Friday, June 19, 2009

SMKSI 005 penantian telah berakhir...



akhirnya, jumpa dengan Mentor. semalam dapat jadual.
5 waktu sains tingkatan 4 (tajuk energy bab 5 dan dijangka sehingga bab 6 )
4 waktu pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan.( walaupun bukan kaki bola , tapi kena ajar jugak....jangan ingat PJPK sekarang sama macam dulu tau...sangat berbeza...)

kesimpulannya 9 jam mengajar sahaja.

berbincang mengenai makmal, PEKA, buku teks, huraian sukatan pelajaran, CD rom sains, dll...

harini sebelum balik , semua cikgu praktikal kecoh perihal buku persediaan nak kena hantar tak. oleh kerana mereka tanya saya, jadi jawapannya: takpe minggu ni kita pakat-pakat tak hantar...minggu depan kita hantarla... jadi semua pun setuju...)

==bukan memberontak ye! kami tak mula ngajar lagi, so tak ada apa-apa nak tulis dalam buku tu...==

dan lagi satu yang penting...semua warga SMKSI WAJIB JUAL KUPON Hari kantin/hari usahawan/hari koperasi sekolah....

semua dijemput hadir
27 jun 09
di smk sri istana.

0 comments: