalu kepalanya dimasukkan ke dalam
tandas dan diflash. Apabila diangkat kepalanya, penuh dengan kekotoran
dan bau busuk yang amat. Rupanya kelihatan buruk sekali dan baunya
bengit. Saya menutup hidung.

Busuknya busuk sekali. Kemudian
seorang yang lain dibaringkan dan tangannya diikat. Kakinya dirantai.
Lalu seorang yang berupa bengis menuangkan air panas lalu dituangkan ke
dalam matanya. Menggelepar ia. Matanya hancur menahan panas air. Ia
meronta-ronta cuba membebaskan diri namun tangannya diikat kuat.

Lalu
seseorang yang lain dibawa ke tengah-tengah khalayak. Ia dibentak dan
diterajang. Terdengar suara berkata, “Bawalah Abu Jahal itu ke
tengah-tengah khalayak. Tuangkan air panas ke atas kepalanya.”

“Guru,
saya seorang pencinta maksiat. Layakkah saya menginap syurga yang
indah?” Guru terdiam. Seorang pencinta maksiat mahu masuk ke syurga?
“Anakku, syurga hanya tempat orang yang mencintai akhirat dan takutkan
azab seksa.”

Seorang murabbi yang bergelumang dalam tarbiah. Ia
boleh masuk ke neraka apabila ia berasa kagum dengan kejayaannya. Kata
guru, “Kamu sebagai murabbi, sebelah kakimu dalam neraka dan sebelah
kakimu di syurga. Namun peluang kamu ke neraka lebih luas kerana kamu
terdedah dengan rasa sombong dan ujub.

Seorang yang bertaubat
boleh terdedah kepada dosa. Kata guru, “Dalam bertaubat, mengingati
dosa yang kamu lakukan, air mata yang mengalir, tiba-tiba kamu terasa
nikmat dosa.” Saya kurang memahami, bahkan tidak memahami. Guru
menjelaskan, “Kamu teringatkan dosa, lalu kamu terasa nikmatnya dan
indahnya dosa itu. Lalu Iblis mencampakkan rasa cinta kepada maksiat
lalu taubatmu tidak berguna.”

“Apa tujuan kamu?” Saya
bertanyakan adik-adik usrah saya. “Apa tujuan kamu melakukan program
PMI?” Adik-adik usrah saya menjawab, “Kami melakukan program untuk
melonjakkan nama PMI dan menjayakan misi kepimpinan.” Saya
menggeleng-geleng kepala.

“Alangkah rendahnya impian kamu,
adik-adikku. Sepatutnya tujuan kamu melaksanakan program adalah kerana
kamu ingin mengajak yang lain mencintai syurga dan merinduinya.”

Kawansaya seorang motivator berjumpa saya. Saya bertanya, “Apa tujuan anta
membuat program motivasi?” Ia menjawab, “Meningkatkan kekuatan emosi
dan memberikan keyakinan.”

Saya turut menggeleng-geleng kepala.
Impiannya juga rendah. “Akhi, sepatutnya program motivasi dibuat agar
dirinya semakin bersemangat untuk melakukan amal ibadah dan berasa
benci dengan kegiatan dosa.”

Ramai yang bercinta. Namun tidak
meletakkan matlamat yang tinggi dalam bercinta. Cinta mereka hanyalah,
agar dapat mereka membina rumah tanggayang bahagia. Sedangkan saya
ingin berpesan kepada semua, “Bercinta adalah untuk memastikan pasangan
kamu bersedia dengan bekal Iman yang tinggi dan bersedia untuk
berkahwin dengan akhirat sebelum berkahwin dengan kamu.”

Maka
pasangan yang bercinta itu, jika mereka berkahwin dengan akhirat, maka
mereka bertambah seronok bertahajud. Mereka akan tambah gembiar membaca
al-Quran. Mereka akan tambah ghairah berzikir kepada Allah.

Maka
hantaran kahwin mereka adalah zikir kepada Allah. Bukan hantaran mereka
mashaf al-Quran, tetapi mereka sendiri adalah al-Quran. Orang yang
menghadiahkan al-Quran, mereka hanya memberikan mashaf namun ramai yang
tidak berusaha menjadikan dirinya al-Quran yang bergerak.

Seorang
naqib yang berjaya, setiap kali kakinya melangkah ke usrah, ia akan
berdoa dan berdialog dalam diri, “Ya Allah, aku melaksanakan usrah agar
kami akan bertambah cinta kepada-Mu ya Allah.” Cinta kepada perjuangan
adalah konsep yang sempit. Ini kerana ramai yang cinta dengan
perjuangan tetapi bibirnya malas sekali berzikir. Hatinya gelap
daripada bertafakur. Ia hanya cinta kepada perjuangan bukannya Tuhan
kepada perjuangan.

Lalu apabila saya berhadapan dengan masalah,
saya ada pesan kepada diri saya. Saya sebutkan kepada rakan seusrah,
“Jika saya berhadapan dengan masalah, saya tau bahawa itu bermakna saya
bermasalah dengan Allah.”

Orang yang bermasalah dengan Allah, akan bermasalah dengan manusia.

“Kenapa
begitu Bang Zul?” Adik saya bertanya. “Ini kerana Allah benci kepada
pelaku maksiat. Maka seluruh makhluk akan turut membencinya.”

Tahi yang bercampur dengan air kencing. Itulah hidangan ahli neraka.

Oleh Dzulkhairi Mohd Noor
Mantan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Monday, October 05, 2009

Istiadat Kovokesyen UiTM kali ke 71

Assalamualaikum W.B.T




Ingin dimaklumkan bahawa Istiadat Kovokesyen UiTM kali ke 71 akan berlangsung pada 15 - 27 Oktober 2009. Para graduan diminta sentiasa peka tentang maklumat terkini yang akan kami maklumkan dari masa ke semasa sama ada melalui pos atau laman web konvokesyen.



Mulai Istiadat Konvokesyen ke 71, semua bakal graduan dikehendaki mengesahkan kedatangan dan maklumat peribadi di menu PENGESAHAN KONVO 71. Pengesahan ini akan mula di buka pada 1 Oktober 2009 (Khamis). Para graduan dikehendaki :



Membuat pengesahan hadir/tidak hadir ke Istiadat Konvokesyen ke 71.

Para graduan dikehendaki menyemak sekiranya terdapat denda dengan pihak Universiti (Denda Lalulintas/ Denda Keselamatan dan lain-lain) yang masih belum dijelaskan. Graduan yang tidak menjelaskan denda universiti dan yuran konvokesyen tidak akan diberikan jubah akademik UiTM.

Mencetak slip kehadiran konvokesyen dan dibawa semasa hari pendaftaran dan pengambilan jubah yang telah dijadualkan. Sebarang maklumat dan pertanyaan sila ajukan kepada kami di talian 03-5544 3130.



Terima Kasih.


PERHATIAN MUSTAHAK



Sebagai langkah pengawalan dan penjagaan pihak Universiti melalui saranan dan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia telah memutuskan tetamu graduan dan graduan yang diketegorikan sebagai orang yang berisiko tinggi mendapat komplikasi jangkitan Influenza A H1N1 TIDAK DIBENARKAN untuk mengikuti dan menghadiri Istiadat Konvokesyen UiTM Ke 71.



A. Graduan yang mempunyai tanda ILI (penyakit menyerupai Influenza) seperti : DEMAM, BATUK ATAU SAKIT TEKAK, SELESEMA DAN SAKIT BADAN.



B. Golongan yang BERISIKO TINGGI komplikasi jangkitan Influenze A H1N1 seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah;



i. Kanak-kanak berusia kurang dari 5 tahun.



ii. Warga tua berusia 65 tahun ke atas.



iii. Kanak-kanak dan remaja berusia kurang dari 19 tahun yang mengambil ubat aspirin untuk tempoh rawatan jangka panjang.



iv. Wanita hamil



v. Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai penyakit sampingan yang lain seperti asma, paru-paru kronik, kegagalan fungsi organ, kardiovaskular, hati, sistem darah, saraf dan ganguan metabolik seperti diabetes.



vi. Orang dewasa dan kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (termasuk akibat ubatan-ubatan tertentu, pesakit kanser dan HIV).



vii. Penghuni pusat penjagaan kesihatan serta fasiliti penjagaan kesihatan kronik yang lain



viii. Individu yang mempunyai berat badan berlebihan (severe obesity) iaitu ukuran indeks jisim badan atau BMI berukuran >35 kg/m2. Perkiraan adalah seperti formula di bawah :BMI = berat badan (kg) / tinggi (m) x tinggi (m)


Jadual Konvokesyen
peraturan konvokesyen
 
kajian pengesanan graduan
 
PAKAIAN & RUPADIRI GRADUAN


A PAKAIAN GRADUAN LELAKI :-

Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti) .

1 Sepasang Baju Melayu hitam berbutang lima dan bersamping songket hitam berbunga benang emas dan dipakai tanpa menggunakan bengkung, atau

2 Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam , atau

3 Baju kemeja berlengan panjang berwarna bebas serta bertali leher dan berseluar panjang berwarna hitam .

4 Kasut kulit hitam dan stokin hitam.

5 Songkok tidak diperlukan



B PAKAIAN GRADUAN PEREMPUAN :-

Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak Universiti) .

1 Baju kurung moden/ labuh atau kebaya bandung/ labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.

2 Sarung Kebaya tanpa menggunakan belah (slit) di tepi tetapi boleh memakai lipatan (pleat) di bahagian hadapan.

3 Kain jenis ‘lace’ boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining’.

4 Selendang/ Mini Telekung boleh dipakai jika mahu.

5 Warna pakaian adalah pilihan sendiri.

6 Kasut bertumit sekurang-kurangnya 1.5 inci tinggi.

7 Sarung tangan dipakai dikedua-dua belah tangan sekiranya diperlukan untuk bersalam dengan Tuanku Canselor/ Pro Canselor/ Naib Canselor semasa menerima Ijazah Sarjana/ Ijazah Sarjana Muda atau Diploma.

8 Pakaian fesyen berseluar tidak dibenarkan sama sekali.



RUPADIRI GRADUAN



Sahsiah Graduan Lelaki:-

Rambut lelaki hendaklah pendek dan kemas, tidak menjejaki kolar baju.



Sahsiah Graduan Perempuan:-

Kenipisan dan reka bentuk pakaian hendaklah tidak menjolok mata.



PARA GRADUAN YANG TIDAK MEMATUHI PERATURAN PAKAIAN DAN RUPADIRI YANG DITETAPKAN, PIHAK JAWATANKUASA PETUGAS KHAS / URUSETIA KONVOKESYEN MEMPUNYAI KUASA UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN MENYERTAI ISTIADAT KONVOKESYEN.

Ibubapa/tetamu (termasuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas) diminta berpakaian rasmi seperti berikut:-


A Pakaian tetamu lelaki :-

1 Kebangsaan atau

2 Batik atau

3 Lounge Suit atau

4 Pakaian Rasmi yang sesuai (Seluar Jeans dan Kemeja-T tidak dibenarkan).



B Pakaian Tetamu Perempuan :-

1 Kebangsaan atau

2 Pakaian Rasmi atau pakaian sopan (pakaian gaun atau ‘skirt’ melebihi paras lutut, ‘blouse’ tanpa lengan, kemeja-T dan seluar adalah tidak sesuai)



Penting :

Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.

Ramai diantara tetamu graduan ditahan dari memasuki dewan kerana gagal mematuhi peraturan pakaian yang telah ditetapkan.



penginapan

homestay shah alam atau hubungi anwar  013-6607046



H.Anwar
SKP urusetia konvoUitm71

Thursday, September 17, 2009

Monday, September 14, 2009

tawaran SKP konvokesyen UiTM ke 71

assalamualaikum

saya diarahkan untuk mencari seramai 30 orang pelajar untuk skim khidmat pelajar istiadat konvokesyen ke 71 UiTM.

keterangan:
tarikh istiadat: 15-27 oktober
tarikh bertugas: 10-30 oktober
bayaran: RM4 sejam
Pihak terlibat: unit pengurusan rekod dan konvokesyen (urusetia), membantu unit
keselamatan, membantu unit kesihatan.

Tugasan (tertakluk perubahan):
mengurus jubah, mengagih jubah, mengurus aturan graduan,
memeriksa sahsiah graduan, membantu unit keselamatan, urusan bas
dan parking, memeriksa suhu graduan, mengawak pergerakan ibubapa
graduan , menguruskan skroll, tuntutan skroll dan sebagainya..

kelebihan; pengalaman bertugas dengan UiTM., berinteraksi dengan graduan
dan ibubapa graduan, makanan sepanjang bertugas disediakan.

sangat-sangat diperlukan. saya perlu cari 30 orang. dan tolong hubungi saya segera...sebelum 20 sept.

H.anwar
013-6607046
anwaruitm@hotmail.com
cahayaintan@yahoo.com.my
www.anwaruitm.blogspot.com

Tuesday, September 08, 2009

REHLAH MASHI BADAR AL-KUBRA dan IFTAR JAMAIE

Salam.
Untuk hebahan dan pengetahuan pihak yang berkenaan,

11 sept09
Berbuka bersama SMKSI"Iftar jamaie dan solat Hajat"

(PIHAK YANG INGIN MENAJA DIALU-ALUKAN)
5.00 -pendaftaran pelajar
         -penyampaian sumbangan hari raya
         -ucapan pengetua
7.00-persediaan berbuka puasa
         -solat maghrib,
          -solat hajat,
          -kuliah motivasi SPM, PMR
         -solat terawikh

12sept09

MAJLIS KHATAM AL-QURAN KOMANDER KESATRIA (IHYA' RAMADHAN)

tentatif:

(JEMPUTAN TERBUKA)
5.00-majlis khatam al quran
6.30-Ucapan persamian
       -persediaan berbuka
7.18-berbuka puasa
       -solat maghrib
       -solat isya'
        -solat tarawikh
      -moreh

(bacaan al-quran telah disempurnakan oleh setiap komander secara bertadarus mengikut bilik masing-masing)

(JEMPUTAN UMUM: wanita sahaja)
REHLAH MASHI BADAR AL-KUBRA dan IFTAR JAMAIE
BELIAWANIS PEMBINA

anjuran bersama Exco Kerohanian SMF Perakaunan, UiTM SHAH ALAM
TEMPAT: SEKITAR UiTM Shah Alam
berkumpul di bustop Kolej Teratai jam 5 ptg)

Tarikh: 12 Sept 2009 (Sabtu)
Tentatif:
5.00 pm berkumpul di bustop Kolej Teratai
5.30 pm bergerak berjalan kaki melalui checkpoint dan berakhir di Pusat Sukan
6.00 pm perbincangan soalan kuiz, tazkirah oleh ahli PEMBINA, ma'thurat dan Iftar jamaie.
7.30 pm Solat Maghrib berjemaah di Pusat Sukan, makan malam dan bersurai.


Makanan: POTLUCK.
Bayaran: tiada.
Peralatan: Ma'thurat, Al-Qur'an, Telekung dan rujukan Sirah Nabawiyah.


Untuk pertanyaan:

hairul anuar 0136607046
Ukht Nor Hismalisa 0136618698
Ukht Fatimah 0136287224 (pengarah projek)
Ukht Khairunnisa 0133269320

Objektif Khusus Program:

1. Melonjakkan nama PEMBINA di UiTM Shah Alam
2. Mengumpulkan semula ahli dan sukarelawan PEMBINA.
3. Menghayati Ramadhan secara kelompok (jamaie).

Objektif Umum Program:

1. Menghayati Sirah Badar al-Kubra.
2. Melatih beliawanis menjadi lebih kental fizikal, mental dan emosi.

Rasional tempat: Kawasan yang akan dilalui berbukit dan jarak yang jauh.

(rehlah badar adalah jemputan terbuka kepada semua ..sila hubungi untuk tempahan tempat)
===TAJAAN DIALU-ALUKAN==)

Sunday, September 06, 2009

Barisan Guru-guru SMK Sri Istana, Klang


www.anwaruitm.com

www.kemsmksi.blogspot.com
hampir seminggu tak update blog.

esok cuti nuzul quran, ada tuisyen UPSR fasa terakhir untuk anak k asmawati...semoga dapat 5A Amin...

harini 6sept. cuti.
tapi sepanjang hari aku terpaksa bertapa di dalam bilik. misi:
1-siapkan VCD kem perkhemahan kokurikulum SMKSI (dah 3 malam tak tidur keranannya)
2-siapkan juga DVD kem yang sama.
3-siapkan juga movie untuk PERKAD SMKSI, Bomba, EDU dan PASKAD..
*status bilik dah macam tongkang karam dengan muatan cd dan vcd kosong seperti kilang cetak rompak yang digeledah KDNK..*

beberapa link berjaya di update:


  • Kompeni Bomba UiTM
  • Kompeni C

  • K Yut-Fairuz
  • K naquib-shukri
  • K Azrul-FC UiTM
  • K Bobo-Nazmi


  • K ammar mustafa
  • K asak-afdhal
  • UiTM PBSMCT


    5sept.
    sama jugak, bertungkus lumus dengan projek cd dan vcd tu....dah seminggu merana...tidur tak menentu, makan kelam kabut. harini berbuka di kedai cd PKNS, seolah-olah orang yang tak kesah waktu tu waktu buka puasa. hari ini tak menjamah nasi pun...semalam timbang berat tinggal 44kg...

    4sept,
    hari terakhir praktikal. perkara yang tak sepatutnya berlaku namun telah berlaku:
    -penolong kanan misscall 6 kali, sebab lambat masuk kelas relief....maaf SMKSI
    -guru-guru sesi petang beri hadiah, sedangkan aku adalah guru sesi pagi....dan sepatutnya kami yang beri hadiah kepada mereka....tapi apa pun ..terima kasih..SMKSI memang best!
    -kelas kelam kabut, classroom amanagement fail...

    3sept'
    hari paling menyedihkan:
    -classroom management HANCUR...tak tahulah kenapa semua ini berlaku saat minggu terakhir di SMKSI...namun, dalam hati terdetik gambaran bahawa"aku seolah-olah cikgu yang masih belum bersedia ntuk menjadi guru cemerlang'-Kalau guru kokurikulum, ok dah...cikgu disiplin, mungkin takde harapan...(tapi aku target nak merasa jawatan guru disiplin...INSYAALLAH)

    2 sept,
    hanya ada kelas PJPK...seperti biasa, tak ada apa yang nak dibuat dengan pelajar kelas ni. kemahairan komunikasi aku masih kurang, masih perlu berlatih supaya boleh mempengaqruhi manusia dengan kaedah 'Neurolinguistik'. tidak dinafikan, aku terlatih dengan kaedah dutonomi, tetapi kaedah parenting masih lemah.


    1sept,
    selasa pertama selepas cuti sekolah "eh, awak ada lagi ke? ingatkan dah abis...?"...4-5orng tanya soalan yang sama. ..(rasa segan pilak datang sekolah dalam keadaan macam tu)...


    --kenapa tamat praktikal, hidup jadi tidak menentu,? peranncangan berterabur....perlu format balik diri ini...

    MISI untuk minggu depan
    {isnin}
    1-tuisyen fasa akhir upsr k asma
    2-pulang buku teks sarkofi k mawar
    3-meeting post praktikum edu uitm
    4-siri akhir journal praktikum
    5-jemputan buka puasa yayasan restu/ terawikh y restu.
    6-target juzuk17

    {selasa}
    1-hantar semua vcd dan dvd kem
    2-hantar vcd perkad
    3-push sekolah keluarkan sijil kem komander
    4-latih pasukan nasyid sekolah
    5-post praktikum
    6-tandatangan dekan untuk borang skp Knvo UiTM 71
    7-meeting hi tea anugerah dekan
    8-ihya' intec
    9-target juzuk 18

    {rabu}
    1-post praktikum
    2-latihan nasyid
    3-jadual bilal tarawikh
    4-target juzuk 19


    {khamis}
    1-jadual imam terawikh s17
    2-target juzuk 20
    3-selia bazar ramadhan GPMS dan Latipah



    {jumaat}
    1-jadual imam s17
    2-bantu majlis buka puasa smksi
    6-TARGET juzuk 21
    7-sempurnakan siri latihan muazzin terawikh
  • Sunday, August 30, 2009

    TAWARAN FASILITATOR UiTM dan FORUM KEMERDEKAAN KE-52


    Temuduga di pejabat unit latihan, kolej Seroja.
    sila bawa gambar berukuran pasport dan keputusan peperiksaan

    mari beramai -ramai meriahkan forum perdana ini.

    keterangan lanjut hubungi 013-6607046

    OLE-OLE DARI KAMPUNG LINAU KECIL

    terpampang di bahu jalan, bunting dan sepanduk www.linaukecil.com
    Pelbagai pembaharuan, yang ketara adalah keghairahan penduduk mengusahakan projek tanaman lada fertigasi. semoga berjaya diucapkan.

    sebenarnya di kampung linau, banyak aktiviti ekonomi yang diusahakan penduduk (tidak disebut semua dalam web rasmi), antaranya:

    -pertanian kecil-kecilan
    -kelapa sawit
    -ternakan lembu
    -ternakan kambing
    -perusahaan atap rumbia

    -bengkel membaiki penghawa dingin
    -ternakan ikan keli
    -cendawan butang
    -pembungkusan kerepek dan makanan ringan
    -bengkel automobil(kereta)
    -dan lain lain lagi.

    p/s: sekadar pertanyaan yang tidak mungkin dijawab, adakah pembinaan web linaukecil.com itu dibina hasil kepakaran anak linau, atau orang luar/upahan?

    selamat berkunjung ke:

    http://www.linaukecil.com/?lang=my&id=1&mnu=1

    Tuesday, August 11, 2009

    Thursday, August 06, 2009

    minggu ke 6 praktikum...


    31 julai-2 ogos 2009
    layari http://www.kemsmksi.blogspot.com/ untuk gambar dan ulasan....

    kaunselor diperlukan di Johor bahru
    hubungi anwar 013-6607046

    4 ogos 2009
    Kelas cuma ada 8 orang sahaja....yang lain kemana?....lawatan ke pesta buku selangor....
    kelas jam 9.15 pg,
    bas bertolak jam 10 pg...
    ruginya 45 minit mereka yang kononnya "sesi pendaftaran dan berkumpul"..tapi dok lepak-lepak je kat taman....
    5 ogos 2009

    Klinik matematik...
    ...masuk ke kelas/klinik, kononnya nak jaga pelajar supaya tidak tidur....tetapi....
    ...cikgu hairul pulak yang duduk belakang tidur.....malu sungguh...nasib baik la pelajar tak nampak (ye..ke...awak tido..mana awak tahu...)

    6 ogos 2009
    SMKSI mengambil langkah berjaga-jaga dalam membendung penularan H1N1 di sekolah.






    Thursday, July 30, 2009

    kejohanan FUTSAL PEMBINA

    call 013-6607046
    anwaruitm@hotmail.com

    test

    kenapa blog ni keluar simbol-simbol pelik?

    Friday, July 24, 2009

    PINDAAN CUTI SEMESTER -pekeliling Naib Canselor UiTM 13/2009 -

    tolong fahami betul-betul.
    dan elakkan buat spekulasi...


    dapatkan PEKELILING NAIB CANSELOR 13/2009



    ...terima kasih kepada sesiapa yang hantar mesej
    < nuar keluar dari kolej teratai sekarang>
    dan
    <anwar..jgn tinggl kat teratai lgi....keluar>

    anda memang kawan yang prihatin dan penuh ciri-ciri keibuan. ...

    malam jumaat-emergency call komander bomba dan pekeliling terkini UiTM

    8malam- meeting kompeni bomba dibatalkan.
    9malam-arahan dikeluarkan, komander bomba menerima panggilan bertugas di kolej delima UiTM. Butiran panggilan: latihan pengungsian bangunan kolej delima.
    10.00malam-taklimat oleh pasukan resQ UiTM
    11.00malam- latihan dimulakan. Komander bomba diarahkan menjaga kawasan, memantau perjalanan latihan dan memberi taklimat alat pemadam kebakaran.

    -alhamdulillah latihan berjaya, tiada perkara buruk terjadi.
    -beberapa penghuni terpaksa diusung dari bilik kerana demam(bukan lakonan)
    -taklimat pencegahan berjalan lancar.

    tahniah kepada komander Bomba UiTM Malaysia.

    Thursday, July 23, 2009

    perkara terburuk setakat ini....

    pagi: bangun jam 5 pagi
    bersedia untuk bawa pasukan aerobik UiTM ke SMKSI. sekolah amat terharu atas kesudian mereka datang.
    6.30 tunggu instruktor UiTM
    7.00pg-bertolak dari sek 17 ke SMKSI
    10.30pagi
    baru sekesai aerobik...(msg) im going to observe u today> huh 20 minit lagi....dan lcd rosak, abm tak ada, student lambat, ....lesson plan x complete...

    (pakai lesson plan hari isnin....mujur ada makmal...eksperimen mudah...kanak-kanak seronok...)

    komen supervisor:
    kali ini lebih baik dari lawatan pertama...tahniah(aspek lontaran suara, cara pengendalian kelas)

    -tapi awak patut beritahu kelas supaya turun ke makmal, dah lewat 15 minit (saya tunggu student di makmal, student plak tunggu di kelas, pensyarah masuk ke kelas....dan terpaksa keluar semula ke makmal....oh maaf...punctuality is important)....dah kena tolak markah kot...

    -pakai baju pjk pulak tu,...harini hari khamis, ajar sains pakai baju tshirt? mintak-mintaklah tak potong markah...(markah penampilan dan pakaian)....

    -eksperiment di arahkan dalam bahasa melayu...2 pelajar cina tak kesah, sorang tidor, pelajar india mewarna poster hari kemanusiaan dalam makmal sains....(komen:u gagal tarik perhatian mereka dalam kelas, dan u abaikan ur student....)....

    Tuesday, July 21, 2009

    teori nama?...dan fasilitator kem ibadah...




    assalamualaikum.
    saya perlukan fasilitator untuk kem ibadah SK Bukit Jelutung 25/7/09 dan Kem pemurniah ibadah dan pemurnian diri SMK Seksyen 16.(31/7-2/8) berminat? hubungi 013-6607046.
    anwaruitm@hotmail.com
    www.anwaruitm.blogspot.com
    (bayaran disediakan)

    Tuesday, July 14, 2009

    11, 12 Julai 2009


    11 Julai
    Menghadiri KONGRES PERTAMA REJUVENSI SISTEM PENDIDIKAN ISLAM NERGARA

    Kertas Kerja dan Pembentang


    1) Tema - Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam di IPT

    i. Pembentang : Prof Tajul Arifin (UKM)
    Tajuk : Pensekularan Sistem Pendidikan Islam di Institusi Pengajian Tinggi – satu kajian

    ii. Pembentang : Prof. Dr Sidek Baba (UIAM)
    Tajuk : Peranan Pendidikan Islam dalam Pembentukan Mahasiswa Menjadi Pelapis Kepimpinan dan Cencekiawan yang Berintegriti, Cemerlang dan Bersih.

    2) Tema - Transformasi Sistem Pendidikan Islam di Sekolah

    i. Pembentang : Dr Abd Halim Tamuri (UKM)
    Tajuk : Mentaliti Subjek Pendidikan Islam, Subjek Kelas Kedua Di Sekolah – satu analisa

    ii. Pembentang : Dato’ Dr Siddiq Fadzil
    Tajuk : Halatuju Sistem Pendidikan Islam di Sekolah Sebagai Enjin Pembentukan dan Pembangunan Insan.


    anjuran

    GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)
    http://kongrespendidikan.blogspot.com/

    GAMBAR dan Ulasan belum sempat di masukkan. InsyaAllah minggu depan.

    2.00 petang
    Mesyuarat pertama SEKRETARIAT MAHASISWA FAKULTI PENDIDIKAN.

    pelbagai isu berbangkit dan isu tertunggak dibincangkan. Alhamdulillah, fakulti masih lagi mempunyai tenaga pelajar yang secara sukarela sanggup berkorban demi FAKULTI,semata-mata kerana mengharap redha Allah..

    SMFP bukan kelab, bukan persatuan.

    semoga krisis komunikasi korporat dan dilema kewangan SMFP berjaya diselesaikan dengan cara berhemah. amin.





    12 Julai
    8.00pagi
    JALAN JALAN CARI JALAN anjuran PEMBINA Shah Alam/ Klang.
    program berjalan lancar, seramai 20 peserta dari UiTM Malaysia, Kolej Sunway, INTEC, dan UiTM Puncak Perdana menyertai program ini.

    laporan dan keterangan lanjut akan di masukkan minggu hadapan. InsyaAllah.


    11.00pagi
    Mesyuarat eksekutif tahunan Kokurikulum Bomba Penyelamat UiTM Malaysia.
    saat yang dinantikan telah tiba. Syukur Alhamdulillah , kini saya boleh bernafas tanpa menyandang jawatan Timbalan Ketua Kompeni. Menjadi orang nombor dua bukanlah perkara yang mudah. secara jujur, saya memohon maaf atas kekurangan sepanjang sesi pentadbiran saya yang lepas.




    TANPA KUASA BUKAN BERMAKNA TIDAK BERKUASA!
    bekerjalah tanpa jawatan,
    kerana nikmat manisnya takkan hilang.


    http://bombauitm.blogspot.com/

    Monday, July 06, 2009

    PENDAFTARAN KURSUS KOKURIKULUM UiTM

    JOM MASUK KADET BOMBA UiTM

    semua pelajar kokurikulum (baru dan lama) dijemput untuk mengunjungi HARI BERTEMU PELANGGAN PUSAT KOKURIKULUM

    TEMPAT:
    Dewan Makan Kolej Delima , UiTM Malaysia (pejabat sementara Pusat Kokurikulum)

    MASA:
    9pagi-5petang

    TARIKH:
    6,7,8 julai 2009 (isnin-rabu)


    PERKHIDMATAN :
    1-urusan pengecualian kredit.
    2.Pendaftaran kursus
    3.Pengguguran kursus
    4.Penukaran Kursus
    5.Taklimat kokurikulum
    6.Maklumat terkini badan-badan kokurikulum.
    dan lain-lain lagi berkaitan Pusat Kokurikulum.



    pertanyaan? sila hubungi
    KRK Hairul Anuar 013-6607046


    NOTA:PERJUMPAAN KOKURIKULUM KALI PERTAMA SEMESTER JUN 2009 AKAN DIADAKAN PADA 11 JULAI 2009 BERTEMPAT DI PADANG KAWAD UiTM MALAYSIA.JAM 8 PAGI.

    SEMUA PELAJAR KURSUS KOKURIKULUM DIWAJIBKAN HADIR!


    WWW.BOMBAUITM.BLOGSPOT.COM